Perpaduan_integrasi_nasional.pdf

  • Uploaded by: Muhammad Asmawi AL-Farisi
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perpaduan_integrasi_nasional.pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 3,100
  • Pages: 40
KANDUNGAN ••••••••••02

Pengenalan: Apa itu Perpaduan dan Integrasi Nasional?

••••••••••06

Inisiatif-Inisiatif Perpaduan & Integrasi Nasional

••••••••••33

Inisiatif Khas Kerajaan

∫ Rukun Tetangga ∫ Skim Rondaan Sukarela ∫ Mediator Komuniti ∫ Kelab Rukun Negara ∫ Sekretariat Rukun Negara ∫ Tabika Perpaduan ∫ Taska Permata Perpaduan ∫ Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN)

∫ Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) ∫ Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian antara Penganut Agama (JKMPKA)

••••••••••39

Penutup

Perpaduan Dan Integrasi Nasional Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang berkait rapat dan digunakan bersilih-ganti. Namun demikian, perpaduan dan integrasi merujuk kepada dua proses yang berbeza. Perpaduan negara ialah satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Manakala integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang merapatkan masyarakat antara negeri dan wilayah bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Integrasi Nasional Integrasi Nasional merupakan usaha merapatkan hubungan masyarakat pelbagai kaum ke arah meningkatkan semangat muhibbah dan rasa kekitaan demi keharmonian dan kesejahteraan negara. Melalui integrasi nasional, pemupukan dan penggalakkan interaksi sosial yang memfokus kepada saling menerima dan menghargai sosio-budaya antara kaum dapat mengeratkan hubungan antara kaum.

••••••••••••••••••••••••••••••••

01

02

03

4

Menggalakkan interaksi sosial di antara masyarakat pelbagai kaum tinggal di negeri dan wilayah berbeza bagi mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional. Meningkatkan perasaan kekitaan dan semangat muhibah dengan memahami adat resam, budaya dan amalan hidup masyarakat tempatan. Meningkatkan kefahaman dan mengikis persepsi negatif antara masyarakat pelbagai kaum demi pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional. PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

PERPADUAN ADALAH AMAT PENTING, KERANA JIKA TIDAK ADA PERPADUAN MAKA KITA TIDAK AKAN MENIKMATI KEAMANAN DAN JIKA TIDAK ADA KEAMANAN MAKA TIDAK AKAN ADA PEMBANGUNAN DAN PROSPERITI Allahyarham Tun Abdul Razak

(Sumber dipetik daripada: Ucapan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Majlis Sentuhan Kasih DiRaja Perlis, 19 April 2015)

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

5

6

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Rukun Tetangga Pengenalan Skim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung Kassipilay, Kuala Lumpur. Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan - Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu. Kini, Rukun Tetangga (RT) berkembang sebagai organisasi sukarela diperingkat akar umbi berlandaskan Akta Rukun Tetangga 2012 yang melaksanakan aktiviti / perkhidmatan untuk tujuan memupuk, meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, kesejahteraan dan kualiti hidup di dalam kalangan masyarakat. PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

7

Fungsi Dan Tugas Jawatankuasa Rukun Tetangga Seksyen & Akta Rukun Tetangga 2012 ••••••••••••••••••••••••••••••••

01

02

03

8

Menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup dalam kalangan anggota masyarakat Menerima maklumat untuk memerhati dan menyiasat semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhati dan penyiasat itu kepada Pengarah. Mengambil apa-apa langkah yang wajar untuk membolehkan pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana. PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

••••••••••••••

04

05

Menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apaapa pertikaian atau perselisihan dalam kalangan anggota masyarakat; dan Menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.

Skim Rondaan Sukarela Pengenalan •••••••••••••••••••••••••••

01

02

03

Skim Rondaan Sukarela adalah satu skim yang dipohon oleh sekumpulan pemastautin dalam Kawasan Rukun Tetangga yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 20 orang dan berumur 18 tahun ke atas. Skim Rondaan Sukarela telah dilancarkan secara rasminya pada 21 Februari 2004 di Pulau Pinang. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 April 2004 telah memutuskan untuk memperluaskan SRS di seluruh negara. Tujuan utama penubuhan Skim Rondaan Sukarela adalah untuk membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial di komuniti setempat. PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

9

•••••••••••••••••••••••••••••

04

05

10

Permohonan untuk mengendalikan Skim Rondaan Sukarela di keseluruhan atau sebahagian kawasan perlu dikemukakan kepada Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional untuk kelulusan Ketua Pengarah. Peranan Kawasan Rukun Tetangga dalam menjaga keselamatan telah diperkasakan apabila Skim Rondaan Sukarela (SRS) diiktiraf dan dipromosi sebagai salah satu pelaksana utama dalam inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Iaitu untuk meningkatkan keselamatan dan mencegah jenayah di bawah GTP dan bekerjasama dengan PDRM dan RELA serta pihak berkuasa tempatan.

