TAJUK:UCAPAN ALUAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MOTIVASI PELAJAR BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA Yang saya hormati Pengetua Sek………………..En/Pn………………………….., Penolong Kanan (jika mana ada sebutkan jawatan dan nama),Pengerusi Pibg(jika ada),guru-guru, seterusnya peserta program Kem Motivasi 2009. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah Kurnia dan izinnya, kita dapat sama-sama kembali pada Majlis Perasmian Penutupan Kem Motivasi Pelajar 2009. Seperti yang sedia kita maklum para peserta telah bersama-sama para fasilitator selama 2 hari 3 malam untuk mengikuti kem motivasi ini. Pada pemerhatian saya kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah dan para peserta amat baik sekali. Ini melancarkan lagi program yang telah diaturkan. Dengan waktu yang amat singkat ini para fasilitator cuba memberikan yang terbaik untuk para peserta. Segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ada kami cuba curahkan dan kongsi bersama para peserta. Para pemerhatian kami para peserta kem ini mempunyai potensi yang cukup baik untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang bakal diduduki tidak lama lagi. Potensi yang dalam diri para peserta perlu diasah lagi dari semasa ke semasa. Peluang yang ada ini tidak boleh dipersiakan begitu sahaja......Segala usaha dan kerja keras perlu untuk mengasah potensi yang baik dalam diri para peserta. Masa yang perlu digunakan dengan sebaik mungkin.
Pada pengamatan saya, saya amat berpuas hati dengan dengan komitmen yang diberikan oleh para peserta. Saya berharap para dapat mengaplikasikan apa yang diperoloehi dalam kehidupan seharian untuk mencapai keajayaan yang cemelang. Saya mewakili semuan jawatankuasa gerak kerja kem motivasi ini memohon ribuan kemaafan kiranya ada kekurangan selama kami menjalankan kem ini. Jutaan terima atas kerjasama dari semua pihak yang terlibat membantu kami melancarkan lagi kem motivasi ini. Akhir kata...Selamat Maju Jaya kepada semua peserta...............Wassalam.....................