Penyelidikan Tindakan Ptk 2202w.docx

  • Uploaded by: Aishah Idris
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penyelidikan Tindakan Ptk 2202w.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,211
  • Pages: 19
PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA KOSA KATA BAHASA INGGERIS DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PSL (PLAY SING LEARN) DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Membaca ialah asas bagi semua pembelajaran dan pencarian ilmu. Sekiranya seorang ibu selaku pendidik di rumah, mengajar bayinya membaca pada usia satu, dua atau tiga tahun maka ia tidak akan gagal untuk belajar membaca di sekolah pada usia enam, tujuh atau lapan tahun. Kenal huruf dan kejayaan adalah berpasangan, manakala buta huruf dan kegagalan adalah pasangan sebaliknya Menurut See Bee Ean (2008) menyatakan bahawa membaca ialah keupayaan pelajar mentafsir simbol dan perkataan dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. . Selain itu,. Menurut Liew Phaik Guat Selina (1998), membaca bermaksud satu bentuk aktiviti mentafsir simbol atau huruf ke dalam bentuk perkataan dan ayat yang memberi makna kepada seseorang individu. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), menyatakan dalam model tahap perkembangan membaca dalam kalangan kanak-kanak berusia antara 5- 7 tahun adalah kanak-kanak ini mula belajar membaca dan mengenali suku kata, bunyi perkataan dan cara menyebut. Mereka juga sudah mula membaca perkataan mudah dengan menggabungkan suku kata. Maka jelaslah bahawa kemahiran membaca adalah penting dalam diri seseorang dan dalam diri kanak-kanak sejak kecil lagi. Ini kerana setiap yang dilihat hanya boleh ditafsirkan maknanya apabila seseorang itu boleh membaca. Kebolehan membaca dalam kalangan kanak-kanak merupakan kemahiran yang penting diperolehi walaupun mereka masih di peringkat awal. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan pembendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki sekolah rendah akan berada pada kedudukan yag lebih selesa dan meyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang masih belum boleh menguasai kemahiran membaca.

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

Oleh yang demikian, penguasaan kemahiran membaca yang tepat dan berkesan harus bermula pada awal lagi jika tidak mahu kanak-kanak ini kekal lemah sehingga tamat sekolah rendah. 1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu Semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Larkin 2, saya teah berkesempatan memerhatikan murid-murid Prasekolah Bestari SK Larin 2 ini. Sepanjang 2 minggu melaksanakan PBS, pelbagai pengalaman, maklumat dan informasi berjaya saya perolehi. Daripada pengalaman di Prasekolah ini, saya dapati terdapat pelbagai masalah yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya telah mengenal pasti, bahawa majoriti murid-murid Prasekolah Bestari ini tidak dapat menguasai kosa kata Bahasa Inggeris walaupun kosa kata tersebut telah diulang banyak kali semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mereka. Walaupun mereka sering menyebutnya sesuatu kosa kata tersebut, namun mereka tidak memahami apakah yang dimaksudkan dengan kosa kata tersebut. Semasa memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran slot menghadapi masalah mengingati pelajaran Bahasa Inggeris yang telah dipelajari. Semasa guru mereka bertanya apakah perkataan yang ditulis dihadapan dalam Bahasa Inggeris yang mereka pelajari, saya sering mendengar mereka mengatakan bahawa lupa dan tidak tahu. Apabila keadaan ini berlaku, murid-murid ini akan mendiamkan diri sambil memandang guru dan menunggu jawapan dari guru mereka. Apabila dimarahi oleh guru mereka, barulah mereka boleh mengingati dan menjawab kosa kata yang ditulis dihadapan. Semasa pemerhatian juga, saya dapati guru mereka sedikit kecewa dengan perkembangan mereka dalam kosa kata Bahasa Inggeris dengan penumpuan mereka. Sikap mereka yang terlalu bergantung kepada guru untuk memberikan jawapan setiap kali diajukan soalan. Melalui pemerhatian PBS juga, saya dapati kelemahan wujud dalam kalangan murid-murid berbangsa melayu. Mereka lemah dari segi perbendaharaan kata dapat dan juga perbualan mudah. Kelemahan dan kegagalan murid ini menguasai kedua-dua aspek ini jika tidak ditangani akan menjejaskan perkembangan dan prestasi mereka semasa di sekolah rendah.

