Penjajahan_inggeris_di_tanah_melayu._ben.docx

  • Uploaded by: BarbraHH Jeong
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penjajahan_inggeris_di_tanah_melayu._ben.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,791
  • Pages: 14
1.0 PENGENALAN Perpaduan kaum bermaksud semua kaum di dalam sesebuah

negara saling

bekerjasama atau berganding bahu dalam membentuk sesebuah negara yang aman dan makmur. Perpaduan kaum ini sukar diwujudkan apabila Inggeris mula campur tangan dalam pentadbiran di Tanah Melayu pada tahun 1824. Inggeris campur tangan di Negerinegeri Melayu yang lainnya bermula dengan Perjanjian Pangkor di negeri Perak. Ini disebabkan oleh dasar-dasar inggeris yang diperkenalkan untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di Tanah Melayu. Sebelum penemuan bijih timah oleh Long Jaafar di Taiping Perak pada tahun 1948, kesemua penduduk di Tanah Melayu rata-ratanya adalah orang Melayu. Hanya sedikit sahaja golongan Cina yang datang sebagai pedagang dan membuka penempatan di Melaka, Kuala Terengganu, Sungai Johor, Sungai Pahang, dan Kelantan. Dalam pada masa yang sama, terdapat juga kaum India yang bekerja sebagai buruh di ladang-ladang kopi dan tebu yang terdapat di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Namun, sejak Inggeris mula bertindak untuk campur tangan dalam pentadbiran negerinegeri Melayu , berlaku penghijrahan secara beramai-ramai imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. Kemasukan imigran ini mendapat galakan malah dibawa oleh British tanpa had. Fenomena ini berlaku disebabkan dasar kapitalisme penjajah Inggeris yang membawa orang-orang asing masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombonglombong bijih timah dan juga di ladang-ladang getah. Penghijrahan beramai-ramai tersebut telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Kemajmukan penduduk di Tanah Melayu telah menyebabkan Inggeris mentadbir Negara dengan menggunakan dasar ‘Pecah dan Perintah’ ( Divide And Rule ) iaitu di mana kaum Melayu, Cina dan India dipisahkan dari segi sosial dan ekonomi. Kesan pengamalan 1

dasar ‘Pecah dan Perintah’ untuk jangka masa yang panjang ialah berlakunya pengasingan penempatan, perbezaan agama, pengasingan pendidikan, kewujudan akhbar pelbagai bahasa serta kewujudan Persatuan pelbagai kaum yang menjurus kepada jurang perbezaan antara kaum yang menyukarkan perpaduan antara satu dengan yang lain.

2.0 SOSIAL 2.1 PENGASINGAN PENEMPATAN Pengasingan penempatan iaitu kaum-kaum di Tanah Melayu tinggal berasingan mengikut kegiatan ekonomi iaitu kaum cina tinggal dikawasan pemacu ekonomi iaitu di bandar, kaum india pula diletakkan dikawasan perladangan aktiviti pertanian yang terletak diluar bandar. Sementara kaum melayu, mereka tinggal di kawasan perkampungan. Walaupun peratusan penduduk yang tinggal di kawasan bandar meningkat dari semasa ke semasa, namun peratusan kaum melayu yang tinggal di bandar-bandar baru kekal kecil. Hanya golongan elit Melayu sahaja yang diambil bekerja di pejabat pentadbiran British. Perbezaan tempat dan pekerjaan menyebabkan satu kaum dengan kaum yang lain kurang berinteraksi antara satu dengan yang lain kerana masa banyak diluangkan di tempat kerja. Hubungan komunikasi hanya banyak berlaku sesama kaum sahaja. Kesannya, wujud perasaan prasangka buruk antara kaum.

