Jelaskan matlamat Penjelajahan dan Penerokaan dalam Tamadun China dan Tamadun Islam pada Zaman Klasik.
Penjelajahan mengikut Kamus Dewan bermaksud mengelilingi atau berjalan ke merata–rata tempat atau daerah. Penerokaan pula bermaksud menyelidiki (untuk mengetahui
sesuatu
yang
baru),
menjelajah.
menjalani,
menempuh,
dan
mengharungi. Dalam konteks sejarah, sejak zaman berzaman manusia berkeinginan untuk menjelajah. Pada zaman prasejatah, manusia mencari kawasan baru apabila mereka menghadapi masalah kekurangan bahan makanan, ketika berlaku perubahan cuaca,
atau
diancam
oleh
kumpulan
lain.
Penerokaan
berbeza
dengan
pengembaraan kerana peneroka mempunyai dorongan yang kuat untuk membuat penemuaan dan kemudian untuk menakluk, berdagang, dan mengembangkan agama. Masyarakat China dan orang Islam mempunyai tradisi penjelajahan dan penerokaan sejak zaman klasik lagi. Orang Arab menjalankan aktiviti penjelajahan dan penerokaan sejak zaman jahiliah lagi. Sementara masyarakat China melakukan aktiviti penjelajahan dan penerokaan sejak abad pertama masihi. Antara matlamat utama penerokaan dan penjelajahan dalam tamadun
China dan Islam ialah
penaklukan, agama, perdagaan ,pengetahuaan, dan kebudayaan. Matlamat Penerokaan dan Penjelajahan China pada zaman klasik ialah perdagangan. Orang China telah belayar ke pulau–pulau Asia Tenggara dengan tujuan perdagangan. Negara China menghantar tujuh ekspedisi pelayaran secara besar–besaran meliputi kawasan Kepulauan Melayu dan merentasi Lautan Hindi ke India, Sri Lanka hingga ke Teluk Parsi, Aden, dan Pantai Timur Afrika. Pada tahun 1414 M, Cheng Ho mengetuai ekspedisi pelayaran yang disertai oleh 63 buah kapal perdagangan. Kapal yang terbesar berukuran 440 kaki panjang dan 180 kaki lebar, manakala kapal yang mempunyai saiz sederhana berukuran 370 kaki panjang dan 180 kaki lebar. Lebih daripada 100 buah kapal kecil juga mengiringi pelayaran tersebut. Setiap kapal itu dianggarkan membawa muatan lebih kurang 1500 tan. Ekspedisi ini melibatkan 27 876 otrang termasuk pedagang, pelaut, dan askar. Cheng Ho juga menyertai sebuah pelayaran untuk mengiringi utusan–utusan asing kembali
ke negara asal mereka. Misi perdagangan China dihantar ke kawasan Laut Caspian sekitar abad pertama Masihi. Kapal perdagangan China belayar ke rantau Pasifik sekitar tahun 600 hingga 900 M, untuk mendapatkan barang dagangan. Seterusya, matlamat penerokaan dan penjelajahan China pada zaman klasik yang kedua ialah agama. Rahib–rahib Buddha dari Negara China merantau ke benua kecil India untuk mendalami pengetahuan tentang agama Buddha. Antaranya ialah Hsuan Tsang, Fa Hsien, dan I–Tsing. Rahib–rahib Buddha juga mengumpulkan manuskrip–manuskrip agama Buddha untuk dibawa ke Negara China. Hsuang Tsang membawa 700 buah manuskrip agama Buddha yang dikumpulkan semasa beliau berada di India. Atas arahan maharaja , beliau menghabiskan hayatnya dengan menterjemahkan manuskrip tersebut dan menulis catatan pengalamannya dalam buku berjudul Si-yu-ki. Dalam perjalanan pulang, I-Tsing pula singgah di Shin-li-foShin yang dikenali sebagai Srivijaya. Mengikut catatan I-Tsing, Srivijaya merupakan pusat agama Buddha yang terkenal. Di ibu kota Srivijaya, terdapat lebih 1000 orang pendeta Buddha yang rajin mempelajari ilmu dan mengamalkan ajaran Buddha. Ilmu yang dipelajari oleh pendeta–pendeta di Srivijaya tidak mempunyai perbezaan dengan Madyadika di India. Malahan, peraturan–peraturan dan upacara–upacara keagamaan di kedua- dua tempat tersebut juga tidak mempunyai perbezaan. Selain itu, penaklukan juga merupakan matlamat penerokaan dan penjalajahan China pada zaman klasik. Menjelang abad pertama Masihi, orang China meluaskan kuasa hingga ke Syria. Pada abad ke 14 M, beberapa ekspedisi dihantar ke seberang laut di bawah pimpinan Laksamana Cheng Ho untuk meluaskan pengaruh China, menonjolkan kekuasaan China, dan mengasaskan wilayah–wilayah naungan. Antara matlamat utama ekspedisi ini ialah untuk menonjolkan kekuasaan kerajaan Ming di Negara China ke seluruh dunia. Matlamat kedua pula ialah untuk mendapatkan rakan sekutu bagi mengatasi serangan Monggol di bawah pimpinan Tamerlane. Matlamat ketiga ialah untuk mengeratkan hubungan perdagangan Negara China dengan bahagian–bahagian lain di Asia. Kegiatan penjelajahan dan penerokaan Arab pula dapat dikesan sejak zaman jahilyah lagi. Matlumat mengenai pelayaran bangsa Arab pada zaman jahilyah diperoleh daripada tiga sumber, iaitu kamus Arab Lama, Puisi Pra-Islam dan buku
agama Arab jahiliyah. Terdapat beberapa faktor yang mendorong bangsa Arab terlibat dalam aktiviti penjelajahan penerokaan. Faktor utama ialah untuk mengukuhkan kedudukan politik dan meluaskan kuasa. Pemerintah-pemerintah Islam menguasai seluruh Afrika Utara dari Pantai Atlantik ke Laut Merah termasuk Sepanyol, selatan Parsi hingga kawasan sempadan di Negara China dan India. Dalam jangka masa lebih kurang satu abad selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, Islam tersebar merentasi pergunungan Pyrenes di barat dan di sebelah timur hungga ke India. Faktor seterusya yang mendorong bagsa Arab telibat dalam menjelajahan dan penerokaan
ialah
aktiviti
perdangangan.