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

••••••

••••••

Tugas Anggota Skim Rondaan Sukarela Seksyen 18 Akta Rukun Tetangga 2012 01 02 •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Tugas meronda di dalam Kawasan sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga.

Tugas mengawal di Pusat Kawasan pada apa-apa waktu sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah.

03 •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Tugas mengawal di mana- mana premis, tempat atau lokasi di dalam Kawasan sebagaimana yang dikehendaki oleh Pengarah.

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

11

SKUAD UNITI Pengenalan Skuad Uniti ditubuhkan di peringkat komuniti Rukun Tetangga dengan matlamat khusus untuk memberi khidmat :

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• 01

02

03

Bantu mula dalam aspek sosial;

Khidmat komuniti; dan

Mediasi Komuniti.

Program ini telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 9 Mac 2014 bersempena dengan Program Penyatuan Nasional di Perumahan Awam Seri Melaka, Bandar Tun Razak, Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

12

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

•••••

Skuad Uniti melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan bertindak sebagai agen pemangkin perkhidmatan kepada rakyat. Selain itu, skuad ini merupakan pasukan pertama yang menerima, menyampaikan maklumat dan membantu mangsa ketika berlaku situasi kecemasan dan kritikal di peringkat komuniti (Social First Aid).

Objektif •••••••••••••••••••••••

01

02

•••••

03

Mengurus dan mengurangkan tekanan situasi kecemasan dan kritikal dalam komuniti dengan kadar seberapa segera melalui jaringan kerjasama strategik pelbagai agensi berkaitan; Meningkatkan semangat muhibbah, cintakan Negara dan rasa kekitaan melalui pendampingan sosial dan pelbagai jaringan kerjasama; Meningkatkan pemahaman dalam aspek kebudayaan dan cara hidup masyarakat berbilang kaum untuk mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.

Fungsi Membantu mangsa, mempercepatkan bantuan, mendidik, memperkasa dan menyelaras program kepada kumpulan sasar.

Prinsip Utama ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• 01

02

03

04

Hormat menghormati

Kerjasama

Jaringan

Tolongmenolong

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

13

Mediator Komuniti Pengenalan Mediator Komuniti adalah pihak ketiga yang berusaha mendapatkan penerimaan pihak-pihak yang terlibat di dalam sesuatu konflik sosial untuk mencari titik-titik persetujuan yang boleh diterima oleh semua pihak utama dengan harapan perhubungan mereka tidak terus merosot, malah bertambah positif.

Misi Mengurangkan pergaduhan antara kaum melalui Mediator Komuniti untuk meningkatkan keharmonian masyarakat.

Objektif Memelihara keharmonian masyarakat melalui mediasi di antara pihak yang bertelagah.

02

Menjadi pengantara bagi membantu menyelesaikan masalah masyarakat setempat.

••••••••••••••••

01

03

14

Menjadi insan yang dihormati oleh masyarakat setempat dalam penyelesaian masalah masyarakat. PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Peranan •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

01

02

03

04

05

Memberi perkhidmatan mediasi secara sukarela kepada pihak yang memerlukan. Membantu mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh pihak yang bertelagah bagi memelihara keharmonian masyarakat. Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran mediasi melalui latihan dan perkongsian pengalaman secara berterusan. Menenteramkan ketegangan antara pihak-pihak yang bertelagah serta memulihkan perhubungan di antara mereka. Menjalankan mediasi secara profesional, adil dan ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan/balasan. PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

15

Kod Etika Prinsip dan etika kerja yang didokong oleh Mediator Komuniti adalah seperti berikut:Berkecuali

Integriti

Melaksanakan tugas dengan tidak berpihak kepada manamana pihak. 01

16

02

Tidak melakukan rasuah atau menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan diri sendiri serta bagi pihak yang berkepentingan. 03

04

Amanah

Bertanggungjawab

Melaksanakan tugas dengan telus dan penuh jujur, ikhlas serta bertanggungjawab.

Mempunyai akauntabiliti yang tinggi serta komited di dalam menjalankan tugas.