2

3.0 EKONOMI 3.1 PERBEZAAN TUMPUAN EKONOMI Pembawaan masuk tenaga kerja asing yang ramai dari Cina dan India pada awal abad ke-19, telah mengubah struktur ekonomi masyarakat melayu. Perubahan ekonomi ini telah membawa kepada kemunculan beberapa buah bandar baru seperti Por Weid (Perak), Kuala Lumpur (Selangor) dan lain-lain sebagai sebuah pusat ekonomi baru. Walaupun adanya bandar-bandar baru ini, namun kaum melayu masih dikekalkan di perkampungan masing-masing. Akibat daripada sikap berat sebelah inggeris dalam menguruskan pentadbiran ekonomi , prestasi orang melayu di zaman penjajahan inggeris tidak mencapai kemajuan. Penjajah inggeris sengaja tidak mahu memajukan orang-orang melayu terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kaum. Inggeris hanya memberikan tumpuan kepada kawasan yang mempunyai sumber-sumber kekayaan terutama sekali di bahagian Barat Semenanjung. Kegiatan ekonomi yang hanya tertumpu kepada keuntungan ini, secara tidak langsung menimbulkan masalah sosio-ekonomi. Ini mendorong kepada suasana ‘dual economy’ dimana dapat dilihat ekonomi moden adalah dibahagian Pantai Barat Semenanjung dengan adanya ladang,lombong dan aktiviti perdagangan. Sementara, ekonomi secukup hidup tradisioanal pula di kawasan luar bandar iaitu di Pantai Timur dimana kemajuannya adalah kurang.

3

3.2 MASALAH EKONOMI Pembangunan ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan kuasa penjajah adalah bergantung kepada sektor pertanian dan perikanan. Masyarakat melayu tidak mempunyai masalah dalam mencari nafkah kerana adanya tanah-tanah yanag subur dan laut yang banyak dengan ikan. Selain itu, sumber-sumber hutan juga senang diperoleh seperti buah-buahan, kayu-kayuan, rotan dan sebagainya. Pekerjaan penduduk Tanah Melayu kebanyakkannya adalah petani, pemungut hasil hutan dan terlibat dalam mengeluarkan hasil-hasil bumi. Namun setelah pengenalan dasar pecah perintah di Tanah Melayu, pembahagian kawasan penempatan dan sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Contohnya, orang melayu tidak digalakkan untuk terlibat dalam industri bijih timah dan getah oleh Inggeris. Ini menyebabkan orang melayu hanya kekal dalam kegiatan pertanian. Melalui bertani sahajalah mereka dapat menampung keperluan makanan keluarga. Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan antara masyarakat bandar dan luar bandar. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu dengan yang lain. Misalnya, orang melayu cemburu dengan kemewahan dan kejayaan yang diperoleh oleh orang cina. Manakala, orang cina dan India pula cemburu akan kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran dimana golongan elit melayu diambil bekerja dalam pentadbiran British. Keadaan ini menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi yang tidak sihat. Setiap kaum tidak mahu satu kaum yang lain lebih berjaya dan menonjol daripada mereka.

4

4.0 PENDIDIKAN 4.1 PENGASINGAN PENDIDIKAN

Sebelum kedatangan penjajah, kanak-kanak melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok. Pendidikan melayu ketika ini hanyalah tertumpu kepada membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum hakam agama dan kemahiran menulis, membaca dan mengira. Dari aspek kurikulum, tahapnya adalah sempit kerana pembelajarannya terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Contoh sekolah-sekolah seperti ini masih boleh dilihat di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Namun pada zaman pemerintahan Inggeris , tanah melayu langsung tidak mempunyai sistem pendidikan yang jelas. Sistem pendidikan Vernakular yang diperkenalkan oleh Inggeris telah menimbulkan masalah perpaduan antara kaum. Sistem vernakular ini bermaksud pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masingmasing sebagai bahasa pengantara dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. Antara sekolah vernakular tersebut ialah sekolah vernakular melayu, vernakular cina, vernakular india dan vernakular inggeris. Inggeris melaksanakan dasar pendidikan secara sistem Divide and Rule adalah untuk memecahkan perpaduan kaum dan juga untuk menebalkan semangat kedaerahan dalam kalangan rakyat. Dengan demikian, inggeris sengaja untuk tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Bagi sekolah cina dan india, guru-guru diambil dari negara asal mereka. Pada masa itu, orang-orang melayu tidak mendapat pendidikan yang tinggi. Mereka hanya membuat pekerjaan sara diri sahaja. Tindakan inggeris ini jelas menunjukkan

