Pipp

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pipp as PDF for free.

More details

  • Words: 3,819
  • Pages: 7
YAB Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan PIPP 2006 – 2010 pada 16 Januari 2007 dan Pelan ini mempunyai enam teras strategik bagi memperkukuhkan sistem pendidikan negara, iaitu: Teras Teras Teras Teras Teras Teras

1: 2: 3: 4: 5: 6:

Membina Negara Bangsa Membangun Modal Insan Memperkasa Sekolah Kebangsaan Merapatkan Jurang Pendidikan Memartabatkan Profesion Guru Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Di antara teras-teras strategik yang termaktub dalam PIPP, Teras 5 iaitu “Memartabatkan Profesion Guru” ada kaitan dengan kajian tindakan. Teras 5 ini memberi fokus untuk menghasilkan guru yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan, dengan memenuhi sebahagian besar keperluan intelektual, rohani, fizikal dan emosional para guru. PIPP menyarankan “guru perlu memahami, memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan.” h. 106. Peranan guru ini adalah secocok dengan saranan Organisation for Economic Co-operation and Development, 2005 (dinyatakan dalam PIPP 2006 – 2010) yang menyatakan: “… as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.” Tidak boleh dinafikan bahawa guru adalah sumber utama penyebaran pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Kalau dahulunya peranan guru adalah sebagai “penyampai pengetahuan” (provider of knowledge), kini peranan guru adalah sebagai “pemudah cara pengetahuan” (facilitator of knowledge). Konsep ini sebenarnya mempunyai asal usul dalam pendekatan kontruktivisme (constructivism) seperti yang dihebahkan dalam ilmu teknologi pengajaran. Oleh itu, untuk meningkatkan peranan guru, maka guru perlu kreatif dan efektif dalam penyampaian mereka. Secara umumnya, guru boleh menjadi efektif dalam penyampaiannya dengan membuat adaptasi terhadap situasi setempat. Ini kerana pendekatan bagi satu kumpulan pelajar yang baik mungkin tidak boleh digunakan bagi satu kumpulan pelajaran yang lemah. Bagi membolehkan guru efektif, maka mereka perlu sentiasa memikirkan pendekatan baru dan menyesuaikan amalan mereka kepada kehendak pelajar. Penggunaan kaedah kajian tindakan boleh menjadi satu platform bagi guru menuju ke arah penambah-baikan keberkesanan. Menurut PIPP juga, bagi mencapai matlamat dan dasar memartabatkan profesion perguruan, fokus perlu diberikan kepada: i. menambah baik sistem pemilihan calon guru; ii. memantapkan latihan perguruan; iii. memantapkan kerjaya guru; iv. menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru; dan v. memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia. Salah satu fokus memantapkan latihan perguruan dalam PIPP adalah “memberi penekanan kepada Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) bagi menjadikan penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik guru.” h. 114. Objektif ini dijangka dapat meningkatkan bilangan guru yang terlibat dalam R & D pada tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9. Peluasan dan peningkatan dalam bidang R & D seperti yang tertera dalam PIPP adalah bertujuan untuk meningkatkan R & D/kajian impak/penilaian/kajian tindakan dari 2006 – 2010. Dalam aspek ini, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan diamanahkan untuk menyelaras program kajian tindakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri bagi mencapai objektif pembudayaan pendidikan di kalangan guru. Pembudayaan kajian tindakan ini perlu sentiasa dipantau demi untuk memastikan kejayaan program ini di semua peringkat. PIPP juga menyentuh tentang penambahan kuota guru cemerlang ke gred DGA 32 dan DG 44. Dalam aspek ini, salah satu kriteria pertimbangan kenaikan pangkat ke guru cemerlang adalah kebolehan guru untuk menjalankan kajian tindakan. Oleh itu penglibatan guru dalam kajian tindakan boleh mendatangkan banyak manfaat terhadap pembangunan profesion perguruan. Memandangkan betapa pentingnya kajian tindakan sebagai pendorong ke arah pencapaian

objektif PIPP terutamanya memartabatkan profesion perguruan, maka guru perlu mengetahui perkembangan baru dan teknologi yang sedia ada dalam bidang ini. Ini dapat membantu guru memudahkan proses menjalankan kajian tindakan dan memainkan peranan yang lebih berkesan sebagai jurulatih utama.

