Pmr Percubaan 2009 Sarawak Bahasa Melayu

  • Uploaded by: ChinWynn.com
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pmr Percubaan 2009 Sarawak Bahasa Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 5,306
  • Pages: 31
papercollection

SULIT

JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009

02/1

BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos

1 jam

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan.

2.

Jawab semua soalan.

3.

Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yang disediakan

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.

02/1 Hak Cipta Terpelihara

SULIT

papercollection

SULIT Soalan 1 – 7

02/1

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Masalah itu mungkin tidak dapat diselesaikan kerana Encik Badrul masih __________ dengan pendiriannya. A B C D

kuat tegar tegap cekal

2. Ketika berekspedisi, Malik terserembab kerana kakinya ______________ pada akar pokok getah. A B C D

tersangkut tersandung terperosok terjerlus

3. Hazim harus berasa bertuah kerana masih mempunyai ibu bapa yang senantiasa mengambil berat _________________ dirinya. A B C D

terhadap tentang kepada dengan

4. Pameran barangan antik akan diadakan di _____________ hotel ternama pada minggu hadapan. A B C D

ruang serambi ruang lingkup ruang tamu ruang legar

5. Ekor arnab yang seekor ini amat istimewa kerana kelihatan seperti ______________ kapas putih. A B C D

02/1

segugus segemal segumpal segenggam

2

SULIT

papercollection

SULIT

02/1

6. Datuk Lee Chong Wei akhirnya berjaya _________________ musuh tradisinya itu dalam pertandingan badminton bulan lepas. A B C D

menggagalkan menewaskan menumpaskan menumbangkan

7. Tuanku Malim Deman telah menitahkan bidan ke istana pada malam itu kerana permaisurinya _____________ hendak bersalin. A B C D

santap gering murka kenan

Soalan 8 – 14 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

8. Penyakit tangan, kaki, dan mulut (HMF) kerap mengenai kanak-kanak jika A B dibandingkan dengan orang dewasa. Tiada kesalahan C D 9. Bungkusan merah itu hendaklah kaumenyerahkan kepada Encik Rahmat pada petang A B ini juga di pejabatnya. Tiada kesalahan C D

10. Para pekerja duduk beristirahat di bawah pokok yang redup itu setelah letih A B C mencangkul tanah. Tiada kesalahan D

11. Gugusan pulau-pulau di Indonesia terdedah kepada gempa bumi kerana terletak A B C dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik. Tiada kesalahan D

02/1

3

SULIT

papercollection

SULIT 02/1 12. Bot tunda nelayan asing itu telah ditahan oleh pasukan peronda Polis Marin Malaysia A B di pengairan negara semalam. Tiada kesalahan. C D

13. Guru-guru itu sedang membincangkan punca-punca kemerosotan prestasi mata A B pelajaran bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar-pelajar. Tiada kesalahan C D

14. Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh oleh tawaran A jualan murah yang diadakan oleh pusat membeli-belah di seluruh negara. B C Tiada kesalahan D

Soalan 15 – 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15. I II III IV

A B C D 16. I II III IV

A B C D

02/1

Jalan raya di bandar-bandar besar agak sunyi semasa musim perayaan. Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan. Apabila pulang dari sekolah, Abang Haslan suka sunyi seorang diri di dalam bilik. Pengawas pusat sumber yang bertugas meminta beberapa orang pelajar agar sunyi apabila berada di perpustakaan. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja Rafidah membalikkan pinggan mangkuk yang dicucinya itu. Peniaga itu tersilap membalikkan wang lebihan kepada pelanggannya. Semua surat yang dihantar kepada kawannya itu membalikkan semula kepadanya. Encik Samsuri membalikkan keretanya secara tergesa-gesa untuk mengelakkan kemalangan. I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

4

SULIT

papercollection

SULIT 17. I

III IV

02/1 Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi mengakibatkan tiada harmoni antara manusia dengan alam sekitar. Sebagai guru bahasa Melayu, Puan Salmah telah harmoni hasil penulisan murid-muridnya. Pasukan koir sekolahnya bernyanyi dalam nada suara yang harmoni. Keluarga artis yang terkenal itu hidup dalam keadaan harmoni.

A B C D

I dan II sahaja II dan III sahaja I dan IV sahaja III dan IV sahaja

II

Soalan 18 – 21 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 18. Nazreen telah pernah menjadi johan dalam pertandingan syarahan di sekolahnya. A B C D

sedang pernah menjadi johan masih pernah menjadi johan akan pernah menjadi johan telah pernah menjadi johan

19. Kek lapis yang emak sudah buat itu ialah tempahan daripada jiran-jiran dan sanak saudara. A B C D

sudah dibuat oleh emak itu emak sudah dibuat itu sudah emak buat itu emak sudah buat itu.

