Perbicangan

  • Uploaded by: KHAIRUL HANIS BIN KHAIRUDDIN
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perbicangan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,437
  • Pages: 20
1. PENDAHULUAN. Parlimen merupakan badan perundangan persekutuan. Ia adalah salah satu badan yang berkuasa untuk mengubal dan meluluskan undang-undang Negara. Parlimen terdiri daripada tiga komponen penting, iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat, dan Dewan Negara. Penggubalan undang-undang di Parlimen mesti melalui ketiga-tiga komponen penting tersebut.

2. STRUKTUR, KOMPONEN DAN FUNGSI PARLIMEN. 2.1 STRUKTUR PARLIMEN Parlimen mempunyai dua bentuk iaitu unikameral dan bikameral. Unikameral adalah parlimen yang mempunyai satu dewan. anakal bikameral pula adalah parlimen yang mempunyai dua buah dewan.

2.2 KOMPONEN PARLIMEN 2.2.1 YANG DI-PERTUAN AGONG 1. Yang di-pertuan Agong adalah sebahagian daripada parlimen tetapi tidak mengambil bahagian dalam persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Selain itu, Yang Di-pertuan Agong juga mengetuai 3 badan utama dalam sistem pemerintahan iaitu badan eksekutif, badan perundangan, dan juga badan kehakiman. 2. Badan eksekutif adalah badan yang melaksanakan undang-undang dan pentadbiran. Badan eksekutif ini terbahagi kepada dua kerajaan iaitu Kerajaan Persekutuan (kabinet) dan Kerajaan Negeri. Mengikut perlembagaan ( perkara 43 ),bidang kuasa eksekutif Yang Di-pertuan Agong adalah memanggil

persidangan parlimen atau menangguhkan penggal parlimen mengikut perlembagaan. Selain itu, bertitah dalam upacara pebukaan rasmi parlimen ( titah ucapan diraja ), dan Memperkenankan undang-undang: i.

Akta baru

ii.

Pindaan akta lama

iii.

Pindaan perlembagaan

iv.

Rang undang-undang.

Badan perundangan merupakan badan yang mentafsirkan undang-undang dan dibahagikan kepada Mahkamah Awam dan Mahkamah Khas. Badan kehakiman pula adalah badan yang berfungsi untuk menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang. Ia juga merujuk kepada parlimen dan dewan undangan negeri. Yang Di-pertuan Agong juga menjalankan tugas-tugas dalam parlimen seperti menjalankan kuasa pemerintahan berlandaskan perlembagaan. Yang Dipertuan Agong dipilih oleh majlis raja-raja dikalangan 9orang raja melayu mengikut giliran negeri.pemilihan dibuat mengikut prosedur yang termaktub dalam jadual 8 perlembagaan persekutuan. * Yang Di-pertuan Agong hanya boleh menangguhkan perkenan rang undang-undang selama 30 hari.sekiranya baginda tidak memperkenankan rang undang- undang itu selepas 30 hari,rang undang-undang itu dianggap diperkenankan secara 2utomatic. Berdasarkan perkara brp? 3. Memanggil Memprorog Dan Membubarkan Parlimen

Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya.

Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar. Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari da tarikh itu. Sesuatu Rang Undang-Undang yang belum diputuskan di dalam parlimen tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan Parlimen. 2.2.2 DEWAN RAKYAT. Dewan Rakyat ialah ahli-ahli Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam plihan raya umum. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipanggil Parlimen atau Wakil Rakyat. Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh terdiri daripada ahli–ahli parti politik atau ahli-ahli bebas, iaitu buka ahlimana-man parti politik. Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada 222 orang ahli yang dipilih. Hanya ahli dewan rakyat yang boleh jadi Perdana Menteri. Ahli Dewan Rakyat juga tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara pada masa yang sama tetapi Ahli Dewan Rakyat boleh juga menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri pada masa yang sama. Ahli Dewan Undangan Negeri juga boleh menjadi Ahli Dewan Negara pada masa yang sama. Syarat-syarat Kelayakan Ahli Dewan Rakyat. 1. Warganegara Malaysia 2. Tidak kurang daripada 21 tahun. 3. Waras fikiran. 4. Bukan seorang muflis. 5. Tidak mempunyai rekod jenayah.