5

bahawa inggeris hanyalah mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan mereka sahaja. Inggeris menubuhkan vernakular melayu hanyalah untuk memenuhi keperluan politik mereka sahaja disamping mengambil hati pembesar-pembesar melayu. Ini kerana lulusan sekolah melayu hanyalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di peringkat rendah dan untuk menjadi pekebun dan nelayan sahaja sesuai dengan matlamat inggeris yang ingin anak melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya. Kaum melayu dengan sekolah pondok yang bersifat tradisional memperlihatkan kokurikulum dan mutu pendidikan yang amat terbatas. Sekolah-sekolah melayu didirikan atas daya usaha mereka sendiri. Contohnya, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang diwujudkan pada tahun 1922 bertujuan melatih guru sekolah melayu merupakan satu-satunya institusi lanjutan sekolah rendah bagi orang melayu. Vernakular cina juga wujud atas usaha kaum cina sendiri. Kebanyakkan sekolahsekolah itu menumpang di rumah-rumah ketua masyarakat cina, bangunan tokong atau di rumah perniagaan. Sekolah cina mempunyai struktur sukatan pelajaran dan kokurikulum yang sama seperti di Cina. Malah, guru-guru yang mengajar di vernakular cina ini didatangkan dari negeri Cina. Sekolah-sekolah cina ini dibiayai oleh individu cina sendiri, Persatuan Cina Daerah dan Persatuan suku kaum. Derma bulanan juga turut diberikan kepada institusi pendidikan cina. Sementara vernakular Tamil pula disediakan Inggeris di kawasan bandar. Pembiayaan sekolah ini ditanggung oleh pihak pengurusan ladang. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian juga turut banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa tamil. Pendidikan tamil ini berorientasikan sistem

6

pendidikan negara asal mereka. Sekolah ini menggunakan sukatan pelajaran , buku, tenaga pengajar dari India. Manakala, bahasa tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah tamil yang pertama diwujudkan di Tanah Melayu ialah Sekolah Tamil Vivekananda iaitu pada tahun 1912 di Seremban. Vernakular Inggeris pula pada peringkat awalnya adalah usaha para mubaligh kristian dan badan sukarela sahaja. Pendidikan aliran Inggeris adalah terhad dan bermula seawal pertengahan abad kesembilan belas, bermula di Pulau Pinang, kemudiannya di Singapura dan Melaka. Pendidikan ini kemudiannya diperkenalkan di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Sekolah ini dianggap sekolah elit kerana terletak di bandar dan pelajar-pelajarnya adalah berasal daripada golongan atasan. Kokurikulum sekolah inggeris pula disusun berasaskan sistem pendidikan di England. Universiti Malaya di Singapura merupakan universiti yang terawal ditubuhkan oleh Inggeris di Tanah Melayu. Disini dapat disimpulkan bahawa sistem pendidikan vernakular yang diamalkan oleh Inggeris mendorong kepada perasaan prasangka dan prejudis yang menebal dalam kalangan kaum di Tanah Melayu. Setiap kumpulan etnik menggunakan bahasa pengantar masing-masing dan lokasi sekolah juga adalah berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing-masing. Keadaan ini jelas menunjukan jurang perbezaan penerimaan tahap pembelajaran dimana dapat dilihat fikiran dan anspirasi setiap kaum berbeza dimana masing-masing mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri seperti di negara Cina, India dan England.

7

5.0 POLITIK 5.1 KEWUJUDAN AKHBAR PELBAGAI BAHASA Akhbar merupakan media yang rapat dengan rakyat dan berkesan untuk memupuk perpaduan masyarakat. Melalui akhbar, idea-idea berkaitan dengan perjuangan kebangsaan dapat disalurkan kepada rakyat. Semasa penjajahan Inggeris, akhbar adalah alat untuk meniup dan menyemarakan semangat perkauman di dalam kalangan pelbagai kaum yang terdapat di Tanah Melayu. Akhbar-akhbar diterbitkan mengikut kemahuan setiap

kaum

dimana

akhbar-akhbar

diterbit

menggunakan

Bahasa

Melayu,

Mandarin,Tamil dan juga Inggeris. Contoh akhbar-akhbar melayu yang diterbitkan oleh kaum melayu ialah Wanita Malaya, Majlis dan Utusan Melayu. Sementara akhbar Cina pula ialah Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News. Akhbar india pula ialah Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamu Murasu. Setiap akhbar ini berperanan melaporkan berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi suku kaum masingmasing. Disamping itu, akhbar-akhbar ini turut menyiarkan berita ringkas tentang peristiwa yang berlaku di dalam dan luar negeri. Bagi akhbar Cina dan india, akhbarakhbar mereka turut menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara asal mereka. Kebanyakan akhbar-akhbar ini memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal dan masyarakat mereka sahaja. Di sini jelas menunjukkan setiap kaum cuba untuk menonjolkan berita, budaya dan perkembangan yang berlaku di sekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di negara asal mereka. Mereka ingin menunjukkan semangat kecintaan mereka terhadap tanah air dan kaum mereka sahaja. Pandangan dan semangat yang sempit ini telah menyebabkan

