Pmr 2009 Kelantan Sejarah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pmr 2009 Kelantan Sejarah as PDF for free.

More details

  • Words: 2,946
  • Pages: 22
SULIT 21/1 Sejarah 1 ¼ jam

JABATAN PELAJARAN KELANTAN ________________________________________________________________ PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 SET 3 Satu jam lima belas minit ________________________________________________________________ JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan objektif. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan jawapan anda pada kertas objektif yang disediakan. 4 .Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih dan tandakan jawapan yang baru.

1

1. Dialog berikut menunjukkan perbezaan pendapat antara seorang pengkaji tempatan dengan seorang pengkaji Barat. .

Pengkaji tempatan Pengkaji Barat

: Datuk Bahaman ialah pejuang bangsa. : Tidak, dia adalah pemberontak

Mengapakah perbezaan pendapat seperti ini berlaku dalam fakta sejarah? A. B. C. D.

Kajian sejarah yang berbeza Tafsiran sejarah yang berbeza Maklumat sejarah yang berbeza Metodologi sejarah yang berbeza

2. Apakah ciri perubahan cara hidup Zaman Pra-sejarah dari X kepada Y berikut? X Y

A. B. C. D.

Zaman Paleolitik

Zaman Logam

Berpindah-randah

Hidup menetap

Wujud sistem Barter Amalan adat resam Wujud sistem bermasyarakat Aktiviti memburu dijalankan

3. Mengapakah pelabuhan Kedah Tua menjadi pilihan utama pedagang asing? A. B. C. D.

Pelabuhan entrepot Penyebaran agama Islam Kebajikan pedagang dijaga Kedudukannya terlindung dari angin monson

4. Apakah faktor utama yang menyebabkan Parameswara dan pengikutnya berundur ke Temasik? A. B. C. D.

Serangan daripada kerajaan Majapahit Palembang berada dalam keadaan kucar-kacir Serangan daripada kerajaan Siam dan Burma Parameswara mendapat jemputan daripada pemerintah Temasik

2

5. Sebagai seorang pemimpin yang berwawasan, apakah tindakan Parameswara bagi mengukuhkan sistem pentadbiran Melaka? I II III IV A. B.

Melantik pembesar yang cekap Menjalin hubungan diplomatik dengan China Melakukan penaklukan ke atas negeri berdekatan Mengadakan perjanjian pertahanan dengan Majapahit I dan II I,dan IV

C. D.

II dan III III dan IV

6. Pernyataan di bawah merupakan kata-kata Bendahara Tun Perak kepada pengikutnya. “ Adat hamba Melayu tidak pernah derhaka,tetapi akan kita bertuankan seorang ini,janganlah”. Pada pendapat anda,apakah yang difikirkan oleh Bendahara Tun Perak pada ketika itu? A. B. C. D.

Bimbang rakyat akan terkena tulah sultan Merasakan keamanan negara adalah lebih utama Bimbang jawatannya akan dilucutkan oleh sultan Memberi peluang kepadanya untuk merampas kuasa

7. Senarai di bawah merupakan kawasan jajahan takluk Melaka. • • •

Lingga Rokan Rupat

Apakah bentuk ufti yang diberikan oleh kawasan di atas kepada Melaka? A. B. C. D.

40 kati emas setahun 40 000 calains setahun 40 orang hamba untuk dijadikan tentera 40 buah perahu dan lancara bersama hulubalang

3

8. Mengapakah Melaka dengan mudah dapat ditawan oleh Portugis? I II III IV C. D.

Askar Melaka berpaling tadah Askar Melaka menggunakan senjata tradisional Askar Melaka yang diupah dari Jawa melarikan diri Askar Portugis mendapat bantuan daripada Belanda I dan II I,dan IV

C. D.

II dan III III dan IV

9. Para pedagang telah memilih pelabuhan berikut menggantikan Melaka pada abad ke-16. • • • •

Acheh Bantam Patani Brunei

Mengapakah berlaku perubahan tersebut? A. B. C. D.

