Peranan Ibu Bapa Dalam Membendung Pornografi Dalam Kalangan Remaja

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peranan Ibu Bapa Dalam Membendung Pornografi Dalam Kalangan Remaja as PDF for free.

More details

  • Words: 341
  • Pages: 2
Dasawarsa ini, teknologi maklumat telah berkembang dengan pesat sekali. Kemajuan tersebut telah membawa pengaruh bahan lucah dan juga pornografi yang membawa padah kepada para remaja. Hal ini demikian, ibu bapa haruslah memainkan peranan yang katara dalam membendung masalah yang kian berleluasa kini.

Peranan ibu bapa amatlah penting dalam membendung masalah ini kerana mereka merupakan ahli keleuarga terdekat. Oleh itu, mereka boleh mengehadkan masa anak mereka dalam menggunakan teknologi maklumat seperti melaari internet. Kaedah ini boleh dipraktikkan dengan member masa tertentu unutk anak-anak mereka melayari internet. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan remaja merupakan golongan dengan peratus tertunggu dalam melayari laman web yang mempuanyai bahan lucah dan pornografi. Hal ini menunjukkan bahawa gejala ini telah berleluasa dalam kalangan remaja berlainan dengan apa yang diingini oleh ibu bapa bak kata pepatah “niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit” yang bermaksud hasil yang diperoleh jauh kurang dari yang diharapkan.

Disamping itu, masalah ini dapat dibendung dengan pengawasan yang lebih terperinci oleh ibu bapa. Remaja kini sering melayari Internet namun apayang dilayari tidak semestinya bertujuan ilmiah. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya mengawasi anak mereka dengan lebih dekat. Mereka boleh menghadkan masa penggunaan internet oleh anak mereka. Dengan ini, anak-anak mereka akan kurang atau tidak terjebak dengan pengaruh bahan lucah dan pornografi. Peranan ibu bapa adalah anatara kunci utama dalam membendung masalah ini bak kata pepatah “ bagaimana acuannya, begitulah kuihnya “ kerana jika bukan mereka siapa lagi yang akan membentuk insan yang mulia.

Kesimpulannya, kita haruslah bersama-sama berganding bahu bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlaku bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.Ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang vital terhadap tindakan anak-anak merka kerana anak merka yang baru dilahirkan hanyalah umpama kain putih yang sua dan ibu bapalah yang mengadakan acuan dan corak padanya. Jika molek coraknya, moleklah tingkah lakunya. Begitulah juga sebaliknya. Pihak-pihak lain juga tidak terlepas daripada membendung masalah ini. Jangan dipandang remeh perkara seperti ini kerana masalah yang dianggap kecil mampu membinasakan sesebuah kmouniti, bak kata pepatah” dek kerana setitik nila, akan rosak seluruh susu belanga”.

Related Documents