Per Guru An

  • Uploaded by: dikoreana
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Per Guru An as PDF for free.

More details

  • Words: 3,834
  • Pages: 27
570401­03­6165  Soalan 1 

“Sebagai  golongan  yang  berada  di  barisan  paling  hadapan  dalam  menjayakan  wawasan  negara,  peranan  guru  amat  penting  untuk  memastikan nilai nasional dapat disempurnakan”.  Y.B. Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein  Perutusan Hari Guru 2006 

Bincangkan  bagaimana  martabat  profesion  keguruan  dapat  ditingkatkan  selaras  dengan  perutusan  Y.B.  Menteri Pelajaran  agar misi  nasional dapat  disempurnakan. 

Pengenalan. 

Profession perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa  jenis  pekerjaan  yang  penting  dalam  proses  pembangunan  manusia,masyarakat  dan  negara.  Profesion  perguruan  merupakan  profesion  paling  utama  di  dalam  proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat.  Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks  dan  mencabar.Golongan  guru  hendaklah  memastikan  martabat  keguruan  sentiasa  dipertingkatkan  dari  masa  ke  semasa  ke  tahap  yang  lebih  tinggi  dan  dihormati seterusnya  dapat merealisasikan misi nasional kerajaan.



570401­03­6165  Mengikut    Kamus  Dewan,’profesion’  ialah  pekerjaan  terutamanya  yang  memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang  undang­undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain­lain.  ‘Martabat’ pula  ialah kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat,tingkat. Dari pengertian  tersebut  memberi makna bahawa imej profesion keguruan samada  tinggi atau  rendah,  jaya  atau  gagal    dilihat  dan  dinilai  oleh  masyarakat  dari  sudut  peribadi  para guru dan hasilnya kepada generasi pelajar.  Dalam usaha  meningkatkan martabat profesion keguruan  maka pakatan  bijak  semua  pihak  hendaklah  digerakkan  samada  secara  langsung  atau  tidak  langsung.  Pihak­pihak  tersebut  ialah 

kerajaan  khususnya  Kementerian 

Pelajaran Malaysia serta institusi­institusi yang berkaitan, guru, pelajar, anggota  masyarakat , pertubuhan­pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan­kesatuan  guru  dan pihak swasta. 

Peranan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran  Malaysia.  Peranan  kerajaan  khususnya  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  dalam  memartabatkan  profesion ini  merupakan  kekuatan  utama  kerana  kerajaan  yang  bertanggungjawab  dalam  penggubalan  dasar­dasar  pendidikan  negara.  Jika  dilihat  dalam  misi  nasional  yang  telah  dilancarkan  semasa  pembentangan  RMK9,  Perdana  Menteri  Y.A.B.  Dato’  Seri  Abdullah  Ahmad  Badawi  telah  menggariskan lima teras utama iaitu:  Teras 1: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.



570401­03­6165  Teras  2  Meningkatkan  keupayaan  pengetahuan  dan  inovasi  Negara  serta  memupuk ‘minda kelas pertama’.  Teras  3:  Menangani  masalah  ketidak  samaan  sosioekonomi  yang  berterusan  secara membina dan produktif.  Teras 4: Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup.  Teras 5: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.  Di  antara  kelima­lima  teras  di  atas,  teras  yang  kedua  merupakan  teras  yang  berkait  rapat  dengan  tindakan  kerajaan  untuk  meningkatkan  martabat  profesion keguruan. 

Dalam 

tempoh 

rancangan 

tersebut, 

usaha 

dipergiatkan  bagi  membangunkan  modal  insan  demi  memacu  transformasi  negara ke arah keupayaan ilmu  pengetahuan . 

Antara 

kandungan 

program  besar  akan  dilaksanakan    untuk  meningkatkan  martabat  profesion  keguruan  berdasarkan  Laporan  Rancangan  Malaysia  Kesembilan  (RMKe9)  ialah:  1. Menambah baik sistem pendidikan  2.Meningkatkan  akses  dan  kualiti  sistem  pendidikan  di  semua  peringkat  kurikulum  dan  pengajaran,  pelaksanaan  Kurikulum  Prasekolah  Kebangsaan  yang  seragam  dan  berkualiti,  mengkaji  aktiviti  kurikulum  dan  kokurikulum  peringkat sekolah, kajian terhadap kurikulum latihan perguruan, menambah baik  kandungan mata pelajaran, meningkatkan kemahiran pedagogi dan penggunaan  ICT yang lebih meluas.  3  Kerjasama  antara  industri  dengan  institusi  pengajian  tinggi  untuk  responsif  kepada keperluan pasaran buruh, meningkatkan keupayaan siswazah tempatan