Perang saudara Cukai yang tinggi Mendapat galakan Mencari keuntungan lebih

10. Kuasa Barat seperti Belanda berminat menguasai negeri Selangor kerana ? A. B. C. D.

Kelemahan sistem pentadbiran Kekayaan hasil galian bijih timah Kedudukan Selangor yang strategik Ketiadaan pemimpin yang berwibawa

11. Masyarakat Melayu tradisional mempunyai pelbagai aspek sosiobudaya. Sosiobudaya ini penting kerana? A. B. C. D.

Merupakan amalan hidup masyarakat Menggambarkan kepercayaan masyarakat Menunjukkan kemajuan sesebuah masyarakat Merupakan undang-undang yang mengawal masyarakat

4

12. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? I II III IV A. B.

Mengutip cukai pintu penduduk rumah panjang Menjaga keselamatan dan keamanan di kawasannya Menetapkan tarikh Hari Gawai dan Perayaan Beranyi Menjadi penyambut tetamu yang hadir di kediaman rumah panjang I dan II I dan IV

C. D.

II dan III III dan IV

13. Antara berikut, yang manakah merupakan jenis Hari Gawai yang disambut oleh kaum Iban di Sarawak? I II

Catu Batu

C. D.

III Kenyalang IV Pokok

I dan II I dan IV

C. D.

II dan III III dan IV

14. Senarai berikut menunjukkan satu kumpulan etnik di Sabah. • •

Beragama Islam Penempatan utamanya di pantai barat Papar dan Sipitang.

Etnik yang dimaksudkan ialah? A. B. C. D.

Orang Murut Orang Suluk Orang Kadazan Orang Melayu-Brunei

15. Senarai berikut merupakan unsur kepercayaan yang dimiliki oleh masyarakat Kadazandusun dan Murut di Sabah. • •

Babalian Bobohizan

Apakah persamaan tugas mereka? A. B. C.

Menjadi bomoh Menjadi ketua adat Menjadi ketua polis

5

D.

Menjadi ketua kampung

16. Perkara berikut telah berlaku di Kedah pada tahun 1971. Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang. Mengapakah ianya berlaku? A. B. C. D.

Inggeris cuba menduduki Seberang Perai Inggeris mengiktiraf negeri Kedah sebagai hak Siam Inggeris tidak memberi bantuan apabila Kedah diancam oleh Siam Inggeris tidak membayar pampasan kepada Kedah seperti yang dijanjikan

17. Dialog berikut berlaku di Singapura pada tahun 1819. Pegawai SHTI

: Lokasi Pulau Pinang dan Bangkahulu gagal memenuhi keperluan kita di Timur.Kita perlu sebuah pelabuhan lain.

Stamford Raffles : Singapura tentu dapat memenuhi keperluan kita Mengapakah Stamford Raffles yakin dengan potensi Singapura? A. B. C. D.

Mampu menjadi pangkalan British Mampu mengeluarkan hasil pertanian Mampu mengawal kegiatan lanun di Selat Melaka Mampu memecah monopoli perdagangan Belanda

6

18. Rajah berikut menerangkan tentang tipu helah Francis Light bagi mendapatkan Pulau Pinang. Pengambilan Seberang Perai oleh pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris

Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800

Mengapakah Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) memerlukan kawasan Seberang Perai? I II III IV A. B.

Menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka Membangunkan sebagai pelabuhan antarabangsa Memenuhi keperluan makanan kepada penduduk Pulau Pinang Benteng untuk mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang dari tanah besar I dan II I dan IV

C. D.

II dan III III dan IV

19. Maklumat berikut menunjukkan dasar British di Tanah Melayu. Dasar British di Tanah Melayu Sebelum Mengamalkan dasar tidak 1874 campur tangan Selepas Mengamalkan dasar 1874 campur tangan Apakah yang anda faham dengan dasar campur tangan British tersebut? A. B. C.

Menguasai kegiatan ekonomi di Tanah Melayu Menentukan hubungan antara bangsa Tanah Melayu Menentukan pelantikan pemerintahan di negeri-negeri Melayu

7

Melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu

D.

