Perancangan Rapi Untuk Kejayaan Masa Depan

  • Uploaded by: egahmulia
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perancangan Rapi Untuk Kejayaan Masa Depan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,456
  • Pages: 4
PERANCANGAN RAPI UNTUK KEJAYAAN MASA DEPAN MASA terus berlalu, tiada seorang makhluk mampu menghentikannya. la berjalan bagaikan roda, siapa yang lengah akan ditinggalkan. Siapa yang mampu memanfaatkannya akan dihantar ke tempat yang dituju dengan selamat. Penulis melihat kepentingan masa dalam konteks menyambut tahun baru. MASA atau waktu adalah sesuatu yang unik, penuh rahsia dan tanda tanya, perjalanannya membuat orang sengsara dan bahagia, ia boleh membunuh dan dibunuh. Orang Arab menyatakannya `masa seperti pedang, jika kamu tidak membunuhnya, maka kamu akan dibunuhnya', orang Inggeris pula menyatakan ‘masa adalah wang, kalau kita sia-siakan, kita akan kehilangan produktiviti’. Hasan al Bana, seorang tokoh pemimpin Ikhwanul Muslimin menyatakan `al waktu haya'tun ‘waktu itu adalah kehidupan’. Orang yang tahu menghargai waktu, merekalah yang boleh disebut manusia yang menang. Beribu-ribu ilmuwan cuba membuat penyelidikan, apa sesungguhnya dikatakan masa. Hampir semua mereka gagal menjawabnya, hinggakan Einsten sendiri dalam teori relativitinya, menyatakan ‘ada kekuasaan yang maha agung yang mengatur waktu itu’. Antara cara menghitung waktu itu, dengan petunjuk Ilahi, manusia menggunakan apa yang dinamakan tahun, tahun adalah kumpulan bulan, apabila sampai bilangan bulan mencapai dua belas, secara automatik lahirlah tahun, dan ia akan selalu bertukar. Sekarang, tahun sudah berganti, musim bertukar, kita sedang berada di ambang tahun baru. Tahun yang akan dilalui ini juga mengandungi pelbagai rahsia yang sukar diramalkan sepenuhnya oleh manusia. Kehadiran tahun baru ini, suka atau tidak, diterima atau ditolak, tidak akan beranjak, ia terus berjalan, maka kehadirannya harus diterima, walau berita apapun yang akan dibawanya. Bagi sesetengah masyarakat, mereka tidak peduli dengan perubahan tahun, semua dianggap suatu perjalanan biasa. Apa yang akan terjadi, jadilah. Apakah ia akan membahagiakan atau menyengsarakan, mereka tidak ambil kira. Masyarakat seperti ini di dalam al-Quran disebut insan yang merugikan (al-insan fi khusrin). Peningkatan umur atau sebarang perubahan yang berlaku pada diri dan persekitaran mereka akan menjadi sia-sia begitu saja. Umat Islam, sepatutnya mengambil berat mengenai segala masalah (ummatan wasatan). Perubahan tahun perlu disambut secara hati-hati, penuh dengan pelbagai perhitungan (ihtisa ban). Ini kerana, bagi mereka perubahan tahun adalah suatu modal untuk memelihara kelangsungan hidupnya di dunia dan akhirat.