PIPP:PEMBANGUNAN MODAL INSAN Tarikh: Friday, August 31 @ 13:04:16 MYT Tajuk: Info Umum TAJUK:ULASAN ARTIKEL PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN : PEMBANGUNAN MODAL INSAN OLEH :PUAN HAJAH FUZIAH BT. HAJI YOUP SALLEH, PPT. : GURU BESAR SEK. KEB. TITI GANTONG, BOTA.

1. Pengenalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 adalah garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh bagi tempoh lima tahun. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) merupakan dokumen rangka kerja pelaksanaan KPM yang komprehensif bagi mendukung dan pencapaian menjayakan Misi Nasional serta bagi melaksanakan projekprojek KPM dalam RMK9. PIPP ini dirangka berdasarkan realiti semasa dan pencapaian sistem pendidikan sedia ada. 2. PIPP dan Perubahan Menurut Chek Mat (2003) hanya citra kepemimpinan yang berfikiran jauh, berwawasan, kreatif dan proaktif serta berani melakukan perubahan akan datang menangani cabaran mendatang. Manakala menurut Jay A. Conger (1997), pemimpin istimewa adalah pemimpin yang boleh menguasai perubahan, yang boleh mengilhamkan kita untuk menanggung risiko, dan yang memiliki pemikiran yang tajam terhadap kesempatan strategis. Dalam konteks pemimpin dan perubahan ini, Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, membuat banyak kejutan yang sebelumnya tidak pernah terfikir oleh rakyat dan pemimpin lain. Kejutan yang dimaksudkan termasuklah yang berbentuk perubahan atau pembaharuan pembangunan. Antara kejutan pertama yang beliau lakukan ialah mempercepatkan waktu Semenanjung Malaysia selama setengah jam. Sebagai pemimpin yang berkarisma pasti melakukan perubahan. Begitu jugalah dengan Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato’ Sri Hishammudin Tun Hussein. Dalam memperkatakan kepimpinan dan perubahan inilah satu misi nasional yang merupakan tema bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dicetuskan oleh Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato’ Sri Hishammudin Tun Hussein dan telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Januari, 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putra Jaya. Ia mendapat sambutan yang baik semua pihak dan peringkat warga pendidikan. PIPP yang bertemakan ”Merintis Pembaharuan: Satu Misi Nasional” menjelaskan komitmen dan kesungguhan warga Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan perubahan dan pembaharuan dalam sistem pendidikan negara. Demikian ditegaskan oleh Menteri Pelajaran, Dato’ Sri Hishammudin Tun Hussein semasa menyampaikan Perutusan Tahun Baru (2007) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP dirangka bagi menyediakan asas-asas yang kukuh sebelum reformasi sepenuhnya dapat terlaksana. Menurut Dato’ Dr. Hj. Ahamad Sipon, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, pelancaran PIPP melambangkan bermulanya gelombang perubahan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat yang hendak dicapai ialah Pendidikan Berkualiti Untuk Semua. Manakala dalam ucapan Datuk Dr. Zulkurnain Hj. Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran menyatakan bahawa sebagai warga KPM, setiap orang perlu memberi komitmen dan kesungguhan untuk menjayakan PIPP selaras dengan misinya, ” Merintis Pembaharuan ”. Setiap pemimpin yang berkarisma akan melakukan perubahan dalam organisasi pimpinanannya. Inilah perubahan yang dibuat oleh peneraju utama Menteri Pelajaran Malaysia terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Misi Nasional Sebagai Teras PIPP Teras strategik dalam Misi Nasional jelas menunjukkan pendidikan sebagai elemen utama bagi kejayaan usaha ini. Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan kelima-lima teras Misi Nasional. Dua daripada lima teras tersebut, iaitu teras kedua dan teras ketiga, menyatakan peranan pendidikan secara langsung. Teras Misi nasional Teras 1 Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi Teras 2 Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ’minda kelas pertama’ Teras 3 Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif Teras 4 Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup Teras 5 Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan 4. Perbincangan teras kedua: Membangunkan Modal Insan. Dasar KPM adalah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Manakala, matlamat KPM adalah untuk memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan pelajar. Dalam usaha untuk membangunkan modal insan mengikut acuan Malaysia, KPM mempunyai peranan yang utama dan penting. Perkara ini telah ditegaskan oleh YAB Perdana Menteri. Dalam Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006, YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan: “Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan... kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen... pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antara bangsa yang kian meningkat”. (YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ) Seminar Nasional Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan Ke-13 Pembangunan modal insan bertujuan untuk memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu pelajar-pelajar ini akan dilengkapi dengan kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan mengunakan ICT dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional; mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat; mempunyai nilai yang tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan membangunkan modal insan dengan mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar. Kewujudan pelbagai jenis sekolah aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan diteruskan. Mata pelajaran yang diajar di sekolah hendaklah bersesuaian dengan perkembangan dan keperluan semasa dunia hari ini. Aliran yang menjadi tumpuan ibu bapa Melayu sekarang ialah yang berbentuk keagamaan. Dengan demikian aliran ini perlu diperluaskan lagi. Ia mesti mengikut keperluan semasa dan kehendak masyarakat. Terutamanya dalam memenuhi keperluan global. Bahasa Cina dan bahasa Tamil hendaklah diajar kepada semua murid tanpa mengira permohonan sekolah. Menurut Menteri Pelajaran dalam laporan enam bulan pertama PIPP, dengan banyaknya pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar menunjukkan keunggulan dan kehebatan sistem pendidikan di Malaysia. Dalam usaha meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan kajian mengenai pelaksanaan KBSR dan KBSM perlu dibuat supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skills) . Pihak sekolah mesti melaksanakan program KBSR dan KBSM berjalan seperti yang telah ditetapkan terutama dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran yang dijalankan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan dan