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Komitmen Sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan tidak membelakangkan kewajipan awam kerana kepentingan peribadi. 05

06

Berdisiplin Sentiasa berkelakuan baik dan mematuhi undangundang serta peraturan yang diguna pakai dan menepati masa. 07

08

Dedikasi

Profesional

Bersedia menerima tanggungjawab pada bila-bila masa tanpa mengharapkan sebarang imbuhan atau balasan demi kepentingan komuniti.

Sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran bagi menghasilkan perkhidmatan yang cekap, cepat dan tepat serta memiliki ciri-ciri yang kreatif, inovatif, bermotivasi, berdaya saing dan akauntabiliti.

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

17

Kelab Rukun Negara Objektif

01 02 •••••• ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara.

Menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara dalam kalangan murid.

05 06 •••••• ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan murid berasaskan sikap saling mempercayai, hormatmenghormati, toleransi dan kerjasama antara kaum. 18

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti.

03 04 ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang kepentingan Rukun Negara kepada negara.

Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara.

07 ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya, adat resam dan pantang larang kaum-kaum di Malaysia.

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

19

Pengisian Program Dan Aktiviti Kelab Rukun Negara

01 ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolahsekolah akan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun Negara dalam kalangan murid.

02 ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Selain daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan murid pelbagai kaum. 20

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

•••••

••••••

••••••

Sekretariat Rukun Negara Objektif 01 02 ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Menjadi mekanisme pemupukan perpaduan di peringkat Institut Pengajian Tinggi dalam memperkaya pengetahuan, pemahaman, penghayatan, penilaian dan pengamalan mahasiswa terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara.

Menjadikan Sekretariat Rukun Negara sebagai `platform’ berkesan untuk menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa.

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

21

03 04 •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Mewujudkan Meningkatkan kesedaran khususnya negara bangsa dalam kalangan mahasiswa untuk yang mampu mempraktikkan prinsip-prinsip Rukun bersaing dan Negara dalam kehidupan seharian berdiri sama tinggi ke arah melahirkan masyarakat yang di persada dunia. mempunyai jati diri, setia, bersepadu, berwawasan, bermaruah, bersikap sederhana, terbuka serta beretika sejajar dengan wawasan negara.

22

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

••••••

Tabika Perpaduan Pengenalan Tabika Perpaduan (Taman Bimbingan Kanak-kanak) mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat iaitu sebanyak 25 buah kelas ditubuhkan sebagai projek rintis. Ia diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga. Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 – 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak.

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

23

Objektif Mengembangkan keupayaan fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang betul.

Menyemai dan memupuk semangat muhibah, kejiranan dan perpaduan dalam kalangan kanak-kanak. 01

02

03

Mengeratkan hubungan serta memupuk perpaduan dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat.

24

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

04

Mengamalkan nilai agama/ moral dalam kehidupan harian. 05

Menggalakkan kanakkanak mengamalkan nilai-nilai murni, kerohanian dan moral yang positif.

Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. 06

07

Mewujudkan perasaan ingin tahu melalui pelbagai deria ke arah pembentukan kognitif, penaakulan dan penyelesaian masalah serta meneroka ilmu pengetahuan.

08

Memperkembangkan daya kreatif dan estetika. 09

Memperkembangkan konsep kendiri ke arah pembentukan peribadi dan perwatakan yang positif.

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

25

Pendidikan Ko-kurikulum •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

01

02

03

04

26

Pendidikan ko-kurikulum merupakan salah satu aktiviti/program yang ditekankan pelaksanaannya dalam pendidikan prasekolah di kelas-kelas Tabika Perpaduan. Objektif utama pelaksanaannya adalah sebagai mekanisme penyemaian dan pemupukan sikap kendiri dan personaliti seimbang dalam kalangan kanak-kanak. Kegiatan ini juga menjadi asas kepada ibu bapa/ penjaga dan masyarakat setempat untuk berinteraksi dan bertemu dalam kegiatan kemasyarakatan melalui program yang dilaksanakan. Pertemuan dan perjumpaan yang sering dilaksanakan melalui kegiatan kelas dan ko-kurikulum ini didapati memberi impak positif terhadap pemupukan sosialisasi yang sihat dalam kalangan masyarakat setempat. Antara jenis aktiviti/program tersebut : Muzik dan Budaya (Melukis, Mewarna, Membaca, Bercerita, Tarian, Bersajak, Pakaian Beragam, Permainan Muzik dan Pertandingan Lagu Patriotik, Sukaneka, Tabikarama, Program Bumi Hijau, Lawatan PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