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

1.2 Refleksi sorotan litereatur Pada tahun 2010, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan Ujian Rintis Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan terhadap 618 respon di Prasekolah KPM semua negeri, mendapati hasil dapatan uji rintis ini mendapati bahawa tahap pencapaian dan penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris sangat lemah. Antara kostruk Bahasa Inggeris dalam KSPK yang diuji adalah listening skills, speaking skills, reading skills dan writing skills. Sebanyak 14.9% responden masih lemah dalam konstruk listening skills, manakala sebanyak 18.5% lemah dalam speaking skills, 17.7% masih belum menguasai

reading

skills,

dan 12.0% bagi

writing

skills.

Peratusan

ini

membimbangkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua penting untuk dipelajari. Menurut B.F Skinner (1957) (dalam Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel 2009), menyatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menyediakan perbendaharaan kata yang betul kepada anak-anaknya. Ibu bapa atau penjaga kanakkanak dengan memberi peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat dengan betul dan difahami. Pendapat B.F Skinner turut disokong oleh (DeTemple & Snow, 1992) turut menyatakan

bahawa

kanak-kanak

yang

ibu

bapanya

sering

berbual

dan

berkomunikasi dengan sentiasa bercerita kepada mereka dan menggunakan banyak perkataan dalam permulaan percakapan mereka, memperkembangkan banyak perbendaharaan kata, menggunakan banyak ayat kompleks dan mempelajari bagaimana untuk membaca dengan lebih bersedia apabila mereka memasuki zaman persekolahan. Keluarga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. Ibu bapa mempengaruhi pembentukan sahsiah anak-anak mereka. Ini ditekankan oleh Diana Baumrind (1995), iaitu beliau menyatakan cara asuhan yang efektif ialah otoritatif, iaitu memberi kebebasan kepada anak untuk berkembang tetapi meletakkan batasan yang perlu diikuti. Menurut Noam Chomsky (dalam Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel 2009), menyatakan bahawa proses perkembangan bahasa seseorang individu lebih kompleks

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

daripada peneguhan kepada gerakbalas yang betul oleh perspektif behavioris atau mempelajarinya daripada orang dewasa melalui peniruan seperti yang ditegaskan oleh sosio kognitif. Menurut (Patsy M. Lightbown dan Nina Spada, 2006) pula, menyatakan bahawa kanak-kanak mula menguasai kebolehan untuk memahami bahasa dan menggunakannya pada peringkat prasekolah lagi. Kebolehan mereka akan berkembang dengan meluas apabila memasuki kepada peringkat persekolahan yang sebenar. Selain itu juga, menurut (Helen L. Bee, 2007), menerangkan bahawa kanakkanak yang kurang didedahkan dengan bahasa dalam peringkat awal umur mereka, pada masa akan datang mereka tidak dapat mengecam kosa kata, maka pendedahan awal mengenai perkembangan bahasa adalah penting bagi perkembangan bahasa mereka. Dalam Teori Pemprosesan Maklumat Gagne (1974,1977), menurut Mok Soon Sang) menyatakan bahawa rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia dan ditafsirkan dalam storan ingatan dan kemudian dihantar kepada storan ingatan jangka panjang sehingga kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkan dengan pengalaman-pengalaman baru bagi memudahkan proses pembelajaran berlaku. 2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN 2.1 Tinjuan Masalah Semasa menjalankan PBS, saya telah dapat mengenal pasti dan mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh muri-murid Prasekolah SK Larkin 2 ini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, namun saya hanya akan menfokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata sahaja. Situasi ini adalah disebabkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris adalah penting kerana ia adalah dibawah tunjang utama iaitu tunjang komunikasi dalam KSPK untuk pembentukan perkembangan bahasa sebelum murid ini dapat menguasai perbualan mudah harian dan diaplikasikan dalam kemahiran-kemahiran yang lain.