570401­03­6165  untuk kerjaya, program latihan praktikal dan penempatan industri. Sistem Latihan  Dual  Kebangsaan  akan  diperbaiki lagi  melalui  rundingan dengan  pihak  terbabit,  menubuhkan  Majlis  Penasihat  Kebangsaan  bagi  pendidikan  dan  latihan  bagi  memberi  panduan  mengenai  dasar  dan  strategi  berkaitan  pendidikan  dan  industri.  4. Infrastruktur dan kemudahan.  Akses  kepada  pendidikan  prasekolah  akan  diperluaskan  dengan  penyediaan lebih banyak kelas prapersekolahan, terutama kawasan luar bandar  serta Sabah dan Serawak.  5. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan.  Kualiti  pengajaran  di  sekolah  kebangsaan  akan  dipertingkatkan  dengan  100  peratus  guru  di  sekolah  menengah  dan 25  peratus  guru  di  sekolah  rendah  akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang 2010.  Peluang  pendidikan  untuk  kanak­kanak  istimewa,pembestarian  sekolah  dan penggunaan teknologi dan ICT.  6. Melahirkan Institusi Tertiari bertaraf antarabangsa.  IPT  akan  ditanda  aras  mengikut  piawai  antarabangsa  dan  satu  sistem  penarafan akan diperkenalkan..  Melalui rangka dasar yang telah digariskan oleh kementerian di atas maka  Kementerian 

Pelajaran 

Malaysia 

haruslah 

memperkukuhkan 

dan 

memperkemaskan  serta  membuat  reformasi  pendidikan  sepenuhnya  menjelang  tahun 2020.



570401­03­6165  Teras  misi  nasional  tersebut  diperjelaskan  lagi  secara  terperinci  dalam  Pelan  Tindakan  Pembangunan  Pendidikan  (PTPP)  2006­2010  yang  telah  dilancarkan  oleh  Y.A.B.  Perdana  Menteri  di  Pusat  Konvensyen  Antarabangsa  Putrajaya  (PICC)  pada  16  Januari  2007.  Kerangka  bagi  Pelan  Tindakan  Pembangunan Pendidikan seperti di bawah: 

KERANGKA PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN  2006­2010.  ASAS PEMBANGUNAN · Misi Nasional · Dasar­dasar  Pembangunan Negara · Dasar Pendidikan  Kebangsaan. · Islam Hadhari · Pelan Intergriti Nasional 

TERAS  ASAS  PEMBANGUNAN  PENDIDIAKN · Akses · Ekuiti · Kualiti · Kecekapan dan  keberkesanan  Pengurusan  Meneliti kepada 

PENDEKATAN · Kesamarata­  an Peluang  Pendidikan · Kecemerlan­  gan Institusi  Pendidikan  TERAS STRATEGIK PIPP · Membina Negara Bangsa · Membangun Modal Insan · Memperkasakan Sekolah  Kebangsaan · Merapatkan Jurang  Pendidikan · Memartabatkan Profesion  Keguruan · Melonjakkan  Kecemerlangan Institusi  Pendidikan 

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN · Kerjasama dan Komitmen  Warga Pendidik · Sistem Penyampaian  Pendidikan · Sistem Pemantauan dan  Penilaian



MATLAMAT 

PENDIDIKAN  BERKUALITI  UNTUK  SEMUA 

570401­03­6165  Bertolak dari misi nasional dan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan  maka  untuk mengangkat martabat profesion keguruan  berbagai langkah dapat  dilaksanakan oleh kementerian seperti: 

1. Membuka peluang peningkatan kerjaya.  Kerajaan  mewujudkan  gred  baru  guru  berasaskan  merit  dan  prestasi  tahunan  serta  menggariskan  langkah­langkah  bagi  menambah  perjawatan  dan  peluasan  naik  pangkat  guru­guru.  Menerusi  beberapa  strategi  pelaksanaan  penambah baikan perjawatan guru dengan menambah quota bagi gred kenaikan  pangkat  guru  besar dan pengetua cemerlang.  Antara strategi memantapkan kerjaya guru, dasar baru kementerian telah  mewujudkan: 

i.  Gred  kenaikan  pangkat  untuk  mempercepatkan  Khas  Untuk  Penyandang  (KUP) pegawai di kementerian dan di JPN memegang jawatan hakiki .  ii.  Dalam  proses  peningkatan  pula,  konsep  Pengetua  Cemerlang  dan,Jusa  C  serta  Guru  Cemerlang  Gred  Khas  diwujudkan  .Sekurang­kurangnya  seorang  Guru Cemerlang bagi setiap sekolah menengah pada Gred DG44.  Iii. Meningkatkan quota Guru Cemerlang PPP, Lepasan Diploma (PPPLD) Gred  DG32  serta  menambah  gred  kenaikan  pangkat  Guru  Cemerlang  PPPLD  sehingga ke Gred DGA34.



570401­03­6165  2. Pengambilan calon guru. 