20. Senarai berikut merupakan daerah yang dikuasai British. • • •

Rembau Jelebu Seri Menanti

Bagaimanakah pihak British berjaya mengurangkan pengaruh pembesar tempatan di kawasan tersebut? I. II. III. IV.

Menempatkan Majistret Melantik Pemungut Hasil Melantik Pegawai Daerah Menempatkan Residen British

A. B.

I dan II I dan IV

C. D.

II dan III III dan IV

21. Keunggulan British sebagai kuasa besar tercabar dengan kemunculan zaman imperialis baru. Kuasa Jerman Rusia Amerika Syarikat

Petempatan Pulau Langkawi Ujung Salang Terengganu

Bagaimanakah British menggagalkan rancangan kuasa-kuasa Barat lain untuk meluaskan pengaruh? Membuka petempatan segera Memutuskan hubungan diplomatik Menyerang kuasa Barat berkenaan Mengadakan perjanjian sulit dengan Siam

A. B. C. D.

22. Semasa pemerintahan Temenggung Ibrahim, negeri Johor telah mengalami beberapa perubahan. Apakah perubahan yang dilakukan? I II

Sistem Kangcu diperkenalkan Tanjung Puteri dijadikan pusat pentadbiran

8

III IV

Johor menerima seorang penasihat British Undang-Undang Tubuh Negeri Johor diperkenalkan

A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV 23. Apakah peranan Pegawai Anak Negeri dalam pentadbiran Charles Brooke di Sarawak? I II III IV A. B.

Mengutip cukai Menasihati Residen Ketua jabatan kerajaan Ketua pasukan tentera I dan II I dan IV

C. D.

II dan III III dan IV

24. Maklumat berikut menggambarkan pengagihan pekerjaan mengikut kaum semasa pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak. Kaum Melayu Iban Cina

Pekerjaan Pentadbiran Ketenteraan Pedagang

Apakah kesan pengagihan tersebut kepada penduduk Sarawak? A. B. C. D.

Peningkatan kemahiran pekerja Pengawalan kegiatan pekerja menjadi mudah Perpaduan dalam kalangan rakyat sukar dicapai Penyusunan semula masyarakat Sarawak mengikut kaum dan pekerjaan

25. Antara berikut, jawatan yang manakah disandang oleh penduduk tempatan di Sabah? I II III IV A. B.

Ketua Anak Negeri Pegawai Daerah Penolong Pegawai Daerah Timbalan Penolong Pegawai Daerah I dan II I dan IV

C. D.

9

II dan III III dan IV

26. Syarikat Borneo Utara British (SBUB) melaksanakan undang-undang Barat dan undang-undang tempatan. Antara kesalahan berikut, yang manakah dibicarakan di Mahkamah Anak Negeri? Pembunuhan Penculikan Rompakan Hukum adat

A. B. C. D.

27. Terdapat pelbagai kaedah dalam melombong bijih timah. Apakah kaedah pelombongan yang diperkenalkan oleh orang Cina? I II III IV A. B.

Pam kelikir Mendulang Melampan Lombong dedah I dan II I dan IV

C. D.

II dan III III dan IV

28. Maklumat berikut menunjukkan perubahan dalam ekonomi yang dilakukan oleh British. Berikutan kemerosotan harga tanaman dagangan tradisional, British memperkenalkan tanaman baru untuk mengukuhkan ekonomi mereka I II III IV A. B.

Kopi Ubi kayu Lada hitam Kelapa sawit I dan II I dan IV

C. D.

II dan III III dan IV

29. Apakah keistimewaan sistem torehan ibedem dalam perusahaan getah?

10

Menambahkan pengeluaran susu getah Mempercepatkan tumbesaran pokok getah Menghalang pokok getah diserang serangga Mengelakkan pokok getah daripada diserang penyakit

A. B. C. D. 30.

Rajah berikut menunjukkan faktor penentangan pemimpin tempatan Pahang terhadap British. Pembinaan balai polis

Dato’ Bahaman

Perlucutan gelaran

X Apakah X ? Pengenalan cukai tanah Hilang hak mengutip cukai Pengaruh pemimpin agama Mempertahankan kedaulatan daerah

A. B. C. D.

31. Jadual berikut menunjukkan kebangkitan pemimpin tempatan terhadap penjajah. Peristiwa Pembinaan balai polis di Jeram Ampai,Pahang Pengambilalihan wilayah di Sungai Rajang

Tokoh Kebangkitan Dato’ Bahaman Y

Apakah Y ? A. B. C. D. 32.