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

Dalam Dokumen Standard Prasekolah (KSPK), yang diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak kementerian telah mensasarkan fokus untuk memastikan murid-murid di prasekolah dapat berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa penghantar dalam konteks kehidupan harian. Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua kepada subjek-subjek kajian yang akan dijalankan. Memandangkan kebanyakan murid-murid prasekolah ini menggunakan bahasa pengantar adalah Bahasa Malaysia, maka penggunaan Bahasa Inggeris dirumah adalah amat berkurangan. Ini mungkin penyebab murid-murid ini sukar untuk fasih berbahasa Inggeris sebagai bahasa kedua walaupun menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami. Selain itu juga, faktor persekitaran murid-murid ini turut mempengaruhi perkembangan bahasa mereka. Latar belakang keluarga, masalah keluarga, kurang perhatian daripada ibu bapa yang bekerja juga dijadikan sebagai faktor tahap penguasaan murid-murid dalam Bahasa Inggeris lemah sekaligus membantutkan proses membaca mereka. Sekiranya tiada langkah untuk mengatasi masalah ini, kemungkinan besar murid-murid ini tidak dapat menguasai proses membaca Bahasa Inggeris sekiranya menjejak kaki ke alam persekolahan kelak. Maka, daripada masalah yang telah dikenalpasti, saya telah mengambil inisiatif untuk menjalankan tindakan terhadap murid-murid prasekolah yang mempunyai masalah membaca kosa kata dalam Bahasa Inggeris agar dapat diatasi. Melalui kajian ini, saya akan menggunakan kaedah PSL (Play Sing Learn) untuk membentuk murid-murid ini meningkatkan penguasaan kosa kata dalam kalangan murid-murid prasekolah. Bagi memastikan tahap penguasaan murid prasekolah terhadap kosa kata mudah ini, saya menggunakan dua alat untuk menganalisis data yang diperolehi. Alat kajian yang saya gunakan adalah melalui permerhatian dan juga melalui temu bual yang saya laksanakan dengan kes kajian sebagai tinjauan awal dengan menggunakan borang senarai semak.

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

Berdasarkan jadual 1 dibawah, menunjukkan cara tinjauan awal yang saya laksanakan kepada murid-murid prasekolah ini; Perkara

Cara

Kumpulan sasaran

Tujuan

Langkah 1

Pemerhatian

23 orang murid-

- melihat penggunaan

melakukan pemerhatian

murid prasekolah

kosa kata Bahasa Inggeris

dengan menggunakan

dalam kalangan murid

borang rekod pemerhatian.

- melihat tindakbalas

Rujuk lampiran A

murid semasa guru melaksanakan pengajarn dan pembelajaran.

Langkah 2

Tinjauan awal

3 orang subjek yang

- mengenalpasti dan

Menggunakan senarai

terlibat

mengetahui tahap

semak pada Lampiran B

penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris subjek sasaran

Jadual 1 : Menunjukkan cara tinjauan masalah dilaksanakan Melalui tinjauan yang dilaksanakan, maka satu alat diperlukan untuk mendapatkan hasilnya untuk dijadikan sebagai ukuran. Antara alat yang digunakan adalah : 

Pemerhatian Kekerapan kosa kata mudah dalam Bahasa Inggeris yang diungkapkan dan dituturkan oleh murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kekerapan direkodkan dan saya telah melaksanakannya sebanyak 5 kali dalam masa 2 minggu saya menjalankan PBS.



Senarai semak Borang senarai semak yang digunakan adalah soalan sama yang digunakan dalam 5 kali penilaian yang dilakukan. Saya menggunakan set yang sama untuk kelimalima penilaian kerana dapat melihat sejauh mana ingatan dan kefahaman muridmurid dengan perkataan yang digunakan. Saya menggunakan sebanyak 12 perkataan yang mudah untuk diuji kepada murid-murid. (sila rujuk lampiran 1)