Syarat pengambilan calon guru telah diperketatkan sejak 2005 lagi dalam  usaha  melahirkankan  tenaga  pengajar  yang  mahir  dan  berwibawa.  Tiga  pelan  tindakan telah dirangka  mencakupi Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah  (KPLI)  dan  calon  lepasan  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM).  Calon  bagi  Kursus  Perguruan  Lepasan  Ijazah  (KPLI)  perlu  memiliki  ijazah  yang  menepati  bidang  yang  dipohon,  menduduki  Ujian  Pemilihan  Calon  Guru  Malaysia  (MteST),  aktif  dalam  kokurikulum,  melepasi  tapisan  keselamatan,  bebas  dari  penyalahgunaan  bahan dadah dan lulus temuduga.  Begitu  juga  dengan  Program  kursus  perguruan  lepasan  SPM  pula  calon  perlu  melepasi  syarat­syarat  akademik  yang  ditetapkan,menduduki  Ujian  Sahsiah Guru,ujian bertulis Bahasa Inggeris dan lulus temu duga.  Kementerian  juga  telah  mengambilkira  kelayakan  dalam  memenuhi  Petunjuk Prestasi Utama  untuk diberi insentif kepada para guru.  Melalui proses  seperti  ini  dapat  meyakinkan  bahawa  guru  yang  diambil  mampu  menyumbang  dan merealisasikan wawasan negara.  Pemilihan  guru  bukan  sekadar  akademik  semata­mata  malah  mereka  yang  aktif  dalam  kegiatan  kokurikulum  bagi  membentuk  modal  insan  yang  cemerlang.



570401­03­6165  3. Menaik taraf maktab perguruan Institut Pendidikan Guru.  Dalam  usaha  melahir  dan  melestarikan  guru  yang  berkualiti,kementerian  telah menaikkan taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).  Pengiktirafan ini telah diluluskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai  2005.  Dengan menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru  (IPG),kementerian  dapat  memantapkan  pemilihan  bakal  guru    dan  memberi  latihan serta menambah baik karier keguruan dan persekitaran kerjanya. Proses  seperti  ini  dapat  meyakinkan  bahawa  guru  yang  diambil  merupakan  guru  yang  mampu menyempurnakan misi pendidikan negara.  Pada  ketika  ini  terdapat  27  Institut  Pendidikan  Guru  (IPG)  di  seluruh  negara dan melibatkan seramai 3,129 pensyarah serta enrolmen 28,755, dengan  ‘Malaysian  Quality  Framework’  diguna  sebagai  garis  panduan  dalam  usaha  mempertingkatkan  kelayakan  guru  ke  tahap  siswazah  dan  memastikan  tenaga  kerja yang berkualiti dapat dihasilkan.  Kementerian juga telah menjenama dan merangkaikan Institut Pendidikan  Guru  dengan  universiti  serta  kolej  terkenal  di  luar  negara  dan  dalam  negara.  Mewujudkan Program Khas  Pensiswazahan guru, Program Ijazah Sarjana Muda  Perguruan,  Program  berkembar  Praperkhidmatan  (Sarjana  Muda  Pendidikan  Pengajaran  Bahasa  Inggeris  Sebagai  Bahasa  Kedua)  dan  Program  Bahasa­  Bahasa Antarabangsa.  Langkah  kementerian  menaik  taraf  IPG  juga  mampu  melahirkan  guru  siswazah  yang  memahami  keperluan  dan  cabaran  sekolah  kearah  mencapai



570401­03­6165  sasaran  kementerian  untuk  mengisi  100  peratus  guru  siswazah  di  sekolah  menengah dan 50 peratus di sekolah rendah menjelang 2010.  Semasa  membentangkan  bajet  2006,Perdana  Menteri  telah  mengatakan  bahawa  kerajaan  akan  meningkatkan  tahap  latihan  dan  kurikulum  termasuk  menarik kerjasama dan kepakaran asing dalam bidang perguruan sebagai usaha  memartabatkan profesion keguruan (Bernama:30 Sept.2006). 

4. Guru Pendidikan Islam.  Kementerian juga akan melahirkan guru Pendidikan Islam yang berkualiti  dan  berkesan  dengan  menubuhkan  Institut  Pembangunan  Pendidikan  Islam  (IPPI).  Pendidikan  Islam  merupakan  suatu  usaha  untuk  memberi  ilmu  dan  pendidikan  berteraskan  wahyu  kepada  penganutnya  supaya  dapat  memahami  dan  dapat  menghayatinya  dalam  kehidupan  demi  untuk  kebahagiaan  diri,  keluarga,  masyarakat  dan  negara.(Kementerian  Pendidikan  Malaysia  1887).  Pendidikan Islam juga perlu didedahkan kepada orang yang bukan Islam supaya  mereka  memahami  agama  tersebut  dan  seterusnya  dapat  mengikis  prasangka  buruk terhadap Islam dan penganutnya serta tidak mengeluarkan tuduhan yang  tidak benar tentang Islam.  Pelaksanaan  Program  j­QAF  (Jawi,  Khatam  Al­Qur’an,  Bahasa  Arab  dan  pengukuhan  Fardhu  Ain)  sekolah  rendah    juga  merupakan  langkah  untuk  meningkatkan  martabat  profesion  keguruan  dan  memperkasakan  Pendidikan  Islam. Kementerian telah merangka strategi pelaksanaan program tersebut  yang  melibatkan 

bahan, 

modul, 

prasarana, 



tenaga 

guru, 

penilaian 

dan

570401­03­6165  pemantauan.Tujuannya untuk membentuk dan melahirkan masyarakat Malaysia  yang  mempunyai  nilai­nilai  rohani,  bermoral  tinggi  dan  mempunyai  perasaan  bertanggungjawab yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara. 

