Plan Pengajaran Kepentingan Rawatan Warfarin

  • Uploaded by: Suzie Lim
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Plan Pengajaran Kepentingan Rawatan Warfarin as PDF for free.

More details

  • Words: 1,201
  • Pages: 8
[Type the document title] [Type the document subtitle] Suzie Lim

PERANCANGAN PEMBELAJARAN

Tajuk Topik:

Kepentingan rawatan warfarin

Metodologi:

Ceramah pendidikan kesihatan

Peserta –

Pesakit yang menjalani rawatan Warfarin.

Latarbelakang & saiz:

(10-20 Pesakit)

Tarikh & Masa:

05 Julai 2009 & 2.00 Petang

Tempat:

Bilik Pendidikan, Hospital XXX.

Objektif Am:

1) Memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang rawatan

warfarin. 2) Menyedari tentang kepentingan pengambilan ubat warfarin

dan tindak susulan. Objektif Spesifik:

Pada akhir sesi pembelajaran, pesakit akan dapat: a) Mengetahui dan memahami kesan dan tindakan rawatan

warfarin. b) Mengetahui cara yang betul dalam pengambilan ubat. c) Menyedari tentang keperluan dan kepentingan pemeriksaan

INR mengikut temujanji bagi menentukan dos ubat warfarin yang sesuai. d) Mengetahui tentang kepentingan memilih makanan yang

sesuai semasa rawatan warfarin.

Page 1

[Type the document title] [Type the document subtitle] Suzie Lim e) Mengetahui tentang tanda dan simtom kesan daripada

rawatan warfarin yang perlu dirawat oleh doktor dengan serta-merta.

Nota Pengajaran

Aktiviti-aktiviti pengajaran

Isikandungan

(Anggaran Masa) Pengenalan (2 minit)

Alat bantuan audio-visual

1) Warfarin dan tindakan rawatan.

Gambar jenis-

2) Jenis-jenis warfarin

jenis tablet warfarin.

3) Bagaimanakah doktor

Isi 1 – Tentang INR

menentukan dos ubat warfarin dengan betul? 4) Jenis-jenis makanan yang perlu

dielakkan semasa rawatan warfarin. Isi 2 – Tentang pemakanan

5) Mengapakah makanan-makanan

tersebut perlu dielakkan? 6) Kesan ubat-ubatan lain terhadap

warfarin. 7) Tanda dan simtom awal kesan

sampingan yang perlu dilaporkan segera kepada Isi 3 – Kesan ubat-ubatan lain terhadap warfarin.

Page 2

doktor.

[Type the document title] [Type the document subtitle] Suzie Lim 8) Perkara-perkara penting yang

perlu diketahui semasa

Isi 4 – Tanda dan simtom komplikasi rawatan warfarin.

menjalani rawatan warfarin.

Penutup

KEPENTINGAN RAWATAN WARFARIN 1. Apakah itu warfarin?

Warfarin adalah sejenis ubat yang digunakan untuk menghalang koagulasi atau menghalang terjadinya pembekuan darah di dalam salur darah. Tindakan warfarin yang menghalang pembekuan darah dapat mengurangkan risiko penyumbatan salur darah. Oleh itu, ia dapat mengurangkan risiko strok, serangan sakit jantung dan lain-lain lagi masalah jantung. Warfarin lebih dikenali juga sebagai ubat mencairkan darah.

2. Apakah jenis-jenis ubat warfarin?

Nama dagangan warfarin dikenali sebagai Apo Warfarin. Terdapat 3 jenis kekuatan warfarin dan dapat dibezakan melalui warnanya: 1) Pink (Merah jambu)

:

1mg

2) Lavender (Ungu)

:

2mg

3) Peach (Cream)

:

5mg

Page 3

[Type the document title] [Type the document subtitle] Suzie Lim

Dengan mengetahui warna tablet warfarin, ini membolehkan ubat dapat dikenali dan diambil dengan betul berdasarkan warnanya sepertimana yang diarahkan oleh doktor bagi mencapai rawatan yang optima. 1. Bagaimanakah doktor dapat menentukan dos ubat warfarin dengan betul?

Dos warfarin dapat ditentukan berdasarkan ujian darah yang dipanggil sebagai INR. ✔ Doktor pakar anda akan menentukan dengan tepat dos ubat yang anda perlukan

berdasarkan ujian INR anda sendiri. ✔ INR adalah sejenis ujian untuk menyukat secepat mana pembekuan darah

berlaku. Ujian INR akan dilakukan setiap minggu mengikut arahan doktor dan dos ubat warfarin akan diselaraskan berdasarkan keputusan INR yang telah diperolehi. ✔ Jika nilai keputusan INR adalah tinggi, anda adalah berpotensi mengalami

pendarahan. Oleh itu, doktor mungkin akan mengurangkan dos warfarin ataupun warfarin dihentikan dengan serta-merta untuk mengelakkan sebarang pendarahan aktif berlaku. Manakala, jika nilai keputusan INR adalah rendah, anda adalah berisiko



mengalami pembekuan darah dalam salur darah, .Oleh itu, dos warfarin mungkin akan ditambah untuk mengelak kejadian sakit jantung atau strok berlaku. 1. Apakah jenis makanan yang perlu dielakkan semasa menjalani rawatan

warfarin? ✔ Sayur-sayuran hijau seperti:

Brokoli, bayam, kalian, kulat, kobis cina, kobis bulat, lobak hijau, daun salad, rumpai laut, parsley dan pegaga.

✔ Lain-lain: Hati, tea hijau, makanan tambahan ( sesetengah makanan tambahan mengandungi tinggi dalam vitamin K ), spirulina dan barli.