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

Berdasarkan tinjauan awal, saya telah melakukan pemerhatian secara keseluruhan dengan melihat seramai 23 orang murid. Pemerhatian ini dilaksanakan untuk melihat respon murid terhadap penggunaan kosa kata mudah yang digunakan dan memerhatikan murid yang tidak dapat menguasai kosa kata mudah ini dengan baik. Selepas itu, saya akan melaksanakan tinjauan awal dengan memilih seramai 3 orang sebagai sampel bagi melihat tahap penguasaan kosa kata yang digunakan. 2.2 Analisis tinjauan masalah Pada awal analisis pemerhatian, Setelah melaksanakan tinjauan masalah, hasil dapatan daripada analisis pemerhatian, seramai 3 orang murid dikesan mengalami masalah dalam penguasaan kosa kata mudah dalam Bahasa Inggeris. Apabila berlaku masalah ini dalam proses P & P, pengajaran slot Bahasa Inggeris terganggu sekaligus menyebabkan guru tidak dapat memberikan fokus untuk murid-murid lain. Masalah ini timbul disebabkan 3 orang murid-murid ini tidak memahami apa yang diperkatakan oleh guru semasa proses P & P dijalankan. Berdasarkan jadual 2 dibawah menunjukkan hasil pemerhatian tinjuan awal yang telah dilaksanakan terhadap 3 orang murid daripada 23 orang kumpulan sasaran. Sampel

Pemerhatian tentang kekerapan kosa kata

Jumlah

mudah Bahasa Inggeris

kekerapan

1

2

3

4

5

A

1

1

2

0

2

6

B

0

2

0

1

1

4

C

1

0

0

1

1

3

Jadual 2 : Menunjukkan hasil pemerhatian tinjauan awal terhadap sampel Berdasarkan hasil pemerhatian tinjauan awal daripada jadual 2, saya dapati bahawa ketiga-tiga murid tersebut tidak menunjukkan penglibatan dalam P & P. Murid-murid ini kurang aktif menjawab soalan semasa sesi slot Bahasa Inggeris. Berdasarkan 12 soalan yang diajukan, ketiga-tiga mereka hanya mampu menjawab dibawah 2 unit sahaja. Bagi sampel A, dia hanya berjaya menuturkan 5 kosa kata mudah dalam Bahasa Inggeris setelah 5 kali pemerhatian dilaksanakan. Manakala bagi sampel B,

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

dia hanya mampu menjawab 4 soalan daripada 12 soalan yang dilakukan setelah 5 kali pemerhatian dibuat. Bagi sampel C, dia hanya mampu menjawab dan mengingati hanya 3 soalan daripada 12 soalan yang diberi, dan melakukannya sebanyak 5 kali pemerhatian, penguasaannya masih belum menguasai kosa kata mudah dalam Bahasa Inggeris. Sampel

A

Jumlah jawapan yang betul

6/12

Peratusan%

50%

B

C

4/12

3/12

33.33%

25%

Jadual 3 : Menunjukkan hasil tinjuan awal terhadap murid-murid Berdasarkan Jadual 3, menunjukkan hasil tinjauan awal kajian terhadap sampel dan mendapati sebanyak 6 daripada 12 soalan kosa kata mudah Bahasa Inggeris yang digunakan berjaya dijawab oleh sampel A dan sebanyak 50% berjaya dijawab oleh sampel A setelah 5 kali pemerhatian dilaksanakan. Manakala bagi sampel B, sebanyak 33.33% soalan yang digunakan mampu dijawab dan hanya 4 daripada 12 soalan mampu diingati dan dijawab olehnya. Bagi sample C, diperhatikan hanya 25% sahaja berjaya dilakukan dan dijawab olehnya selepas 5 kali pemerhatian dijalankan. Ini menunjukkan daripada 12 soalan kosa kata mudah yang digunakan sebagai aras, hanya 3 yang berjaya dijawab oleh sampel C. Melalui hasil pemerhatian yang diperolehi, saya mendapati bahawa sampel murid-murid ini kurang aktif dan tidak mempamerkan respon kepada guru. Muridmurid ini dilihat kurang memberikan penumpuan semasa P & P dijalankan. Ini disebabkan oleh penguasaan murid-murid ini terhadap kosa kata yang diberikan. Murid-murid ini hanya mendiamkan diri apabila kosa kata yang tidak difahami tidak dapat dijawab. Oleh itu, perlu melaksanakan satu jalan penyelesaian supaya murid-murid ini tidak ketinggalan dengan murid lain. Latihan dan peneguhan yang positif perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris muridmurid ini.