20. Kami tidak akan lupakan Nuralia walaupun dia sudah berkahwin dan berhijrah ke luar negara. A B C D

Tidak akan kami lupai Akan kami tidak lupakan Tidak akan kami lupakan Kami tidak akan lupakan

21. Banyak monyet-monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu ketika kami lalu di situ. A B C D

02/1

Monyet bergayutan Monyet-monyet bergayutan Banyak monyet bergayutan Banyak monyet-monyet bergayutan

5

SULIT

papercollection

SULIT

02/1

Soalan 22 – 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang bercetak tebal. 22. Lembaga Disiplin Sekolah akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajarpelajar yang didapati membawa rokok ke sekolah. A B C D

Tindakan yang tegas wajar dikenakan kepada pelajar-pelajar yang berdegil kerana membawa rokok ke sekolah. Lembaga Disiplin Sekolah akan bertegas kepada pelajar-pelajar yang didapati membawa rokok ke sekolah. Pelajar-pelajar yang membawa rokok ke sekolah, Lembaga Disiplin akan bertegas terhadap mereka. Pihak sekolah wajar mengambil tindakan tegas kepada pelajar-pelajar yang masih membawa rokok ke sekolah.

23. “Jangan benarkan sesiapa yang tidak dikenali masuk ke rumah kita,” pesan Puan Maimoon kepada anak-anaknya. A B C D

Anak-anak Puan Maimoon dilarang mengundang orang luar datang ke rumah mereka. Puan Maimoon mencegah anak-anaknya menjemput orang asing masuk ke rumah mereka. Puan Maimoon melarang anak-anaknya agar tidak membenarkan orang asing masuk ke rumah mereka. Anak-anak Puan Maimoon tidak boleh membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke rumahnya.

24. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, biasanya rajin mengulang kaji pelajaran dan bijak membahagikan masa. A B C D

02/1

Keputusan pelajar yang cemerlang dan mengulang kaji pelajaran kerana bijak menguruskan masa. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sudah tentu mengulang kaji pelajaran dan pandai menggunakan masa. Pelajar-pelajar yang cemerlang dan menguruskan masa ialah pelajar yang mengulang kaji pelajaran. Keputusan yang cemerlang akan dicapai oleh pelajar yang rajin mengulang kaji pelajaran dan bijak menguruskan masa.

6

SULIT

papercollection

SULIT Soalan 25 – 27

02/1

Pilih ayat-ayat yang betul.

25. I II III IV A B C D

26. I II III IV

A B C D

27. I II III IV

A B C D

02/1

Menternak ayam dan itik pekerjaan pemuda itu. Penjelajahan ke kawasan pedalaman itu, awak akan sertaikah? Kerana gagal melanjutkan pelajaran, dia memohon pekerjaan di kilang itu. Sementara ayah memotong rumput, adik mengutip sampah di halaman rumah. I dan II III dan IV I, II dan III I, III dan IV.

Barang-barang itu perlu dikumpul oleh kalian dengan segera. Petani itu berpayungkan daun pisang apabila hujan turun dengan tiba-tiba. Tugasan itu telah mereka selesaikan lebih awal daripada yang dijangkakan. Penjenayah yang sering melakukan kecurian di kawasan itu kena tangkap polis malam tadi. I dan III sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

Anak sulung Pak Ali diperisterikan dengan gadis sekampungnya. Banyak perbezaan antara Ramli dan Razali walaupun mereka kembar. Kami sekeluarga akan melancong ke Pulau Pinang dan Kedah pada cuti ini. Saya sama sekali tidak pernah mencacinya, justeru memuji sikap baiknya terhadap saya. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

7

SULIT

papercollection

SULIT Soalan 28 – 30

02/1

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berikut.

28. Peribahasa ‘enggang lalu ranting patah’ bermaksud A B C D

membuat sesuatu yang sangat sukar. keadaan hidup seseorang yang sangat miskin dan melarat. orang yang jahat selalu dituduh apabila terjadi sesuatu musibah. jika sesuatu perkara berlaku tidak mungkin orang lain bercakap tentang perkara itu.

