Peulisan Akademik.docx

  • Uploaded by: amsyar
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peulisan Akademik.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,171
  • Pages: 4
PENULISAN AKADEMIK Dalam dunia globalisasi pada abad ke-21, keperluan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi menjadi semakin penting. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21 (Abd Razak bin Mohd Nawi, 2015). Di Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang sesuai dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk bersaing pada peringkat antarabangsa (rujuk lampiran) . Dengan itu, semua guru perlu bersedia menerima segala perubahan dan dapat mengurus perubahan tersebut dengan cekap dan berkesan kerana guru merupakan "kumpulan pelaksana" yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perubahan tersebut. Oleh itu, cara yang terbaik untuk mengembangkan budaya belajar yang bertahap tinggi adalah melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Menurut Mohd Faiz Mohd Yaakob, Muhamad Rozaimi Ramle dan Jamal@Nordin Yunus (2016) ‘Komuniti Pembelajaran Profesional dikenalpasti oleh para sarjana masakini sebagai elemen yang mampu mengubah tradisi pendidikan kepada meningkatkan kualiti pengajaran guru dan prestasi pencapaian murid. Persoalannya, bagaimana seorang guru yang menguasai kemahiran pendidikan abad ke-21 serta mengamalkan prinsip PLC dapat menyumbang kearah meningkatkan standard prestasi pencapaian pelajar sehingga ke peringkat antarabangsa?

Sebagaimana yang kita sedia maklum, salah satu daripada kemahiran abad ke-21 ialah kemahiran belajar dan inovasi yang menekankan 3 aspek iaitu kreatif & inovatif, pemikiran kritis & menyelesaikan masalah dan komunikasi & kolaborasi. Pemikiran kreatif dan inovatif dijadikan penguasaan utama dalam kalangan guru untuk diterapkan serta diaplikasikan kepada pelajar-pelajar. Poh Swee Hong (1999) menyatakan pemikiran keatif amat penting untuk membentuk warganegara yang tahu dan mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan manakala pemikiran inovatif dapat membentuk individu agar mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan mempunyai

unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi. Menjawab persoalan di atas, tentang apakah pelaksanaan atau pendekatan yang perlu dilakukan ialah guru perlu bijak dalam soal adaptasi serta melakukan penambahbaikan dari segi kreativiti dalam penyampaian ilmu dan aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, guru merangka satu aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, dimana pelajar dapat berkolaborasi untuk membincangkan tugasan yang diberi. Penerapan penyelesaian masalah boleh dilaksanakan dalam aktiviti tersebut agar dapat menguji daya kemahiran berfikir murid di tahap yang lebih tinggi. Pendek kata guru perlu melakukan satu perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh aktiviti yang sesuai ialah ‘Cungkil Bijak’ iaitu satu kaedah kuiz, dimana pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diadakan duga akal. Menurut Dr. R. Dhanapal (2013) kaedah cungkil bijak ini telah mendorong pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam penyediaan dan penyampaian buah fikiran. Pembelajaran pelajar yang berterusan merupakan prinsip PLC yang perlu dipastikan oleh guru atau warga pendidik untuk mempertingkatkan proses pembelajaran pelajar.

Kemahiran hidup dan kerjaya merupakan kemahiran yang kedua diterapkan dalam Kemahiran Pendidikan Abad ke-21. Kemahiran hidup dan

kerjaya

membincangkan pembolehubahsuai dan kepimpinan guru untuk melahirkan pelajar yang mencapai standard prestasi mereka sehingga ke peringkat antarabangsa. Di dalam bilik darjah, guru adalah seorang pemimpin yang berkeupayaan, bertanggungjawab

untuk

merancang

dan

melaksana

pengetahuan,

berkemahiran, mempunyai kepakaran dalam mentadbir dan mengurus PdP dengan cekap dan berkesan. PLC sebagai salah satu inisiatif dalam meningkatkan kualiti guru adalah berdasarkan trend dan perkembangan pendidikan di negaranegara maju sebagai usaha yang dapat meningkatkan profesionalisme guru. Guru boleh berkolaboratif dengan rakan sekerja untuk menjalankan aktiviti pengajaran. Ianya merupakan teknik pengajaran bersama rakan guru (team teaching) yang merupakan pendekatan dalam Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Menurut Norazlinda dan Sankaran (2016) amalan autonomi guru dan kolaboratif mampu mempengaruhi komitmen guru dan kepercayaan guru terhadap guru besar/pengetua sekolah. Antaranya, guru mengadakan bengkel atau kem kepimpinan kepada pelajar dengan berkolaboratif bersama beberapa sekolah untuk menjayakan

program

tersebut.

