Plc.docx

  • Uploaded by: shin tee
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Plc.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,597
  • Pages: 5
1.0 PENGENALAN Pendidikan merupakan satu mekanisma penting bukan sahaja terhadap pembangunan insan malah juga pembangunan negara. Ketinggian mutu dan kualiti pendidikan adalah bergantung kepada inisiatif yang dimainkan oleh kepimpinan sesebuah institusi pendidikan dalam mewujudkan satu suasana persekolahan dan budaya pembelajaran yang kondusif (Affizal Ahmad, 2004). Hal ini dikukuhkan lagi melalui kajian bidang keberkesanan sekolah (school effectiveness) oleh Fathiah (2005) yang mendapati bahawa antara ciri kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada kepimpinan pengetua, pembinaan iklim dan persekitaran sekolah serta pembentukan budaya pengajaran dan pembelajaran yang mantap. Oleh itu, antara usaha yang dilaksanakan untuk membawa perubahan dalam budaya sekolah yang lebih mantap ialah Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Sebenarnya, PLC merupakan suatu trend Pendidikan yang telah dipraktikkan di negaranegara maju untuk membentuk budaya kolabratif antara guru dengan komuniti sekolah yang mana akhirnya telah membawa kepada peningkatan sahsiah dan pencapaian murid dalam pembelajaran (Barlow, 2005). Manakala Feger & Arruda (2008) pula menjelaskan PLC sebagai suatu strategi untuk meningkatkan pencapaian murid dengan mewujudkan budaya sekolah secara kolaborasi yang berfokuskan pembelajaran. Terdapat beberapa stategi kolabrasi yang digunakan dalam pendekatan PLC seperti Learning Walks, Peer Coaching, Lesson Study dan Teacher Sharing Sessions.

2.0 SEJAUH MANA PLC DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN ILMU DAN KUALITI PROFESIONALISME GURU SERTA KESANNYA TERHADAP PRESTASI SEKOLAH Dialog reflektif merujuk kepada guru-guru sekolah yang sentiasa berbincang dari hal situasi dan cabaran spesifik yang dihadapi bersama. Melalui dialog reflektif, mereka membina satu set norma, kepercayaan, dan nilai yang dikongsi bersama sebagai asas untuk mengambil tindakan. Melalui ini, para guru dapat menggunakan hasilan perbincangan ini untuk mengkritik amalan sendiri atau amalan sekolah tempat mereka bertugas. Kritikan boleh memfokus kepada kandungan mata pelajaran atau kaedah penyampaian pengajaran kepada murid. Belajar secara berkumpulan membina penguasaan diri dan matlamat yang dikongsi bersama. Ini mewujudkan gambaran yang penting kepada individu dan komuniti sekolah, Sebagai contohnya, guru membincangkan penggunaan sesuatu strategi pengajaran, membincangkan sesuatu bahan bacaan, tayangan video, dan sebagainya. Antara elemen untuk membangunkan Komuniti Pembelajaran Profesional adalah dengan belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian di mana ia merupakan salah 1