29. Oleh sebab negara Malaysia aman, banyak warganegara luar datang ke sini. Mereka berminat untuk bekerja di negara ini kerana banyak syarikat menawarkan pekerjaan. Hal ini diibaratkan seperti peribahasa di bawah kecuali A B C D

di mana ada gula, di situ ada semut di mana ada kemahuan, di situ ada jalan di mana bunga kembang, di situ banyak kumbang di mana buah masak, di situ banyak burung tampil

30. Walaupun ilmu dan pengetahuan tidak seberapa, Maimunah cuba mengkritik ceramah yang telah disampaikan oleh pakar motivasi itu. Perbuatan Maimunah itu tidak wajar kerana A B C D

02/1

ingat sebelum kena, jimat sebelum habis di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa kalau kail panjang sejengkal, lautan yang dalam jangan diduga

8

SULIT

papercollection

SULIT Soalan 31 – 35

02/1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 23 November, Isnin Petang ini Hamzah dan Pak Cik Sani mengajak aku ke surau di hujung kampung. Kata Pak Cik Sani, malam ini ada ceramah agama. Penceramahnya seorang pensyarah dari Kuala Lumpur. Kata Pak Cik Sani lagi…..ceramah itu akan diadakan selepas sembahyang Isyak. Hamzah sudah bersiap sedia. Dia berbaju teluk belanga, berkain sarung dan bersongkok hitam. Pakaiannya kemas. Aku berada dalam keadaan serba salah. Mama cuma menyediakan kain dan seluar sahaja untukku tempoh hari. Aku tidak membawa songkok dan baju melayu. Sebenarnya, aku juga mempunyai sehelai baju teluk belanga di rumah. Baju itu kujadikan baju tidur. “Kenapa belum siap lagi, Rid ?” soal Pak Cik Sani setelah melihat aku termenung panjang di muka pintu. Aku menjadi serba salah. Aku mengerti. Pak Cik Sani dan Hamzah hanya menanti aku saja. “Saya tidak ada baju melayu dan songkok,” sahutku berterus terang. Pak Cik Sani memanggil Mak Cik Som. Dia menyuruh Mak Cik Som mengambil baju teluk belanga Hamzah di dalam almari. Aku cuba memakai baju yang ditunjukkan oleh Mak Cik Som. Baju itu agak sempit. Aku tahu badanku agak besar daripada badan Hamzah. “Ketat pun ketatlah !” Aku berseloroh apabila melihat baju yang kupakai itu seperti sarung nangka saja layaknya. “Bolehlah itu,” Hamzah mengusik. “Songkok ?” Aku memberanikan diri untuk menyoal dan meminta. “Pakai ketayap sajalah, Rid. Hamzah tak ada songkok lebih, “ Mak Cik Som pula berjenaka. Malam itu kurasakan diriku macam pelawak di pentas bangsawan saja. Berbaju ketat, berkain pelikat yang berkedut-kedut dan ketayap putih macam roti kirai. 24 November, Selasa Sekembalinya dari surau malam tadi, aku berasa risau. Telingaku terasa panas. Aku terasa diriku menjadi tontonan orang ramai. Dibandingkan dengan teman-teman Hamzah di surau itu, akulah yang ganjil sekali. Aku mulai membayangkan wajah Mama dalam pembaringanku. Kalaulah Mama membekalkan songkok dan baju teluk belanga kepadaku, tentu aku tidak akan menjadi barang tontonan malam tadi. Banyak lagi perkara yang menyebabkan aku resah gelisah malam ini. Aku hanya mengikut setiap gerakan yang dibuat oleh orang-orang yang bersembahyang di surau itu. Mereka membongkok, aku pun membongkok. Mereka berdiri, aku pun berdiri. Aku mendengar mereka membaca sesuatu semasa sujud dan rukuk. Aku diam saja. Aku tidak tahu apa yang patut aku baca. Satu perkara yang paling memalukan ialah peristiwa di rakaat ketiga selepas sembahyang Maghrib. Selepas memberi salam, aku berdiri semula. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Orang lain tidak berdiri lagi. Mereka sedang membaca sesuatu. Aku tidak tahu apa yang mereka baca. Hamzah menarik tanganku. Aku duduk semula. Terasa diriku ditontoni lagi. Malu benar rasanya. (Dipetik dan diubahsuai daripada Mohd. Tajuddin Abd. Rahman, “Buku Catatan Farid Badrul” dalam Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa. Kuala Lumpur.)

02/1

9

SULIT

papercollection

SULIT 31. Farid berada dalam keadaan dilema pada petang itu kerana A B C D

02/1

terpaksa mendengar ceramah di surau. tidak membawa pakaian yang sesuai. tidak tahu bacaan dalam sembahyang. terpaksa memakai pakaian yang sempit.

