Peranan Pengetua Dalam An Staf

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peranan Pengetua Dalam An Staf as PDF for free.

More details

  • Words: 2,425
  • Pages: 17
Peranan Pengetua dalam Perkembangan Staf

1.0

Pengenalan

Pentadbiran pendidikan adalah suatu

proses untuk menyelaras

berbagai-bagai anggota dalam organisasi bagi memenuhi matlamat dan objektif yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Pentadbiran pendidikan juga adalah proses sosial yang melibatkan manusia dan material serta memerlukan usaha-usaha mengenal pasti, menyelenggara, merancang, mengawal dan menyatukan secara formal dan tidak formal. Pada asasnya pentadbiran pendidikan adalah usaha yang dijalankan oleh organisasi pendidikan

dengan menggunakan

kedua-dua konsep pengurusan dan pentadbiran. Pihak berkuasa yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan

negara

ialah

Kementerian

Pendidikan

Malaysia.

Di

peringkat negeri dan daerah masing-masing ditadbirkan oleh Jabatan Pendidikan

Negeri

(JPN)

dan

Pejabat

Pendidikan

Daerah

(PPD).

Sementara institusi-institusi yang berhubung terus dengan pelajar dan tenaga

pengajar

ialah

pusat-pusat

pengajian

seperti

sekolah,

universiti, maktab, kolej dan sebagainya, sama ada ditadbirkan oleh kerajaan organisasi

atau yang

swasta.

Institusi-institusi

berautoriti

bagi

ini

merupakan

menjalankan

sebuah

dasar-dasar

yang

ditetapkan oleh kerajaan dan memainkan peranan penting ke arah mencapai matlamat, objektif serta wawasan negara.

2.0. Peranan Pengetua. Dalam organisasi sekolah kedudukan pengetua adalah yang paling penting.

Oleh

itu

pengetua

mempunyai

kuasa,

autoriti

dan

tanggungjawab untuk melaksanakan visi dan matlamat pendidikan. Dari kajian yang dijalankan, didapati bahawa peranan pengetua amat penting dalam memastikan keberkesanan

sekolah dan kecekapan

pentadbiran. Kajian tentang sekolah efektif juga banyak membicarakan peranan dan tugas pengetua dalam mengendalikan sekolah masingmasing. Hasil daripada dapatan dan saranan para penyelidik tentang sekolah efektif ini, pihak pengetua sekolah-sekolah menghadapi dilema sama ada berfungsi sebagai pemimpin pengajaran dan pentadbir atau pengurus sekolah. Walau bagaimanapun pengetua bukan sahaja memerlukan kedua-dua peranan di

atas malahan lebih daripada

itu. Sebagai

seorang pengurus pendidikan, tanggungjawab utama pengetua ialah menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan sekali gus bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran. Amalan pengurusan yang dijalankan

adalah

meliputi

fungsi

pengurusan

seperti

rancangan, mengorganisasi, mengetuai dan mengawal, sumber

manusia,

kurikulum,

ko

kurikulum,

membuat terutama

perkembangan

staf,

kewangan, persekitaran dan sebagainya. Peranan tersebut juga

meliputi

tugas-tugas

sebagai

pentadbir,

pengurus,

pemimpin,

pendidik atau guru secara 'verbal' dan 'bukan verbal'. Peranan pengetua dapat dilihat dari dua dimensi, iaitu apa

yang

dipanggil

'Dimensi

Preskriptif-normatif'

dan

'Dimensi

Deskriptif-empiris'.

Pengetu a Dimensi Preskriptif-

Dimensi Deskriptif-

normatif

empiris

Preskriptif- normatif ditakrifkan sebagai peranan pengetua ditentukan oleh pembuat dasar iaitu Kementerian Pendidikan. Tugastugas yang dijalankan adalah berkaitan dengan apa yang pengetua harus buat dan tingkah laku ini akan mengesahkan dan menentukan kedudukan sebenar sebagai kecemerlangan

sekolah

pengetua. Hal ini termasuklah

dalam

usaha

melakukan

soal

perubahan.

Manakala dimensi kedua pula menjelaskan apa yang sebenarnya telah

dan sedang dibuat oleh pengetua dalam aktiviti-aktiviti hariannya di sekolah. Sehubungan dengan itu, pengurusan pendidikan yang diterajui oleh pengetua adalah penggerak utama ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Tugas pengetua sebagai pengurus pendidikan menjadi semakin mencabar kerana pengetua terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

2.1. Ciri-ciri Pengetua yang Unggul. Seseorang pengetua yang dianggap baik (unggul) adalah seorang yang mempunyai kesungguhan dalam tugas mempunyai visi ke arah mencapai matlamat serta berkemampuan tinggi dalam mencapai kemajuan akademik. Berwawasan, bercita-cita tinggi, dan berusaha ke arah menepati hala tuju organisasi serta kental dalam menghadapi cabaran adalah antara keperluan kendiri seorang pengetua.