Keanggotaan Dewan Rakyat 1. Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada 219 orang ahli yang dipilih

2. Maka hendaklah ada:

a) Dua ratus enam orang ahli dari Negeri-Negeri dimalaysia seperti yang berikut:

I.

Dua puluh enam ahli dari Johor.

II.

Lima belas orang ahli dari kedah.

III.

Empat belas orang ahli dari Kelantan.

IV.

Enam orang ahli dari Melaka.

V. VI.

Lapan orang ahli dari Negeri Sembilan. Empat belas orang ahli dari Pahang.

VII.

Tiga belas orang ahli dari Pulau Pinang.

VIII.

Dua puluh empat orang ahli dari Perak.

IX. X. XI. XII. XIII.

Tiga orang ahli dari Perlis. Dua puluh lima orang ahli dari Sabah. Dua puluh lapan orang ahli dari Sarawak. Dua puluh dua orang ahli dari Selangor. Lapan orang ahli dari Terengganu.

b) Tiga belas orang ahli dari Wilayah –Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya se[erti yang berikut: I.

Sebelas orang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

II. III.

Seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan. Seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Bidang kuasa Dewan Rakyat. Peranan bidang kuasa Dewan Rakyat dalam Parlimen adalah untuk membahaskan hal dan masalah rakyat-rakyat. Ia juga bertanggungjawab menyemak dan membahaskan dasar-dasar kerajaan. Bidang kuasa dewan rakyat juga berfungsi untuk menggubal dan meluluskan undang-undang persekutuan serta mempunyai kuasa pemutus dalam rang undang-undang kewangan ( rang undang-undang kewangan mengandungi peruntukan yang berkaitan dengan halhal kewangan dan cukai serta sebarang hal yang bersampingan dengan kedua-dua hal atau mana-mana satu daripada hal itu). Speaker (Yang di-Pertua) Dewan Rakyat. Speaker Dewan Rakyat merupakan ahli dewan rakyat atau bukan ahli dewan rakyat. Jika speaker bukan ahli dewan rakyat, beliau tidak boleh memegang jawatan perdana menteri, menteri, timbalan menteri atau setiausaha parlimen. Beliau juga tidak layak mengundi dalam sebarang usul kecuali undi penentu diperlukan ( iaitu dalam keadaan undi sokong dan undi bantah adalah sama banyak ). Speaker Dewan Rakyat juga dipilih oleh dewan raykat dah pelantikannya diperkenankan oleh Yang Di-pertuan Agong. Ia juga dibantu oleh dua orang

timbalan speaker yang dipilih daripada kalangan ahli Dewan Rakyat melalui undi di Dewan Rakyat.

Tugas-tugas speaker Dewan Rakyat termasuklah mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat, memastikan tatatertib dan peraturan Dewan Rakyat dipatuhi. Selain itu juga ia mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli yang tidak mematuhi peraturan, menjadi juru cakap Dewan Rakyat dan memaklumkan kekosongan kerusi dewan rakyat kepada suruhanjaya pilihan raya (SPR).

Kuasa budi bicara speaker Dewan Rakyat adalah membenarkan atau menolak soalan yang dikemukakan oleh ahli dewan. Ia juga menentukan sesuatu soalan itu samada perlu atau tidak perlu dijawab oleh seseorang menteri. Selain itu ia menangguhkan sesuatu persidangan dewan rakyat dan juga boleh menyingkirkan ahli daripada persidangan dewan raykat atau melarang ahli daripada menghadiri persidangn dewan rakyat. Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat

1. Dewan Rakyat hendaklah dari semasa ke semasa memilih: a) Sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, seseorang sama ada yang menjadi ahli Dewan Rakyat atau layak dipilih menjadi ahli yang sedekimian. b) Dua orang Timbalan Yang di-Pertua daripada kalangan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Rakyat tidak boleh menjalankan apa-apa urusan semasa jawatan Yang-di-Pertua kosong selain pemilihan Yang di-Pertua.

2. Yang di-Pertua boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melaluisurat yang ditangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Setiusaha Dewan Rakyat dan hendaklah mengosongkan jawatannya.

