PERUBATAN TRADISIONAL Perubatan cara tradisional adalah warisan turun temurun nenek moyang kita lagi dan banyak pengorbanan , keadaan atau cara telah dilakukan dalam usaha mendapatkan ubat-ubatan yang benar-benar berkesanan .Dalam masyarakat Malaysia kaedah rawatan tradisional biasanya diamalkan oleh jampi serapah di samping ubat-ubatan asli yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga. Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu cabang ilmu perubatan yang penting kerana ia memberi pelbagai sumbangan ke arah meningkatkan taraf kesihatan negara ini.Perubatan tradisional masih diperlukan biarpun dunia perubatan semakin canggih.Malahan dalam beberapa jenis penyakit, sistem perubatan tradisional ternyata lebih berkesan daripada perubatan moden. Perubatan tradisional masih lagi diperlukan oleh masyarakat hariini kerana beberapa faktor .Antaranya ialah warisan amalan hidup tradisional masih mengekang nilai hidup sebahagian besar masyarakat khususnya orang melayu di kawasan dan pedalamaan .Sejak sekian lama orang Melayu amat terpengaruh kepada kepercayaan animisme dan saki baki kepercayaan ini masih lagi wujud walaupun angin perubahan dan kemodenan begitu kencang bertiup. Kepercayaan animisme mengajar masyarakat bahawa setiap penyakit bermula daripada lebihan kecairan ,racun dan pengaruh makhluk halus.Kalau hendak menyembuhkan penyakit yang sebegitu rupa ,amalan perubatan tradisional diperlukan .Selain itu, perubatan moden masih gagal mngubati penyakit ganjil yang berkaitan dengan kuasa ghaib ,misalnya santau ,histeria atau rasukan hantu. Iblis dan syaitan boleh menyebabkan pesakit menjadi gila atau hilang akal seketika waktu,muntah darah atau menjerit-jerit .Penyakit –penyakit ganjil juga boleh disembuh melalui perubatan tradisional dan memang sukar disembuhkan dengan perubatan moden.Kaedah perubatan tradisional memang berkesan untuk mengubati penyakit seperti ini.Oleh sebab itulah golongan seperti ini masih memerlukan perubatan tradisional dan menolak pengubatan seperti ini. Perubatan tradional masih lagi diperlukan kerana berupaya dan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit yang berbahaya .Penyakit -penyakit seperti darah tinggi,lelah ,lumpuh ,patah tulang dan penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf kebiasanya lebih serasi dengan perubatan tradisional jika dibandingkan dengan perubatan moden. Sesetengah rawatan perubatan tradisional mendatangkan kesan yang baik ,khasnya dalam mengubati tulang yang patah .Ada bomoh patah atau bomoh tulang yang dapat menyembuh sakit ini menurut kepakarannya tanpa melalui proses pembalutan seperti kaedah rawatan perubatan moden.Selain itu pengamal perubatan tradisional mendakwa bahawa perubatan moden telah gagal menangani penyakitpenyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan angin . Rawatan tradisional lebih terhasil dan benar-benar menyakinkan masyarakat .Manakala di kalangan masyarakat Cina, akupunktur dan ubat-an sinseh terkenal sejak zaman berzaman lagi.Kedua-dua jenis perubatan ini mujarab bagi beberapa
penyakit seperti darah tinggi ,sakit lelah dan lumpuh .Tambahan pula rawatan akupunktur boleh menggantikan ubat bius dalam proses pembedahan. Justeru itu masyarakat kini lebih mempercayai kaedah rawatan tradisional .Lebih-lebih lagi untuk mengubati penyakit-penyakit ayng berbahaya .Dan perubatan tradisional semakin mendapat sambutan memandangkan kejayaan rawatan dan penemuan khasiat ubatan tradisional yang mujarab .Sistem rawatan secara tradisional juga dikatakan amat berkesan untuk menyembuhkan penyakit yang kronik seperti jangkitan HIV atau AIDS ,penagihan dadah ,kencing manis dan penyakit mental.Penyakit tersebut sememangnya tidak dapat disembuhkan melalui rawatan perubatan moden.Untuk penyakit hilang akal