32. Apakah perkara yang amat memalukan Farid semasa berada di surau ? A B C D

Diperhatikan oleh orang ramai. Baju yang dipakainya tidak kemas. Tidak tahu bacaan dalam sembahyang. Menjadi pak turut sewaktu bersolat.

33. Apakah latar masyarakat yang digambarkan dalam petikan cerpen ini ? A B C D

Masyarakat yang masih mengamalkan nilai-nilai tradisi. Masyarakat penghuni rumah setinggan yang gigih bekerja mencari rezeki. Masyarakat berbilang bangsa yang hidup secara aman dalam sebuah negara. Masyarakat kota yang mempunyai masa yang terhad untuk bersama-sama dengan keluarga kerana sibuk bekerja.

Kalaulah Mama membekalkan songkok dan baju teluk belanga kepadaku, tentu aku tidak akan menjadi barang tontonan malam tadi. 34. Dalam petikan di atas, apakah teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang ? A B C D

Dialog Monolog Imbas muka Imbas kembali

35. Antara pernyataan yang berikut, manakah persoalan yang terdapat dalam cerpen ini? A B C D

02/1

Perbezaan kehidupan di kampung dan kehidupan di bandar. Kesedaran untuk mengatasi kelemahan dan menambah ilmu. Persefahaman pendapat antara generasi tua dan generasi muda. Peranan ibu bapa dalam menyediakan pakaian anak-anak.

10

SULIT

papercollection

SULIT Soalan 36 – 40

02/1

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SYAIR TENAGA PEMUDA Tenaga pemuda kalau diasuh, Pimpin dan didik kotor dibasuh, Tidaklah ia menjadi lusuh, Amat berguna menentang musuh. Tenaga pemuda memang terbilang, Tenaga yang sedang gilang-gemilang, Beban yang berat dapat dijulang, Benda yang jauh dapat dijelang. Tenaga pemuda tenaga bererti, Tenaga yang berani menempah mati, Tidak mengenal erti nanti, Hanya penuh kemahuan mesti. Tenaga pemuda mestilah sayang, Jangan dibiarkan lemah dan goyang, Di waktu muda tenaga kencang, Berani sampai berputih tulang. Tenaga pemuda kalau dijaga, Kelak akhirnya sangat berharga, Tenaga yang menjadi harapan bangsa, Gagah berani mempertahankan negara. (GUSTAM NEGARA, Antologi Anak Bumi Tercinta, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000)

36. Apakah harapan penulis terhadap para pemuda dalam syair di atas? A B C D

Semangat generasi muda perlu bagi membangunkan negara. Generasi muda perlu menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran. Generasi muda merupakan harapan untuk mempertahankan negara. Sumbangan pemuda dapat menjadi contoh kepada rakan sebaya.

37. Baris Berani sampai berputih tulang dalam rangkap keempat syair ini bermaksud A B C D

02/1

Kesanggupan untuk berkorban Kekuatan fizikal yang tidak ketara Berjuang hingga ke titisan darah terakhir Keberanian yang diwarisi sejak zaman-berzaman

11

SULIT

papercollection

SULIT 38. Pengajaran yang terdapat dalam Syair Tenaga Pemuda ialah A B C D

02/1

Kita mesti sanggup mempertaruhkan nyawa demi tanah air. Belia harus cekal semasa melaksanakan kerja-kerja berat. Kita perlu menyayangi negara seperti nyawa sendiri. Belia wajar menjaga diri daripada pengaruh negatif.

39. Apakah sifat yang mesti dipupuk dalam diri generasi pemuda? A B C D

Berani Prihatin Tekun berusaha Berpandangan jauh

40. Penggunaan kata yang dalam baris kedua, ketiga dan keempat rangkap kedua syair ini ialah contoh A B C D

anafora epifora responsi metafora

SOALAN TAMAT

02/1

12

SULIT

papercollection

SULIT

JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009

02/2

BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos

2 jam

Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja. 3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D. 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang jawapan tidak mencukupi, sila gunakan helaian tambahan.

______ Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak.

02/2 Hak Cipta Terpelihara

SULIT

papercollection

SULIT

02/2 Bahagian A (i) [20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kesan-kesan negatif daripada ponteng sekolah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Masalah ponteng sekolah bukanlah isu baharu bagi kebanyakan sekolah di negara kita. Bilangan pelajar yang ponteng sekolah semakin meningkat dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, adalah penting untuk pelajar yang terlibat dalam masalah ponteng sekolah memahami dan memikirkan kesan yang akan dihadapi oleh mereka sekiranya meneruskan amalan ponteng sekolah. Pelajar yang terlibat dalam masalah ponteng sekolah sebenarnya melatih diri mereka dengan sikap membazirkan masa apabila mereka duduk melepak di pusat-pusat beli- belah, siber kafe, rumah-rumah kosong, dan masuk ke dalam semak atau belukar. Melepak di pusat beli-belah memang menjadi kegiatan utama pelajar yang suka ponteng sekolah. Mereka akan duduk memerhatikan gelagat orang ramai yang lalu-lalang sambil berbual-bual kosong. Kadang-kadang mereka turut mengganggu orang yang lalu-lalang dengan tingkah laku yang memualkan seperti menjerit-jerit, mengurat, dan sebagainya. Tanpa disedari, mereka sebenarnya mendedahkan diri kepada perbuatan yang tidak baik seperti merokok dan pergaulan bebas. Bagi pelajar luar bandar, amalan ponteng mereka diisi dengan mandi di sungai atau keluar masuk ke dalam hutan. Aktiviti lasak yang dilakukan oleh pelajar tersebut boleh membahayakan diri mereka sendiri. Kegagalan pelajar menghadirkan diri untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran berbanding dengan rakan-rakan mereka yang lain. Implikasinya, pelajar berkenaan mungkin akan gagal dalam peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia, dan seterusnya akan menggugat masa hadapan mereka dan secara tidak langsung pelajar tersebut gagal merancang masa hadapan. Lebih membimbangkan kita ialah pelajar yang sudah berasa seronok ponteng sekolah ini akan terjebak dalam kegiatan jenayah seperti rompakan, pergaduhan, dan kumpulan samseng. Hal ini demikian kerana mereka tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas. Pelajar yang ponteng ini akan menjejaskan nama baik keluarga dan sekolah apabila media massa merakamkan perbuatan mereka atau apabila pihak polis menangkap pelajar-pelajar yang ponteng sekolah itu.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jangan Memonteng Sekolah Demi Masa Hadapan Jalaluddin Abdul Aziz, Pelita Bahasa, Oktober 2006)

02/2

2

SULIT

papercollection

SULIT

02/2 Bahagian A (ii) : Pemahaman [10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1.

Berdasarkan petikan di atas, berikan maksud rangkai kata memerhatikan gelagat. [2 markah]

2.

Apakah yang dilakukan oleh pelajar yang ponteng sekolah? [4 markah]

3.

02/2

Cadangkan tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalah ponteng sekolah? [4 markah]

3

SULIT

papercollection

SULIT

02/2 Bahagian B [20 markah]

Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis pengangkutan awam di negara kita. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan pengangkutan awam di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jenis-jenis Pengangkutan Awam

02/2

4

SULIT

papercollection

SULIT

02/2 Bahagian C [40 markah]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

1. Anda baru dilantik sebagai ketua pengawas. Sempena majlis pelantikan pengawas-pengawas baru, anda kehendaki menyampaikan ucapan. Sediakan teks ucapan anda tersebut selengkapnya. 2. Tempat-tempat menarik di negara kita telah dapat membantu meningkatkan industri pelancongan. Huraikan langkah-langkah untuk mempopularkan tempat-tempat yang menarik di negara kita. 3. Kemajuan sains memberikan kebahagiaan kepada manusia. Huraikan pernyataan di atas.

4. Anda telah menemani ibu bapa anda membeli barang-barang keperluan sebelum tiba hari perayaan yang akan anda sambut. Ceritakan suasana di tempat anda membeli-belah itu.

5. Belakangan ini, semakin banyak pusat hiburan dibuka di kawasan tempat tinggal anda. Kewujudan pusat-pusat hiburan tersebut telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat. Anda telah diminta untuk menulis surat kepada pihak yang berkenaan untuk mengadukan hal tersebut. Tulis surat anda selengkapnya.

02/2

5

SULIT

papercollection

SULIT

02/2 Bahagian D [10 markah]

Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi) (xii)

Meniti Kaca, karya R. Sabarudin R. Abdullah Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Hj Yusuf Limpahan Darah di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd Ismail Sarbini Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin Kapten Hassan Wira Bangsa, karya A. Rahman Hanafiah Panas Salju, karya Talib Samad Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah Ekspedisi, karya Mohd Ghazali Tocheh Kanang cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin.

Latar Masyarakat

Masyarakat Penyayang

Masyarakat Patriotik

Huraikan dua contoh peristiwa yang berkaitan dengan dua latar masyarakat yang dinyatakan di atas, iaitu latar masyarakat penyayang dan latar masyarakat patriotik daripada ketiga-tiga buah novel yang telah anda kaji.