3. Dalam masa apa-apa kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertua atau dalam masaYang di-Pertua tidak hadir dalam mana-mana persidangan, melainkan oleh sebab Dewan Rakyat bermesyuarat buat pertama kali selepas suatu plihan raya umum, maka seorang daripada Timbalan Yang di-pertua atau jika kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua tidak hadir atau jika kedua-dua jawatan mereka itu kosong, seorang ahli lain sebagaimana yang ditentukan oleh kaedah-kaedah tatacara Dewan Rakyat, hendaklah bertindak sebagai Yang diPertua. 4. Jika Dewan Undangan sesuatu negeri dipilih menjadi Yang di-Pertua, maka dia hendaklah berhenti menjadi ahli Dewan Undangan Negeri itu sebelum menjalankan fungsi jawatannya. 5. Jika berbangkit apa-apa soal mengenai kehilangan kelayakan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua, maka Dewan Rakyat hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah muktamad.

Setiausaha Dewan Rakyat. Setiausaha Dewan Rakyat dilantik oleh Yang Di-pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Beliau juga menguruskan pentadbiran Dewan Rakyat terutamanya minit persidangan dewan. Beliau juga boleh dipecat oleh Yang Dipertuan Agong melalui tribunal. Representasi untuk pemecatan setiausahan dewan rakyat dibuat oleh speaker dewan rakyat kepada Yang Di-pertuan Agong.

Korum Dewan Rakyat. Bilangan ahli terkecil untuk membolehkan Dewan Rakyat bersidang secara rasmi ialah 26 orang (tidak termasuk speaker). Menurut perkara 57 fasal (1A), jika seseorang yang bukan ahli Dewan Rakyat dipilih sebagai speaker Dewan Rakyat, dia akan menjadi ahli Dewan Rakyat

sebagai tambahan kepada ahli-ahli yang dipilih dalam pilihan raya umum.(Longman Teks Pra-u STPM,page 205) Menurut perkara 57 fasal (4), jika seseorang ahli dewan rakyat dan juga ahli Dewan Undangan Negeri dipilih menjadi speaker dewan rakyat, beliau hendaklah berhenti daraipada menjadi ahli dewan undangan negeri(Longman Tesks Pra-u STPM,page 205).

2.2.3 DEWAN NEGARA

Keangotaan Dewan Negara 1. Tertakluk keapada Fasal(4), Dewan Negara hendaklah terdiri daripada ahliahli dipilih dan dilantik seperti yang berikut: a) Dua orang ahli bagi setiap Negeri hendaklah dipilih mengikut Jadual ketujuh. b) Dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. c) Empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong

2. Ahli-ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah orang yang pada pendapatnya telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesion, perdagangan, perindustrian , pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan social atau yang mewakili ras minority atau berkebolehan mewakili kepentingan orang asli.

3. Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan tempoh itu tidaklah tersentuh dengan pembubaran Parlimen. Seseoarang ahli Dewan Negara tidak boleh memegang jawatan selama lebih daripada dua penggal sama ada hteru-menerus atau selainnya dengan syarat bahawa jika seseorang yang telahpun tamat dua tahun tempoh jawatan atau lebih sebagai ahli Dewan Negara ialah sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Fasal ini seorang ahli Dewan Negara, maka dia boleh terus berkhidmat sebagai ahli sedekimian selama baki tempoh jawatannya.

4. Parlimen boleh melalui undang-undang: a) Menambah bilangan ahli yang akan dipilih bagi setiap Negeri menjadi tiga b) Memperuntukkan bahawa ahli yang akan dipilih bagi setiap Negeri dipilih sedekimian melalui undi terus oleh pemilih-pemilih Negeri itu. c) Mengurangkan ahli yang dilantik atau menghapuskan ahli yang dilantik

Bidang Kuasa Dewan Negara. Bidang kuasa dewan negara merangkumi beberapa perkara iaitu membahaskan hal rakyat,membincangkan dasar-dasar kerajaan dan membahaskan,menangguhkan,meluluskan rang undang-undang,pindaan akta atau pindaan perlembagaan. Dewan negara tidak mempunyai kuasa untuk menolak rang undang-undang yang diluluskan oleh dewan rakyat. Dewan negara hanya boleh menangguhkan rang undang-undang kewangan selama 30 hari tetapi tidak mempunyai kuasa untuk membuat pindaan.Dewan