5 .Kemudahan kediaman guru dan persekitaran kerja yang kondusif.  Kemudahan kediaman disediakan supaya guru lebih selesa menjalankan  tugas  tanpa  menghadapi  masalah  tempat  tinggal,terutama  untuk  guru  di  luar  bandar,  pedalaman  dan  bandar­bandar  besar  melalui  pembinaan  kuarters  baru  serta  membaik  pulih  kuarters  yang  sedia  ada.  Bagi  keselesaan  para  guru,  peruntukan sebanyak 690 juta ringgit disediakan untuk membina rumah guru dan  dan  hampir  separuh  dari  peruntukan  tersebut  untuk  projek  rumah  guru  di  luar  bandar.  Selain itu kemudahan bilik guru  dan bilik darjah yang kondusif juga akan  disediakan    melalui  projek  naik  taraf,  membina  bangunan  tambahan  dan  pembinaan  bangunan­bangunan  baru.  Setakat  ini  telah  dikenalpasti  sekolah  usang  sejumlah  5,951buah  sekolah  rendah  dan  870  buah  sekolah  menengah  yang  berusia  lebih  30  tahun  dan 

membangunkan  infrastruktur  yang 

membabitkan  767  buah  sekolah  rendah  dan  28  buah  sekolah  menengah  yang  belum mempunyai bekalan elektrik selama 24 jam.

10 

570401­03­6165  Tindakan­tindakan  lain  kementerian  dalam  mengangkat  martabat  profesion keguruan ialah:  1.Memperkasakan sekolah kebangsaan.  Pendidikan awal kanak­kanak merupakan masa yang amat penting dalam  melahirkan  generasi  yang  berwawasan.  Dalam  memperkasakan  sekolah  kebangsaan,  kementerian  perlu  menambahkan  bilangan  kelas  prasekolah  terutama  di  kawasan  luar  bandar  dan  menggunakan  Kokurikulum  Prasekolah  Kebangsaan.  Selain  itu  kementerian  menyediakan  infrastruktur  dan  kemudahan  asas  yang  mencukupi  serta  berkualiti  termasuk  melengkapkan  prasarana,  mengubah  suai  dan  menaik  taraf  sekolah  –sekolah  yang  usang  dan  menambah  bilangan  bilik darjah. 

2. Sistem pengawasan dan pemantauan.  Kementerian Pelajaran haruslah memperkukuhkan dan memperkemaskan  sistem  pengawasan  dan  pemantauan  ke  atas  guru­guru  untuk  memastikan  mereka  sentiasa  bertugas  dengan  betul,  berdedikasi  dan  telus.  Pemantauan  yang  sistematik  merupakan  ciri  penting  bagi  memastikan  pengajaran  dan  pembelajaran  berjalan  seperti  yang  dirancangkan.  Untuk  mengetahui  keberkesanan  pengajaran  guru  berkesan  atau  sebaliknya  serta  mengesan  masalah dan membuat pemulihan.

11 

570401­03­6165  Proses  pemantauan  harus  dilakukan  secara tekal oleh  pentadbir  sekolah  dan jemaah nazir. Laporan pemantauan boleh digunakan untuk pengesahan dan  kenaikan pangkat guru. 

3. Penguatkuasaan Akta Pendidikan.  Semasa  menjadi  Menteri  Pendidkan,  Datuk  Sri  Najib  Tun  Razak  pernah  mengatakan.  ”Dengan  terlaksananya  kesemua  akta  berkenaan  membolehkan  kita menjalankan transformasi yang menyeluruh kpada sistem pendidikan negara  selaras dengan wawasan negara dan tuntutan globalisasi dan zaman maklumat”  Dua akta baru telah dikuatkuasakan iaitu Akta Pendidikan 1996 dan Akta Institusi  Pendidikan  tinggi  Swasta  1996.  Beliau  menjelaskan  Akta  Pendidikan  1996  bagi  membolehkan  matlamat  pendidikan  diperluaskan  dan  disesuaikan  dengan  keperluan  wawasan  dan  tuntutan­tuntutan  tersebut.  Sementara  pelaksanaan  Akta  Institusi  Pendidikan  Swasta  1996  pula  selaras  dengan  hasrat  hendak  menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan akademik.  Dengan  iltizam  serta  usaha  kementerian  ini  seterusnya  akan  diimplikasikan  ke  peringkat  Jabatan  Pendidikan  Negeri  (JPN),  Pejabat  Pendidikan  Daerah  (PPD)  seterusnya  ke  peringkat  sekolah  mengikut  rangkaian  bagi memastikan kejayaan wawasan negara 2020 menjadi suatu kenyataan. 

Peranan guru.  Para  pendidik  hari  ini  telah  memainkan  peranan  penting  di  dalam  merealisasikan  aspirasi  negara.  Guru  merupakan  ejen  kepada  keberkesanan

12 

570401­03­6165  pendidikan.  Kedudukan  perguruan  sebagai  suatu  profesion  di  dalam  Dasar  Pelajaran  Kebangsaan  turut  menghadapi  cabaran­cabaran  masa  kini  dan  akan  datang.  Di  tangan  guru  sendiri  martabat  profesion  keguruan  dapat  ditingkatkan  dengan    memainkan  peranan  dan  melaksanakan  tanggungjawab    terhadap  palajar,  ibu  bapa,  masyarakat,  negara,  rakan  sejawat  dan  tanggungjawab  terhadap profesion keguruan. 