2.2. Pengetua sebagai Pentadbir Sekolah. Sistem

pentadbiran

pendidikan

di

Malaysia

bukan

sahaja

menumpukan kepada kemajuan pelajar tetapi kepada kemajuan guruguru.

Tanpa

guru-guru

yang

berkualiti

serta

produktif

dan

berpengetahuan mengikut perkembangan semasa kemungkinan besar kemajuan pelajar tidak dapat dicapai sepenuhnya. Sebab itulah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia selalu mengadakan kursus dalam

perkhidmatan, seminar, kursus jangka pendek dan sebagainya untuk memberi pendedahan yang mendalam

tentang dunia pendidikan

kepada kakitangan sekolah. Program tersebut dijalankan setelah mendapat maklum balas daripada pihak sekolah tentang penyeliaan dan penilaian ke atas guru. Oleh itu, aspek penyeliaan, penilaian, dan perkembangan staf adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Sehubungan itu, pengurusan perkembangan staf merupakan salah satu peranan pengetua. Perkembangan staf dianggap penting bukan sahaja bagi meningkatkan mutu dan taraf akademik seseorang tenaga pengajar atau staf

tetapi

merupakan

pra-syarat untuk

memajukan bidang pendidikan dan pentadbiran. Mengikut amalan biasa sekolah-sekolah di Malaysia, konsep perkembangan kaki tangan dijalankan secara

kursus induksi, iaitu

dengan memasukkan aspek kemahiran mengajar, aspek merancang unit,

menyusun

sumber-sumber

kaedah dan pendekatan (TKP)

pengajaran,

setiap

memahami

mata pelajaran,

teknik,

mengatasi

masalah pelajar, dan sebagainya.

3.0 Perkembangan staf 3.1. Definisi Mengikut Kamus Dewan (1996): perkembangan dimaksudkan perihal atau proses menjadikan maju atau tersebar, membiak atau meluas. Tetapi mengikut penyelidikan Richard, Matthew dan Robert (1992)

dalam buku "Personel Administration", konsep perkembangan staf banyak dikaitkan dengan perkembangan personel, latihan dan kursus dalam perkhidmatan. Dalam aspek "perkembangan personel", beliau mengaitkannya dengan perkembangan individu, kumpulan dan kemajuan dalam sistem pengurusan. Manakala latihan pula dikaitkan dengan keperluan kemahiran kakitangan. Kursus dalam perkhidmatan adalah satu bentuk latihan semasa bekerja bagi meningkatkan kecekapan pekerja. Zaidatul Akhmaliah Lope

Pihie (1989) pula menyatakan

bahawa perkembangan staf merupakan aspek penting terutama peranan pemimpin terhadap pengaruh tingkah laku kakitangan. Bagi pengertian staf pula, Kamus Dewan (1996), mentakrifkan staf sebagai kumpulan pekerja yang bekerja bersama-sama iaitu di bawah ketua yang sama atau kakitangan. Manakala James A. F. Stoner Charles Wankel (1989), menyatakan bahawa staf merupakan Individu atau kumpulan yang menyediakan nasihat dan perkhidmatan untuk pengurus lain Berdasarkan kepada definisi yang diberikan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan staf meliputi semua perkara yang berkaitan dengan kerjaya dan profesionalisma seseorang guru sama

ada

dalam

bidang

pengajaran

mahupun

dalam

bidang

pentadbiran. Oleh sebab itu, konsep perkembangan staf secara umumnya bertujuan membolehkan semua pekerja dalam organisasi

seperti sekolah memperbaiki atau menambah pengetahuan dalam bidang akademik serta tahap profesionalnya.

3.2 . Objektif Perkembangan Staf. Secara ringkas, objektif perkembangan staf dapat disenaraikan sebagaimana berikut:

1. Berusaha ke arah peningkatan profesionalisma yang dimajukan melalui program yang dirancang secara langsung baik dalam bidang P&P atau bidang pentadbiran. 2.

Menjalankan program kursus jangka pendek atau jangka

panjang yang bercorak penyebaran, pengayaan

dan perkongsian

pengetahuan dan kemahiran kepada guru-guru untuk melengkapkan kebolehan dan keupayaan mengendalikan

sebarang aktiviti

serta

memenuhi tuntutan pendidikan. 3.