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN 3.1 Objektif Kajian Selepas menjalankan kajian ini, diharap murid-murid dapat mencapai objektif berikut : 3.1.1 Objektif Umum Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Prasekolah. 3.1.2 Objektif Khusus Objektif Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk : i.

Mengetahui tahap penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Prasekolah selepas menggunakan kaedah PSL (Play Sing Learn)

ii.

Meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Prasekolah dengan kaedah PSL (Play Sing Learn)

3.2 Soalan Kajian Kajian ini dilakukan bagi menjawab persoalan berikut : iii.

Adakah kaedah PSL (Play Sing Learn) dapat meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris bagi murid-murid Prasekolah?

iv.

Mampukah penggunaan kaedah PSL (Play Sing Learn) dapat meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Prasekolah?

3.3 Kepentingan kajian Dapatan kajian yang dilakukan ini diharap dapat berkongsi bersama dan menjadi panduan berguna kepada pihak-pihak tertentu terutamanya bagi guru-guru prasekolah juga kepada masyarakat luar.

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

3.4 Definisi operational/ istilah Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke 4, kosa kata bermaksud keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa dan perbendaharaan kata. Manakala menurut Lee Lai Guan, Rahmah dan Salihah (1998), menyatakan bahawa kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting diperoleh walaupun kanak-kanak masih di peringkat tadika. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan perbendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan menyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak menguasainya. Manakala menurut Noraishah, Nurazimah, Sharifah Hafsah, Siti Nuratika Abdullah dan Zainuddin Mohamad (2012), menyatakan bahawa membaca merupakan satu proses kognitif yang kompleks, melibatkan menyahkod simbol, dengan usaha untuk membina atau memperoleh maksud. Membaca adalah satu cara pemerolehan bahasa, komunikasi, dan berkongsi maklumat dan idea. Seperti semua bahasa, membaca adalah interaksi kompleks di antara teks dengan pembaca yang dibentuk oleh pengetahuan sedia ada, pengalaman pembaca, sikap, dan bahasa masyarakat, yang di dalamnya terkandung budaya dan sosial. Proses membaca memerlukan amalan yang berterusan, pembangunan dan peningkatan. Kaedah PSL (Play Sing Learn) adalah merupakan kaedah yang digunakan untuk menggalakkan murid-murid prasekolah untuk membaca kosa kata mudah dalam Bahasa Inggeris. Kaedah ini menggunakan pendekatan bermain sambil menyanyi dan menerima pengetahuan. Pengertian bermain menurut Hurlock, (1997) (dalam Tadkiroatun Musfiroh (2005) menyatakan bahawa bermain adalah kegiatan yang dilakukan atas dasar suatu kkesenangan dan tanpa mempertimbangkan hasil akhir sesuatu perkara. Kegiatan tersebut dilakukan secara sukarela, tanpa paksaan atau tekanan dari pihak luar.

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk tertentu yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi. Ia merupakan salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati. Berdasarkan Peery dan Peery (1987) (dalam Levinowitz, 1998) mencadangkan kanak-kanak patut didedahkan, dilatih dan dibudayakan dengan muzik untuk kepentingannya juga. Muzik perlu didedahkan bermula pada peringkat awal kanak-kanak lagi ntuk memperluaskan pengalaman pembelajarannya. Menurut Tom Donahue (1992), kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun perlu diberi galakan mengembangkan bahasa mereka melalui aktiviti lisan cerita dan nyanyian . Selain dari itu mereka juga memerlukan bimbingan dalam kemahiran pra tulis dan pra bacaan. Manakala bermain menurut Priester, Michelle Marie (2011), menyatakan bahawa kanak-kanak prasekolah akan mempelajari perkataan Bahasa Inggeris semasa masa bermain.

Menurut Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali (2011), bermain adalah bermain ataupun permainan ialah fitrah kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti bermain. 3.5 Batasan Kajian Kajian ini terhad kepada murid-murid Prasekolah SK Larkin 2 yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun dan tertumpu kepada murid-murid yang tidak menguasai kosa kata dalam Bahasa Inggeris sahaja.