Kebangkitan Antanom Kebangkitan Mat Salleh Kebangkitan Sharif Sahab Kebangkitan Sharif Masahor

Apakah yang anda faham dengan ”nasionalisme”? I II III IV

Perasaan cinta terhadap tanah air Perjuangan untuk memajukan negara Perasaan anti terhadap kuasa asing Perjuangan menebus maruah bangsa

11

A. B. 33.

I dan II I dan IV

C. D.

II dan III III dan IV

Apakah kepentingan perkembangan-perkembangan berikut kepada penduduk di Tanah Melayu?  Gerakan Pemulihan Islam,Mesir  Kemenangan Jepun memerangi Rusia  Kejayaan Sun Yat Sen menumbangkan kerajaan Manchu di China A. B. C. D.

Mencontohi perjuangan Mendirikan cawangan perjuangan Meningkatkan semangat nasionalisme Mendapat bantuan untuk menentang British

34. Jadual berikut menunjukkan peranan akhbar dalam menyemai semangat kebangsaan di kalangan masyarakat. Pertubuhan Kesatuan Melayu Muda Kaum Muda Kaum Tua

Wadah Perjuangan Warta Malaya Al-Imam X

Akhbar X ialah ? A. B. C. D.

Saudara Al-Ikhwan Pengasuh Suara Benar

35. Maklumat berikut menunjukkan rancangan Jepun untuk mewujudkan satu kawasan yang di ketuai oleh Jepun. X

Kawasan ini meliputi Manchuria hingga ke Australia dan dari kawasan lautan Pasifik hingga ke Teluk Benggala

Apakah matlamat kawasan X?

12

A. B. C. D.

Zon bebas cukai Zon bebas penjajah Zon ekonomi makmur Zon bebas senjata nuklear

36. Senarai berikut merupakan Negeri-Negeri Melayu Utara. • • • •

Kedah Perlis Kelantan Terengganu

Mengapakah Jepun menyerah negeri-negeri ini kepada Thailand ? A. B. C. D.

Jepun berkongsi kemenangannya dengan Thailand Jepun mempunyai kepentingan terhadap Thailand Menggalakkan Thailand menyokong perluasan kuasanya Menghargai kerjasama Thailand yang memberi laluan kepada Jepun

37. Senarai di bawah merujuk kepada pertubuhan yang muncul pada zaman Jepun . • • •

Force 136 Askar Melayu Setia MPAJA

Apakah persamaan ketiga –tiga pertubuhan tersebut? A. B. C. D.

Merupakan gerakan anti- Jepun Menjalin kerjasama dengan Jepun Menjayakan program penjepunan Menjaga kebajikan tentera Jepun

38. Apakah kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu? I. II. III. IV.

Kebangkitan semangat nasionalisme Taraf hidup semakin merosot Komunis meletak senjata Tamatnya pengaruh British

A. I dan II B. I dan IV

C. II dan III D. III dan IV

13

39.

Pentadbiran Tentera British telah diperkenalkan pada bulan September 1945. Mengapakah ia diperkenalkan? A B C D

40.

Menjalankan tugas pengintipan Melaksanakan suatu pentadbiran peralihan Mengembangkan kegiatan perdagangan Melatih penduduk tempatan menjadi tentera

Maklumat berikut berkaitan dengan Perlembagaan Malayan Union. Undang-undang Malayan Union Siapakah yang menjadi pemutus bagi undang-undang tersebut? A B C D

41.