1.Mempertingkatkan Profesionalime  Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik  generasi  yang  akan  mencapai  wawasan  negara.  Kemahiran  dan  pengetahuan  dalam  aspek  pendidikan  perlu  dikemaskini.  Berusaha  mengaplikasi  kaedah­  kaedah pengajaran dan pendidikan terkini.  Guru  perlu  menyambut  baik  dengan  mengikuti  kursus­kursus  pendidikan  yang  dianjurkan  oleh  pihak­pihak  berwajib  agar  dapat  mempertingkatkan  keupayaan,  ketahan  dan  prestasi  bagi  mendepani  cabaran  yang  semakin  kompleks  ini.  Dengan  ini  suatu  anjakan  paradigma  dapat  dilakukan  oleh  para  pendidik. 

2.  Mahir IT dan ICT.  Bidang  keguruan  sentiasa  berkembang  dan  berubah  sejajar  dengan  perubahan  zaman  Perkembangan  global  dengan  teknologi  telekomunikasi  dan  internet  menuntut  banyak  cabaran  kepada  pendidik  untuk  mencapai  misi

13 

570401­03­6165  nasional.  Para  guru  mesti  bersikap  proaktif  dan  terangsang  dengan  perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu IT mesti terlebih dahulu  dapat  dikuasa  oleh  para  pendidik  sebagai  golongan  yang  akan  menyebar  luaskan kepada para pelajar.  Guru  juga  perlu  melengkapkan  diri  dengan  kemahiran  terkini  bagi  menyempurnakan  penubuhan  sekolah  bestari  yang  berteraskan  penggunaan  komputer  sebagai  satu  bentuk  kurikulum  wawasan  negara  Malaysia  untuk  menjadikan negara maju menjelang 2020, Kerajaan membangunkan koridor raya  multimedia  (MSC)  sebagai  pusat  telekomunikasi    dan  penyiaran  serantau  dan  antarabangsa.  Guru  juga  harus  memperlengkapkan diri  secara  global  kerana  dalam  era  teknologi  maklumat    masa  kini  masyarakat  terpaksa berdepan dengan  pelbagai  peralatan  elektronik    dalam  kehidupan  harian  sebagai  cara  hidup  moden.  Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah  dihargai  oleh  guru  dengan  menggunakan  semaksima  mungkin.  Jangan  ada  di  kalangan guru dan pentadbir sekolah yang berfikiran sempit dengan ‘mengunci’  segala  peralatan  kerana  takut  rosak.  Situasi  ini  akan  merugikan  pelajar  dan  kerajaan  .Guru  tidak  menyalahgunakan  teknologi  dengan  mengunjungi  laman­  laman web yang tidak sepatutnya dikunjungi. Guru juga tidak menjadikan alasan  teknologi yang dibekalkan sebagai satu masalah kepada mereka.

14 

570401­03­6165  3. Berpengetahuan dan berdaya fikir dan berakhlak.  Guru  yang  berpengetahuan  perlu  serba  tahu  dengan  menambah  pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu­isu semasa untuk  dibincang  dan  mencari  penyelesaian.  Isu­isu  semasa  berkaitan  dengan  kekeluargaan  dan  komuniti,  ekonomi  dan  politik.Guru  yang  berpengetahuan  dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari.  Dalam  perubahan  sistem  pendidikan  yang  semakin  mencabar  ini,  profesion  keguruan  perlu  menyediakan  diri  dengan  amalan  nilai  murni  dan  akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai­nilai murni yang  perlu  diserapkan  kepada  pelajar  dalam  pengajaran.  Penerapan  nilai  murni  ini  penting  untuk  menyediakan  para  pelajar  menjadi  warga  yang  berguna  kepada  bangsa dan negara . 

4. Berupaya membuat keputusan dan menyelesai masalah  serta berfikiran  kritis dan kreatif.  Para  pendidik  juga  mesti  sedar  bahawa  profesion  mereka  bukan  sahaja  mengajar  tetapi  terlibat  sebagai  pentadbir,  pengurus,  perancang,  pelaksana,  penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. 

5. Menyedari tanggungjawab.  Menyedari  betapa  besarnya  tanggungjawab  membimbing  pelajar  untuk  mencapai  kemajuan  dan  wawasan,  para  guru  perlu  melaksanakan  tanggungjawab terhadap:

15 

570401­03­6165  i.Tanggungjawab  terhadap  pelajar  seperti  mengutamakan  kebajikan  dan  keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni.  ii.Tanggungjawab  terhadap  ibu  bapa  seperti  mewujudkan  hubungan  mesra,  menghormati  mereka,  tidak  dipengaruhi  oleh  kedudukan  sosial  dan  ekonomi  mereka  dan  memberi  maklumat  kepada  mereka  untuk  kepentingan  anak­anak mereka.  iii.Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari  menyebar  perkara  negatif,  menghormati  masyarakat  setempat  serta  menggalakkan kerjasama dan persefahaman.  iv.Tanggungjawab  terhadap  rakan  sejawat  dan  profesion  seperti  mengelak  dari  membuat  kenyataan  negatif,  tidak  melibat  diri  dalam  kegiatan  yang menjejaskan kepercayaan masyarakat, membantu rakan sejawat. 