1

Dalam ajaran Islam, al-Quran dan al-Sunnah sangat banyak memberi motivasi dan persiapan dalam menghadapi perubahan masa. Peringatan yang sangat popular di kalangan umat Islam ialah menerusi surah al-Asr yang antara lain bermaksud, “Demi masa, manusia dalam keadaan merugi, kecuali orang beriman dan beramal soleh. Saling berwasiat mengenai yang hak dan saling berwasiat dengan cara sabar” (maksud al'Asr:1- 4). Renungan yang dilakukan oleh pemikir Islam seperti Sayid Qutub, Abul ‘Ala al Maududi, al Maraghi, Muhammad Abduh dan lain-lain, melahirkan dua konsep bagi manusia untuk menghadai perubahan tahun. Pertama, sebagai umat yang baik, kita perlu menghitung dan mengimbas kembali apa yang kita lakukan selama setahun yang lalu. Sampai di mana hal positif yang mampu kita lakukan, hingga membawa manfaat yang besar kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Manfaat itu pula bukan sekadar bersifat material, tetapi mesti menjangkau kerohanian, duniawi dan ukhrawi. Tentu saja, untuk menghitungnya, kita memakai konsep Islam secara keseluruhan, bukan sebahagian. Sebagai manusia, kita mesti jujur, bahawa pada tahun lalu, kita melakukan pelbagai tindakan negatif. Ini perlu kita imbas dan renungkan kembali, apa implikasinya terhadap diri, keluarga, negara dan agama. Perhitungan ini sangat perlu dilakukan, agar kita mampu mengkritik diri sendiri sebagaimana dikatakan, `hitung-hitung dirimu, sebelum kamu dihitung'. Mereka yang mengakui kesalahan dan kejahatan sendiri akan lebih mulia berbanding dengan orang lain. Inilah ajaran suci kita, sehingga kelemahan yang ada dalam diri ini boleh kita ubah, bincangkan bersama dengan orang tua kita, dengan isteri dan dengan orang yang dekat dengan kita yang kita percaya. Dengan demikian, sifat negatif kita secara beransur boleh berkurangan. Sebagai makhluk yang lemah, introspeksi tahunan ini sangat perlu dilakukan. Orang yang mulia adalah orang yang mahu mengakui kesalahannya dan bertekad merubahnya. Rasulullah dengan ajaran sucinya selalu memberikan peringatan ini kepada para sahabatnya agar mereka menyedari betapa pentingnya mengubah diri. Perkara paling penting untuk mengubah diri, Rasulullah mengajarkan pelbagai macam doa, agar kita terhindar daripada segala sifat negatif. Apabila manusia mahu merubah dirinya, maka Allah juga akan membantu kepada perubahan ini “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu bangsa, sampai mereka mahu merubah diri mereka sendiri”(maksud QS 13:11). Kesimpulan kedua yang dibuat oleh pemikir Islam, bahawa umat Islam, dalam rangka menghadapi perubahan tahun mestilah membuat pelbagai perencanaan yang positif, jitu dan penuh dengan tanggungjawab dalam rangka mencari keredaan Ilahi dan mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi. Perancangan adalah sesuatu yang sangat fundamental dalam menentukan kedudukan diri. Tanpa perancangan yang betul, tidak mungkin dapat

2

menentukan sasaran kerja sebenar. Kita hanya akan berada dalam rutin yang tidak berkesudahan. Mungkin, kesudahannya seperti orang menghasta kain sarung, yang tidak tentu hujung dan pangkalnya. Empat belas abad silam, Rasulullah mengajar kita membuat perancangan hidup “Rancang, buat dan peliharalah lima perkara postif sebelum datang lima perkara yang negatif, hidupmu sebelum datang matimu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa lapangmu sebelum datang masa sempitmu, masa kayamu sebelum datang masa fakirm”’. (HR Hakim, Baihaqi dan Ahmad). Perancangan pertama yang perlu dilakukan ia berhubung soal peribadi kita. Apa yang perlu dicapai pada tahun depan mestilah diagak dari awal lagi. Untuk mencapai sesuatu, kita memerlukan pelbagai persiapan mental dan peralatan yang membantu untuk mencapai tujuan itu. Sasaran yang ditetapkan ini tentu saja diiringi dengan semangat tinggi, kerja kuat dan keseriusan. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh serious. Tentulah sasaran yang kita tetapkan itu tidak mungkin mencapai hasil yang diharapkan jika tidak melakukannya dengan kesungguhan. Implikasinya, keinginan kita untuk merubah peribadi kita pada tahun hadapan, tidak mungkin di capai. Sebaliknya, apabila sasaran yang baik itu dapat dilaksanakan dengan semangat yang kukuh, keinginan yang tinggi dan penuh keseriusan, kesempatan untuk berubah itu biasa nya akan dicapai. Apakah perubahan yang hendak kita lakukan itu di bidang penambahan ilmu, perubahan jawatan, peningkatan ekonomi dan sebagainya. Dan orang ini, sebagaimana dinyatakan dalam ajaran al-Quran sebagai orang yarng soleh dan ia tidak akan merugi (lihat QS al'Asr 1-3) atau dalam ayat lain Allah menyifatkan orang ini sebagai pewaris bumi.(QS anbiya': 105). Kita hidup di dunia dibebankan dengan tanggungjawab, atau masingmasing dianggap sebagai pemimpin yang mesti mempertanggungjawabkan kepemimpinannya di hadapan Allah. “Semua kamu pemimpin, akan diminta bergungjawab atas kepemimpinan itu, seorang imam adalah pemimpin dan mesti bertangungjawab atas kepemimpinannya, seorang suami menjadi pemimpin kepada keluarga nya, dan bertanggungjawab hadap apa yang ia pimpin…” (HR Ahmad, Bukhar Muslim dan Abu Daud). Berkaitan perancangan, kita mesti pula membuat perancangan terhadap anggota keluarga, apa yang perlu dicapai oleh isteri kita dan bagaimana ia mesti mencapainya, begitu juga dengan anak-anak, prestasi apa yang perlu mereka raih pada tahun depan. Untuk itu, perlu ada perancangan yang betul, agar kita dapat mengawal kehidupan keluarga sesuai dengan ketentuan Ilahi. Perancangan yang kita lakukan ini tentu disesuaikan dengan anjakan paradigma yang terjadi, tanpa melanggar ketentuan Ilahi. Ini kerana perancangan terhadap masa depan keluarga sangat penting sekali. Dalam al-Quran disebut sebagai kaedah untuk menyelamatkan diri dan keluarga daripada azab api neraka: “Hai yang beriman, pelihara dirimu dan keluargamu dari azab api neraka" (maksud QS al-Tahrim: 6).