•••••••••••••••••••••••

05

Sambil Belajar, Sambutan Hari Bersejarah, Sambutan Hari Peristiwa, Sambutan Harijadi dan Perayaan Pelbagai Kaum). Pola sosialisasi yang kerap berlaku ini akan mewujudkan hubungan, interaksi dan semangat perpaduan dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa serta masyarakat umum. Mengikut analisa “Kajian Keberkesanan Kurikulum dan Ko-Kurikulum Serta Latihan Guru Tabika Perpaduan” yang dilaksanakan oleh Profesor Dr. Fatimah Daud pada tahun 2007 menunjukkan bahawa kegiatan kokurikulum telah membantu dalam penyemaian perpaduan kaum. Pelaksanaannya juga didapati pada tahap yang baik dan memuaskan. Oleh yang demikian, langkahlangkah bagi meningkatkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum perlu diteruskan.

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

27

Kurikulum Tabika Perpaduan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkuat kuasa pada 1 Januari 2010. Terdapat 6 tunjang kurikulum prasekolah iaitu :

Komunikasi 01

Ketrampilan Diri

06

Kemanusiaan 02

Kurikulum 05

Sains dan Teknologi

04

Kerohanian, Sikap dan Nilai

28

03

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Perkembangan Fizikal dan Estetika

Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) Pengenalan Pewujudan sebuah institusi latihan untuk mengendalikan aktiviti latihan kepada pegawai, kakitangan dan sukarelawan Jabatan ini penting bagi memperkasakan peranan JPNIN dalam masyarakat dan menjadi lebih relevan kepada keperluan pelanggan dalam bidang perpaduan dan integrasi nasional. Malah ia turut memainkan peranan sebagai pusat penyaluran ilmu pengetahuan yang berdaya saing dan efektif serta menghubungkan sektor akademik dan penyelidikan sosial dengan agensi pelaksana ke arah proses pemantapan perpaduan Negara dan integrasi nasional. Oleh yang demikian, Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) telah ditubuhkan atas persetujuan dan kelulusan Jemaah Menteri yang telah bersidang pada 15 Disember 2004 dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan Bangsa Malaysia PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

29

yang bersatu padu. Kenyataan ini bermaksud rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat perlu memahami hasrat murni yang tersirat ini dengan syarat mereka dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dalam bidang yang berkaitan. IKLIN telah diilhamkan oleh YB Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ditubuhkan untuk dua fungsi teras iaitu menjalankan kajian serta melaksanakan program latihan dalam bidang Perpaduan dan Integrasi Nasional. Pada masa yang sama hasrat untuk menjadikan IKLIN sebagai sebuah pusat penyaluran ilmu pengetahuan yang unggul dalam bidang perpaduan akan terus menjadi fokus di dalam setiap perancangan serta program yang akan dilaksanakan. 30

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Sebagai sebuah institut yang bercita-cita untuk menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan, idea, latihan, kajian dan penyelidikan serta konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi memacukan ilmu dan pendidikan dalam bidang Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri) berhasrat dan bertekad mentransformasikan bidang perpaduan dan integrasi sebagai satu landasan rujukan di peringkat serantau dan antarabangsa. Pendekatan program latihan, kajian dan penyelidikan (R&D) serta jalinan kerjasama pintar di antara PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

31

universiti tempatan dan antarabangsa seiring dengan hasrat menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran sepanjang hayat serta melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. IKLIN bertekad cemerlang untuk melahirkan modal insan yang berteraskan kepada Perlembagaan, Rukun Negara dan Wawasan 2020 Negara serta selaras dengan komitmen negara di peringkat antarabangsa di dalam memastikan kesejahteraan dan bercita-cita menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran sepanjang hayat, yang akan menumpukan program latihannya di bidang yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional.

32

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

33

Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) Latar Belakang •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

01

34

Pada 15 September 2011, dalam perutusan khas Hari Malaysia, YAB Perdana Menteri di dalam ucapannya telah mengumumkan bahawa mengikut Fasal 3, Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan ketiga-tiga penguatkuasaan proklomasi darurat yang telah diisytiharkan dahulu ditamatkan. Lanjutan dari pengumuman ini, penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara yang bersandarkan kepada Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat, 1969 di bawah Peratoran-Peratoran Perlu (Majlis Perpaduan Negara), 1971 turut termansuh secara automatik.