6. Menjadi guru yang berkualiti.  Bagi mempertingkatkan profesion perguruan, seseorang guru mempunyai  ciri­ciri guru yang berkualiti seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan  Guru jika mahu dipandang tinggi oleh masyarakat.  Seseorang guru hendaklah mempunyai kualiti­kualiti berikut:  Peribadi 

Profesional 

Sosial 

­  penyayang 

­  dedikasi 

­  inovasi 

­  adil 

­  peka 

­  bermoral 

­  kelonggaran 

­  mengingati 

­  penyesuaian 

­  pandai berjenaka 

keperluan negara 

16 

­  kepimpinan

570401­03­6165  ­  tegas 

­  sikap  positif  untuk 

­  dedikasi 

pelajar 

­  toleransi 

­  inovatif 

­  peka 

terhadap 

alam sekitar  ­  toleransi 

Kualiti guru dapat diperkemaskan dari masa ke semasa dengan latihan, seminar,  dan  lain­lain  kursus  dalam  perkhidmatan.  Penubuhan  Institut  Aminudin  Baki  (IAB) dalam meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan dalam melahirkan  para guru yang lebih efisien. 

Peranan  pelajar.  Pelajar  merupakan  modal  insan  yang  akan  dibentuk  oleh  guru.  Kecemerlangan  pelajar  menjadi  ukuran  keberkesanan  pengajaran  dan  pendidikan para guru serta dilihat oleh berbagai pihak . Kecekapan dan martabat  profesion  ini  dilihat  baik  jika  ramai  pelajar  mendapat  kecemerlangan  dalam  peperiksaan  awam  dan  sebaliknya.  Analisa  peperiksaan  awam  seperti  Ujian  Penilaian  Sekolah  Rendah  (UPSR),  Penilaian  Menengah  Rendah  (PMR),  Sijil  Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dibuat  setiap kali keputusan diumumkan dan analisa serta komen berbagai pihak  akan  dapat dilihat.  Pandangan  umum  juga  melihat  tahap  disiplin  pelajar  di  semua  peringkat  pelajar sebagai angka tunjuk kecekapan profesion keguruan. Sejak akhir­akhir ini  masalah  pelanggaran  disiplin  hebat  diperbincangkan.  Kes­kes  jenayah  pelajar

17 

570401­03­6165  seperti peras ugut,pembunuhan,rogol,pelacuran,ponteng,vandalisme dan banyak  lagi salah laku pelajar semakin kerap diperbincangkan .  Oleh  itu  peranan  para  pelajar  sendiri  merupakan  faktor  penting  dalam  meningkatkan  profesion  ini.  Pelajar  mesti  menyambut  baik  program  dan  dasar  yang  telah  ditetapkan  demi  untuk    kesejahteraan  mereka.  Pelajar  yang  bermotivasi mempunyai matlamat hidup masa depan. Satu model telah dirangka  bagi  menunjukkan  kepentingan  hubungan  antara  pencapaian  akademik  dengan  motivasi.  Motivasi  dan  matlamat  ini  mendorong  pelajar  yang  cemerlang  disiplin  dan cemerlang akademik. 

P  E  L  J  A  R 

Mendapat  perhatian  penuh  daripada ibu  bapa dan  guru 

Pencapaian  akademik &  konsep  kendiri tinggi 

Cemerlang  dan  bermotivasi  tinggi untuk  berjaya 

Taraf hidup  terjamin

Kurang  perhatian  daripada ibu  bapa dan  guru 

Pencapaian  akademik &  konsep  kendiri  sederhana 

Kurang  motivasi  untuk berjaya 

Taraf hidup  kabur 

Mendapat  perhatian  penuh  daripada ibu  bapa dan  guru 

Pencapaian  akademik &  konsep  kendiri tinggi 

Cemerlang  dan  bermotivasi  tinggi untuk  berjaya 

Tiada  matlamat  hidup 

Model hubungan Antara Pencapaian Akademik Dengan Motivasi. 