Semasa
pemerintahan
Abbasiyah,
pedagang-pedagang Arab sentiasa berulang-alik antara Pelabuahan Antioch di timur dengan Pelabuhan Gibraltar di barat. Pada abad kedua Hijrah, pedagang- pedagang Arab menjalinkan hubungan perdagangan dengan Pelabuhan Khanfou di Negara China. Pada abad ke-10M, saudagar-saudagar Arab datang ke Asia Tenggara untuk mendapatkan barang dagangan seperti bunga cengkih, kayu gaharu, kayu sandal, dan bijih timah. Penjelajahan dan penerokaan bangsa Arab juga bertujuan untuk menyebarkan agama Islam. Ramai pendakwah Islam menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan syiar Islam. Semasa pemerintahan Dinasti Tang di Negara China, satu utusan yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqas telah dihantar ke Negara China untuk menyebarkan syiar Islam. Selain itu, pendakwah-pendakwah Islam juga dihantar ke rantau Nusantara untuk menyebarkan agama Islam. Antara pendakwah yang terawal tiba di Alam Melayu ialah Syeikh Ismail yang berjaya mengislamkan Merah Silu yang merupakan Raja Samudera. Pendakwah-pendakwah lain ialah Syeikh Abdul di Melaka, Maulana Malik Ibrahim di Grisek, dan Syeikh Abdul Arif di Sumatera. Selain faktor tersebut, penjelajahan dan penerokaan bangsa Arab juga bertujuan untuk menimba ilmu pengetahuan. Pengembara-pengembara Arab mempelajari pelbagai bidang pengetahuan seperti astronomi, geografi, perubatan dari tamadun sebelumnya seperti Babylon, Mesir, India, Negara China dan Yunani. Contohnya dalam bidang astronomi, Al-Khawarizmi menyiapkan sebuah takwim berjudul Zij-al-sindhind berdasarkan Sidhanta Hindu. Beliau juga menulis tentang alat astrolab Yunani (Wan Fuad Wan Hassan,1990:171). Seorang lagi ahli astronomi
Islam, Al-Biruni menulis kitab berjudul kanun al-Masudi dengan merujuk kepada sumber-sumber Babylon, Yunani, India, dan Parsi. Dalam bidang perubatan, sarjanasarjana Islam menerima teori ilmu perubatan dari Yunani. Ibnu Sina merupakan seorang tokoh perubatan yang terkenal dalam bidang bidang oftalmologi. Karya beliau yang terkenal ialah Qanun Fi-al-Tibb ditulis berdasarkan gabungan perubatan Yunani Arab dan cerapan beliau sendiri. Al-Biruni, seorang lagi ahli astronomi Islam telah mengarang kitab berjudul kanun al-Masudi. Beliau menulis buku astronomi ini dengan merujuk sumber-sumber Babylon, Yunani, India, dan Parsi. Dalam bidang geografi, Islam menerima pengaruh dari India dan Yunani. Sarjana-sarjana Islam belajar mengira garis bujur bumi setelah membaca manuskrip-manuskrip India dan karya Suryasrddhanta. Dari Yunani, orang Islam memperolehi ilmu geografi dari Ptolemy. Di samping faktor tersebut, penjelajahan dan penerokaan bangsa Arab juga bertujuan untuk menyebarkan kebudayaan Islam. Melalui cara ini, peradaban Islam tersebar luas ke serata dunia. Kebudayaan Islam mempengaruhi masyarakat lain dalam bidang seni ukir, seni lukis, dan seni bina. Kesimpulannya, Tamadun China dan Tamadun Islam memberi sumbangan yang besar dalam bidang penerokaan dan penjelajahan. Tamadun-tamadun ini berjaya melahirkan tokoh-tokoh pelayaran yang terkenal yang telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang penerokaan dan penjelajahan. Menerusi aktiviti penerokaan dan penjelajahan, mereka berjaya melakukan kegiatan perdagangan, menyebarkan agama, menyebarkan kebudayaan dan menimba ilmu pengetahuan.
Ahli Kumpulan : Aishah,
Hajar, Wani, Fiezah (6B3 2008)