PROJEK Tahun : 4 Unit : 6 Tajuk : Harigai warisan kita Subtajuk : Mereka cipta model sebiji kek
Rasional Dapat mengembangkan minat dan kreativiti terhadap benda-benda perhiasan. Sebagai satu galakan untuk menuju ke arah bidang perniagaan melalui hasil-hasil model yang telah direkacipta.
Cadangan
1.
Mereka cipta model sebiji kek
daripada beberapa keping tuala
kecil atau sapu tangan yang kecil untuk dijadikan sebagai buah tangan.
2. Membuat penanda buku
yang bermotifkan aktiviti semasa lawatan
(sambutan hari jadi) untuk dijadikan sebagai tanda kenang-kenangan.
3. Membuat sepotong pizza
atau pizza yang berbentuk bulat
menggunakan tanah liat.
4. Mengumpulkan resepi-resepi kek
dan roti
dari internet
kemudian melekatkannya ke dalam buku skrap sebagai satu bahan koleksi.
Arahan untuk ibu bapa: 1. Murid dibolehkan memilih salah satu projek yang tersenarai di atas mengikut kreativiti murid-murid. 2. Bantuan ibu bapa digalakkan dalam menjayakan projek anak biskita. 3. Projek ini akan dibuat secara individu dan tidak memerlukan belanja yang banyak. 4. Projek ini juga berkaitan dengan lawatan yang telah dilakukan. Kreativiti akan dikira markah dan kekemasan pembuatan projek. 5. Projek ini hendaklah dihantar pada 24 Februari 2009, iaitu dua minggu dari tarikh pemberian projek ( 9 Februari 2009 ) 6. Projek ini akan dipamerkan dan dihakimi semasa acara tahunan sekolah.
7. Bagi projek yang menang dan mendapat markah tinggi akan diberikan sijil
penghargaan serta hadiah.