Persamaan Antara Perdagangan Dalam Negeri Dengan Perdagangan A

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Persamaan Antara Perdagangan Dalam Negeri Dengan Perdagangan A as PDF for free.

More details

  • Words: 342
  • Pages: 1
Persamaan antara Perdagangan Dalam Negeri dengan Perdagangan Antarabangsa 1.Mengamalkan pengkhususan perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa mendorong sesebuah negara untuk mengamalkan pengkhususan. Sesetengah kawasan di Malaysia seperti Dataran Kedah dan Delta Kelantan mengkhusus dalam pengeluaran padi. Tanah Tinggi Cameron pula terkenal dengan penanaman teh dan sayur-sayuran. Pada peringkat antarabangsa, Malaysia mengkhusus dalam pengeluaran minyak sawit dan getah, Jepun mengkhusus dalam pengeluaran kereta, sementara Amerika Syarikat pula mengkhusus dalam pengeluaran kapal terbang dan alat perubatan. 2.Mendapat keuntungan Perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa diwujudkan bertujuan mendapatkan keuntungan Firma dalam negeri akan membeli atau mengeluarkan barang dan perkhidmatan dengan kos yang rendah dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi. Negara yang menjalankan perdagangan antarabangsa pula akan mengeksport barang dan perkhidmatan pada harga lebih rendah serta mengimport barang dan perkhidmatan lain pada harga yang lebih tinggi untuk memperoleh keuntungan. 3.Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna Firma yang mengusahakan perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan serta kehendak para pengguna. Pengguna boleh membeli keperluan asas seperti pakaian, rumah dan makanan di pasaran tempatan atau mengimport keperluan seperti gandum, susu, dan gula dari luar negara. 4.Meningkatkan taraf hidup rakyat Perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa membolehkan firma menawarkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan kepada rakyat. Melalui pengkhususan, firma dapat mengeluarkan pelbagai barang dan perkhidmatan dengan harga yang lebih murah dan dengan mutu yang lebih baik. Dengan itu, kuasa beli masyarakat akan meningkat dan memungkinkannya mendapat pilihan barang yang lebih benyak. Keadaan ini akan meningkatkan taraf hidup rakyat. 5.Memerlukan perkhidmatan sokongan yang sama Kedua-dua aktiviti perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa memerlukan perkhidmatan sokongan yang sama untuk melicinkan urusan perdagangan. Antara contoh perkhidmatan sokongan itu termasuklah perkhidmatan bank, insurans, pengangkutan, pergudangan, komunikasi dan promosi. 6.Melibatkan penggunaan dokumen Perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa melibatkan penggunaan dokumen untuk memastikan segala urus niaga direkodkan secara sistematik. Dokumen perniagaan yang digunakan dalam perdagangan dalam negeri adalah seperti invois dan nota kredit, nota debit, penyata akaun perdagangan antarabangsa pula dokumen perniagaan yang digunakan adalah seperti bil muatan, invois konsular, sijil asal usul dan borang pengakuan kastam

Related Documents