4.0 KUMPULAN SASARAN Sasaran kajian saya ialah 3 orang murid daripada 23 orang murid Prasekolah SK Larkin 2 yang dipilih secara rawak. Saya menggunakan 3 orang murid lelaki yang menghadapi masalah dalam penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris. Kumpulan sasaran saya juga adalah terdiri daripada murid-murid yang berumur 5+ tahun. sasaran saya juga tertumpu kepada murid-murid yang pasif semasa slot pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dilaksanakan. Murid yang dipilih mempunyai masalah dari segi penguasaan kosa kata dalam Bahasa Inggeris yang terhad.

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

5.0 CADANGAN TINDAKAN 5.1 Perancangan Tindakan Sebelum menjalankan kajian, perancangan yang teliti perlulah dibuat terlebih dahulu supaya dapat memahami apa yang akan dilaksanakan. Melalui perancangan yang teliti dan dengan langkah yang terancang, kajian dapat dijalankan dengan teratur dan tepat ke arah mencapai matlamat kajian. Kajian ini mengaplikasikan dan menggunakan model penyelidikan tindakan Model Kemmis dan Mc Taggart (1988). Model ini menggariskan empat fasa perkembangan iaitu Fasa 1 menyediakan pelan tindakan untuk memperbaiki keadaan yang sedang berlaku, Fasa 2 bertindak mengikut pelan tersebut, Fasa 3 mengumpul dan menganalisa data dan Fasa 4 memerhati kesan daripada tindakan yang dibuat dalam konteks di mana ia berlaku dan membuat refleksi. Tempoh kajian tindakan ini dilaksanakan selama 8 minggu. Langkah pertama adalah penyusunan tindakan. Tahap berikutnya adalah pelaksanaan dan sekaligus pengamatan terhadap pelaksanaan tindakan. Hasil pengamatan kemudian akan dievaluasi dalam bentuk refleksi. Apabila hasil refleksi daripada langkah pertama menunjukkan bahawa pelaksanaan tindakan belum memberikan hasil sebagaimana diharapkan, maka berikutnya disusun lagi tindakan susulan untuk dilaksanakan pada langkah kedua. Demikian seterusnya sampai hasil yang dinginkan benar-benar tercapai. Jadual

dibawah

menujukkan perancangan langkah-langkah untuk

menjalankan kajian ini menggunakan kaedah PSL. Kaedah/Teknik

Penggunaan Play Sing Learn

Cara Pelaksanaan

Langkah 1 Jelaskan peraturan permainan pada murid, iaitu menyusun kosa kata berdasarkan huruf-huruf lepas yang telah dipelajari. Kumpulan menang adalah kumpulan yang cepat dan benar dalam menyusun huruf menjadi kosa kata.

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

Langkah 2 Bahagikan kepada 4 kumpulan iaitu : kumpulan Barat, Timur, Utara dan Selatan. Langkah 3 Berikan kad-kad huruf yang sama pada semua kumpulan. Contohnya EAT, DOWN, CHAIR, WASH dan lain-lain. Guru turut memberikan kertas putih bergambar seperti dalam kad huruf pada manila kad yang dilampirkan. Langkah 4 Tiup wisel panjang dua kali atau memberi syarat mula, “mulai”. Murid-murid berunding bersama, menyusun huruf-huruf menjadi kata yang sesuai berdasarkan gambar dan ketepi sekiranya ada mana-mana huruf yang tidak sesuai. Langkah 5 Tiup wisel dengan irama tiga kali jeda (..._..._...), kemudian bertanya kepada murid dengan nyanyian berirama ‘what is’ seperti lagu goreng pisang pada kumpulan Barat, “say what, say what, say what word you do?”. Murid-murid kumpulan Barat menjawab dengan lagu yang sama, “ say ‘CHAIR‘ say ‘CHAIR‘ say ‘CHAIR‘ it is. Dan terus sambung jawapannya It’s a CHAIR, its’s a Chair, It’s a CHAIR, it’s CHAIR. Langkah 6 Bantu murid membaca hasil karya mereka. Nyanyian yang digunakan

Seperti lagu dalam permainan Goreng Pisang

Bahan bantu mengajar

Kad huruf berukuran 8 x 10 cm dalam jumlah yang banyak, kad gambar, manila kad bergambar, wisel dan gam.