18 

570401­03­6165  Peranan ibu bapa dan  anggota masyarakat.  Peranan  ibu  bapa  dan  anggota  komuniti  juga  faktor  yang  boleh  mengangkatkan  martabat  guru.  Ibu  bapa  sebagai  anggota  masyarakat  mesti  memainkan  peranan  yang  serius  terhadap  pendidikan  anak­anak  mereka.  Pendidikan formal di sekolah hanya lebih kurang 6 jam sehari sahaja  dan  selebihnya  pelajar  berada  di  tangan  keluarga  dan  masyarakat.  Anggota  masyarakat  harus  memberi  maklumat  dan  maklum  balas  kepada  sekolah  serta  memberi  kerjasama  di  dalam  pelbagai  aktiviti  pembinaan  ilmu  yang  dijalankan  oleh guru dan sekolah.  Penglibatan anggota –anggota masyarakat dalam proses pendidikan juga  tidak  kurang  pentingnya,  khususnya  institusi­institusi  Persatuan  Ibu  Bapa  Guru  (PIBG),  Jawatankuasa  Kemajuan  Kampung  (JKKK),  Pihak  Berkuasa  Tempatan  (PBT),  jawatankuasa  masjid  dan  surau,  RELA  serta  pihak  polis  harus  sentiasa  berdamping  dengan  sekolah­sekolah  dan  guru­guru  serta  mengambil  tahu  proses  pendidikan  di  sekolah­sekolah  di  kawasan  masing­masing  secara  tidak  langsung  Mereka  perlu  dilibatkan  bersama  untuk  memainkan  peranan  dalam  menentukan  persekitaran  selamat  kepada  pelajar  dan  penduduk  setempat.  Konsep  “School­Home­Community  Partnership”  perlu  diterapkan  dengan  mengadakan  program­program  permuafakatan  dan  perkongsian  yanag  melibatkan pihak sekolah,ibu bapa dan masyarakat  setempat.  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah  kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan pemuafakatan antara ibu bapa dan  guru  di  sekolah.  Pemuafakatan  ini  dapat  membina  kesefahaman  tentang

19 

570401­03­6165  tanggungjawab bersama  dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran guru dan  pembelajaran  murid  di  sekolah.  PIBG  juga  sebagai  pelengkap  terhadap  fungsi  Kementerian  Pelajaran 

dalam  menyediakan  prasarana,  kemudahan  dan 

suasana  sekolah  yang  selesa.  PIBG  juga  berperanan  ke  arah  menjaga  kesetabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat. 

Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).  Penglibatan  badan  bukan  kerajaan  (NGO)  seperti  PEMADAM  dan  pertubuhan­pertubuhan belia seperti GPMS, 4B, MAYC, Belia Bimbingan, ABIM,  Tamil  Bell  dan  lain­lain  juga  penyumbang  kepada  peningkatan  martabat  profesion  keguruan  melalui  aktiviti­aktiviti  penerangan  kepada  ahli.  Sebahagian  besar  ahli  NGO  terdiri  dari  kalangan  guru­guru  muda  dan  pelajar  yang  masih  aktif  dan  bertenaga.  Aktiviti­aktiviti  kepimpinan,  pembinaan  semangat,  motivasi,  gotong royong adalah antara aktiviti positif ke arah mencapai matlamat tersebut. 

Lain­lain  pihak  yang    menyumbang  kepada  memartabatkan  profesion  keguruan ialah seperti badan swasta dan kesatuan­kesatuan guru. Pihak swasta  juga  harus  menjalankan  aktiviti­aktiviti  membantu  kegiatan  sekolah  dan  guru­  guru  di  dalam  proses  pembinaan  ilmu  ini.  Pihak  swasta  dianjurkan  memulakan  ‘program mesra pekerja ‘ dengan mewujudkan pusat­pusat penjagaan anak dan  taman  didikan  di  tempat­tempat  yang  berhampiran  dengan  kawasan  industri  masing­masing.  Pihak  swasta  juga  boleh  mengambil  sekolah­sekolah  berdekatan sebagai sekolah angkat mereka dan menyediakan peruntukan untuk

20 

570401­03­6165  membantu program­program kecemerlangan di sekolah­sekolah angkat tersebut.  Dengan cara ini profesion perguruan akan lebih kukuh dan meyakinkan. 

Kesatuan­kesatuan 

guru 

juga 

memainkan 

peranan 

dalam 

memperjuangkan  kebajikan  guru  demi  meningkatkan  martabat  guru.  Persatuan  Perkhidmatan  Perguruan  Kebangsaan  (NUTP)  juga  memperjuangkan  kebajikan  guru­guru  siswazah  dimana  sebanyak  12  perkara    yang  membabitkan  guru  kumpulan pengurusan dan professional itu telah diperjuangkan. Antaranya ialah  tuntutan  kenaikan  kadar  imbuhan  tetap  perumahan  (ITP)  bagi  pegawai  perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) gred DG 3 (DG 41) kepada RM400,  berbanding hanya RM165 sekarang. Tuntutan­tuntutan lain ialah kenaikan kadar  elaun  makan,  harian,  dan  penginapan  bagi  pegawai  yang  bertugas  di  luar  pejabat  serta  menuntut  tempoh  pengesahan  jawatan  lebih  awal  daripada  tiga  tahun sekarang. 

Turut  diperjuangkan  ialah  skim  gaji  berasingan  bagi  pensyarah  di  politeknik dan maktab  serta hadiah pergerakan gaji (HPG) kepada PPPS DG 3  dan  DG  2  yang  mempunyai  kelayakan  lebih  tinggi  terutama  peringkat  sarjana  dan doktor falsafah. 