negara boleh menangguhkan rang undang-undang bukan kewangan selama setahun. Speaker (Yang di-Pertua) Dewan Negara. Speaker dewan negara mestilah merupakan ahli dewan negara.Ianya dibantu oleh dua orang timbalan speaker yang juga ahli dewan negara. Tugas-tugas speaker dewan negara termasuklah mempengerusikan dewan negara,memastikan tatatertib dan peraturan dewan negara dipatuhi,mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli yang tidak mematuhi peraturan dan menjadi jurucakap dewan negra. Kuasa budi bicara speaker dewan negara ialah membenarkan atau menolak soalan yang dikemukakan oleh ahli dewan,menentukan sesuatu soalan itu sama ada perlu atau tidak perlu dijawab oleh seseorang menteri,menangguhkan sesuatu persidangan dewan negara dan menyingkirkan ahli daripada persidangan dewan negara atau melarang ahli daripada menghadiri persidangan dewan negara.

*menurut perkara 56 fasal(4),jika seseorang ahli dewan negara yang juga ahli dewan undangan negeri dipilih menjadi speaker dewan negara,beliau hendaklah berhenti daripada menjadi ahli dewan undangan negeri.(Longman Teks Pra-U STPM,page 206)

Kuorum Dewan Negara Bilangan ahli terkecil untuk membolehkan Dewan Negara bersidang secara rasmi ialah 10 orang(tidak termasuk speaker)

2.3 FUNGSI PARLIMEN

Fungsi-fungsi parlimen ialah menggubal dan meluluskan undang-undang persekutuan.Parlimen juga meminda undang-undang persekutuan yang sedia ada atau meminda perlembagaan persekutuan.Fungsi parlimen juga menyemak dan membahaskan dasar-dasar kerajaan.Selain itu,parlimen juga meluluskan perbelanjaan kerajaan dan hasil-hasil cukai yang baru.parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam tentang perkara-perkara nasional

3. JAWATANKUASA PARLIMEN DAN JENIA RANG UNDANG-UNDANG 3.1 JAWATANKUASA PARLIMEN Pada permulaan setiap persidangan parlimen,lima buah jawatankuasa parlimen diwujudkan antaranya ialah Jawatankuasa Pemilihan,Jawatankuasa Peraturan tetap,Jawatankuasa Dewan,Jawatankuasa Hak Ahli dan Jawatankuasa Akauan Awam. Jawatankuasa Pemilihan,Jawatankuasa Peraturan Tetap,Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Hak Ahli terdapat dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Jawatankuasa Akaun Awam terdapat dallan Dewan Rakyat sahaja.Jawatankuasa yang berbentuk adhoc (sementara) akan diwujudkan di kedua-dua buah dewan untuk melaksanakan tugas tertentu apabila timbul keperluan.

Jawatankuasa Pemilihan Jawatankuasa ini memilih anggota-anggota bagi jawatankuasa yang lain.Anggota-anggota jawatankuasa ini terdiri daripada speaker (pengerusi) dan enam orang anggota lain yang dilantik oleh dewan rakyat dan dewan negara. Jawatankuasa Peraturan Tetap

Jawatankuasa ini meneliti beberapa pindaan kepada peraturan tetap dan mencadangkan perubahan.keanggotaan jawatankuasa ini terdiri daripada speaker( pengerusi) dan enam orang anggota lain yang dipilih oleh jawatankuasa pemilihan. Jawatankuasa Dewan Jawatankuasa ini meneliti perkara yang berkaitan dengan keselesaan dan kemudahan ahli-ahli dewan.Keanggotaan jawatankuasa ini terdiri daripada speaker(pengerusi) dan enam orang anggota lain yang dipilih oleh jawatankuasa pemilihan. Jawatankuasa Hak Ahli Jawatankuasa ini meneliti dan menjaga kuasa serta hak kepentingan dewan serta disiplin ahli-ahli dewan.Keanggotaan jawatankuasa ini terdiri daripada speaker(pengerusi) dan enam orang anggota lain yang dipilih oleh jawatankuasa parlimen. Jawatankuasa Akaun Awam Jawatankuasa ini hanya terdapat di dewan rakyat.Jawatankuasa ini memastikan wang yang diperuntukan oleh parlimen kepada kerajaan digunakan dengan baik. Jawatankuasa ini juga membuat teguran dan cadangan tentang pengurusan akaun awam berdasarkan laporan ketua audit negara.Keanggotaan jawatankuasa ini terdiri daripada pengerusi (ahli dewan yang dipilih) dan enam hingga dua belas orang anggota yang dipilih oleh jawatankuasa pemilihan. 3.2 JENIS RANG UNDANG-UNDANG 1. Rang undang-undang Awam/kerajaan(Public Bills) Melibatkan keseluruhan undang-undang yang berhubung dengan dasar awam,negara dan rakyat.Rang undang-undang ini dibentangkan oleh menteri yang mewakili pihak kerajaan.

