Format Penulisan Penyelidikan Tingkatan Enam Oleh; En.Nallatamby a/l Nalliah
[email protected] En.Abd.Malek bin Selamat
[email protected] SMK Khir Johari, Tg.Malim Tajuk hendaklah ringkas dan padat. Di bawah tajuk pula perlu diletakkan nama penuh penulis berkenaan. Sekiranya penulis lebih dari seorang, nama ketua penulis, nama institusi beserta e-mel perlu ditulis mendahului nama penulis-penulis lain.Maklumat penulis yang lain memadai nama institusi sahaja. i. Tajuk artikel : Saiz: 18 poin Bold & Title Case Centered ii. Nama Penulis: Saiz: 12 poin Bold & Title Case Centered iii. Maklumat Penulis: Saiz: 9 poin Normal & Title Case Centered • PENYEDIAAN ABSTRAK : Abstrak adalah sinopsis artikel yang padat dan ringkas yang merangkumi aspek-aspek pemasalahan, objektif, kaedah dan dapatan serta kesimpulan. Abstrak tidak boleh melebihi 200 patah perkataan dan perlu ditulis menggunakan format Italic, bersaiz 10 dan Justified. • KANDUNGAN : Manuskrip mesti mengandungi bahagian-bahagian berikut iaitu Pengenalan, Penghargaan, Abstrak serta isi kandungan.. Setiap bahagian perlu diberikan tajuk yang sesuai dan dinomborkan. Tajuk dan nombor tajuk tersebut perlu ditulis menggunakan format Bold, bersaiz 12 dan Justified. Manakala teks artikel pula ditulis menggunakan format Normal, bersaiz 12 dan Justified.
• PENGHARGAAN : Penghargaan tidak lebih dari 50 patah perkataan, jika ada, diletakkan di bahagian akhir manuskrip sebelum bahagian rujukan. • RUJUKAN : Semua rujukan yang disebut dalam teks mestilah disenaraikan. Senarai rujukan tidak boleh mengandungi sumber-sumber yang tidak dirujuk dalam artikel. Senarai rujukan yang lengkap hendaklah menggunakan sistem penulis – tahun (author date) mengikut abjad. Senarai rujukan hendaklah diletakkan di bahagian akhir sesebuah manuskrip. Gaya penulisan rujukan adalah mengikut contoh yang berikut: Penulis (nama akhir diikuti dengan nama pertama bagi penulis utama dan nama pertama diikuti nama seterusnya bagi penulis lain), tahun, tajuk, terbitan berkala (italic), volume (nombor): termasuk nombor muka surat. • SPESIFIKASI JARAK
Nama penulis perlu diletakkan di bawah tajuk artikel dengan diselangkan sebanyak dua baris. Maklumat lanjut mengenai penulis seperti; institusi dan e-mel perlu diletakkan di bawah nama penulis pada muka surat pertama artikel berkenaan. Jarak di antara Tajuk dengan Nama Penulis dan Abstrak dan di antara Abstrak dengan baris pertama teks ialah dua baris. Jarak di antara sub-judul dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah satu baris. Jarak di antara sub-judul dengan baris pertama teks selepasnya ialah satu baris. Jarak di antara perenggan ialah satu baris. Mulakan sub-judul berserta nombornya dari jidar kiri . Mulakan baris pertama perenggan dengan jarak ensotan 1.5cm dari jidar kiri. Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual, Rajah atau Ilustrasi ialah satu baris. 1.
Format Penulisan Laporan Penyelidikan
Susunan ayat yang mudah dan jelas difahami Rajah atau lakaran yang dapat memudahkan pemahaman Susunan persembahan laporan mengikut jujukan secara logik
Format Penulisan Jenis tulisan Times New Roman (Bold untuk tajuk) Saiz tulisan 12 Margins : o Margin kiri 40mm Margin kanan, atas dan bawah – 25mm (semua maklumat termasuk nota kaki, muka surat mesti didalam margin yang telah ditetapkan) Spacing :
o Dua spacing bagi setiap ayat o Empat spacing bagi setiap perenggan o Satu spacing bagi nota kaki, bibliografi, jadual, gambarajah, apendiks, headings atau subheading Format Penghasilan Kertas Kerja Penyelidikan.
