Tamadun merupakan istilah popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Namun, tamadun dalam bahasa arab, terdapat lima istilah yang boleh dihubungkaitkan dengan tamadun antaranya, umran (Ibnu Khaldun,1332-1406M), hadharah, tamaddun, madinah dan madaniah (Muhammad,Syeikh,abad 20). Didalam istilah barat pula tamadun disebut Civilization yang berasal daripada
perkataan Latin, civitas yang bererti bandar. Secara
umumnya, tamadun bermaksud pencapaian atau kemajuan dalam aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu dan fizikal. Dapat disimpulkan bahawa tamadun merupakan pencapaian dan perkembangan manusia secara evolusi melalui beberapa fasa. Tamadun China merupakan tamadun yang terawal muncul didunia selain tamadun Mesir dan tamadun Yunani. Tamadun China telah mencapai kegemilangan dalam sistem pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral dan penciptaan serta sains. Tamadun India pula bermula tahun pada 2350 -3000 S.M di lembah sungai Indus dan merupakan sebuah tamadun awal yang masih kekal sehingga ke hari ini. Keduadua tamadun ini telah mempengaruhi serta mmeberi sumbangan kepada Tamadun Malaysia dari segi sosiobudaya, ekonomi dan pendidikan. Kelahiran Tamadun China telah mewujudkan masyarakat baba dan nyonya serta penempatannya di Malaysia. Kemunculan masyarakat baba dan nyonya terutama sekali di Melaka dan Pulau Pinang merupakan suatu interaksi perhubungan yang memberi kesan besar di Malaysia. Berdasarkan catatan De Eredia masyarakat Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Menurut Shahrul Azlan (2017), “melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai “Baba”. Oleh itu, secara tidak langsung mereka menggunakan bahasa Melayu dalam aktiviti berjual beli serta semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan keluarga. Proses campuran pembudayaan Melayu dan Tamadun Cina ini telah melahirkan budaya kacukan Cina dan Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya. Hal ini memberi perbezaan pula pada sumbangan Tamadun India pada sosio-budaya dalam masyarakat di Malaysia. Adat melayu dalam Tamadun Malaysia merupakan awal diperngaruhi oleh unsur-unsur Hindu. Pastinya kita pernah melihat upacara perkahwinan dan persandingan di dalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh adat Hindu yang masih di amalkan di Malaysia. Menurut Mariah (2014), “Upacara persandingan seolah-olah menjadi satu kewajipan
sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang
mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita dengan sebab inilah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari”. Sebagai contohnya, dalam adat perkahwinan pasangan yang
berkahwin dikatakan sebagai raja sehari dan diadakan upacara bersanding upacara kemuncak dalam majlis tersebut. Selain itu, penggunaan sirih pinang dan beras kunyit merupakan pengaruh Hindu dan penggunaan beras kunyit ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Hal ini telah menyebabkan pengaruh tamadun India dari segi perkahwinan dan persandingan ini wajib di ikuti oleh masyarakat Melayu di Malaysia hingga sekarang. Lihat pula pada sumbangan Tamadun India dari segi ekonomi, aktiviti perdagangan sekitar abad ke-14 dan ke-15 masihi membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan entrepot dan kota metropolis yang sangat terkenal di seluruh nusantara pada masa itu. Kedatangan para pedagang India Islam terutamanya dari wilayah Benggala ke Melaka membentuk masyarakat campuran hasil daripada perkahwinan mereka dengan wanita-wanita tempatan. Kedatangan tamadun India telah melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai kebudayaan dan adat resam seperti yang dibincangkan pada perenggan sebelum ini. Hal ini demikian, menjadikan Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum dan kaya dengan adat resam. Tamadun India juga telah mmempengaruhi senibina di Malaysia. Kuil-kuil agama Hindu telah banyak didirikan oleh pendatang India, namun pengaruh seni bina Selatan India, banyak mempengaruhi binaan masjid. Sebagai contoh, Masjid Kapitan Kling (1802-1803), Pulau Pinang salah satu contoh seni bina Selatan India, dibina oleh ketua masyarakat India Muslim atau Kapitan. Menurut Ros Mahwati Ahmad Zakaria (2016), “Masyarakat Chulia ialah masyarakat Islam Tamil berasal dari selatan India yang datang ke Pulau Pinang dalam abad ke-19 Masihi”. Salah satu sumbangan mereka yang menjadi mercu tanda Islam di Pulau Pinang pada hari ini ialah Masjid Kapitan Keling yang dibina pada tahun 1801. Seni bina India Muslim ini jelas kelihatan pada menara yang tinggi dan kubah potong bawang. Kedatangan Tamadun Cina juga mempunyai persamaan dengan Tamadun India iaitu sumbangan melalui senibina masjid, sebagai contoh Masjid Kampung Hulu. Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka. Menurut Amran Mulup (2011) “Masjid ini dipercayai dibina oleh Datuk Arom atau Harun iaitu seorang pendatang dari China yang memeluk Islam”. Ciri seni bina Cina yang dapat dilihat pada Masjid ini melalui unsur pagoda pada menara yang kterpisah daripada bangunan utama masjid. Menara ini berfungsi sebagai tempat untuk melaungkan azan sebelum kewujudan pembesar suara. Senibina pagoda ini telah lama. “Menjejakkan kaki buat pertama kali ke masjid ini sudah pasti anda akan terpegun dengan ukiran dan ciri-ciri seni binanya yang menggabungkan ukiran daripada China dan Aceh”. (Amran Mulup, 2011).