Dapat menjayakan beberapa kursus jangka pendek dan

jangka panjang secara profesional dan sistematik secara berterusan yang berkaitan dengan bidang-bidang tertentu melalui penglibatan tenaga pakar dalam bidang yang telah diceburi.. 4.

Setiap kakitangan yang terlibat dapat mengemaskinikan

pengetahuan, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut kehendak semasa. Langkah ini menjadi pendorong kepada

guru-guru dan kakitangan lain untuk mendapatkan maklumat atau kaedah terbaru dalam bidang pendidikan.

4.0. Merangka Program Sebelum seseorang pengetua mengadakan program perkembangan staf terutama di peringkat dalaman, pengetua

perlu membuat

perancangan dan kajian terperinci supaya objektif dan tujuan program dapat dimanfaatkan kepada organisasi dan individu yang terlibat. Antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah:

4.1. Tujuan dan matlamat diadakan kursus. Kursus yang bakal diadakan itu hendaklah disesuaikan seperti mana diterangkan

secara

terperinci

dalam

bahagian

prinsip-prinsip

perkembangan staf. 4.2. Kumpulan sasaran atau keperluan staf. Untuk mendapatkan manfaat yang maksimum terhadap objektif dan tujuan kursus, kumpulan yang dipilih biarlah tepat mengikut bidang keperluan mereka. Pengetua boleh mendapat maklumat keperluan staf melalui soal selidik atau tinjauan ringkas. Ini termasuklah keperluan berdasarkan kepada bilangan murid dan kelas. 4.3.

Peruntukan kewangan / perbelanjaan.

Pihak pengurusan sekolah boleh mendapatkan peruntukan daripada Jabatan Pendidikan Negeri atau daerah melalui tabung kursus dalam

perkhidmatan.

Jika tidak diperoleh, pengetua boleh menghubungi

mana-mana badan berkanun atau swasta yang boleh menaja kursus secara percuma atau membayar sara hidup kepada kaki tangan atau penceramah mereka semasa kursus dijalankan. 4.4.

Sumber maklumat berkaitan kursus.

Hal ini termasuklah bidang-bidang yang diperlukan, tenaga pengajar, dan pengurusan kursus. Maklumat mengenai latar belakang kursus biasanya ada dalam makluman pihak jabatan pendidikan negeri. Ini termasuklah bidang kursus, tarikh kursus, tempat, bayaran kursus dan lain-lain yang berkaitan. Pihak jabatan biasanya menggalakkan manamana sekolah yang ingin sama

ada

melalui

mengadakan kursus perkembangan staf

kemasukan

secara

individu

atau

melalui

perundingan dengan pihak institusi pengajian tingi seperti maktab perguruan atau universiti tempatan. 4.5.

Kepakaran yang sedia ada di sekolah.

Pengetua hendaklah peka terhadap kemampuan dan kepakaran kakitangan yang ada di sekolah mereka. Ada di antara guru-guru yang pakar dalam bidang bersama

tertentu. Kebolehan mereka boleh dikongsi

rakan-rakan

sejawat

yang

lain.

Pengetua

boleh

menggunakan guru pakar ini untuk mengadakan kursus dalaman di peringkat sekolah ataupun menawarkan kursus kepada guru-guru dari sekolah lain yang berdekatan. 4.6. Perlaksanaan kursus.

Pengetua akan melantik jawatankuasa yang akan mengelolakan kursus,

mengurus

kelengkapan

kursus,

menguruskan

aktiviti,

merancang jadual, menguruskan tempat kursus dan penginapan serta mengendalikan peserta dan penceramah. 4.7. Pemantauan atau penyeliaan selepas kursus. Semasa mengikuti kursus, pengetua atau penolong kanan hendaklah membuat

pemantauan

agar

berlaku

anjakan

pradigma

dalam

pengajaran dan pembelajaran guru-guru. Pemantauan dan penilaian sangat perlu bagi mengukur sejauh mana pencapaian yang telah diperoleh. Pengetua juga hendaklah membuat cadangan kepada mana-mana kaki tangannya yang berpotensi bagi tujuan

untuk

peningkatan diri khasnya dalam profesyen keguruan.

5.0.

Prinsip-prinsip Membuat Perancangan Perkembangan

Staf Semasa

membuat

perancangan

program

pengetua

hendaklah

mengikut garis panduan berdasarkan prinsip-prinsip berikut: q

atau

Kursus yang akan dijalankan boleh diadakan secara dalaman luaran

keperluan

berdasarkan

staf.