Parlimen Britsih Pesuruhjaya Negeri Ahli Majlis Raja-Raja Melayu Ahli Majlis Eksekutif dan Perundangan

Berdasarkan kenyataan di bawah, mengapakah keadaan tersebut berlaku? Harold MacMicheal A B C D

Tidak disukai dan dibenci oleh penduduk Tanah Melayu

Menghapuskan amalan sistem perhambaan Mengambil alih kuasa pungutan cukai daripada pembesar Mengugut sultan-sultan Melayu untuk menurunkan tandatangan Mengurangkan kuasa pembesar dalam pentadbiran Malayan Union

14

42.

Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa berikut? Jawatankuasa Eksekutif (25 Julai 1946)

A B C D 43.

• • •

Wakil Raja-Raja Melayu Wakil UMNO Pegawai kanan British

Menentukan status kaum imigran Merangka memorandum untuk British Merangka perlembagaan kemerdekaan Tanah Melayu Membincangkan tentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

Mengapakah orang Melayu menerima bentuk persekutuan berikut ? Persekutuan Tanah Melayu di isytiharkan pada 1 Februari 1948 A B C D

44

Apakah sumbangan utama Dato’ Onn bin Jaafar dalam perkembangan awal politik di Tanah Melayu? A B C D

45

Syarat dekolonisasi dipenuhi Syarat kerakyatan diperketatkan Tarikh pilihan raya umum Persekutuan ditetapkan Tarikh kemerdekaan Tanah Melayu telah ditetapkan

Penaung Ikatan Malayan Johor Pengasas Parti Perikatan Tanah Melayu Pemimpin gerakan menentang Malayan Union Presiden Pertama Parti Kebangsan Melayu Malaya

Mengapakah pengaruh Parti Komunis Malaya menjadi semakin kukuh semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu? A B C D

Mendapat kerjasama Jepun Mendapat sokongan orang Melayu Mendapat bekalan senjata daripada China Mendapat bantuan senjata daripada British

15

46.

Rajah berikut menerangkan latar belakang penyebaran ideologi komunis. Memiliknegarakan tanah dan perindustrian

Komunisme

Masyarakat tanpa kelas . Bagaimanakah fahaman tersebut menyusup ke Tanah Melayu? I II III IV

Melalui kelas malam Melalui ajaran agama Melalui permuafakatan Melalui kesatuan sekerja

A. I dan II B. I dan IV 47.

C. II dan III D. III dan IV

Senarai berikut menunjukkan parti-parti berhaluan kiri yang sealiran dengan PKM. • • •

AWAS PERAM API

Mengapakah parti-parti politik tersebut diharamkan oleh pihak British? A B C D

Menculik pegawai-pegawai British Menyebarkan fahaman agama yang sesat Menuntut kemerdekaan secara kekerasan Mengelakkan komunis memperoleh bekalan makanan

16

48.

Jadual berikut menunjukkan belanjawan pertahanan dan keselamatan Tanah Melayu antara tahun 1948 hingga tahun 1953. Tahun

Belanjawan Pertahanan dan keselamatan

1948

$ 82 juta

1953

$ 296 juta

Apakah faktor yang menyebabkan peningkatan belanjawan pertahanan tersebut? A B C D 49.

Memberi bantuan kepada rakyat Memajukan sistem perhubungan Menghapuskan keganasan komunis Menentang kemasukan para imigran

Kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu pada April 1951. Apakah tujuan penubuhannya? A B C D

Menyatukan orang Melayu dalam bidang politik Melaksanakan proses pilihan raya secara berperingkat Memberi pengalaman mentadbir kepada ahli politik tempatan Meminda undang-undang berkaitan hak kerakyatan bagi bukan Melayu

17

50.