kemahiran yang mesti dikuasai mengikut pencapaian murid dengan menggunakan kaedah pembelajaran masteri di mana murid yang telah menguasai diberi pengkayaan manakala yang belum diberi pemulihan. Di samping itu nilai-nilai murni diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Nilai murni ini adalah sangat perlu diterapkan kepada murid-murid sejak di sekolah rendah lagi, untuk mencegah salahlaku dan membentuk shasiah rakyat Malaysia. Maka akan lahirlah insan yang gemilang tanpa wujud lagi masalah remaja masa kini seperti mat rempit, bohsia, bohjan dan kes buli. Sekolah boleh melaksanakan program bimbingan dan latihan dalaman yang berterusan. Program latihan kepimpinan untuk pengawas, pengawas pusat sumber dan ketua kelas hendaklah dijalankan. Di samping itu bimbingan individu dan bimbingan kelompok perlu dilaksanakan mengikut keperluan semasa dan bertema. Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa para guru membina modal insan (pelajar) dengan menjalankan peranan menyampaikan ilmu, mendidik dan mengasuh anak-anak didik supaya menjadi ceria, cerdas dan sihat. Saranan beliau semasa melancarkan Perayaan hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-35 di PWTC. Dalam ucapan beliau pula ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) di parlimen, beliau telah menekankan aspek pembangunan modal insan digandingkan dengan nilai-nilai yang baik. Sehubungan itu, beliau berharap supaya guru dapat menjalankan tugas yang penting ini untuk membentuk dan membangunkan modal insan (pelajar) dengan sebaik-baiknya. Untuk melahirkan modal insan yang mempunyai ilmu pengetahuan dan mengamalkan nilai-nilai murni adalah usaha yang berterusan dan memerlukan kerjasama berbagai pihak termasuk ibu bapa, guru, dan masyarakat. Dalam membangunkan modal insan, KPM menentukan kualiti murid yang dihasilkan oleh setiap peringkat pengajian sejajar dengan hasrat sistem pendidikan kebangsaan. Output yang diberikan penekanan adalah seperti berikut: i) berupaya belajar, bekerja dan komunikasi dengan berkesan; ii) berupaya mengaplikasi dan mengadaptasi pengetahuan dan kemahiran; iii) berupaya mengakses, mengaplikasi dan menggunakan teknologi dan sistem maklumat; iv) berfikir secara kritikal dan bertindak secara rasional; v) berusaha untuk belajar sepanjang hayat; vi) mengenal dan menghormati kelainan orang lain dan perbezaan individu; dan vii) berkebolehan menjadi pemimpin kepada diri, keluarga dan masyarakat. Pelajar juga perlu dipupuk supaya memiliki kemahiran dan keterampilan. Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai jenis kemahiran hard and soft skills. Memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab. Cara berkomunikasi dan menghormati orang yang lebih tua perlu disemaikan. Yang muda disayangi, yang tua dihormati. Penampilan diri murid yang positif perlu disemai di sekolah rendah lagi.. Muridmurid dilatih untuk menjadi pemimpin dan boleh mengeluarkan pendapat dan berani untuk menyertai dan berucap di khalayak ramai. Mereka juga diajar berpakaian bersih dan kemas. Pengawas dan pengawas pusat sumber diberi pakaian yang kemas. Selain itu, aspek yang ditekankan termasuklah keselamatan, kesihatan dan Kebersihan (3K) dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam aktiviti kokurikulum. Memastikan sekolah memberi penekanan kepada keselamatan dan kebersihan dan kesihatan pelajar. Pentadbir dan guru sekolah mesti memastikan setiap sudut di kawasan sekolah adalah selamat dan kondusif. Persekitaran sekolah boleh menjana dan mencerna ilmu pengetahuan yang digarap kepada murid-murid. Ini dapat menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah dan seterusnya menganggap sekolah adalah rumah kedua. Usaha ini mestilah mendapat kerjasama dan sokongan daripada PIBG, dan komuniti setempat. Aktiviti yang bersesuaian seperti permuafakatan dalam program peningkatan akademik dengan mengadakan motivasi dan kelas tuisyen juga semangat gotong royong boleh dilaksanakan. Dato’ Seri Abdullah turut mengingatkan guru-guru meningkatkan kualiti diri mereka sebagai pendidik. Guru mesti terus mengamalkan budaya membaca dan menambah nilai kepada ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, terutama yang berkaitan dengan profesion keguruan. Dalam ucapannya sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-35 di PWTC. Beliau juga menyeru guru-guru bersedia bekerja di mana sahaja perkhidmatan mereka diperlukan. Pengambilan guru j-QAF yang dibuat tanpa perancangan, telah membuat guru ini dilatih hanya dalam tempoh yang singkat. Mereka tiada kewibawaan dalam pengajaran. Akibatnya murid-murid gagal menguasai kemahiran yang sepatutnya. Begitu juga guru lain terutama guru KPLI yang memilih perguruan sebagai pilihan terakhir. Hasilnya mereka tidak berkewibawaan dan tidak berminat. Latihan perguruan mesti dimantapkan lagi di IPG dan