atau gila umpamanya ,terdapat bomoh atau pengamal perubatan tradisional yang mampu untuk menyembuhkannya. Begitu juga dengan buta, bisu, pekak dan sebagainya yang dapat disembuhkan oleh rawatan tradisional ,bukannya melalui pembedahan seperti yang digunakan di dalam perubatan moden.Dalam penagihan dadah pula,terdapat pusat rawatan tradisional yang telah memulihkan para penagih banyak menggunakan sistem rawatan tradisional .Semua ini membuktikan bahawa perubatan tradisional masih diperlukan . Perubatan tradisional masih lagi diperlukan kerana rata-rata masyarakat masih lagi belum mampu hendak membiayai belanja dan kos perubatan moden.Bayaran perubatan tradisional lebih mudah berbanding dengan perubatan moden.Maksudnya kian canggih dan moden alatan yang digunakan dalam perubatan moden ,kian tingggi pula kos yang terpaksa ditanggungkan oleh orang ramai.Contohnya kos sebanyak RM20,000 yang diperlukan untuk merawat sakit lemah jantung dengan menggunakan laser. Memang kesan perubatan begini dapat memberi impak yang cepat dan tepat ,tetapi dengan kos yang tinggi itu,berapa orangkah yang mampu membiayainya ?Bagi rawatan tradisional ,bayarannya murah kerana perkhidmatan ini berlandaskan niat ingin menolong dan bukan semata-mata mengaut keuntungan .Maka ,bayaran biasanya mengikut keikhlasan dan kemampuan pesakit .Dari segi rawatan pula ,perubatan tradisional tidak diperlukan alat-alat yang mungkin berharga beribu-ribu ringgit ,tetapi perbelanjaan perubatan lebih murah dengan menggunakan ramuan tertentu sahaja. Kadar bayarannya yang rendah juga berpunca daripada harga ubatubatan tradisional yang murah.bayaran yang murah dalam perubatan tradisional, boleh mengurangkan tanggungjawab golongan miskin dan setengahnya mengalihkan perhatian orang ramai kepada perubatan tradisional. Dengan sebab itu sistem perubatan tradisional masih diperlukan lagi. Sistem perubatan tradisional bukanlah asing kepada para penduduk Di negara ini.Perubatan cara ini bukan sahaja digunakan oleh masyarakat melayu sahaja, malahan oleh masyarakat lain seperti India dan Cina.Semua kaum mempunyai sistem rawatan tradisional masing-masing. Malahan sering kita dapati orang Cina mendapatkan rawatan daripada Bomoh atau dukun Melayu, sedangkan orang Melayu pula mendapatkan rawatan daripada sinseh dan bomeh Cina .Ini membuktikan bahawa sistem rawatan tradional ini digunakan secara menyeluruh oleh masyarakat dan tidak terhad kepada sesuatu kaum sahaja.Hakikat bahawa amalan ini ada pada semua kaum menunjukkan sistem rawatan lama ini juga berkesan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Selain itu sistem rawatan tradisional ini masih diperlukan di negara ini masih diperlukan di negara ini kerana bagi masyarakat luar bandar sistem perubatan seperti itu sudah sebahagian daripada kepercayaan mereka. Bagi masyarakat yang tinggal di pedalaman dan masih tertinggal dalam arus pembangunan moden,sistem perubatan tradisional adalah warisan nenek moyang sejak zaman-berzaman lagi. Dalam semua jenis penyakit,mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada bomoh atau dukun untuk menyembuhkannya.Kepercayaan ini telah dibuktikan benar melalui pengalaman sehari-harian mereka .Mereka berpegang kepada amalan dalam agama Islam bahawa tidak boleh disembuhkan. Kesimpulannya,kemajuan ilmu dan materialistik yang kita capai, Kita tidak seharusnya menyebabkan kita melupkan sistem perubatan Tradisional.Jelaslah bahawa perubatan tradisional.Jelaslah bahawa perubatan tradisional memberi manfaat yang besar untuk kesejahteraan dan kehidupan manusia.Pendek kata perubatan tradisional semakin penting dalam dunia perubatan sekarang .Ia seharusnya diterima sebagai satu cabang perubatan dan digabungkan dengan teknologi perubatan moden demi meninggikan mutu perubatan di negara ini.