SOALAN TAMAT

02/2

6

SULIT

papercollection

GERAK GEMPUR PMR 2009 SEKOLAH – SEKOLAH MENENGAH NEGERI SARAWAK

Bahasa Melayu Kertas 1 Jawapan.

No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Jawapan B B A D C B B D A B A C C C A A D A A C

No 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40

Jawapan A B C D D B D C B D B D A D A C A A D C

KEKERAPAN PILIHAN JAWAPAN JAWAPAN A B C D

BILANGAN 12 9 9 10

SKEMA JAWAPAN TAMAT

papercollection

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI SARAWAK

GERAK GEMPUR PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2009

SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS DUA 02/2

papercollection

Bahasa Melayu Kertas 2 ( 2009 ) Skema Pemarkahan

Bahagian A (i) Markah Penuh

: Ringkasan : 20 markah

1. Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa membaca jawapan calon : a. b. c. d.

Bahasa dinilai secara ”impression” Guru hendaklah menandakan kesalahan bahasa sebagaimana penandaan karangan. Isi diambil kira sehingga 80 patah perkataan / sehingga ayat berakhir. Jawapan calon mestilah menjurus kepada fokus soalan.

2. Peringkatkan markah calon berdasarkan kriteria di bawah: Markah Bahasa

: 10 markah

Peringkat

Markah

Cemerlang

09 – 10

Baik

06 – 08

Memuaskan

03 – 05

Penguasaan minimum

01 -02

Markah Isi Bilangan Isi 5 4 3 2 1

: 10 markah Markah 9 - 10 7–8 5–6 3–4 1-2

Keterangan Bahasa baik dan lancar Menggunakan ayat sendiri Ejaan dan tanda baca betul Bahasa baik dan lancar Masih berupaya menggunakan ayat sendiri Kesalahan ejaan dan tanda baca – minimum Bahasa kurang lancar Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan dan tanda baca. Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih Penguasaan bahasa yang lemah Menyalin secara terus daripada petikan

papercollection

Cara Penandaan Ringkasan : • •

Tandakan ( / ) apabila terjumpa isi dan catat markah 1 @ 2 markah Baca setakat 80 patah perkataan sahaja / hingga ayat berakhir Perhatian: Kalau ditulis dalam beberapa perenggan – periksa seperti biasa  Kalau ditulis dalam bentuk poin ( ayat lengkap dan gramatis ) isi = markah penuh, bahasa = maksimum 8m  Isi disalin secara terpilih tanpa pindaan isi = seperti biasa , bahasa = maksimum 5m  Jawapan disalin terus daripada petikan markah isi ditolak 50%, bahasa = 2m

Cara penulisan markah : Isi Bahasa

-10 -10 20

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A (I) MERINGKASKAN KARANGAN – 20 MARKAH Kesan-kesan Ponteng Sekolah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Melatih diri mereka dengan sikap membazirkan masa Mendedahkan diri mereka kepada perbuatan yang baik Boleh membahaykan diri mereka sendiri Menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran Gagal dalam peperiksaan awam Menggugat masa hadapan mereka Gagal merancang masa hadapan Terjebak dalam kegiatan jenayah Menjejaskan nama baik keluarga dan sekolah

papercollection

BAHAGIAN A ( II ) PEMAHAMAN - 10 MARKAH Soalan 1 ( 2 markah ) – maksud kata atau rangkai kata Markah 2

Keterangan Maksud tepat dan ayat gramatis Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap Hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata Maksud tidak tepat mengikut konteks

• •

1



0



Soalan 2 ( 4 markah ) - Soalan pemahaman petikan Markah 4 3 2

Keterangan Isi yang dinyatakan cukup dan ayat gramatis Isi cukup mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis Isi tidak cukup/ kurang menepati tugasan tetapi ayat gramatis Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan serta ayat kurang gramatis Isi tidak menepati kehendak soalan

• • • •

1



0

Soalan 3 ( 4 markah ) - Soalan pemahaman berdasarkan kemahiran berfikir Markah 4 3 2 1 0

• • • • •

Keterangan Isi cukup serta relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis Isi relevan tetapi ayat kurang gramatis Isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis Isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis Isi tidak tepat

papercollection

Jawapan Bahagian Aii ( Pemahaman )

Soalan 1  Melihat tingkah laku; melihat gerak geri; Soalan 2  Duduk melepak di pusat-pusat beli-belah  Memerhatikan gelagat orang ramai yang lalu-lalang sambil berbual-bual kosong  Mengganggu orang yang lalu-lalang dengan tingkah laku yang memualkan  Mandi di sungai dan keluar masuk ke dalam hutan Soalan 3    