Page 4

[Type the document title] [Type the document subtitle] Suzie Lim 1. Mengapakah jenis-jenis makanan tersebut perlu dielakkan semasa menjalani

rawatan warfarin? ✔ Makanan-makanan tersebut mengandungi tinggi vitamin K yang akan

menyebabkan tindak balas terhadap warfarin. ✔ Komponen utama vitamin K adalah untuk pembekuan darah dan amat

bertentangan dengan tindakan warfarin. ✔ Anda boleh mengambil pemakanan anda seperti biasa, kecuali yang

mengandungi vitamin K untuk mendapatkan rawatan warfarin yang berkesan. 1. Apakah kesan penggunaan ubat-ubatan lain terhadap warfarin? ✔ Sesetengah ubat akan memberi kesan terhadap rawatan warfarin. ✔ Jika anda sedang mengambil ubat-ubatan lain, anda seharusnya memberitahu

doktor sebelum doktor memulakan rawatan warfarin kepada anda. ✔ Ubat-ubatan lain yang biasanya menjadi perhatian doktor adalah seperti:  Aspirin atau sebarang ubat yang mengandungi aspirin. •

Aspirin dikelaskan sebagai Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs). Ia bertindak dengan menyekat penghasilan prostaglandin dimana tindakan kimia prostaglandin adalah mendorong kepada kejadian kebengkakkan, sakit dan demam. Secara tidak langsung, prostaglandin juga bertindak sebagai pembeku darah dengan meransang penghasilan platelet.



Tindakan ubat ini juga akan menghakis dinding perut atau usus yang akan menyebabkan ulser, kebocoran dan pendarahan tanpa menunjukkan sebarang tanda amaran .

 Naproxen, Ibuprofen •

Ubat ini juga mengandungi NSAID yang biasanya digunakan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakkan pada sendi tulang contoh; osteoatritis, rheumatoid atritis. Ubat ini membawa kesan sampingan sama seperti Aspirin.

Page 5

[Type the document title] [Type the document subtitle] Suzie Lim

 Cimetidine, Famotidine •

Ubat ini adalah untuk merawat ulser pada lapisan perut dan usus. (peptik, gastrik, duodenal).



Ulser yang dialami oleh pesakit adalah berisiko akan mengalami pendarahan dalam aktif jika warfarin diambil.

 Herba seperti gingko, ginseng, daushen, dong quai dan green tea. •

Herba yang disenaraikan adalah mengandungi tinggi vitamin K yang mana bertindak sebagai pembeku darah dan bertentangan dengan tindakan warfarin.

1. Apakah tanda-tanda amaran yang penting untuk anda ketahui dan perlu

menerima rawatan segera semasa menjalani rawatan warfarin? ✔ Pendarahan yang banyak ✔ Perdarahan berterusan yang diakibatkan oleh kecederaan. ✔ Haid yang banyak dalam jangkamasa yang panjang. ✔ Pendarahan di hidung yang berterusan ✔ Pendarahan pada gusi. ✔ Kencing berwarna merah atau coklat ✔ Najis berwarna hitam atau merah. ✔ Lebam pada kulit yang teruk.

1. Apakah perkara-perkara penting yang perlu diketahui semasa pengambilan

ubat warfarin ketika di rumah? a. Ambil amaun ubat yang betul.

Page 6

[Type the document title] [Type the document subtitle] Suzie Lim ✔ Warfarin perlu diambil mengikut amaun yang diarahkan oleh Doktor. ✔ Jangan berhenti memakan ubat atau menukar dos ubat

a. Makan ubat pada masa yang sama setiap hari. ✔ Warfarin perlu dimakan setiap hari pada waktu yang sama. ✔ Jika anda terlupa mengambil1 dos ubat, anda boleh mengambilnya dengan

serta-merta. Tetapi, jika anda teringat pada masa yang hampir untuk mengambil dos yang seterusnya, dos yang anda lupa perlulah diabaikan dan ambil 1dos ubat sahaja mengikut masa yang sepatutnya. Anda adalah dilarang sama sekali jika mengambil dos ubat 2 kali ganda dalam satu masa untuk mengantikan dos yang terlupa, kerana tindakan anda akan membahayakan kesihatan anda. ✔ Adalah dinasihatkan untuk merekod setiap dos ubat yang anda lupa di dalam

diari.

a. Dapatkan nasihat daripada doktor dan pegawai farmasi. ✔ Beritahu doktor jika anda mengalami cirit-birit, muntah-muntah, demam dan

sebarang tanda-tanda lebam dan kebengkakkan. a. Memaklumkan kepada doktor atau doktor gigi ✔ Anda perlu memaklumkan kepada doktor bahawa anda sedang menerima

rawatan warfarin sebelum anda menjalani sebarang rawatan, pembedahan atau tatacara pergigian. a. Pastikan anda mempunyai bekalan ubat yang secukupnya. ✔ Anda perlu membawa bekalan ubat yang secukupnya apabila pergi melancong. a. Datang berjumpa doktor anda mengikut temujanji yang telah ditetapkan.

Page 7

[Type the document title] [Type the document subtitle] Suzie Lim

SEKIAN, TERIMA KASIH

Page 8

Related Documents

Warfarin
June 2020 8
Fax Warfarin
November 2019 10
Warfarin Record
June 2020 8
Warfarin Sodium
November 2019 8
Warfarin Leaflet
May 2020 6

More Documents from ""

Suzie Bouchardcv2018.docx
December 2019 4
Formation.pdf
December 2019 5
Tulang Fail Pbppp.docx
October 2019 12
November 2019 5