2. Rang undang-undang Persendirian(Private Bills) Melibatkan orang atau kumpulan orang,pertubuhan,persatuan atau perbadanan tertentu sahaja.Ianya bercorak tempatan atau persendirian.Contohnya Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101).(Buku Rujukan Diploma Pengajian Malaysia,page 168) 3. Rang undang-undang Ahli Persendirian(Private Member’s Bills) Rang undang-undang ini dibentangkan oleh ahli-ahli dewan rakyat selain menteri atau timbalan menteri.Ianya meliputi seluruh negara atau pihak-pihak tertentu sahaja.Contoh yang terdapat dalam rang undang-undang ini ialah Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1996 oleh Dr Lim Chong Eu.(Buku Rujukan Diploma Pengajian Malaysia,page 168) 4. Rang undang-undang Hibrid (Hybrid Bills) Undang-undang campuran yang dibentangkan sama ada oleh menteri atau ahli-ahli dewan rakyat yang ada pada pandangan speaker dewan rakyat,menyentuh kepentingan tertentu.

3.3 PROSEDUR PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG DALAM PARLIMEN Rang Undang-undang Dimasukkan dalam Warta Kerajaan

Rang Undang-undang Diperkenalkan oleh Yang di-Pertuan Agong

Bacaan Ketiga (dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara)

Peringkat Jawatankuasa (dalam Dewan Rakyat)

Bacaan Kedua (Dewan Rakyat dan Dewan Negara)

Bacaan Pertama

Kelulusan Kabinet

Rang Undag-undang Disediakan oleh Jabatan Peguam Negara

Rang Undang-undang didraf oleh Menteri

Bacaan Pertama Peringkat ini merupakan suatu formaliti. Dalam Bacaan Pertama, Menteri yag berkenaan atau Speaker atau pembentang rang undang-undang membaca tajuk sahaja. Tidak ada perbahasan tentang rang undang-undang itu pada peringkat ini.

Bacaan Kedua Peringkat ini merupakan peringkat yang paling penting. Dalam peringkat ini, rang undang-undang akan dibahaskan dengan mendalam dan menyeluruh oleh kedua-dua buah dewan. Menteri yang berkenaan bertanggungjawab untuk menjawab semua pertayaan tentang rang undang-undang itu. Undian sama ada menolak atau menerima sesuatu rang undang-undang dibuat (hanya Dewan Rakyat berhak menolak). Jika perlu dan dipersetujui oleh kedua-dua buah dewan, rang undang-undang akan diserahkan ke peringkat jawatankuasa.

Peringkat Jawatankuasa Di peringkat ini, rang undang-undang dirujuk kepada Jawatankuasa Khas atau Jawatakuasa Seluruh Dewan. Rang undang-undang dalam peringkat ini dibahaskan dengan lebih terperinci. Jawatankuasa ini berhak untuk mengubahsuaikan atau meminda sesuatu rang undang-undang.

Bacaan Ketiga Di peringkat ini, rang undang-undang dibahaskan sekali lagi jika peru. Undian dijalankan sekali lagi untuk meluluskan rang undang-undang berkenaan.

Perkenan Yang di-Pertuan Agong Dalam peringkat ini, rang undang-undang dipersembahkan kepada Yang diPertuan Agong untuk diperkenankan oleh baginda. Yang di-Pertuan Agong mesti memperkenankan rang undang-undang dalam masa 30 hari. Jika baginda tidak memperkenankan rang undang-undang itu selepas 30 hari, rang undang-undang itu dianggap telah diperkenankan secara automatik.