Menguatkuasakan peraturan sekolah Bekerjasama dengan pihak pihak, ibu bapa, masyarakat Memberikan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar yang terlibat Mengadakan kempen antiponteng sekolah

papercollection

BAHAGIAN B KARANGAN ( RESPONS TERHAD ) - 20 markah • •

Baca karangan sekali lalu untuk mendapat kesan ( impression ) daripadanya Pertimbangan perlu diberikan kepada : ♥ menjawab tugasan ♥ bahasa ♥ kerelevanan idea dan pengolahan

• • •

Nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berdasarkan kriteria penskoran. Baca karangan sekali lagi untuk pertimbangan muktamad. Sambil membaca tandakan kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan dan isi / fakta _________ / // O ( )

kesalahan bahasa kesalahan ejaan kesalahan ejaan yang berulang kesalahan tanda baca kesalahan isi / fakta

* Tiada penolakan markah ejaan

KRITERIA PENSKORAN PERINGKAT

MARKAH •

Cemerlang

Baik

( 18 – 20 ) 16 – 20 ( 16 – 17 )

( 13 – 15 ) 11 – 15 ( 11 – 12 )

• • • • • • • • • • •

KETERANGAN ayat gramatis dan kata yang digunakan tepat kosa kata luas dan tepat ejaan dan tanda baca betul idea relevan berdasarkan tugasan huraian idea luaran spt. Pendapat, ulasan, cadangan , kesimpulan – sesuai dan berkembang pengolahan menarik dan berkesan ayat masih gramatis dan kata masih tepat kosa kata – tepat terdapat kesalahan minimum dalam penggunaan kata, frasa dan ayat kesalahan ejaan dan tanda baca – minimum idea luaran kurang dikembangkan pengolahan menarik

papercollection



( 08 – 10 ) 06 – 10 ( 06 – 07 )

Memuaskan

• • • • • • •

Penguasaan minimum

01 – 05



kata dan ayat yang digunakan kurang gramatis kosa kata terhad terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan kata, frasa, dan ayat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara idea tidak begitu menepati tugasan huraian idea luaran terhad pengolahan tidak menarik keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap idea kabur / tidak berkaitan dengan tugasan

CARA PENULISAN MARKAH : Cemerlang - 19

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B KARANGAN RESPONS TERHAD – 20 MARKAH

Kepentingan pengangkutan awam di negara.

Isi –isi cadangan

1. 2. 3. 4. 5.

Memudahkan penduduk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Lebih menjimatkan Membawa barang-barang dagangan Mengurangkan kesesakan lalu lintas. Menjana sektor pelancongan

papercollection

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN C KARANGAN RESPONS TERBUKA – 40 MARKAH

Langkah – langkah memeriksa: 1.

Guru hendaklah membaca karangan murid sekali lalu untuk mendapatkan kesan ( impression ) daripadanya.

2.

Nilai dan anggarkan peringkat karangan berkenaan sama ada dapat dimasukkan ke peringkat A , B, C, D atau E.

3.

Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa membuat pertimbangan ialah:Bahasa Idea penyampaian Isi/Idea:

4.

minimum 3

Tetapkan peringkat karangan itu ke dalam satu daripada peringkat seperti dalam jadual berikut:KRITERIA PENSKORAN BAHAGIAN C: KARANGAN RESPONS TERBUKA

Peringkat

Markah • • ( 37 – 40 )

Cemerlang

33 – 40

• • • • •

( 33 – 36 ) •

Keterangan penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum penggunaan penanda wacana yang betul ejaan dan tanda baca yang betul penggunaan kosa kata yang luas idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh-contoh yang sesuai pengolahan yang menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik.

papercollection

• • ( 29 – 32 )

Kepujian

25 – 32

• • • • •

( 25 – 28 )

• • •

( 21 - 24 ) Baik

17 - 24 ( 17 – 20 )

• • • • • •

( 13 - 16 )

Memuaskan

• • • •

09 - 16

• •

( 09 - 12 )



jenis kata yang digunakan luas dan tepat penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum penggunaan penanda wacana yang sesuai ejaan dan tanda baca yang betul penggunaan kosa kata luas idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik Pelbagai jenis kata yang sesuai digunakan Pelbagai jenis ayat digunakan tetapi kesalahan yang minimum ditemukan Penanda wacana yang digunakan masih sesuai kesalan ejaan dan tanda bacanya agak minimun kosa kata yang digunakan agak umum dan ada kesalahan yang minimum Ideanya masih relevan , huraiannya masih jelas -Pengolahannya masih menarik dan pemerengganannya sesuai format masih menepati kehendak soalan. -Pelbagai jenis kata digunakan tetapi terhad ayat mudah , kesalahan yang minimum ditemukan Penanda wacana digunakan kurang tepat Ejaan dan penggunaan tanda baca menunjukkan -kesalahan yang agak ketara. Huraian kurang jelas Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai Format kurang tepat