satu strategi Penswastaan Amalan. Dalam strategi ini, ia merupakan satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara kolaboratif yang semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju. Lesson Study merupakan suatu pendekatan yang bertujuan untuk melakukan penelitian terhadap pengajaran guru dalam kelas. Pendekatan ini juga bertujuan untuk meneroka perkembangan pembelajaran murid dengan lebih mendalam dan bermakna kerana ia memberi penekanan kepada proses pembelajaran (Lewis, 2002). Umumnya, terdapat lima langkah diperkenalkan dalam proses Lesson Study iaitu mengenal pasti masalah dan matlamat, merancang pengajaran, melaksanakan pengajaran, membuat refleksi dan penambahbaikan pengajaran (Lewis & Hurd 2011). Dalam hal ini, perlaksanaan Lesson Study melibatkan beberapa orang guru dalam suatu sesi pengajaran dan uniknya para guru saling bekerjasama bagi setiap sesi pengajaran bermula dari menentukan objektif pengajaran sehingga ke refleksi. Mereka membentuk kumpulan tertentu untuk mengenal pasti masalah dan berbincang untuk menentukan objektif pengajaran yang sesuai dengan sasaran murid. Seterusnya, guru bersama-sama membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap untuk pengajaran tersebut dan pada masa yang sama guru juga perlu fikir dan menjangka respon murid yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, bentang dan lihat semula strategi pengajaran dengan teliti di mana kerjasama ini diharapkan dapat menjana idea yang lebih bernas sekaligus menhasilkan RPH yang menarik. Setelah siap membina RPH, guru tersebut akan melaksanakan pengajaran di dalam kelas sebenar manakala guru lain akan berperanan sebagai pemerhati dan mengumpul data sepanjang sesi pengajaran tersebut untuk sesi refleksi. Setelah selesai sesi pengajaran, kesemua guru akan membuat refleksi tentang pengajaran dan pembelajaran tersebut dan berbincang dengan melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran semasa proses pengajaran. Dengan itu, penambahbaikan dapat dilakukan dengan memperbaiki RPH tersebut. Seterusnya pengajaran kali kedua boleh dilakukan dengan merujuk kepada RPH yang telah dibaiki dan dikembangkan. Oleh itu, dapat jelas dilihat bahawa penggunaan strategi Lesson Study sangat membantu para pendidik bukan sahaja dalam menambah baik RPH melalui kolaborasi bersama guru lain malah mereka mampu menambah ilmu pengurusan bilik darjah melalui aktiviti yang dirancangkan dan dijalankan di dalam kelas. Tegasnya, adalah diharapkan penggunaan pendekatan ini akan menjadi budaya dalam proses pembangunan dan peningkatan profesionalisme guru-guru di sekolah-sekolah Malaysia. Selain itu, amalan berkolaboratif yang mementingkan kerjasama sesama rakan sekerja, serta perkongsian bahan dan pegetahuan merupakan aspek yang penting dalam kalangan organisasi pendidikan. Namun begitu, masih terdapat segelintir guru kurang berkolaboratif antara satu sama lain; mereka menguruskan bahan mereka sendiri dan menyimpan amalan pedagogi untuk kegunaan mereka sendiri. Oleh itu, ramai pendidik 2

mengesyorkan supaya budaya autonomi ini perlu diubah demi kebaikan semua pihak melalui pembudayaan amalan sesi perkongsian guru (Sharing session). Sesi perkongsian merujuk kepada sekumpulan guru tidak kira yang datang dari institusi yang sama atau yang berbeza bertemu secara kerap atau berkala secara formal untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi yang terbaik. Amalan ini tidak mengehadkan bilangan guru dalam seseuatu kumpulan tetapi memadai dengan hanya dua orang guru yang berkongsi pengalaman sesama sendiri. Perkongsian dalam kalangan ahli yang lebih ramai akan memberikan lebih banyak ruang pengisian dan aspek pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi yang berbeza dan pelbagai. Perkongsian ini membolehkan ahli belajar antara satu sama lain bagi memahami dunia pengetahuan dan persekitaran mereka. Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti seperti Pillow Talk dan Gallery Walk di mana murid akan berkongsi pengetahuan atau pengalaman antara satu sama lain. Sama juga strategi ini turut boleh digunakan dalam kalangan guru yang membolehkan mereka menjana idea dan kerangka dalam usaha merancang sesi perkongsian bersama guru-guru lain di mana para pendidik boleh menggunakan kerangka ini sebagai panduan dalam sesi perkongsian. Justeru, sesi perkongsian dikatakan akan lebih berjaya sekiranya guru tersebut mampu menyesuaikan dengan konteks dan suasana sekolah dan institusi tempat berkenaan. Oleh sebab sesi perkongsian bersifat komunikasi verbal, elemen pertuturan dan pendengaran menjadi fokus utama dalam aktiviti itu. Sesi refleksi turut boleh digunakan bagi membantu guru untuk mencatat isi-isi penting secara ringkas semasa sesi perkongsian dijalankan supaya dapat memberikan impak yang lebih maksimum dalam aktiviti tersebut. Sesungguhnya, sangat penting untuk guru menyedari bahawa faedah dan manfaat yang diperolehi melalui sesi perkongsian menjangkaui proses yang dilalui. Secara sedar atau tidak, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh akan diaplikasikan secara langsung oleh guru dalam aktiviti pengajaran mereka di bilik darjah. Selain itu, fokus secara kolektif terhadap pembelajaran murid juga merupakan salah satu strategi untuk meningkatkan profesionalisme keguruan di mana guru boleh menganalisis data, membangunkan peta kurikulum, menyediakan pentaksiran serentak dan membentuk rakan kritikal. Amalan seperti menganalisis data murid bukan sahaja dalam pencapaian akademik mereka malah pencapaian kokurikulum juga supaya dapat mendapat maklumat yang selanjutnya tentang kekuatan dan kelemahan murid. Guru juga boleh mengambil peluang ini untuk merancang dan menyelesaikan masalah serta mengenal pasti keperluan pembelajaran murid di sekolah mereka melalui maklumat yang diperoleh. Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian data Maimunah (2004) dan Muhammad Faizal (2007) ang menunjukkan latar belakang sekolah dan keperluan murid memberi implikasi kepada pencapaian akademik dan bukan akademik murid. Senario ini berlaku kerana setiap sekolah 3