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• 02

03

04

Keperluan menubuhkan sebuah badan yang menjadi mekanisma perpaduan bagi menggantikan PANEL telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri di bawah konsep penyatuan nasional (national reconciliation). Ia dicadangkan sebaik sahaja selesainya Pilihan raya Umum ke-13 pada Mei 2013. Berasaskan kepada pemerhatian umum dan trend pengundian ketika itu, tandatanda polarisasi kaum mula wujud dan perlu ada sebuah mekanisma bebas untuk membincangkan dan mencari jalan penyelesaian terbaik di dalam mengatasi isu-isu polarisasi kaum dan perpaduan yang berbangkit. Oleh itu, pada 11 September 2013, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju menubuhkan sebuah badan yang dikenali dengan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) atau National Unity Consultative Council (NUCC). Kejayaan utama Majlis ini adalah telah menghasilkan satu Blueprint - Pelan Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatuanpaduan dalam PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

35

tempoh dua tahun beroperasi. Pelan induk ini merupakan satu payung yang akan menyeragamkan pelaksanaan semua program dan aktiviti berorientasikan perpaduan di negara ini. Fokus utama pelan ini adalah mewujudkan pendekatan proaktif dalam memperkukuhkan aspek positif kepelbagaian dan perpaduan negara selain terus menangani sumber perselisihan dalam masyarakat. Setelah menyempurnakan penyediaan pelan induk ini, operasi MKPN telah ditamatkan pada akhir Oktober 2015.

Matlamat • Pembinaan bangsa memerlukan usaha yang berterusan dan tidak boleh dicapai dalam sehari dua. Justeru, usaha pembinaan bangsa perlu diteruskan dari satu generasi ke generasi berikutnya agar negara terus kekal aman dan bersatupadu.

36

• Penyatuan nasional akan menjadi lebih bermakna sekiranya kepentingan nasional dipegang teguh oleh semua pihak daripada memenuhi kepentingan dan tuntutan pihak-pihak tertentu.   PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman Dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) Latar Belakang Pada 20 Januari 2010, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan untuk melantik Allahyarhamah Y.Bhg Datuk Hajah Ilani Binti Dato’ Haji Isahak sebagai Penyelaras Khas bagi membantu kerajaan mempromosikan persefahaman dan keharmonian di antara agama di Malaysia demi meneruskan usaha menjalin perhubungan dan menjaga keamanan serta kestabilan sosial. Bagi mengukuhkan impian ini, JKMPKA telah menubuhkan dua (2) jawatankuasa kerja bagi menggerakkan aktiviti untuk mencapai visi dan misinya. Jawatankuasa kerja itu ialah :

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

37

Jawatankuasa Kerja Persefahaman Terhadap Isu-isu Antara Penganut Agama

02

Jawatankuasa Kerja Aktiviti dan Acara bersama Kerajaan dan Pemimpin Masyarakat serta Penglibatan Belia

••••••••••

01

Memantapkan perhubungan dalam kalangan penganut pelbagai agama. Memastikan kerajaan memberi perhatian kepada suara pertubuhan dan 04 badan agama.

01

Objektif

Menjadi badan mediasi dalam isu-isu berbangkit 02 antara penganut agama.

03

Menggalakkan semua pertubuhan agama menghormati serta patuh kepada Perlembagaan Persekutuan.

Melalui langkah-langkah berikut ; Meningkatkan kefahaman terhadap pelbagai agama dan isu-isu yang boleh menggugat keharmonian agama dan ketenteraman masyarakat.

02

Mencadangkan kepada kerajaan dasar-dasar yang berteraskan nilai-nilai agama.

••••••••••••••••••

01

03

38

Melaksanakan secara bersama aktiviti kemasyarakatan. PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

PENUTUP Dalam membina jati diri yang ampuh, seorang warganegara perlu memahami asas membentuk ‘Perpaduan’ dalam mencapai hasrat kerajaan untuk menwujudkan integrasi nasional sebagai satu perhubungan yang kuat antara satu sama lain. Demi membudayakan perpaduan dan meraikan kepelbagaian, asas integrasi masyarakat Malaysia perlu menerapkan nilai-nilai toleransi yang tinggi dengan bertunjangkan kepada persefahaman tanpa mengira ideologi politik masing-masing.

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

39

SUMBER:

LAPORAN PRESTASI

P E R F O R M A N C E

R E P O R T

DITERBITKAN OLEH: BAHAGIAN PENERBITAN DASAR NEGARA JABATAN PENERANGAN MALAYSIA KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA Laman web: www.penerangan.gov.my Portal: pmr.penerangan.gov.my E-mel : [email protected] B.026 (B.M) OGOS 2016 (050.) CERTIFIED TO ISO 9001:2008 CERT NO.MY.-AR5240

More Documents from "Muhammad Asmawi AL-Farisi"