universiti untuk melahirkan guru-guru yang mahir dan cemerlang dan kejurulatihan. Pemantapkan sistem pentaksiran dan penilaian perlu dibuat lebih holistik dan disediakan pentaksiran alternatif. Buat masa ini sistem pentaksiran dan penilaian masih lagi berpusat. Oleh itu guru lebih menekankan untuk menghabiskan sukatan pelajaran daripada mengaitkan dengan perkara-perkara lain. Pelaksanaan orientasi peperiksaan masih dijalankan. Masyarakat masih memandang peperiksaan sebagai kayu ukur setiap murid dan sekolah. Sekiranya pentaksiran dan penilaian berasaskan sekolah dilaksanakan, pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna dan dapat dihayati. Kaedah pembelajaran dapat diimplementasikan secara optimum. Pentaksiran berasaskan sekolah dibuat sepanjang tahun melibatkan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Sistem ini dilakukan sepanjang tahun. Sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu berorientasi peperiksaan. Melaluinya kualiti sistem pentaksiran dan penilaian akan lebih mantap dan akan melahirkan insan yang lebih berkualiti. Berhubung memantapkan program kokurikulum dan sukan, pelbagai aktiviti sukan dan kokurikulum perlu disusun dan ditambahbaikan. Aktiviti yang terancang dan praktikal di sekolah akan membantu pengembangan potensi murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam usaha untuk meningkatkan semangat patriotik kepada semua lapisan masyarakat dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan dihayati sepenuhnya bermula daripada peringkat awal persekolahan. Ini dilakukan oleh pihak sekolah semasa pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum dan dalam perhimpunan sekolah. Sukan adalah untuk semua. Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan untuk semua. Di sekolah aktiviti kokurikulum dan sukan adalah diwajibkan kepada semua murid. Mereka berpeluang untuk menyertai setiap acara. Penyertaan dalam aktiviti sukan dan permainan boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental. Pemantapan pelaksanaan kokurikulum bagi menggalakkan penglibatan pelajar supaya yang lebih menyeluruh. Semua murid wajib menyertai aktiviti kokurikulum dari tahun 1 hingga tahun 6 di sekolah rendah. Ini dapat mengeratkan perpaduan di kalangan mereka. Namun terdapat beberapa permasalahan dari segi infrastruktur iaitu saiz kawasan sekolah juga menghalang aktiviti kokurikulum daripada dilaksanakan dengan selesa dan berkesan. Terdapat juga sekolah yang tidak mempunyai padang permainan atau gelanggang. Ditambah pula permasalahan dalam melaksanakan aktiviti sukan dan permainan di sekolah ialah peruntukkan yang tidak mencukupi. Untuk melaksanakan sesuatu program faktor kewangan adalah penting untuk membeli alatan yang semakin mahal. Adakala murid terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Begitu juga program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan perlu pemantapan. Di IPG kursus latihan dan program kejurulatihan adalah dijalankan untuk melahirkan lebih ramai pakar dan jurulatih dalam bidang sukan dan kokurikulum. Selain itu, menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih lengkap di sekolah, pusat kokurikulum, kolej matrikulasi dan IPG dilaksanakan. Sekolah dilengkapkan dengan gimnasium yang boleh digunakan oleh peringkat umur murid. Faktor ketidakseimbangan dari segi kepakaran guru di sekolah dalam bidang kokurikulum. Ada guru yang pakar ini yang diberi tanggungjawab oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah untuk melakukan tugas untuk daerah dan negeri. Ini menyebabkan masa guru tersebut banyak dihabiskan di luar berbanding sekolah tempat dia berkhidmat. Ini menjejaskan pencapaian kualiti dan kuantiti kurikulum di sekolah. Secara keseluruhannya ada 126 jenis kegiatan kokurikulum. Dasar kerajaan mengguna pakai 10% markah kokurikulum semasa pengambilan pelajar ke IPTA telah mendapat respon positif daripada pelbagai pihak. Aktiviti kokurikulum merupakan pelengkap kurikulum sangat berperanan dalam membentuk sahsiah dan ketrampilan pelajaran. Dengan adanya penilaian ini, diharap dapat menjadi pemangkin kepada pencapaian matlamat kokurikulum untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang berdisiplin, bersemangat patriotik, berketrampilan, berdaya tahan, mempunyai sifat kepimpinan, bertanggungjawab, berdikari, peka dengan masalah persekitaran serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penggubalan peraturan disiplin baru. Setiap sekolah menyebarkan peraturan disiplin kepada semua murid, ibu bapa dan masyarakat. Di peringkat negeri dan daerah perlu

ditubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan Sekretariat Tetap menangani gejala salah laku murid. Memantau sekolah–sekolah yang menghadapi masalah disiplin. Saluran aduan terus boleh dilakukan melalui talian terus, emel, faksimili, sms, kotak aduan dan lain-lain. Sekolah juga menghantar laporan disiplin (SSDM) empat kali setahun secara berkala yang ditetapkan oleh kementerian ke Pejabat Pelajaran Daerah. Meningkatkan kerjasama antara KPM dengan agensi keselamatan berkaitan. Kerjasama daripada Polis DiRaja Malaysia juga diadakan. Setiap sekolah mempunyai pegawai polis perhubungan sekolah. Menangani disiplin murid bukan saja menjadi tanggungjawab sekolah atau Kementerian Pelajaran dan agensinya. Begitu juga dengan disiplin murid ketika di luar sekolah, bukan terletak pada kuasa polis. Ia adalah tanggungjawab semua anggota masyarakat. Ibu bapa dan penjaga serta masyarakat setempat juga perlu bergerak seiring dan bekerjasama menangani masalah disiplin supaya anak mereka dan setiap murid menjadi generasi yang mempunyai jati diri kukuh, berdisiplin serta cemerlang, gemilang dan terbilang dari aspek perkembangan sahsiah mereka. Untuk mengatasi masalah disiplin perlu kerjasama daripada ibu bapa, masyarakat, pihak polis, dan lain-lain agensi. Nilai dan peraturan yang telah diterapkan di sekolah tidak berkesan jika tidak ada kesinambungan di luar. Kadangkala nilai di sekolah adalah bercanggah dengan di rumah. Perkara ini di luar kawalan sekolah. Usaha menangani gejala disiplin diperkukuhkan lagi melalui Jawatankuasa Bertindak. Jawatankuasa ini memikirkan pelan strategik untuk menangani masalah disiplin di sekolah. Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Memperluaskan pelaksanaan j-Qaf kepada murid Islam dan Pendidikan Moral kepada murid bukan Islam. Memastikan ibubapa memahami konsep pelaksanaan pelajaran tersebut. Sekolah perlu memberi taklimat kepada ibu bapa. Pemantauan pelaksanaan pendidikan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan perlu dijalankan. Ia sangat diperlukan mengenai peranan, hak dan tanggungjawab ke arah melahirkan masyarakat patriotik. Selaras dengan perkembangan teknologi serta untuk meningkatkan keberkesanan p&p, penyediaan infrastruktur dan perkakasan mencukupi bagi pembestarian sekolah. Menerusi konsep ini, P& P berlangsung dengan bantuan ICT. Begitu juga Pusat Sumber Sekolah mesti lengkap. Makmal komputer adalah dalam keadaan sempurna. Namun permasalahannya ialah tiada kepakaran dalam bidang ICT . Alatan perkakasan yang rosak sukar diatasi. Walaupun kerajaan memperuntukkan kontrak dengan syarikat tertentu namun, ia melalui berbagai prosedur yang memeningkan dan tindakan terlalu memakan masa. Ini tindakan yang tidak efisyen. Oleh itu adalah dicadangkan supaya ditempatkan seorang juruteknik yang boleh menyelenggara perkakasan ICT. Secara umumnya, pembangunan modal insan KPM mengandungi dua program/pengisian utama atau teras iaitu kurikulum dan kokurikulum yang saling lengkap melengkapi. Kedua-dua program/pengisian tersebut saling lengkap melengkapi untuk melahirkan manusia unggul dan seimbang dalam jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI). Tahap pencapaian aspek pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan dilaksanakan secara berperingkat manakala aspek nilai dipupuk secara berterusan. Pemimpin sekolah perlu menjalankan pemantauan yang berkesan ke atas setiap program yang dijalankan di sekolah. Begitu juga program yang wajib dan mesti dilaksanakan mesti dibuat bersungguh-sungguh, bukan hanya untuk memenuhi keperluan pihak tertentu sahaja. Sekolah juga mesti menjalinkan hubungan dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Agensi-agensi seperti Polis Di Raja Malaysia, Bomba dan Penyelamat, Pejabat Penerangan, Perpustakaan Negeri dan Daerah, Pejabat Kesihatan, Pejabat Daerah, Pejabat Penghulu, JKKK, bank-bank, kilang-kilang dan agensi yang berdekatan dan sekolah mempunyai kepentingan ke atas mereka. Mereka boleh membantu dalam memudahkan pengurusan dan menyalurkan bantuan kepada sekolah dalam bentuk kewangan. 5. Prestasi Setengah Tahun PIPP Setelah enam bulan PIPP dilancarkan dan dilaksanakan dapatlah dilihat perubahan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ketika mengumumkan prestasi enam bulan melahirkan rasa puas hatinya dengan pencapaian enam bulan pertama PIPP. Beliau gembira kerana semua projek telah menunjukkan indeks prestasi yang memberangsangkan. Antaranya seperti penyediaan kemudahan asas iaitu bekalan air

