PENYELEWENG AN AQIDAH DISEDIAKAN OLEH: NAMA : NOOR HIDAYA BT MOHD JAMIL NO. KP: 761112-01-5124 KURSUS: KPLI- KDC- PEMULIHAN KUMP. 2
PENYELEWENG AN AQIDAH SUBTOPIK v v v v v v
PENGENALAN TAKRIF PENYELEWENGAN AQIDAH JENIS-JENIS PENYELEWENGAN AQIDAH JEMAAH AL-AHBASH DAN BAHAYANYA KEPADA MASYARAKAT LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MELALUI PENDIDIKAN KESIMPULAN
PENGENALAN Pendidikan aqidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki aqidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan aqidah. Tazkirah ini akan membincangkan jenis-jenis penyelewengan aqidah, kebahayaan terhadap masyarakat dan langkah-langkah pencegahan dalam menangani masalah penyelewengan aqidah. Tajuk “penyelewengan aqidah” memerlukan kefahaman kepada aqidah islam yang sebenar dan unsur utama di dalam aqidah islam iaitu iman yang shahih. Setelah memahami aqidah islam dan iman yang shahih, maka kita akan dapat membina keyakinan dan jati diri sebagai muslim yang teguh iman dan dapat membezakan di antara pengaruh ajaran yang benar dan menyeleweng seterusnya memperolehi redha Allah.
TAKRIF PENYELEWENGAN AQIDAH
Menurut Kamus Dewan (1998), seleweng
bermaksud menyimpang dari arah yang betul. Dalam hal ini, perkataan sesat mempunyai persamaan dengan maksud perkataan seleweng. Oleh itu, perbincangan tentang penyelewengan aqidah boleh diertikan dengan perbincangan mengenai ajaran sesat. Penyelewengan aqidah atau ajaran sesat boleh didefinisi sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam yang bersandarkan al-Qur’an dan as-Sunnah Rasulullah S.A.W. (dikenali dengan iktiqad Ahli
JENIS-JENIS PENYELEWENGAN AQIDAH
JENIS-JENIS PENYELEWENGAN AQIDAH I.
II.
III.
Kepercayaan kepada rukun iman dan asas akidah secara bertentangan dan tidak selaras dengan akidah ASWJ. Contohnya, mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau memansuhkan al-Quran. Jemaah Al-Ahbash dalam bab al-Qadr, berfahaman Jabariyyah mendakwa Allah yang menolong seorang kafir atas kekufurannya sedangkan keimanan yang shahih menuntut kita beriman bahawa seorang yang kafir itu menjadi kafir kerana tindakan mereka mengingkari perintah Allah bukan atas kehendak Allah kerana setiap manusia itu telah dikurniakan akal agar mereka berfikir. Mempertikai kebenaran al-Quran dan hadis baginda SAW contohnya golongan syi’ah yang mempertikaikan al-qur’an yang ada sekarang sudah tidak asli sedangkan Allah telah berjanji bahawa al-Qur’an itu akan dipelihara sehingga kiamat tiba. Mereka mengubah ayat-ayat tertentu di dalam al_qur’an supaya selari dengan dakwaan mereka tentang kehebatan imam mereka yang 12 itu melampaui kehebatan para sahabat rasulullah saw.Dan juga golongan anti hadith yang mempertikaikan hadis –hadith itu banyak yang bercanggah dengan al-qur’an disebabkan mereka cuba menghuraikannya dengan akal mereka sendiri yang dangkal. Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendakwa diri atau orang lain sebagai nabi terakhir, Nabi Isa, Imam Mahdi al-Muntadzar atau yang seumpamanya contohnya kes rasul melayu iaitu Abdul Kahar Ahmad yang mendakwa
JENIS-JENIS PENYELEWENGAN AQIDAH (sambungan) IV.
Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia. Contohnya pengaruh ajaran ayah Pin yang jelas menyatakan dia adalah pemimpin agama baru yang menyatukan seluruh umat manusia. V. Pendewaan diri, pemimpin atau kumpulan ajaran tersebut secara bertentangan dengan akidah ASWJ contohnya jema’ah al-Arqam yang mengagungkan pemimpin mereka Ashaari secara taksub dan berlebih-lebihan. VI. Mengadakan bidaah atau pendapat baru yang bertentangan dengan akidah ASWJ dan syariah yang berasaskan dalil qat’ie. Contohnya ajaran Guru Yahya di Batu Pahat pada awal 80-an yang mengamalkan zikir-zikir VII. Menafsir dan menghuraikan al-Quran dan hadis mengikut sesuka hati. Contohnya penerbitan tafsir al-Qur’an dalam bahasa melayu yang dinamakan “BACAAN” sekitar tahun 90-an oleh Othman. Beliau juga mentafsirkan al-qur’an itu menurut kefahaman beliau sendiri dengan mengerjakan solat 3 waktu sehari sahaja. Contoh lain ialah ajaran pemuda Kahfi yang memberi pemahaman menyeleweng dalam melaksanakan ibadah.
JEMAAH AL-AHBASH (SEBUAH JEMAAH YANG SESAT & MENYELEWENG DARI MAZHAB AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH)
JEMAAH AL-AHBASH (SEBUAH JEMAAH YANG SESAT & MENYELEWENG DARI MAZHAB AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH)
BAHAYA JEMAAH AL-AHBASH
LANGKAH PENCEGAHAN MELALUI PENDIDIKAN
PENDIDIKAN AQIDAH ISLAM 1.
Mengakui keesaan Allah swt Matlamat utama pendidikan aqidah Islam ialah mendidik manusia supaya mengakui keesaan dan ketunggalan Allah swt sebagai tuhan yang wajib disembah. Tiada sekutu bagiNya. Firman Allah swt: "Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya" (al-Ikhlas : 1-4) Aqidah merupakan asas kepada kekuatan dan pembinaan Islam sebagai al-Din maka wahyu-wahyu yang terawal yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw menjurus kepada pendidikan Aqidah bagi menanam keyakinan yang teguh dalam jiwa manusia tentang keesaan Allah swt.
2.
Melahirkan manusia yang patuh dan tunduk kepada Allah swt . Pendidikan aqidah juga penting untuk mendidik manusia supaya patuh dan tunduk kepada kebesaran dan keagungan Allah swt. Ibu
3.
PENDIDIKAN AQIDAH ISLAM Membentuk keperibadian insan (SAMBUNGAN)
Aqidah dapat membentuk dan mendidik orang yang mengambilnya menepati dengan hakikat dan tabiat kemanusiaan yang asli seperti yang dikehendaki oleh penciptanya. Pendidikan aqidah bermatlamat untuk membentuk nilai akhlak dan keperibadian seseorang insan yang akan mencorakkan gerak laku amal perbuatan selaras dengan peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah swt. Aqidah inilah yang akhirnya menjadi sumber kekuatan Islam. Itulah hakikat kekuatan umat Islam, kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya yang menjadi asas kepada kekuatan jasmaninya. Di dalam sejarah kegemilangan umat Islam yang silam kita mendapati bahawa umat Islam di masa itu telah dibentuk dan dididik oleh aqidah yang akhirnya melahirkan kekuatan yang sungguh kental dan luar biasa. Contohnya Bilal , bahawa aqidah telah memberikan kekuatan kepadanya. Abdul Rahman bin Auf dan Osman bin Affan sanggup membelanjakan hartanya kerana mempertahankan Islam sehingga tiada apa lagi yang dimiliki melainkan Allah swt dan Rasul. Ali bin Abi Talib sanggup mempertaruhkan nyawanya kerana Rasulullah saw dan banyak lagi contoh-contoh yang ditunjukkan oleh para
KEIMANAN YANG SHAHIH
Pemahaman Iman yang sahih disisi Ahlul Sunnah Wal Jamaah ialah bermaksud : “Pengakuan keimanan kepada perkara yang dibawa oleh Nabi Muhammad salallahualaihiwasalam dengan iktiqad hati, pengakuan pada lisan dan amalan perbuatan serta menunaikan segala tuntutannya melalui hati, lisan dan anggota badan dengan ikhlas kepada Allah swt, disertai cinta dan kasih kepada perkara keimanan dan ahlinya serta membenci pula kepada kekufuran dan ahlinya maka iman itu bertambah dengan ketaatan serta berkurang dengan kemaksiatan dan iman itu mempunyai enam rukun yang wajib diketahui dan terbahagi kepada beberapa cabang.” “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi Sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikatmalaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila dia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka Itulah orangorang yang bertakwa.” (Al-Baqarah : 177). Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa baginda nabi sallahualaihiwasalam ketika menjawab pertanyaan Jibrail mengenai iman dengan menyebut : “Iaitu kamu beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhirat serta beriman kepada qadar yang baik dan buruk.” (hadith sahih, riwayat Bukhari dan Muslim). Sabda baginda nabi salallahualaihiwasalam juga : “ Iman itu terbahagi kepada tujuh puluh lebih bahagian yang paling tinggi ialah kalimah lailahaillallah (tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah) dan serendah-rendahnya ialah menghilangkan duri di jalanan dan malu itu sebahagian dari iman.” (Hadith sahih, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Juga di dalam hadith yang baginda menyebutkan : “Aku memerintahkan kamu beriman kepada Allah yang satu dan tahukah kamu apakah itu iman kepada Allah ? iaitu kamu bersyahadah tiada tuhan yang berhak disembah selain-Nya yang satu dan tidak mensyirikkan-Nya serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan menunaikan khumus (harta rampasan perang) dari apa yang kamu perolehi.” (hadith sahih, riwayat Bukhari dan Muslim).