Jadual 4 : Jadual menunjukkan perancangan langkah-langkah tindakan

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

5.2 Pengumpulan Data Data yang dikumpul adalah dengan menggunakan dua cara iaitu melalui pemerhatian dan senarai semak. Melalui pemerhatian, pada awal kajian saya telah mensasarkan seramai 23 orang murid prasekolah SK Larkin 2. Pemerhatian yang saya jalankan ini bertujuan untuk melihat percakapan dan penggunaan kosa kata Bahasa Inggeris yang digunakan oleh murid-murid ini sepanjang slot Bahasa Inggeris dilaksanakan. Selepas mengumpul data melalui rekod pemerhatian, saya melakukan tinjauan awal iaitu dengan mengambil seramai 3 orang murid yang tidak menguasai kosa kata Bahasa Inggeris semasa P & P. Murid yang dipilih ini juga adalah berdasarkan tingkah laku mereka yang pasif semasa slot Bahasa Inggeris dilaksanakan. Melalui tinjauan awal ini, saya menggunakan senarai semak untuk mengenal pasti kelemahan mereka. Apabila pemerhatian dan senarai semak tinjauan awal telah dilaksanakan, cara yang saya guna untuk mengumpul data adalah melalui intervensi iaitu 3 murid sampel yang dipilih akan dilihat pencapaiannya selepas penggunaan kaedah PSL (Play Sing Learn) yang dilaksanakan. 5.3 Perancangan cara menganalisis data Melalui pengumpulan data pemerhatian, semua data yang diperolehi akan saya kumpulkan dengan menjumlahkan kekerapan kosa kata yang dituturkan oleh sampel kajian. Melalui pemerhatian ini, data yang diperolehi adalah melalui rekod pemerhatian yang dilakukan berdasarkan penggunaan kosa kata yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 15 jenis kosa kata Bahasa Inggeris. Selepas mengumpul data melalui pemerhatian, tinjauan awal dilaksanakan dengan mengambil data melalui pemerhatian yang dilakukan dan data yang diambil dianalisis dengan menggunakan peratusan jawapan yang betul. Tinjuan awal ini dilaksanakan selepas berjaya mengenal pasti murid yang tidak menguasai kosa kata Bahasa Inggeris. Saya menggunakan senarai semak dengan mengambil 3 sampel yang mempunyai keputusan yang rendah. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti dan mengetahui tahap penguasaan murid bermasalah kosa kata.

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

Apabila telah melaksanakan pemerhatian dan tinjauan awal, program intervensi akan dilaksanakan dengan menggunakan kaedah PSL. Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan peratusan jawapan yang betul. 5.4 Perancangan pelaksanaan tindakan 5.4.1 Jadual pelaksanaan Carta Gantt Langkah-langkah perancangan menganalisis data Julai Aktiviti M1 M2 M3 M4 M1 Bil mengenal pasti masalah - melalui pemerhatian pada slot P & P 1 pengumpulan data tinjauan awal - menggunakan senarai semak, 3 sampel dikenal pasti 2 menentukan objektif/ soalan kajian - penentuan objektif umum kajian (tujuan kajian) - penentuan objektif khusus kajian 3 merancang tindakan - merancang langkah tindakan dan cara mengumpul data 4 5 menulis proposal 6 melaksanakan tindakan menganalisis tindakan - mengira kekerapan dan peratusan hasil dapatan daripada pengumpulan data 7 8 membuat refleksi 9 menulis laporan kajian 10 pembentangan laporan kajian

Ogos M2 M3

Jadual 5 : Jadual menunjukkan carta Gantt mengenai pelaksanaan kajian

M4

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

5.4.2 Anggaan Kos Kajian Kos kajian ini adalah merupakan kos yang terlibat semasa menyediakan soalan ketika tinjauan awal dan selepas intervensi dilaksanakan. Kos ini diperlukan sepanjang melakukan intervensi. Jadual dibawah menunjukkan kos jangkaan bagi melaksanakan kajian ini.