Senarai berikut merupakan pilihan raya yang dijalankan di Tanah Melayu. • • •

Pilihan raya Majlis Bandaran Pilihan raya Negeri Pilihan rayaMajlis Perundangan Persekutuan

Apakah tujuan pilihan raya tersebut diadakan? I II III IV

Mewujudkan kerjasama antara kaum dalam politik tanah air Mendapat kerjasama penduduk bagi menentang komunis Mengekalkan Tanah Melayu di bawah penguasaan British Memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan pemerintahan sendiri

A. I dan II B. I dan IV 51.

C. II dan III D. III dan IV

Rajah berikut menunjukkan parti yang dibentuk untuk menghadapi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. UMNO Parti X

MCA MIC

Apakah matlamat penubuhan Parti X ? I II III IV

Menguasai politik negara Mewujudkan kerjasama politik Melahirkan perpaduan rakyat Memperjuangkan kepentingan kaum

A. I dan II B. I dan IV

C. II dan III D. III dan IV

18

52.

Apakah matlamat Rombongan Merdeka 1956 ke London ? A B C D

53.

Menuntut kemerdekaan daripada pihak British Meraikan kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya Merangka Perlembagaan Tanah Melayu yang Merdeka Menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak British

Mengapakah satu perjanjian pertahanan dengan British perlu ditandatangani mengikut persetujuan dalam Perjanjian London? I II III IV

Menjaga keselamatan penduduk Menjamin kestabilan politik serantau Menjamin pentadbiran yang berkesan Menjaga kepentingan ekonomi British

A. I dan II B. I dan IV 54.

Notis Surat Pekeliling No. 9 telah dikeluarkan oleh pihak British dalam menangani masalah di Sarawak. Apakah kandungan dokumen tersebut? A B C D

55.

C. II dan III D. III dan IV

Amaran kepada penduduk yang menentang British Amaran kepada pemimpin yang menentang British Amaran kepada kakitangan kerajaan yang menentang British Amaran kepada kaum Cina dan India yang menentang British

Pernyataan berikut menunjukkan pertubuhan yang wujud di Sabah. Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan(PKLM) dan Barisan Pemuda (BARIP) adalah pertubuhan yang awal di Sabah Apakah yang diperjuangkan oleh kedua-dua pertubuhan tersebut? A B C D

Menuntut kemerdekaan Menentang penubuhan Malaysia Membantu penyerahan Sabah kepada British Memperbaiki keadaan politik dan ekonomi

19

56.

Mengapakah gerakan kebangsaan di Sabah agak perlahan? A B C D

57

British telah membunuh pemimpin politik British telah menindas sebarang gerakan politik British telah mengusir pemimpin tempatan aktif politik British melantik pemimpin tempatan bagi jawatan penting

Mengapakah cadangan Gagasan Malaysia mendapat sokongan British dan Amerika Syarikat? I II III IV

Menyekat pengaruh komunis Menyeimbangkan taburan kaum Mewujudkan kemajuan sosio ekonomi Mempercepatkan proses kemerdekaan

A. I dan II B. I dan IV 58

C. II dan III D. III dan IV

Pernyataan berikut telah dibuat oleh pemimpin Indonesia berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia. “Malaysia merupakan satu bentuk penjajahan baru ke atas Sabah dan Sarawak”…

. Antara berikut , laporan manakah yang menafikan dakwaan tersebut? A B C D 59

Referendum Suruhanjaya Cobbold Jawatankuasa Antara Kerajaan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia

Indonesia dan Filipina enggan mengiktiraf pembentukan Persekutuan Malaysia. Apakah tindakan susulan yang diambil oleh negara-negara tersebut? A B C D

Menuntut Sarawak digabung dengan Indonesia Menyertai Brunei menentang gagasan Malaysia Mengambil tindakan memutuskan hubungan diplomatik Menuntut sidang kemuncak diadakan di Negara Berkecuali

20

60.

Petikan berikut menjelaskan pendirian Tun Abdul Razak terhadap penyingkiran Singapura dari Malaysia. “...Kita terpaksa mengeluarkan Singapura daripada Malaysia dan inilah saat yang sungguh bersejarah kerana sungguhpun kita berasa sedih dan dukacita kerana satu negeri terpaksa keluar”…. Mengapa tindakan tersebut dianggap wajar ? A B C D

Memenangi pilihan raya Menjamin perpaduan kaum Menghapuskan pengaruh komunis Menamatkan pemberontakan rakyat

21

22

Related Documents