Kebelakangan ini,kaedah perubatan tradisional semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan pengguna.Hal ini demikian kerana penemuan pengamal perubatan tradisional tempatan tentang khasiat ubat-ubat tradisional ini. Umum telah sedia mengetahui bahawa ubat tradisional menggunakan bahan semula jadi seperti akar kayu,tumbuh-tumbuhan,dan kemenyan yang tidak mempunyai kesan sampingan.Hal ini berbeza dengan perubatan moden yang menggunakan pelbagai bahan kimia yang diproses berdasarkan kajian dan kaedah saintifik,contohnya vaksin,antibiotik,antiserum,antiseptik dan radium yang dapat menjejaskan kesihatan pengguna dalam jangka masa yang panjang.Oleh hal demikian,risiko untuk mendapat penyakit lain semasa mengamalkan ubat-ubat tradisional agak rendah. Selain itu,bahan untuk menghasilkan ubat tradisional mudah diperoleh kerana biasanya terdapat di sekeliling rumah atau di dalam hutan yang berdekatan.Kebanyakan pengamal perubatan tradisional menanam tanaman herba seperti pokok misai kucing,tongkat ali,kacip fatimah,dan sebagainya di rumah.Kebiasaannya ubat tradisional ini dihasilkan sendiri dengan kos yang minimum.Maka tidak hairanlah harga ubat-ubatan tradisional masih rendah dan berpatutan.Kos perubatan moden sangat mahal kerana menggunakan ubat dan peralatan canggih.
Selaras dengan promosi semasa,ubat-ubatan tradisional ini mudah mendapat pasaran yang baik.Satu daripada sebabnya ialah pelantikan stokis-stokis yang menjual produk yang berasaskan ubat tradisional.Dengan inovasi dari segi kaedah pembungkusan,promosi dan bentuk ubat,maka tidak hairanlah ubat tradisional terus mendapat sambutan.Apatah lagi dengan pelantikan artis tempatan sebagai duta produk berkenaan,maka ramai pengguna mencuba produk tersebut.
Kesimpulannya,ubat-ubatan tradisional ini dapat diibaratkan"tak lapuk dek hujan,tak lekong dek panas".Sambutan pengguna masih baik kerana ramai orang mendapat khasiat semula jadinya berbanding dengan ubat-ubatan moden. POSTED BY WENG AT 8:56 PM
3 COMMENTS:
RANGKA KARANGAN Pendahuluan:
perubatan semakin canggih perubatan tradisional - tumbuhan herba
Isi: kos lebih murah dan mudah diperoleh mengubati penyakit yang tidak dapat dirawat oleh perubatan moden Penutup: manfaat kepada masyarakat galakan kerajaan
CONTOH KARANGAN Kemajuan perubatan di negara kita semakin canggih sama ada perubatan secara moden yang dilengkapi pelbagai alatan sofistikated. Begitu juga dengan perubatan secara tradisional yang turut menggunakan tumbuh-tumbuhan herba sebagai penawar kepada pelbagai jenis penyakit.
Antara kebaikan perubatan secara tradisional ialah kos perubatan yang lebih murah jika dibandingkan dengan perubatan secara klinikal. Bahan-bahan perubatan diperoleh dari
kawasan tempat tinggal kita. Sebagai contoh, daun belimbing buluh boleh dijadikan ubat darah tinggi, daun misai kucing dikatakan dapat merawat penyakit kencing manis, daun bunga raya putih pula dapat menurunkan kepanasan demam.
Selain itu, perubatan tradisional merupakan perubatan alternatif kepada perubatan moden. Kadang-kadang terdapat penyakit yang tidak dapat diubati dengan perubatan moden seperti santau. Oleh hal yang demikian, pengamal rawatan tradisional yang dikenali sebagai bomoh atau tabib akan dirujuk oleh pihak pesakit.
Kini, pihak kerajaan telah menyedari akan kebaikan ubatan tradisional dan menyokong industri ubatan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan herba. Industri ini diharan akan terus berkembang demi kesihatan sejagat.