Jika

kepada

peruntukan

peruntukan

membenarkan,

kewangan

atau

pengetua

boleh

mengadakan kursus di luar dari waktu persekolahan misalnya pada hujung minggu. Usaha ini mungkin dapat mengelakkan rasa bosan di samping dapat meningkatkan motivasi kakitangan.

Program

q

yang

dirancang

hendaklah

bermatlamatkan

kepentingan organisasi, bukan untuk memenuhi matlamat individu tertentu sahaja. Contohnya peningkatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat atau penggunaan komputer, di mana berkehendakkan semua kakitangan sekolah mahir dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). q

Pengetua hendaklah merancang program perkembangan staf

berdasarkan kepada keperluan semasa atau masa depan. Pengetua boleh mendapat maklumat untuk memenuhi keperluan kakitangan dengan menggunakan kaedah soal selidik terutama tenaga pakar dalam beberapa bidang yang agak kritikal seperti sains dan teknikal. q

Program yang hendak dijalankan juga mestilah selaras dengan

keperluan sekolah dan keperluan semasa. Contohnya, kursus tentang kaedah pembelajaran bestari sebaik-baiknyanya diketahui oleh semua guru sebelum dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran kurikulum bestari di sesebuah sekolah. q

Guru-guru lama memerlukan kerjasama dan motivasi yang

tinggi. Oleh itu pengetua hendaklah merancang agar aktiviti yang dirancang disesuaikan dengan bidang yang diceburi oleh mereka dan tahap pemikiran mereka. Guru-guru sebegini memerlukan motivasi yang tinggi agar anjakan pradigma mereka dapat diterima. q

menjalani

Sebaliknya

guru-guru

yang

kursus

perkembangan

lebih

staf,

bermotivasi

mereka

diharap

selepas dapat

mengaplikasi

ilmu

yang

diperoleh

melalui

pengajaran

dan

pembelajaran. Oleh itu kursus yang dipilih hendaklah mencabar dan praktikal untuk kerjaya mereka. q

Bidang-bidang yang dipilih hendaklah berkaitan dengan

pedagogi, penilaian, teknologi pendidikan, komputer dan lain-lain yang berkaitan dengan bidang pendidikan. q

Peruntukan Kewangan. Pengetua perlu memastikan setiap

program yang akan dijalankan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Jika

terdapat

masalah,

pengetua

boleh

membuat

permohonan sumber kewangan dari Jabatan Pendidikan Negeri atau badan korperat atau sumbangan dari komuniti.

6.0. Bidang Kursus Bidang kursus yang dianjurkan adalah meliputi perkara-perkara berikut: ð

Pelbagai sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran di

dalam dan di luar bilik darjah. ð

Kepimpinan berkesan dalam pengurusan dan pentadbiran bilik

darjah dan sekolah ð

Penggunaan

teknologi

pembelajaran di bilik darjah

baru

dalam

pengajaran

dan

Kemahiran

ð

menggunakan

teknologi

maklumat

dalam

pengajaran dan pembelajaran. ð

Penggunaan pelbagai kaedah dalam melaksanakan aktiviti ko

kurikulum secara berkesan di sekolah Program

ð

separa

ikhtisas

yang

dapat

meningkatkan

pengurusan, motivasi dalam pengajaran, pembelajaran serta kerjaya ð

Program

kesedaran

kemahiran

dan

teknikal

bagi

meningkatkan

tentang kepentingan penyelidikan dan pembangunan

(R&D) dalam pendidikan.

7.0

Penilaian

Penilaian merupakan suatu usaha bagi menentukan nilai sesuatu aktiviti atau program. Dalam konteks perkembangan staf, pengetua di peringkat dalaman dan di peringkat luaran iaitu Jabatan Pendidikan, masing-masing

berperanan

bagi

mengetahui

sejauh

mana

keberkesanan sesuatu program yang telah dijalankan.

7.1. Penilaian Perkembangan Staf Setelah sesuatu program perkembangan staf dilaksanakan, sudah pasti aspek-aspek tingkah laku, budi bahasa dan sumbangan individu turut diambil kira.