Sebagai

contoh

Program

Kolaboratif Jurulatih Muda

Kemahiran Berfikir IPG Kampus Ilmu Khas dan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka yang dijalankan di Dewan Seri Tanjung, IPG KPMM adalah satu usaha untuk mewujudkan jaringan kerjasama dalam kalangan pensyarah dan siswa pendidik (IPG Kampus Ilmu Khas). Usaha para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan adalah untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik kepada pelajar-pelajar. Usaha ini juga mampu menunjukkan teladan serta guru sebagai ‘role model’ kepada pelajar dalam menguruskan tanggungjawab sebagai pemimpin. Ini selaras dengan prinsip Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) serta kemahiran ke-2 dalam Kemahiran Pendidikan Abad ke-21. Hal ini bertepatan dengan apa yang digariskan dalam Falsafah pendidikan kebangsaan iaitu memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu disamping memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara (A. Rashid, Cheong, Mahayudin, & Noordin, 2016).

Seterusnya, guru berperanan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran P&P di bilik darjah seperti

memantapkan kaedah penyampaian dengan

memaksimumkan penggunaan alat bantu mengajar. Mok Soon Sang (2007), menegaskan guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Kemahiran teknologi maklumat merupakan kemahiran yang ke-3 ditekankan dalam Kemahiran Abad ke21. Faedah menguasai ICT ini ialah,kita juga dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam kehidupan harian kita. Hal ini kerana teknologi maklumat dan komunikasi adalah dalam bahasa inggeris. Keadaan ini secara tidak langsung, pelajar dapat menguasai kemahiran bahasa Inggeris melalui ICT selaras dengan aspirasi murid yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu kemahiran dwi-bahasa. Selain itu, guru boleh membuat perbincangan secara ‘online’ ataupun E-pembelajaran seperti menggunakan aplikasi ‘schoology’ yang dapat mendedahkan penggunaan ICT kepada pelajar. Melalui aktiviti yang sebegini, guru dapat mengenalpasti masalah pelajar yang masih belum celik pada literasi maklumat, media dan ICT. Oleh itu, guru dan

rakan sekerja dapat mengumpul dan menyusun PLC-Lesson Study yang telah dijalankan untuk rujukan guru. Seterusnya membincangkan Lesson Study yang boleh membantu masalah yang dihadapi kepada pelajar. Kementerian telah melaksanakan lagi beberapa program yang berkaitan dengan ICT seperti program pengenalan kepada computer pada tahun 1986, projek literasi komputer 1992, projek pelajaran berbantukan komputer (PBK) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada tahun 1995 telah diperkenalkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah, (Nur Qistina Binti Abdullah& Hazman Bin Ali, n.d). Hal ini jelas bahawa kemahiran teknologi maklumat adalah penguasaan utama yang dapat menyumbang kearah meningkatkan standard prestasi pencapaian pelajar sehingga ke peringkat antarabangsa.

Kesimpulannya, warga pendidik memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan para pelajar yang kreatif dan inovatif dan kompeten selaras dengan pembentukan Modal Insan bagi mengisi keperluan Transformasi Negara 50 (TN50). “Apa yang penting semua perlu berperanan lebih-lebih lagi golongan guru untuk menjadi lebih daripada itu. Peranan warga pendidik amat penting dalam memastikan kejayaan transformasi membentuk generasi membangunkan negara menjelang tahun 2050," kata Menteri Pendiidkan, Datuk Seri Madzhir Khalid dalam Dialog TN50 Guru Muda 1Malaysia Memacu Masa Depan Pendidikan Negara di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (Mohamad Hafiz Yusoff Bakri, 2017). Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan

masalah,

berkeupayaan

mencipta

peluang-peluang

baru,

mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Hal ini disebabkan golongan pelajar yang akan menjadi pemimpin negara pada masa yang akan datang adalah golongan yang sedang berada di universiti dan sekolah sekarang. Oleh itu jelaslah, bahawa guru adalah berperanan dalam menyumbang kea rah meningkatkan standard prestasi pencapaian pelajar sehingga ke peringkat antarabangsa.

Related Documents

Peulisan Akademik.docx
December 2019 7

More Documents from "amsyar"