Petua

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Petua as PDF for free.

More details

  • Words: 1,059
  • Pages: 8
Wednesday, January 23, 2008

a h h a r i d a n m a k a n m a l a m . C a r a i n i b o l e h d

PETUA TRADISIONAL..... Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin. Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan. Posted by CaMp+bAzZaLiNa at 3:23 PM

0 comments: Post a Comment cantikan Semulajadi @ Tradisional Mungkin ramai di antara yang masih tidak mengetahui kepentingan dan kelebihan tumbuhan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak. Sebenarnya kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai petua dalam mengekalkan kecantikan khususnya kepada kaum wanita. Bahan-bahan ini membantu wanita untuk sentiasa tampil cantik dan menarik. Selain itu, bahan-bahan ini juga mudah didapati, murah dan cara penyediaannya sebagai petua juga mudah. Tidak susah untuk wanita memiliki dan mengekalkan seri wajah mereka kerana mereka tidak perlu berbelanja besar untuknya. 1.Petua menjaga muka Menghaluskan kulit muka a) Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit. b) Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. Kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih. Menegangkan kulit muka a) Ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan mentimun tetapi sebelum itu mentimun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih. b) Rebus segenggam biji kani@manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ianya menggelegak dan pekat. Tunggu

sehingga ianya suam. Kemudian sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih. Amalkan selalu. Menghilangkan jerawat a) Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Selawat sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan pada muka. Amalkan selalu, InsyaAllah jerawat akan beransur hilang. b) Tumbukkan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah itu, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu. Merawat kulit berkedut a) Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu. 2.Petua menjaga rambut Mengelakkan rambut gugur a) Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah rambut akan kekal kuat dan hitam semulajadi. b) Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Selain itu, elakkan mengikat rambut dengan getah. Menghilangkan kelemumur a) Perahkan beberapa biji limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Lumurkan sehingga rata dan biarkan selama beberapa jam. Untuk hasil terbaik, perapkan rambut dengan tuala. Amalkan selalu. Petua ini juga berguna untuk mengurangkan pening kepala. Petua-petua ini boleh dicuba dan dilihat keberkesanannya tetapi harus diingat bahawa ianya akan mengambil masa untuk mengetahui keberkesannya. Oleh itu sesiapa yang

mencuba petua-petua ini haruslah bersabar untuk mengetahui kesannya dan petua ini haruslah diamalkan selalu. Kebaikan mengamalkan petua yang berasaskan tumbuhan ini adalah kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan manusia. Selamat mencuba! Masalah Ketiak Berbau Campurkan sedikit lada putih yang ditumbuk bersama kapur barus, minyak tanah dan sedikit air kapur sirih serta perahan limau nipis. Bancuh sehingga sebati. Sapukan pada seluruh ketiak dan biarkan seketika baru dicuci dengan air bersih.

Memutihkan Bawah Lengan Anda Gaul perlahan limau nipis bersama semangkuk hampas kelapa. Lumur dan gosok ketiak ketika mandi, biar seketika dan bilas. Amalkan selalu dan dalam masa dua minggu, anda akan lihat perubahannya. Selain itu, hampas kelapa boleh digantikan dengan kapur sirih. Cara ini juga boleh digunakan untuk mengempiskan perut. Hilangkan Sakit Akibat Kurap Penyakit kurap bukan sahaja memalukan malah membuatkan seseorang itu tidak berasa selesa. Keadaannya yang gatal boleh menyebabkan penyakit ini berjangkit. Cara mengatasinya ialah ambil beberapa helai daun lada kemudian gosokkan pada tempat yang terkena penyakit kurap itu. Amalkan setiap hari. Mengatasi Sengal Tulang

Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi. Masalah Bau Badan Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul tawas. Sapukan air ke tangan dan sapukan tawas ke permukaan tangan. Selepas itu sapukan tangan ke badan. Elakkan menyapu tawas terus ke badan kerana permukaan tawas tidak licin. Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka kecil. Merawat Kulit Muka Berkedut Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan. Atasi Mabuk Perjalanan Mabuk Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu. Hilangkan Parut Ramas sedikit asam jawa dengan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan air asam jawa pada tempat berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Jadikan Kulit Pisang Sebagai Los Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut.

Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Related Documents

Petua
May 2020 31
Petua
November 2019 22
Petua
October 2019 54
Petua
May 2020 24
Petua
May 2020 13
Petua
May 2020 25