Kesatuan 

Guru­Guru 

Mlelayu 

Malaysia 

Barat 

(KGGMB) 

telah 

mengadakan    Seminar  Kebangsaan    Kebangsaan  Profesion  Perguruan  2002,  satu  resolusi  yang  menggariskan  27  perkara  bagi  meningkatkan  martabat  profesion keguruan telah diserahkan kepada Menteri  Pendidikan ,Tan Sri Musa

21 

570401­03­6165  Mohamad    boleh  dijadikan  panduan  betapa  peningkatan  profesion  ini  perlu  ditingkatkan.  Presiden Kesatuan Guru­Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Profesor  Madya  Dr.Abdul  Rahman  Daud  manyatakan  resolusi  tersebut  telah  melalui  proses  pemurnian  secara  teliti  bagi  memastikan  perkara  yang  hendak  di  sampaikan jelas dan tepat.  Antara perkara yang dicapai ialah;  a.  Etika  profession  keguruan  sedia  ada  harus  disemak  semula  bersesuaian  dengan  cabaran  pendidikan  kini.  Pendedahan  semula  melalui  latihan  dalam  perkhidmatan  yang  menfokus  kepada  etika  keguruan dan dipastikan menjadi garis panduan kepada para  pendidik.  b.  Kurikulum  pendidikan  guru  harus  mengambil  kira  kepentingan  hubungan  interpersonal  antara  guru  dan  pelajar.  Latihan  dalam  perkhidmatan  dan  kursus  jangka  pendek  boleh  dijalankan  untuk  tujuan  berkenaan.  c.    Tatasusila  profession  keguruan  harus  memberi  tumpuan  kepada  ikhtisas  dan  ilmiah,  manakala  latihan  dalam  perkhidmatan  perlu  dimantapkan  dari  aspek  kesesuaian  bidang  pendidikan  semasa  supaya  bergerak  seiring  dengan  perkembangan  terkini.  Sebuah  jawatan  kuasa  mesti 

diwujudkan 

untuk 

meneliti 

kepiawaian 

dalam 

latihan 

praperkhidmatan di samping konsep pembelajaran sepanjang hayat harus  diterapkan kepada guru supaya peningkatan ilmu dapat dilakukan.

22 

570401­03­6165  d.    Program  pengenalan  kepada  profesion  keguruan  harus  dijalankan  untuk guru permulaan dengan menggunakan konsep mentoran, manakala  pentadbir  pula  perlu  memainkan  peranan  lebih  berkesan  dalam  menangani perubahan supaya dapat diterima oleh pendidik.  e.  Pemantauan  harus  dilakukan  ke  atas  guru  permulaan  untuk  meningkatkan kredibiliti mereka dalam aspek amalan pengajaran .  f.    Budaya  profesionalisme  harus  diterapkan  pada  semua  peringkat  organuisasi  pendidikan.  Sebuah  jawatankuasa  peringkat  Kementerian  Pendidikan,  Jabatan  Pendidikan  Negeri,  Pejabat  Pendidikan  Daerah  dan  sekolah  harus  dibentuk  untuk  memastikan  budaya  profesionalisme  diikuti  pada setiap peringkat.  Dengan  resolusi  yang  digariskan  itu,  sebenarnya  menunjukkan  kesungguhan  warga  pendidik  untuk  mengangkat  martabat  profesion  keguruan,  seterusnya memastikan profesion ini terus diiktiraf, dihormati, dan dikagumi bagi  merealisasikan misi nasional.

23 

570401­03­6165  Kesimpulan.  Sebagai  kesimpulannya  peningkatan  martabat  profesion  keguruan  sebagaimana  yang  dihasratkan  oleh  kerajaan  dapat  dilakukan  dengan  gandingan  mantap  berbagai  pihak  khususnya  Kementerian  Pelajaran  Malaysia,  institusi­institusi  yang  berkaitan  serta  individu  terlibat  dalam  proses  pendidikan.  Usaha­usaha  yang  berterusan  dan  kemaskini  Insya  Allah  akan  dapat  menyempurnakan  wawasan  negara  Malaysia  bukan  saja  setakat  2020  bahkan  melangkaui masa­masa selepasnya.

24 

570401­03­6165 

RUJUKAN  Awang Had Salleh (1980 ) ”Keguruan dan perguruan di Malaysia :  Keperihalan kini dan arah yang ditujui”. KONPEN V,Johor Bharu 6­  8 Disember. 

Mok Soon Sang (1996).Pendidikan di Malaysia.Kuala Lumpur:Kumpulan  Budiman. 

Sufean Hussin (1993). Pendidikan di Malaysia: Sejarah sistem dan  falsafah,Kuala .Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Berita Harian,17 Januari 2007.muka surat 1 

Berita Harian, 30 September 2006 

http://www.moe.edu.my/hariguru/tatasusila.htm 

http://www.moe.edu.my/hariguru/perutusan.2006.html 

http://berita.perak.gov.my/Mei 2001/htm

25 

570401­03­6165 

26

570401­03­6165 

27

Related Documents

Per Guru An
December 2019 16
Per An An
June 2020 14
Per Hut An An
May 2020 23
Per Main An
December 2019 13
Analisis Per Uu An
August 2019 34

More Documents from "Aditya Putra S"

Per Guru An
December 2019 16