mempunyai kelengkapan prasarana pendidikan yang berbeza mengikut tempat, jadual waktu pembelajaran murid dan sebagainya. Oleh itu, gurulah yang bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja tersebut dan ini telah menunjukkan individu guru telah mengamalkan profesionalisme keguruan yang sepatutnya. Strategi yang seterusnya ialah budaya berkolaborasi di mana ia memperlihatkan amalan ini sentiasa menjadi budaya dan amalan dalam persekitaran sekolah yang mana golongan guru dan pemimpin bekerjasama secara natural untuk melaksanakan pelbagai pelan seperti membina pasukan melintang dan menegak, induksi guru baharu pementoran, unit atau projek antara pelbagai bidang serta kumpulan penyelesai masalah. Untuk mencapai pegajaran yang berkesan dan meningkatkan pembelajaran murid, semua guru haruslah bekerja dan belajar bersama-sama dengan membina pasukan melintang dan menegak di mana mereka boleh mengelola mesyuarat dan membincangkan kegiatan yang dilakukan. Mereka juga akan menilai keberkesanan dan kesinambungan tentang perancangan tahun tersebut dengan tahun berikutnya. Melalui ini, guru dapat menilai keperluan, minat dan kemahiran yang dimiliki murid mereka. Bukan begitu sahaja, pembentukan kumpulan penyelesai masalah juga dapat dilakukan untuk menyelesaikan dan memberi deskripsi tentang masalah yang dihadapi. Contohnya, guru bahasa Malaysia mendapati bahawa teknik perbincangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak sesuai yang digunakan dalam kelas tersebut kerana murid-murid sangat bising dan tidak dapat mengadakan perbincangan dalam sesuatu kumpulan. Dalam hal ini, guru memainkan peranan dalam melaksanakan penambahbaikan secara berterusan melalui kumpulan guru yang berkenaan dan berkongsi ilmu dan kepakaran masing-masing untuk membuat perubahan dan pengurusan yang sesuai. Implikasinya, wujud peningkatan hubungan dalam kalangan guru dan membantu kepakaran para pendidik. Akhir sekali, strategi melalui norma dan nilai dikongsi bersama turut dapat meningkatkan profesionalisme keguruan di mana ia terdapat beberapa elemen penting seperti aktiviti visi, panduan berasaskan prinsip, aktiviti nilai dan tradisi yang dikongsi bersama. Dalam hal ini, masih terdapat banyak orang yang mempunyai konsep pemikiran yang salah iaitu pengetua sekolah sahaja yang berhak dalam membentuk visi sekolah pada halnya guru juga mempunyai autonomi untuk membina dan membentuk visi sekolah. Aktiviti visi dan nilai ini telah menggalakkan guru berfokus untuk berfikir bersama-sama dengan barisan kepemimpinan sekolah dalam menyelesaikan masalah yang timbul dalam pembelajaran murid bagi mencapai matlamat sekolah iaitu menjadi sebuah sekolah yang berkesan dan cemerlang. Para guru boleh membuat keputusan bersama-sama semasa berfikir membentuk visi yang hendak dicapai melalui perbincangan dalam mesyuarat selepas mengambil kira aspek yang sepatutnya. Percayalah bahawa dimensi ini dapat membantu guru meneroka ilmu, 4

kemahiran dan strategi baru dan secara tidak langsungnya membangunkan profesionalisme seseorang guru.

3.0 RUMUSAN Dalam usaha meningkatkan standard prestasi pelajar di sekolah secara berterusan, telah terbukti bahawa komuniti pembelajaran profesional merupakan komponen penting di dalam usaha untuk menjayakan pelaksanaan sesuatu reformasi pendidikan. Peningkatan dalam standard prestasi pelajar amat bergantung kepada usaha secara berterusan untuk melakukan penambahbaikan terhadap kemahiran profesional guru terutama dalam aspek pengajarannya. Ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan sebarang reformasi pendidikan yang sudah tentu ini akan membantu menyediakan pelajar-pelajar kita bagi menghadapi masa depan yang semakin mencabar.

5

More Documents from "shin tee"

Seloka.docx
April 2020 22
Plc.docx
May 2020 20
Cg_glossary2009 Eng/ru
July 2020 13