8

mereka tidak ingin untuk memahami bahasa,budaya dan sensitiviti kaum lain. Kesimpulannya, penggunaan akbar yang berbeza bahasa telah menyebabkan semangat perkauman menyemarak dalam keadaan tertentu sehingga ianya kelihatan boleh mencetuskan rusuhan antara kaum.

5.2 KEWUJUDAN PERSATUAN PELBAGAI KAUM Pelbagai persatuan kebajikan, sukan, dan pertubuhan-pertubuhan sosial ditubuhkan oleh setiap kaum untuk mengendalikan aktiviti kaum masing-masing. Walaupun antara persatuan dan pertubuhan sosial tersebut terdapat pertembungan dengan persatuan kaumkaum, tetapi pertemuan ini berlaku dalam bentuk hanya untuk menonjolkan identiti, persaingan dan semangat kekauman masing-masing. Kebanyakkan persatuan ini diadakan khusus untuk kepentingan satu kaum sahaja. Misalnya, pada tahun 1937 orang India menubuhkan persatuan India. Persatuan ini ditubuhkan bertujuan untuk mendesak kerajaan Inggeris mengambil tindakan untuk membaiki keadaan pekerja-pekerja India ke arah yang lebih baik. Terdapat juga parti-parti politik yang berbentuk perkauman kadangkala mengangkatkan perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum seperti membangkitkan isu-isu sensitif yang berkaitan dengan bahasa, budaya, ekonomi, dan hak-hak keistimewaan. Hal ini mewujudkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang lain. Selain itu, terdapat juga penubuhan persatuan-persatuan sukan. Pertandingan sukan persahabatan kerap dilakukan antara kaum, namun ianya dianggap sebagai satu

9

persaingan antara kaum. Keadaan ini mendorong kepada semangat perkauman kerana setiap kaum akan cuba untuk memenangkan persatuan sukan kaum mereka sahaja. Dapat disumpulkan disini bahawa penubuhan persatuan yang berasaskan kaum masingmasing memperkuatkan lagi rasa syak wasangka antara satu dengan yang lain kerana persatuan-persatuan ini

hanya memperjuangkan kepentingan

kaum-kaum

yang

diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum lain.

6.0 AGAMA DAN KEPERCAYAAN Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, agama adalah sistem yang mengatur kata keimanan (kepercayaan) dan peribadatan kepada Tuhan Yang Mahakuasa serta tatakaedah

yang

berhubung

dengan

pergaulan

manusia

dan

manusia

serta

lingkungannnya. Kepercayaan menurut Moorman (1993) ialah ketika seseorang mengambil keputusan, ia akan lebih memilih keputusan berdasarkan pilihan daripada yang kurang dipercayai. Sebelum penjajahan Inggeris pada awal abad ke-19, agama yang terdapat di Tanah Melayu ialah agama Islam dimana penduduk asalnya adalah rata-rata orang melayu. Namun, penghijrahan secara beramai-ramai imigran Cina dan India ke Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung turut membawa sekali agama dan kepercayaan mereka. Jadinya, agama Islam dianuti oleh kaum melayu, agama Buddha pula dianuti oleh kaum Cina , sementara agama Hindu dianuti oleh orang India. Bagi penganut agama Islam, mereka menunaikan ibadah mereka di surau dan masjid. Masjid merupakan tempat untuk beribadah, berkumpul dan berdoa dalam melaksanakan ajaran-ajaran Islam. Penganutnya dikehendaki untuk menunaikan solat 5 waktu satu hari 10

