Pidato-makna Sebenar Kemerdekaan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pidato-makna Sebenar Kemerdekaan as PDF for free.

More details

  • Words: 394
  • Pages: 2
Salam mesra pembuka kata, Bagi memulakan pidato saya, Salam sejahtera madah bermula, Kepada hadirin pendengar bicara. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Dato’ Sedia Raja, Datin Hajah Azimah binti Alis, barisan panel hakim yang tetap berdiri di atas neraca keadilan, guru-guru, rakan-rakan seperjuangan dan para hadirin yang dihormati sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua. Berdirinya

saya

di

pentas

yang

serba

indah

ini

adalah

untuk

menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “Makna Kemerdekaan Sebenar.” Para para pendengar yang budiman, Sudah lebih setengah abad Malaysia mencapai kemerdekaan daripada cengkaman penjajah. Laungan “Merdeka!” oleh Perdana Menteri pertama kita, Tunku Abdul Rahman masih terngiang-ngiang di telinga anak pramerdeka yang pernah melalui kehidupan terseksa pada zaman penjajahan. Persoalan yang sentiasa timbul dalam benak fikirn kita ialah, “apakah makna kemerdekaan yang sebenar?” Kemerdekaan dapat ditafsirkan sebagai keadaan yang bebas daripada semua aspek. Pada era globalisasi ini, remaja dilihat sering terikut-ikut dengan cara percakapan, cara berpakaian dan gaya hidup artis dari negara barat. Hakikatnya, budaya ini sememangnya tidak sesuai untuk negara timur terutamanya masyarakat Malaysia. Hal ini bermaksud kita masih belum mencapai kemerdekaan dari segi mental. Sidang hadirin yang dimuliakan, Di samping itu, kemerdekaan bermaksud rakyat hidup bersatu dalam keadaan yang harmoni. Perpaduan kaum merupakan faktor utama untuk kemerdekaan dan juga pembangunan negara. Hal ini amat berkenan dengan tema sambutan kemerdekaan kali ini, iaitu “Perpaduan Teras Kejayaan”.

Selain itu, kemerdekaan memberi makna bahawa kita tidak lagi dikongkong oleh mana-mana pihak. Malaysia harus membuktikan kepada dunia yang rakyatnya mempunyai minda kelas pertama. Dengan ini, tidak perlu lagi kita bergantung kepada tenaga pakar luar untuk memajukan negara. Dalam hal ini, kemerdekaan merujuk kepada kebolehan Malaysia berdikari tanpa bergantung kepada tenaga luar. Para hadirin yang dihormati, Kemerdekaan juga bererti pembebasan mutlak daripada gejala negatif. Hal ini bermakna rakyat perlu bekerja gigih ke arah pencapaian model insan yang gemilang. Nilai murni harus dibenihkan ke dalam jiwa rakyat. Pemupukan nilai murni patut dimulakan melalui institusi keluarga dan sekolah. Perjuangan perajurit pada masa lampau perlu dikenang sehingga akhir zaman. Perjuangan ke arah kemerdekaan bukannya senang, tetapi memerlukan tekad dan azam yang utuh. Oleh hal iti, sebagai pelapis, kita harus memberikan komitmen yang jitu ke arah mempertahankan negara dan mengekalkan keharmonian. Sebelum mengundur diri, saya ingin menyampaikan serangkap pantun. Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti, Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Sekian, terima kasih.

Related Documents

Kemerdekaan
June 2020 30
Doa Kemerdekaan
November 2019 35
Wira Kemerdekaan
September 2019 32
Nikmat Kemerdekaan
October 2019 41