( 05 - 08 ) Penguasaan yang minimum

01 - 08 ( 01 - 04 )



Jawapan yang diberikan pada umumnya menggambarkan penguasaan yang tidak cekap

papercollection

Skema Jawapan Bahagian C Soalan 1 Format:

ucapan

Diharapkan :

Murid dapat menulis ucapan

Isi cadangan : 1. 2. 3. 4. 5.

berterima kasih atas lantikan. berjanji akan menunaikan tanggungjawab. meminta tunjuk ajar daripada guru-guru. meminta kerjasama daripada rakan-rakan. berharap agar pengawas-pengawas baru melaksanakan tugas dengan dedikasi.

Soalan 2 Format:

tiada

Diharapkan :

Murid dapat menghuraikan langkah-langkah mempopularkan tempat-tempat yang menarik di negara kita.

Isi cadangan : 1. 2.

3.

Langkah kerajaan – pakej pelancongan ke tempat menarik / kempen Tahun Melawat Malaysia. Mengadakan promosi - media massa - agensi pelancongan - kerjasama dengan negara-negara lain Mengadakan aktiviti kebudayaan, kesenian, sukan di tempat-tempat menarik.

Kemungkinan 1. 2. 3.

Murid menulis satu isi dan dikembangkan – diterima. Kepentingan mempopularkan tempat-tempat menarik dengan bahasa baik – maksimum peringkat baik. Tempat-tempat menarik sahaja – peringkat memuaskan.

papercollection

Soalan 3 Format: Diharapkan

tiada : Murid dapat menghuraikan kebaikan kemajuan sains kepada manusia.

Isi cadangan: 1. 2. 3. 4. 5.

Perubatan / kesihatan. Pengangkutan. Kebaikan kepada suri rumah tangga. Bidang pertanian. Bidang pendidikan. Isi-isi lain yang relevan diterima.

Soalan 4 Format:

tiada

Diharapkan : Murid dapat menceritakan suasana sebelum hari perayaan.

Soalan 5 Format:

surat kiriman rasmi

Diharapkan : Murid dapat menulis surat aduan. Isi cadangan 1.

:

menyatakan keresahan masyarakat tentang kewujudan pusat hiburan; • masalah sosial dalam kalangan remaja • bunyi bising • kesesakan lalu lintas • kecurian / pecah rumah Isi-isi lain yang relevan – diterima.

papercollection

BAHAGIAN D KAJIAN NOVEL - 20 markah Pembahagian markah : Isi : Bahasa :

6 markah ( 1 isi dan huraian – 1 markah ) 4 markah. SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN D

Latar masyarakat Masyarakat penyayang Limpahan Darah di Sungai Semur Jamayah ibu Jamaluddin tidak merestui cita-cita Jamaluddin untuk menjadi askar kerana rasa kasih dan sayangnya kepada anaknya. Timulak Kapal Perang Makcik Mala menggantikan peranan ibu Andayu selepas kematian ibunya. Pak cik Tidung bertanyakan tentang anak dan isterinya sebaik sahaja diselamatkan dari tahanan di Pulau Gaya Ekspedisi Pak Salleh melarang Hadi mengikuti ekspedisi ke Gunung Itik kerana bimbangkan keselamatan anaknya. Pak Salleh membatalkan niatnya mengajak Hadi berburu bersamanya atas alasan bimbangkan isterinya Mak Jamilah yang sering pitam-pitam. Masyarakat Patriotik Limpahan Darah di Sungai Semur Jamaluddin dan rakan-rakan berduyun-duyun menghadiri temu duga untuk menjadi rekrut Askar Melayu Diraja Timulak Kapal Perang Andayu dan rakan-rakan menyertai pasukan Paduka Mat Salleh secara sukarela untuk menghalang campur tangan Inggeris di daerah Inanam dan Mengkabung Ekspedisi Pak Salleh melaporkan kegiatan jenayah yang telah berlaku di dalam hutan di belakang Kampung Dataran semasa dia tersesat semasa berburu kepada pihak polis

SKEMA JAWAPAN TAMAT

Related Documents