Bil 1 2 3 4 5 6

Bahan Kertas A4 Ink Printer Catridge Kad manila Gam Gunting Fotostat bahan guru

Unit 1 rim 1 8 1 1

Harga Seunit RM 10.00 50.00 1.00 1.50 1.00

Jumlah keseluruhan

Jumlah RM 10.00 50.00 8.00 1.50 1.00 15.00 RM 85.50

Jadual 6 : Jadual menunjukkan anggaran kos yang digunakan untuk melaksanakan kajian.

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

SENARAI RUJUKAN Rosinah Edinin, (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Freemind Horizons Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Meng CF dan Jaizah Mahmud, (2011). Kajian Tindakan : Konsep dan Amalan Dalam Pengajaran. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Puchong. Haliza Hamzah Dan Joy N.Samuel. (2011). Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.Selangor Darul Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn Bhd Mok S.S. (2010). Perkembangan Kanak-Kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd Mok S.S. (1990). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Meng E.A. ( 1994). Pemantapan Proses Pendidikan, Asas Pendidikan 4. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Mohd Sharani Ahmad. (2010). Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Batu Caves: PTS Publications & Distributor Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran: Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd. Tadkiroatun Musfiroh, (2005). Pintar Cerdas Melalui Bermain. Synergy Media Sdn Bhd. Kuala Lumpur. See B.E, (2008). Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Membaca dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2. SMK Tunku Kurshiah. Negeri Sembilan. DeTemple & Snow, (1992). On reading books to children: Parents and teachers (pp.16–36). Mahwah, NJ. Erlbaum. Helen Bee, D.B (2007). The Developing Child, 8th Edition. Boston: Pearson Education,Inc. Leelai Guan, Rahmah bt. Hanafi dan Salihah bt. Yusof, (1998). Satu Tinjauan Pelbagai Aspek Membaca Murid-Murid Tadika. Jabatan Pendidikan IPDA.

Noraishah Anwar, Nurazimah Mazelan, Sharifah Hafsah Mohamed Hanif, Siti Nuratika Abdullah dan Zainuddin Mohamad,(2012). Seronok Membaca Melalui Kaedah Literature Circle. Sekolah Rendah Woodland, Singapura. Priester, Michelle Marie, (2011), Using Song Lyrics in the Preschool ESL Classroom to Assist Students’ English Vocabulary Retention and Use. Caidwell College.

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

LAMPIRAN Lampiran 1 Kosa kata mudah yang digunakan dalam tinjauan awal. 1. Sit

7. Hair

2. Chair

8. Cut

3. Down

9. Sleep

4. Eat

10. Clap

5. Come

11. Table

6. Wash

12. Come

Lampiran 2 REFLECT

P L A N

3 2

1

ACT & OBSERVE R E V I S E D

REFLECT 6 5

ACT & OBSERVE

REFLECT 9 8 ACT & OBSERVE

7

P L A N I

4 R E V I S E D

P L A N II

Rajah 1: menunjukkan Rancangan Penelitian Tindakan Model Kemmis & Taggart

PENYELIDIKAN TINDAKAN PTK 2202W

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN

1

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

2

1.2 Refleksi sorotan literatur

3

2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN 2.1 Tinjuan Masalah

4

2.2 Analisis tujuan masalah

7

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN 3.1 Objektif Kajian

9

3.2 Soalan Kajian

9

3.3 Kepentingan kajian

9

3.4 Definisi operational/ istilah

10

3.5 Batasan Kajian

11

4.0 KUMPULAN SASARAN

11

5.0 CADANGAN TINDAKAN 5.1 Perancangan Tindakan

12

5.2 Prosedur cara mengumpul data

14

– instrumen kajian dan kesahan dan kebolehanpercayaan 5.3 Perancangan cara menganalisis data

14

5.4 Perancangan pelaksanaan tindakan

15

SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN

Related Documents


More Documents from "Suci Syahdini"

Senarai Semak.docx
May 2020 25
Pep Penggal I 2016.docx
December 2019 16
4.1 Latihan K.rumah.docx
December 2019 18
June 2020 26