PEMANTAPAN ILMU BERDASARKAN ALQUR’AN DAN AS-SUNNAH Ilmu yang benar yang akan membawa kepada
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat itu adalah ilmu yang disandarkan pada al-Qur’an dan as-Sunnah sahaja. Ibadah yang tidak ada nas dan dalil daripada al-Qur’an dan as-Sunnah adalah tertolak dan tidak diterima oleh Allah swt maka oleh kerana itu maka setiap orang hendaklah belajar dan mendalami agama secara berterusan dari sumber-sumber yang shahih iaitu A-l-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw. Baginda rasul pernah bersabda sebagai maksud " Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah ucapan Allah dan sebaik-baik ajaran adalah ajaran Rasulullah. Dan sesungguhnya sejelekjelek perkara adalah sesuatu yang diada-adakan (dalam agama), kerana sesungguhnya sesuatu yang baru diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah kesesatan." (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 867).
PENGHAYATAN DAN PENGAMALAN AJARAN ISLAM YANG SHAHIH Hendaklah segala amalan itu dilakukan
semata-mata untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah dan bukan kerana sebab-sebab lain.
Segala ilmu yang diperolehi hendaklah
diamalkan dan dihayati dengan yakin dan ikhlas. Amalan-amalan yang sejajar dengan
sunnah Rasulullah saw sahaja yang boleh diamalkan kerana selain dari itu tidak akan diterima amalannya. Menghayati dengan bersungguh-sungguh hikmah disebalik segala amalan yang diperintahkan oleh Allah SWT.
KESIMPULAN Ajaran sesat akan sentiasa mengancam keimanan kita kepada Allah sehingga hari kiamat tiba kerana ini adalah janji syaitan kepada Allah yang berjanji akan menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat melainkan hambahamba Allah yang beriman. Maka untuk membela diri kita daripada pengaruh ajaran sesat ini, kita harus mendalami dan memahami ilmu agama yang shahih berdasarkan al-qur’an dan as-sunnah seterusnya menjadi hamba yang teguh dan ampuh imannya dengan meletakkan Allah sebagai matlamat hidup kita di dunia dan akhirat.
Matlamat Sebuah Kehidupan ب ِ ماتِي لِلِهِ َر ْ م ُ ُ صلَتِي وَن َ م َ َحيَايَ و َ َسكِي و َ ن ِ َ الْعَال َ مي
َِ ِ ل إ ْ ُق ن
Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (AlAn’am : 162)
RUJUKAN
Al-Qur’an al-Kariim Shahih Bukhari Shahih Muslim Sunan Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasa’ei, Ibn Majah “Fatwa Iman” , Karya Bestari Sdn Bhd, Muhammad Bin Soleh al-Munajjid, Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz. “Awasi Fahaman Takfir al_Ahbash”:Abu Syuaib, Majalah I Feb 2008. www.ahlalhdeeth.com www.fatwaislam.com www.qaradawi.net www.albani.co.uk www.zuhayli.net www.alhawali.com www.ustaz.blogspot.com www.drmaza.com http://al-qayyim.net http://al-ahkam.net www.saifulislam.com www.darulkautsar.com