Pep. Percubaan Sekolah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pep. Percubaan Sekolah as PDF for free.

More details

  • Words: 684
  • Pages: 2
Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengawal kes keracunan makanan di sekolah dan punca-punca keracunan makanan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Makanan, kesihatan dan pembelajaran saling berkait rapat. Makanan yang berhasiat dapat menjana kecergasan badan supaya sentiasa sihat. Kecerdasan minda yang pelbagai sebenarnya hasil daripada makanan yang berkhasiat. Tetapi, sejak akhir-akhir ini negara kita digemparkan dengan berita kes keracunan makanan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Saban hari ada sahaja paparan tentang kes keracunan makanan di sekolah sama ada dalam media cetak atau media elektronik. Kesal dengan kejadian inilah, Kementerian Pelajaran tidak teragak-agak akan menamatkan kontrak pengusaha kantin jika terbukti mereka bersalah. Perkara yang berlaku itu mewujudkan kekesalan kepada pihak kementerian dan pelbagai cara telah difikirkan seperti mengedarkan Buku Panduan Khas Pengendalian Kantin Sekolah kepada semua pengusaha kantin sekolah. Pihak kementerian juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dengan memohon agar mereka melakukan pemantauan yang berkala di semua kantin sekolah. Pemantauan yang dilakukan perlu teliti dan cermat agar tidak terlepas pandang. Untuk meminimumkan kes keracunan ini juga, pihak sekolah patut memberikan maklum balas keadaan kantin kepada Pejabat Pelajaran Daerah maing-masing. Selain itu, guru kesihatan yang dilantik oleh pihak sekolah perlu melakukan pemeriksaan terus ke kantin setiap bulan. Pihak Kementerian Kesihatan juga perlu menggariskan langkah sewaktu pengendalian makanan oleh pengusaha kantin sekolah. Dengan garis panduan ini, setidak-tidaknya memri pedoman kepada pengusaha kantin untuk mengetahui tatacara yang betul tentang pengurusan kantin sekolah. Kursus-kursus pengurusan kantin sekolah juga patut dilaksanakan memandangkan jika hanya pengetahuan teori sahaja tidak begitu efektif berbanding secara praktikal. Pihak sekolah juga disaran membuat tindakan susulan jika didapati keadaan kantin tidak memuaskan. Sehubungan dengan itu, pengusaha kantin sendiri perlu mengutamakan kebersihan setiap masa. Soal pemakanan murid amatlah penting kerana murid perlu sihat untuk belajar kerana badan yang sihat dapat menjana minda yang cerdas. Makanan yang berkhasiat penting untuk tumbesaran kita. [dipetik dan diubahsuai daripada Fokus, PENDIDIK: Ariff Awang Majalah Pendidik MAC 2008]

Soalan 2 : Pemahaman

[35 Markah] Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud rangkai kata pemantauan yang berkala. [2 markah] ii. Nyatakan kebaikan makan makanan berkhasiat? [3 markah] iii. Sebagai ibu bapa, apakah yang boleh anda lakukan untuk mengawal kes keracunan di sekolah anak anda? [4 markah] Soalan 2(b) Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Abah tak dapat berbuat apa-apa. Ma Zel terlalu keras. Abah tak dapat lagi membentuknya sebagai isteri abah. Ma terlalu keras”. “Tapi abah seorang lelaki. Seorang suami. Abah seharusnya lebih dalam segalagalanya. Abah sepatutnya…” “Ya, mungkin abah atau ma sendiri yang silap. Silap abah yang tidak mengukur baju di badan sendiri ketika memilih ma dulu. Atau mungkin silap ma lebih banyak menerima abah dengan simpati daripada keikhlasan hati. Ah, abah tak sepatutnya ceritakan ini semua pada Zel. Zel tidak perlu tahu ini semua. “Abah, Zel dah hampir 20 tahun. Anak abah ni dah dewasa. Jangan abah lupa, Zel sebahagian daripada abah dan mama. Akhirnya kuperoleh juga kesempatan yang telah kuintai hampir sekian lama untuk meluahkannya. Meluahkan segalanya kepada abah. Rupanya aku masih gagah untuk mencapai kesempatan ini buat mencungkil resah kalut abah selama ini, lebih-lebih lagi tentang mama.Sesungguhnya sejak dulu lagi lubuk hatiku terbeban dengan saratnya timbunan persoalan tentang mama-abah. Malah kurang lewat sepuluh tahun lalu aku mula mencipta, mencanai, mentafsir tentang mereka. Apa lagi dengan keresahan dan nanarnya aku memastikan jawapan terbaik untuk kawan-kawan sekolah yang kerap menujah aku dengan deretan soalan yang menyentuh, menggigit dan menghiris, malah, aku harus saja menyeksa perasaan anak gadis seperti aku yang tidak mengerti apa-apa ketika itu. Apa yang abah cipta sebagai penyelesaian ialah: [Dipetik daripada “Virus Zel untuk Abah”, oleh Mawar Shafie dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka] i.

Apakah maksud rangkai kata tidak mengukur baju di badan sendiri dalam petikan di atas? [2 markah] ii. Sekiranya anda Zel, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk merapatkan hubuingan mama dengan abah kembali? [3 markah] iii. Nyatakan dua perwatakan Zel dalam petikan dan dua perwatakannya yang lain dalam keseluruhan cerpen tersebut? [4 markah]

Related Documents

Pep
June 2020 14
Pep
November 2019 32
Pep Cid
November 2019 31