Peringkat Diwartakan Sesuatu rang undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan setelah diwartakan dalam Warta Kerajaan [Perkara 66(5)]. Rang undang-undang itu akan dicetak lalu dimasukkan dalam Warta Kerajaan. Setelah dimasukkan dalam Warta Kerajaan, rang undang-undang itu menjadi undang-undang dan boleh dikuatkuasakan. Dalam peringkat ini juga, satu salinan akan dipaparkan di bangunan Parlimen. Tarikh penguatkuasaan undang-undang itu biasanya berkesan pada hari rang undang-undang itu diwartakan. Undang-undang itu juga boleh berkuat kuasa pada suatu tarikh yang terdahulu atau pada masa hadapan sebagaimana yang tercatat dalam rang undang-undang.

4. KELAYAKAN DAN HILANG KELAYAKAN MENJADI AHLI PARLIMEN DAN KEISTIMEWAAN PARLIMEN.

4.1 Kelayakan Menjadi Ahli Parlimen [Perkara 47] Tiap –tiap warganegara yang bermastautin di Persekutuan layak menjadi ahli Dewan Negara jika dia berumur tidak kurang daripada tiga puluh tahun dan Dewan Rakyat jika dia berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun melainkan jika dia hilang kelayakan untuk menjadi ahli mengikut Perlembagaan ini atau mengikut mana-mana undang-undang yang dibuat menurut Perkara 48.

4.2

Kehilangan Kelayakan Menjadi Ahli Parlimen [Perkara 48] 1. Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika: a) Dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal.

b) Dia seorang yang bankrap belum lepas. c) Memegang sesuatu jawatan berpendapatan. d) Dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak mendapat pengampunan bebas. e) Dia telah dengan sukarela memperoleh kewargenegaraan mana-mana Negara diluar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di mana-mana Negara di luar persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana Negara di luar Persekutuan.

2. Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghilangkan kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen selama tempoh yang dinyatakan oleh undang-undang itu orang yang melakukan kesalahan berkaitan dengan pilihan raya, dan mana-mana orang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan sedekimian atau dibuktikan dalam prosiding yang berhubung dengan sesuatu pilihan raya sebagai bersalah atas perbuata yang menjadi kesalahanitu, adalah dengan sedekimian itu hilang kelayakan selama tempoh yang dinyatakan sedekimian. 3. Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) atau perenggan (e) Fasal (1) boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong da, jika tidak dibatalkansedekimian, hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun yang bermula dari tarikh penyata yang disebut dalam perenggan (d) tersebut dikehendaki diserahkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh orang yang disabitkan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dilepaskan daripada jagaan atau dari tarikh

denda yand disebut dalam perenggan (e) tersebut dikenakan ke atas orang itu dan seseorang tidaklah boleh dihilangkan kelayakannya di bawah perenggan (f) Fasal (1) semata-mata oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum dia menjadi warganegara. 4. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang terdahulu dalam Perkara ini, jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan untuk terus menjadi ahli Majlis itu menurut perenggan (e) Fasal (1) atau di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2): a) kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh dia: i.

disabitkan dan dihukum sebagaiman yang dinyatakan dalam perenggan (e) yang disebut terdahulu atau

ii.

disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2); atau

b) jika dalam tempoh empat belas hari yng dinyatakan dalam perenggan (a) suatu rayuan atau apa-apa prosiding mahkamah yang lain dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau berkenaan dengan pensabitan atau pembuktian bersalah sedekimian, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh mahkamah; atau c) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang laian yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu petisyen bagi

pengmpunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan 5. Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau perlantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam Fasal (2), mengikut mana-mana yang berkenaan. 6. Seseorang yang melepaskan keahliannya si dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh perlepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.

4.3 Keistimewaan Parlimen [Perkara 63]

1. Kesahan apa-apa prosiding di dalam mana –mana satu Majlis Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya yang tidak boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah. 2. Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam manamana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apaapa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam apaapa prosiding mana-mana satu Majilis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya. 3. Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam manamana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau dibawah kuasa mana-man satu Majlis Parlimen. 4. Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen

di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 [Akta 15] sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970 [P.U. (A) 282/70]. 5. Walau apa pyn Fasal (4), tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semaa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana-mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan berpelembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan berpelembagaan Raja sesuatu Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.

5. PENUTUP

Related Documents

Perbicangan
November 2019 16

More Documents from "KHAIRUL HANIS BIN KHAIRUDDIN"

Perbicangan
November 2019 16
Presentation1.pptx
December 2019 26
Strategis Op Rs Pijay.docx
December 2019 17
Presentation1.pptx
November 2019 22
A.tor Pidie (1).docx
November 2019 21