Peranan Harta Wakaf Dalam Pembangunan Ummah

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peranan Harta Wakaf Dalam Pembangunan Ummah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,280
  • Pages: 5
KHUTBAH KHAS Sempena Pelancaran Pembangunan Tanah Wakaf Oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 08 Jun 2007 "PERANAN HARTA WAKAF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH " ( 08 Jun 2007 / 22 Jamadilawwal 1428 H )

: ِ‫حمْدُ ِلِ اْلقَاِئل‬ َ ْ‫َال‬

‫ُهه‬ ُ ‫حمّدًا َعبْد‬ َ ُ‫ وَأَ ْشهَدُ أَنّ م‬،ُ‫ْكه لَهه‬ َ ‫َهه ل َشرِي‬ ُ ‫َهه إِلّ الُ وَحْد‬ َ ‫َنه ل إِل‬ ْ ‫َأ ْشهَدُ أ‬ ِ‫َصهحَاِبه‬ ْ ‫ِهه وَأ‬ ِ ‫حمّدٍ َوعَلَى آل‬ َ ُ‫سهيّ ِدنَا م‬ َ ‫َسهلّمْ عَلَى‬ َ ‫صهلّ و‬ َ ّ ‫ اَل ّلهُم‬.ُ‫َسهوُْله‬ ُ ‫َور‬ .َ‫َأ ْج َم ِعيْن‬ َ‫ّايه ِبَت ْقوَى الِ َفقَدْ فَاز‬ َ ‫ْصهيْكُمْ وَِإي‬ ِ ‫ ُأو‬،َ‫ إِّتقُوا ال‬،ِ‫ فَيَا ِعبَادَ ال‬،ُ‫َأمّاه َبعْد‬ .َ‫اْل ُمّت ُقوْن‬ SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Marilah kita mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita, semoga dengan kurniaan nikmat dari Allah s.w.t. akan menambahkan lagi ketakwaan dan ketaatan kita kepada-Nya dalam melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. MUSLIMIN SIDANG JUMAAT YANG DI MULIAKAN, Umat Islam mempunyai peluang yang amat luas untuk melipat gandakan pahala khususnya bagi mereka yang diberi kelebihan harta dan wang ringgit. Beruntunglah orang yang diberi kelebihan oleh Allah s.w.t. serta suka menolong orang lain dan membantu didalam kerjakerja kebajikan. Justeru Islam mengesa umatnya supaya bermurah hati dan segera memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan bantuan. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 92 yang berbunyi : 1

Maksudnya : Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA, Khutbah hari ini ingin memfokuskan kepada harta wakaf. Harta wakaf yang kita lihat pada hari ini ada sebahagiannya tidak dimajukan untuk pembangunan yang mendatangkan manfaat kepada umat Islam khasnya tanah, ia tidak dimanfaatkan untuk mendapatkan pulangan yang memuaskan. Begitu juga sering kali timbul pelbagai isu dan masalah apabila tanah wakaf ingin dibangunkan seperti dihalang oleh pemegang amanah tanah wakaf dan sebagainya. Ini disebabkan kurang kefahaman tentang konsep wakaf itu sendiri dengan mempersoalkan bagaimana cara dan bentuk ia dibangunkan atau dimajukan. Sebenarnya Islam tidak melarang umatnya membangunkan atau menggunakan tanah wakaf untuk manfaat umat Islam yang lain khususnya membantu golongan yang miskin. Dalam konteks ini ulamak Fekah telah mentakrifkan harta wakaf sebagai suatu benda atau harta yang suci dan halal bentuk zatnya supaya ia digunakan untuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaatnya. Oleh yang demikian, tidak salah sekiranya ada dikalangan umat Islam yang menawarkan diri untuk membangunkan tanah wakaf bagi manfaat umat Islam selagi mana ianya tidak bercampur dengan unsur-unsur riba, penipuan dan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t. Justeru, umat Islam harus faham dan sedar bahawa ganjaran pahala harta wakaf akan bertambah dan pahalanya berkekalan selagi harta yang diwakafkan masih boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh umat Islam, selagi itulah pahala wakaf akan terus diterima selama-lamanya. Sabda Rasulullah s.a.w.

ُ‫ َأ ْوعِلْ مٍ ُي ْنَتفَ ع‬،ٍ‫صدَ َقةٍ جَارَِية‬ َ ،ٍ‫"ِاذَا مَا تَ ابْ نِ آدَ مَ اِْن َقطَ عَ َعمَلَ هُ ِإلّ مِ نْ ثَلَ ث‬ ".ُ‫ َأوْ وَلَدٍ صَالِحٍ َي ْد ُعوْ َله‬،ِ‫ِبه‬ 2

Maksudnya : " apabila mati seseorang anak adam itu, maka terputuslah amalanya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakan kepadanya ". ( H. R. Muslim ) Berdasarkan kepada hadis tersebut, Jumhur ulamak sepakat bahawa sedekah jariah tersebut adalah termasuk harta wakaf. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Antara kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-Nya yang ikhlas mewakafkan harta sepertimana yang disebutkan di dalam surah al-Baqarah ayat 261 :