Dalam

pendidikan,

penilaian adalah bercorak

formal dan sistematik iaitu yang mengandungi proses, peraturan dan objektif tertentu. Pengetua menilai berdasarkan tugasnya menerusi

tiga

peringkat

termasuk

mengecam

maklumat,

mendapatkan

maklumat dan menggunakan maklumat yang telah diperoleh. Dengan langkah ini pengetua

dan staf yang terbabit dapat memperbaiki

proses pengajaran dan pembelajaran termasuk proses pentadbiran supaya kualiti pendidikan bertambah tinggi. Dalam proses perkembangan staf juga, penilaian yang dianggap sesuai dengan perkembangan pendidikan sekarang ialah penilaian

formatif.

Misalnya,

pihak

yang

dalaman

di sekolah, perlu hadir bersama

menganjurkan

kerana mereka adalah

perancang dan pelaksanaan program. Langkah pengetua atau JPN

kursus

ini perlu kerana

bertanggungjawab merancang

strategi untuk

memperbaiki kekangan atau jika terdapat apa-apa kelemahan semasa program dijalankan. Langkah sedemikian juga perlu kerana penilaian adalah proses yang berterusan. Dalam pada itu, penilaian secara summatif juga diperlukan dalam perkembangan staf bagi menentukan sama ada cara yang dilaksanakan itu harus dikekalkan atau diketepikan terus. Dalam hal ini, peserta-peserta program yang terdiri dari guru-guru perlu tampil bagi mengemukakan sebarang maklum balas program seterusnya pada masa akan datang.

8.0. Kesimpulan

untuk

merangka

Berdasarkan kepada perbincangan yang diperkatakan di atas maka jelaslah kepada kita bahawa untuk menerajui sesebuah organisasi pendidikan, sama ada di sekolah-sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi, pengetua perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang relevan serta mempunyai kepakaran dalam pendidikan di samping mempunyai kebolehan memimpin. Dalam masa yang sama pengetua adalah sebagai perancang yang berwibawa dan berkesan Selain dari itu, selaras dengan kehendak-kehendak perkembangan staf juga , peranan pengetua di sekolah-sekolah banyak tertumpu kepada aspek bagaimana memberi latihan kepada guru-guru bagi sesuatu jangka masa tertentu. Oleh yang demikian aspek ini memerlukan ketelitian serta kemahiran yang tinggi bagi menangani pelbagai situasi yang mungkin timbul seperti soal keberkesanan program, kerjasama antara staf, sumber kewangan dan sebagainya. Dalam pada itu, peranan Institut Aminuddin Baki seperti yang disebutkan di atas juga amat penting kepada semua guru atau staf bagi mengemas kini dan menambah pengetahuan. Di sini para pentadbir pendidikan atau bakal -bakal pengetua mengikuti pelbagai kaedah atau program yang berkaitan dengan pendidikan terkini sesuai dengan era kemajuan komunikasi dan maklumat (ICT). Satu perkara yang perlu ditegaskan di sini ialah semangat kerja berpasukan harus diutamakan untuk mencapai objektif perkembangan staf. Tanpa penyertaan semua pihak, perancangan yang diatur mungkin gagal atau tidak berkesan.

pengiktirafan dan penghargaan kepada staf juga adalah penting dan dalam masa yang sama pentadbir perlu peka terhadap 'kekuatan’ (strenghts) yang ada bagi merancang dan meransang setiap program untuk memenuhi matlamat organisasi. Amalan seperti ini boleh membawa kepada keberkesanan pembelajaran dan pengajaran serta memberi impak kepada tercapainya matlamat sekolah Oleh

itu.

pemahaman

berkaitan

perkembangan

staf,

perkembangan pendidikan dan perkembangan organisasi hendaklah dijelaskan kepada kumpulan sasaran seperti jawatankuasa panitia, kumpulan pengurus senior, anggota organisasi dan sebagainya. Mengikut

pendapat

Werther

dan

Devis,

kepuasan

kerja

(job

safistication) juga ada perkaitan dalam usaha mengekalkan pekerja dalam sesebuah organisasi. Akhirnya, sebagaimana pendapat Lawler, prestasi yang baik dapat menimbulkan kepuasan yang tinggi di kalangan pekerja, dan secara tidak langsung memberi impak kepada kecemerlangan pendidikan.

Rujukan

Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa. 1987. Falsafah dan Konsep Pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Campell, Roald F. 1997. Pengenalan Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Aslina Sdn Bhd.

Hussein Mahmood. 1993. Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

James A.F. Stoner, Charles Wankel. 1989. Pengurusan (Edisi Ketiga). Petaling Jaya: Aniza Publishing Sdn Bhd

Mohd Salleh Lebar. 2000. Pentadbiran Pendidikan & Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya: Addison Wesley Logmans Malaysia Sdn Bhd. .

Related Documents