Kertas kerja Penyelidikan Empirical ditulis dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Menggunakan M/Word untuk penulisan. Penulisan kertas kerja TIDAK melebihi 10 muka surat termasuk rujukan. Penulisan kertas kerja perlulah menggunakan format APA system. Nota kaki tidak dibenarkan. Keseluruhan teks perlu ditulis dalam kertas A4, saiz font 12, jenis huruf Times New Roman dan 1 langkau. Tajuk (HURUF BESAR) yang dihitam (bold) di muka hadapan kertas kerja. Nama penulis atau penulis-penulis. Abstrak selepas nama penulis atau penulis-penulis. Biodata ringkas penulis atau penulis-penulis serta alamat lengkap pada bahagian akhir kertas kerja.
Contoh Penulisan Bibliografi Menulis bibliografi atau daftar pustaka bermaksud menyenaraikan semua sumber rujukan dan bacaan sama ada yang telah diterbitkan seperti buku, jurnal dan majalah ataupun yang belum terbit seperti kertas kerja,tesis dan disertasi. Bibliografi dapat membantu pembaca mengetahui sumber-sumber yang digunakan dalam sesuatu kerja ilmiah. Terdapat beberapa perkara dan unsur-unsur yang perlu ditulis dalam bibliografi antaranya ialah : Nama Penulis Tahun Penerbitan Judul – Digaris atau dicetak miring @ Italic Tempat Penerbitan Nama PenerbitWalaubagaimanapun, terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh penulis dan hal ini perlu diperhatikan dalam penyusunan bibliografi, antaranya ialah Bibliografi tidak diberi nombor Urutan nama penulis mengikut urutan huruf Gelaran penulis tidak dimasukkan Bibliografi diletakkan pada bahagian terakhir tulisan Nama pengarang Melayu, Cina dan India ditulis penuh dalam susunan asal tetapi Pengarang Barat, hanya nama keluarga sahaja yang ditulisAntara contoh-contoh : Bibliografi Abdullah Hassan, 1984. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya. Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Campbell. W.G., 1976. Form And Style In Thesis Writing. Boston. Houghton Mifflis Company. Mohd. Senu Awang, 1994. Khutbah Jumaat : Satu Analisis Laras. Kuala Lumpur. Penerbitan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nik Safiah Karim, et. All. 1993. Tatabahasa Dewan, jilid 1 dan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.http://www.dbp.gov.my/ http://www.bharian.com.my http://www.utusan.com.my/majalah/massa Penutup Dalam dunia ilmu dan seni ada istilah plagiat, aitu kalau sebuah karya ilmiah atau karya seni yang diumumkan oleh seorang ilmuwan atau seniman ternyata sama atau hampir sama, atau sebagian besar bentuk dan isinya berdasarkan karya ilmiah atau karya seni orang lain tanpa menyebut atau menerangkan kenyataan tersebut. Ertinya, ilmuwan atau seniman itu mengakui karya ilmiah atau karya seni tersebut sebagai karyanya sendiri dan mengumumkan karya itu atas namanya.Penulis karya ilmiah harus menghindarkan diri dari tindak kecurangan yang lazim disebut plagiat. Plagiat merupakan tindak kecurangan yang berupa pengambilan tulisan atau pemikiran orang lain yang diaku sebagai hasil tulisan atau hasil pemikirannya sendiri. Oleh kerana itu, penulis skripsi, tesis, dan disertasi wajib membuat dan mencantumkan penyataan dalam skripsi, tesis atau disertasinya bahwa karyanya itu bukan merupakan pengambilalihan tulisan atau pemikiran orang lain. Dalam menulis karya ilmiah, rujuk-merujuk dan kutip-mengutip merupakan kegiatan yang tidak dapat dihindari. Kegiatan ini amat dianjurkan, kerana bahan rujukan yang diperolehi akan membantu perkembangan ilmu. Dalam menggunakan bahan dari suatu sumber penulis perlu meminta izin kepada pemilik bahan tersebut yang dilakukan secara bertulis. Jika tidak, penulis harus menyebut sumbernya.