Maksudnya : Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikendakinya dan Allah Maha Luas (rahmatnya) kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan".. Selain itu, diantara hikmah dan tujuan syariat Islam mengharuskan wakaf untuk kepentingan dan faedah tertentu seperti : 1. Membuka jalan ke arah pengabdian diri kepada Allah s.w.t. 2. Mendorong minat orang yang beriman berlumba-lumba dalam mengerjakan amal kebajikan serta mengharapkan pahala yang berkekalan semasa hidup dan selepas pewakaf meninggal dunia. 3. Untuk kebaikan umat Islam, seperti membina Masjid, sekolah dan tempat kormersial yang mendatangkan keuntungan kepada Umat Islam. 4. Membantu dan mengurangkan beban penderitaan golongan fakir miskin dan anak yatim dari segi sosio ekonomi dan sebagainya. 5. Salah satu cara untuk membina kekuatan ummah dan mengekalkan pemilikan harta secara perkongsian dikalangan umat Islam. 3

MUSLIMIN SIDANG JUMAAT YANG DI MULIAKAN, Menyedari kepentingan dan manfaat harta wakaf, maka umat Islam perlu sedar dan bangkit untuk sama-sama menangani isu pembangunan harta wakaf untuk kemajuan Umat Islam seperti berikut : 1. Sama-sama membantu menyelesai dan mengurangkan masalah sosio ekonomi di kalangan umat Islam serta dapat membantu golongan fakir miskin seperti membina rumah kos rendah dan disewakan kepada mereka disamping melatih mereka untuk hidup berdikari. 2. Mengurus dan memajukan harta-harta wakaf mengikut perkembangan semasa sesuai dengan syariat Islam. 3. Umat Islam harus sedar dan faham, bahawa harta wakaf boleh dibangunkan untuk mendatangkan keuntungan yang maksima seperti pembinaan kompleks bangunan pejabat dan sebagainya. Bukan berfahaman bahawa tanah wakaf hanya untuk dijadikan tanah kubur dan masjid sahaja. Justeru, pada dasarnya pembangunan harta wakaf dapat menyumbang kepada pembentukan dan pembangunan modal Insan dikalangan Umat Islam jika ia diurus tadbir dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya kerana ianya bukan sahaja dapat memacu pembangunan ekonomi ummah, malahan ianya mampu merubah sosio ekonomi umat Islam ketahap yang lebih baik dan kelangsungan hidup yang sempurna. HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA, Semoga dengan kesedaran dan kerjasama semua pihak, harta wakaf dapat dibangunkan dan dikembangkan sebagaimana yang dipraktikkan di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Begitu juga bagaimana Universiti al-Azhar, Mesir boleh maju dan membiayai palajar-pelajar dari seluruh dunia hingga ke saat ini dengan bersumberkan sumbangan harta wakaf. Justeru itu, kejayaan pembangunan harta wakaf bergantung kepada kefahamanan yang jelas di kalangan Umat Islam tentang konsep, peranan dan matlamat wakat yang disyariatkan Allah s.w.t. Selain itu, peranan dan tanggungjawab semua pihak untuk sama-sama memajukan dan membangunkan serta mengembalikan fungsi dan peranan harta wakaf untuk kemajuan umat Islam, khususnya melalui sumbangan idea, bantuan kewangan dan kepakaran tertentu dalam menjayakan pembangunan harta wakaf. Maka, bersempena majlis Pelancaran Pembangunan Tanah Wakaf Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Y.A.B. Dato' Seri Abdulllah bin Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 4

hari ini merupakan detik bersejarah dalam pembangunan tanah wakaf di Malaysia, dimana kompleks bangunan pejabat 34 tingkat yang bakal dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menjadi mercu tanda kebanggaan Umat Islam di negara ini.

،‫أعوذ بال من الشيطان الرجيم‬

Maksudnya : Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bandingannya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orangorang yang berbuat perkara-perkara yang baik. ( Surah Ali – Imran ayat 133 – 134 )

ِ‫بَارَ كَ الُ لِ يْ وَلَ ُك مْ فِى اْل ُقرْءا نِ اْل َع ِظيْ مِ وََن َف َعنِي وَإِيّاكُ مْ ِبمَا ِفيْ هِ مِ نَ اليَا ت‬ ُ‫ َأ ُقوْل‬.ُ‫سمِيعُ اْلعَ ِليْ م‬ ّ ‫وَالذّ ْكرِ الْحَ ِكيْ مِ وََت َقّبلَ ِمنّ ي َو ِمنْكُ مْ تِلوَتَ هُ إِنّ هُ ُهوَ ال‬ ِ‫َقوِْل يْ َهذَا وَأَ ْسَت ْغ ِفرُ الَ اْلعَ ِظ ْي مَ لِ يْ وَلَكُ مْ وَلِ سَاِئرِ اْلمُ سْ ِل ِميْنَ وَاْلمُ سْ ِلمَات‬ ُ‫وَاْل ُم ْؤ ِمِنيْ نَ وَاْل ُم ْؤ ِمنَا تِ ا َل ْحيَاءِ ِم ْنهُ مْ وَا َل ْموَات فَا ْسَت ْغ ِفرُ ْوهُ إِنّ هُ ُهوَ اْل َغ ُفوْر‬ .ُ‫الرّ ِحيْم‬

5

Related Documents