dan elektrik terus menjadi dasar utama PIPP, yang mana kuasa hibrid solar-diesel merupakan perkara baru menggantikan set generator (gen-set) dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Jika bangunan sekolah tidak dapat didirikan, kabin menjadi ganti bilik darjah bagi sekolah kurang murid. Selain itu guru pedalaman akan menerima elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan (EKMLTK) tambahan sehingga RM1500 mulai gaji bulan Mei yang lalu. Sebanyak 12,033 guru dikenal pasti menerima elaun itu. Manakala bagi pembangunan infrastruktur pula, kerajaan memberi tumpuan kepada tiga aspek, iaitu pertamanya aspek pembangunan infrastruktur, kedua pembangunan infrastruktur yang disandarkan dengan dasar yang mantap dan kukuh, dan ketiga melaksanakan enam teras mengikut bulan. Dari segi infrastrukturnya, projek baru RMK-9 yang siap dan sedang dibina ialah 27.7 peratus daripada yang telah diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan. Pembangunan infrastruktur yang mendesak diberi keutamaan seperti pendidikan khas, sekolah di luar bandar, sekolah yang memerlukan penaikan taraf dengan segera. Begitu juga kepelbagaian aliran adalah merupakan kekuatan dalam bidang pelajaran hari ini. Fokus kepada keenam-enam teras dilakukan mengikut bulan tertentu. Walau bagaimanapun, laporan setengah tahun ini hanya empat teras sahaja. Teras pertama, iaitu merapatkan jurang pendidikan telah dilancarkan pada Februari oleh Perdana Menteri, pada bulan Mac pula teras pembestarian sekolah dengan penekanan kepada teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Bulan Mei tertumpu kepada usaha memartabatkan profesion keguruan. Pada Jun, pihak kementerian meletakkan pembangunan modal insan dengan tumpuan khas kepada kokurikulum. Pada bulan Julai pula, fokus Kementerian Pelajaran adalah kepada pembangunan negara bangsa, dengan tumpuan kepada sukan. Banyak usaha telah dilakukan untuk memenuhi enam teras tersebut. Bagi usaha membangunkan modal insan yang bertumpu kepada gerakan memperkasa kokurikulum, pihak kementerian memperkenalkan borang penilaian yang standard bagi meminimumkan ketidakseragaman pemberian markah kokurikulum kepada pelajar untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). 6. Penutup Daripada tinjauan yang dibuat terhadap PIPP, didapati bahawa ia adalah bertunjangkan kepada misi nasional. Pembangunan modal insan adalah teras yang sangat penting dalam perancangan membina hala tuju pendidikan negara. Menurut kad laporan yang dilaporkan oleh Menteri Pelajaran ia memperlihatkan prestasi yang amat baik dan memberangsangkan. Sejumlah 27.7 peratus daripada peruntukan infrastruktur telah dibelanjakan. Di peringkat perancangan ia adalah sangat sempurna dan lengkap, namun permasalahan tetap wujud di peringkat pelaksanaan di negeri, daerah dan sekolah. Namun penambahbaikan perlu dilakukan dari semasa ke semasa . Pertumbuhan ekonomi negara adalah amat bergantung kepada modal insan terutama dalam proses Malaysia mencapai status negara maju. Kementerian Pelajaran Malaysia Dalam tempoh RMKe-9, kejayaan Misi Nasional dan seterusnya Wawasan 2020 amat bergantung kepada modal insan yang dihasilkan oleh sistem pendidikan kebangsaan. KPM akan memastikan tidak ada murid yang tercicir dari sistem pendidikan dan setiap pelajar dapat memenuhi kehendak pasaran pekerjaan di peringkat negara dan antarabangsa. Menyedari hakikat ini gembleng tenaga dan usaha pelbagai pihak adalah perlu untuk memastikan modal insan yang dilahirkan adalah mempunyai kecemerlangan akademik malah memiliki nilai-nilai insaniah. Kesungguhan Menteri Pelajaran dalam melaksanakan PIPP ini sangat dihargai. Adalah diharapkan janji akan ditepati supaya rakyat termasuk masyarakat dan pelajar sekolah memanfaat segala kemudahan yang disediakan.

Related Documents

Pipp
May 2020 6
Pipp
December 2019 20
Pipp
November 2019 17
Rajah Pipp
June 2020 15
Laporan Pipp Ke 2
July 2020 9
Profesion Keguruan Pipp
November 2019 13