3

Sebagai manusia yang hidup dalam masyarakat dan negara (zon politicon), setiap individu masyarakat sangat perlu memikirkan, sumbangan apa yang mungkin dapat diberikan pada tahun depan. Ini bermakna kita mestilah membuat suatu perancangan, agar sesuatu yang kita fikirkan itu boleh, akan menjadi kenyataan. Kita menyedari, bahawa setiap anggota masyarakat memerlukan bantuan dan khidmat orang lain. Untuk mengisinya, seorang Muslim yang baik akan mampu menjadi pelayan yang terbaik kepada orang lain. Dalam etika sosial, pakar menyebutkan, bahawa “orang yang baik itu adalah orang yang mampu menyenangkan hati kawannya”. DaIam hal ini, tanpa adanya perancangan yang baik untuk berkhidmat di tengah masyarakat, seorang itu tidak mungkin menjadi pelopor yang baik terhadap anggota masyarakatnya. Implikasinya, kehidupan bermasyarakat akan tempang, rasa nasionalis akan menurun. Apabila ia terjadi, kemakmuran secara bersama sukar untuk dicapai. padahal Islam memberikan suatu suntikan bahawa negeri yang dihuni dan diperintah oleh orang Islam mestilah negeri yang aman, damai makmur dan penuh dengan kemesraan. Dalam masyarakat Malaysia yang sedang pesat membangun, sedang menghadapi anjakan paradigma, menuju Wawasan 2020, mempersiapkan diri menghadapi era perdagangan bebas, untuk memajukan kerjasama negara Asean, pelopor negara Islam yang maju, ia dilihat berpotensi menyaingi kekuatan kuasa besar dunia seperti Amerika, Jepun dan negara Barat lainnya. Namun apakah semua itu dapat kita raih. la terpulang kepada kita bersama. Apabila kita menjadi orang beriman yang sensitif, tentu saja kita akan membuat perancangan dalam menghadapi semua ini. Tetapi apabila kita menjadi masyarakat yang tidak sensitif, kita akan menjadi manusia yang akan mengecewakan jutaan manusia yang menunggu kehadiran kita. Untuk mencapai kejayaan, tentu ada perancangan yang tersusun rapi dari setahun ke setahun. Tanpa perancangan yang jelas, kehidupan ini akan kabur. Islam sebagai agama penyelamat tidak akan bermakna bagi pengikutnya, dan kita akan dicop sebagai manusia yang merugi: “Demi masa, manusia dalam keadaan merugi, kecuali orang beriman clan beramal soleh”. (maksud QS al' Asr: l-3). JAFRIL KHALIL

4

Related Documents


More Documents from "rudin"