Penyakit Hati

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penyakit Hati as PDF for free.

More details

  • Words: 726
  • Pages: 3
PENYAKIT HATI : APA UBATNYA ? Oleh : TUAN ASMAWI TUAN UMAR

Sudah

menjadi suatu kelaziman

dalam setiap kehidupan masyarakat

tidak kira kira dimana jua , asalkan ianya dihuni oleh manusia , kita akan pasti mendengar pelabagi permasalahan yang timbul akibat runtunan hati yang pernah diabadikan dalam sepatah syair Arab yang berbunyi “ Hati adalah menteri yang menasihati “ (al-qolbu wazeerun naaseh). Dengan kata lain , pada zahirnya kita lihat , tubuh badan kita yang menggerakkan sesuatu akan tetapi pemerintah sebenarnya dalam diri kita ialah hati. Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud : “ Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati “. Persoalan hati juga sering dikaitkan dengan jiwa (nafs) , oleh yang demikian , kalau seseorang itu sakit jiwa maka cara rawatannya mungkin dengan mendapatkan khidmat pakar psikologi dan pelbagai bahan ubatan lain akan tetapi sekiranya seseorang itu jiwanya sakit ini berkait rapat dengan rohani dan kekontangan dos aqidah yang mantap dan cara rawatannya lebih sukar andainya tidak menepati teknik penyembuhannya. Dalam lipatan sejarah tentang berlakunya pembunuhan pertama atas dunia antara Habeel dan Qabeel , dua orang putera Nabi Adam A.S adalah disebabkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain lantaran dengki dan dendam berebut mendapatkan seorang wanita. Begitulah juga kisahnya , segala persoalan jenayah yang berlaku pada hari ini juga didorong oleh rasa hati yang dibantu oleh kekangan nafsu . Oleh yang demikian ,terjadilah aneka bentuk

1

jenayah seperti penipuan , pembunuhan , rompakan , pencabulan dan sebagainya. Memiliki hati yang tenang sebenarnya transformasi kepada kecerahan wajah yang dibaluti Nuur Iman (cahaya iman) pada setiap wajah setiap umat Islam. Ini jelas terbukti sekiranya seseorang itu menghadapi masalah , sudah pasti wajahnya juga secara fizikal akan turut terkesan seperti kemurungan dan dahi berkerutan. Akan tetapi sebaliknya jika seseorang itu , memiliki hati yang tenang , pasti akan mudah dan murah untuk berkongsi senyuman dengan orang lain-lain. Persoalan ketenangan hati bukan suatu barangan yang boleh dijual beli. Sindrom penyakit hati ini sudah pasti akan memberi kesan buruk kepada setiap individu dan masyarakat sekiranya , usaha-usaha awal tidak dibendung. Sebagai contoh yang paling mudah dalam masyarakat sekliling kita terutamanya masyarakat Islam – biasanya apabila seseorang itu lebih maju , lebih mashur daripada orang lain

dalam sesuatu usaha yang dijalankannya seperti

perniagaan , pelajaran dan lain-lain – ini akan mengundang keresahan dan kebengkakan hati rakan-rakan yang lain. Maka timbullah elemen-elemen yang mendorong kepada keretakan persahabatan dan melorongkan bibit-bibit permusuhan. Sudah jelas diterangkan menerusi Firman Allah SWT dalam Surah AlBaqarah : Ayat 10 yang bermaksud : “ Dalam hati mereka ada penyakit (keyakinan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW lemah. Kelemahan keyakinan itu menimbulkan kedengkian , iri hati dan dendam terhadap Nabi SAW agama dan orang-orang Islam

) , lalu ditambah Allah

penyakitnya ; dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta “. Memang umum kita ketahui, sifat hati sentiasa berubah , maka tidak hairanlah sebagai contohnya jika seseorang itu berjanji setia untuk mendirikan mahligai bahagia dengan pasangan pilihan hatinya tetapi akhirnya berkesudahan menukar fikiran akibat dorongan hati dan nafsu kepada wanita lain , oleh kita

2

sentiasa digalakkan untuk memohon kepada Allah SWT agar kita sentiasa diberi keteguhan hati dan iman kita dengan melazimi membaca doa “ Wahai Tuhan yang sentiasa membalik-balikkan hati , tetapkanlah hati atas agama-Mu dan ketaatan-Mu”(Ya Muqallibal Qulub , Thabbit Quluubana ‘ala Deenika Wa ‘ala Thoo’atik). Islam

telah

menggariskan

pelbagai

langkah

untuk

kita

sebagai

penganutnya melakukan rawatan perubatan penyakit hati ; Membaca Al-Quran Sambil Bertafakkur (Tilaawatul Quraan Bittaffakuri). Ramai orang yang membaca al-quran al-karim akan tetapi berapa ramaikah diantara mereka yang benarbenar memahami makna kandungan kalamullah itu. Dewasa ini tidak ada alas an lagi bahawa , saya tidak memahami Bahasa Arab untuk memahami Bahasa AlQuran kerana sudah banyak usaha-usaha yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan seperti Penterjemahan Al-Quran dalam pelabagai Bahasa ; Melayu , Inggeris , Cina dan pelbagai lagi. Oleh yang demikian , membaca al-quran sambil mengayati kebesaran dan kandungan makna al-quran sudah pasti akan dapat melembutkan hati dan jiwa kita. Sedangkan Saidina Umar Al-Khattab R.A pun boleh lembut hatinya , bagaimana dengan keadaan kita ? Selain itu , Pengosongan Perut (Khala Al-Batnu) – pengosongan perut yang bermaksud di sini ialah dengan cara kita melakukan pelbagai puasa sunat seperti isnin dan Khamis.

3

Related Documents

Penyakit Hati
May 2020 23
Penyakit Hati
May 2020 30
Penyakit Hati Zalim
October 2019 36
Penyakit Hati (1)
October 2019 38