iaitu solat subuh, zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Kepercayaan agama Islam ialah kepada Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul. Bagi penganut agama Buddha pula, mereka beribadah di Tokong. Mereka mengamalkan ajaran Siaharta Gautama Buddha yang bermula di India. Penganut agama Buddha mempercayai kehidupan selepas kematian. Selain itu, kaum Cina mempercayai nasib dan tuah yang disebut sebagai ‘Ong’ dan juga ‘Feng Shui’. Bagi agama Hindu, penganutnya mengamalkan kepercayaan kepada dewa dewi. Mereka mempercayai balasan baik dan buruk selepas kematian. Di samping itu, mereka mempercayai Sungai Ganges di India adalah tempat yang paling suci untuk membersihkan dosa-dosa. Disebabkan masing-masing kurang memahami dan mengenali agama dan kepercayaan kaum lain dan mereka senang menganggap bahawa mereka yang terbaik. Ini menguatkan perasaan buruk sangka sehingga menghalang mereka untuk bergaul baik antara satu dengan yang lain. Masalah perpaduan ini bukannya disebabkan pengaruh agama yang dianuti untuk memusuhi agama lain tetapi disebabkan sikap jahil terhadap agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja menyinggungkan perasaan penganut agama lain.

7.0 PENUTUP Disini dapat dirumuskan bahawa perlaksanaan dasar-dasar Inggeris di Tanah Melayu menyumbang kepada penghalang perpaduan kaum. Faktor politik iaitu dasar pecah perintah memberikan ketegangan yang buruk antara kaum. Perlaksanaan dasar ini mewujudkan syak wasangka di antara kaum. Disamping itu,aktiviti ekonomi yang berlainan juga menyebabkan pergaulan antara kaum terhad disebabkan mereka hanya

11

hidup dalam komuniti mereka tanpa ada pergaulan yang luas dengan kaum yang lain. Perbezaan sosial seperti agama, bahasa, kebudayaan menjarakkan lagi jurang pergaulan antara kaum. Mereka masing-masing jahil akan kebudayaan dan adat kaum lain selain timbul persepsi negatif. Masalah pendidikan juga menyumbang kepada penghalang perpaduan kaum melalui aspek sosial. Faktor-faktor ini boleh dirumuskan akibat sikap orang Melayu yang ingin mempertahankan kepentingan mereka dan sikap kaum bukan Melayu yang ingin menjaga kepentingan mereka juga. Kemuncak kepada keretakan hubungan kaum ialah pada peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa pertelingkahan kaum ini yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda mempunyai perkaitan yang rapat dengan Pilihanraya 1969.Hal-hal sensitif seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa dan hak kerakyatan. Oleh yang demikian, sebagai sebuah negara yang mempunyai kaum yang berbilang kaum, kita seharusnya mengubah prinsip pecah perintah dimana kita haruslah bersatu dan berganding bahu dalam menjaga keharmonian serta keamanan negara kita sendiri. Dengan demikian, peristiwa pertelingkahan kaum ini tidak akan berulang untuk kedua kalinya. Hal ini kerana sifat perkauman ini adalah punca utama keharmonian negara terjejas. Keharmonian tidak akan dinikmati tanpa perpaduan ibarat ‘ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Untuk mengelakkan kesan-kesan negatif timbul daripada masalah perpaduan dalam masyarakat, penghayatan Rukun Negara amat penting dan perlu dipraktikkan setiap hari kerana ia mengingatkan kita tentang kepentingan perpaduan dan kedaulatan negara. Perpaduan kaum perlu dijadikan Rukun dalam kehidupan seharian kerana tanpa adanya perpaduan , negara kita mudah dijajah oleh pihak luar.

12

BIBLIOGRAFI Abd. Rahim Abd. Rashid (2004). Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ahmad Ali Seman, Warti Bt Kimi (2013). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd. Guru Kampung (2005). Sejarah Pendidikan Negara. Diperoleh pada Oktober 24 2013 daripada http://gurusejarah.blogspot.com/

Hassan Ahmad (2006). Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal. Selangor : Alaf 21 Sendirian Berhad. Kassim Tukiman (Ed.).(1948). Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Lee Sin Lian, Aleeya Atiqah Ammar (Ed.) (2009). Focus Ace Pmr 2009 Sejarah. Malaysia : Pelangi Publishing Group Bhd. Mahzan Arshad (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu:Strategi Perancangan dan Perlaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohamad B.Abd Karim (2009). Sejarah British Di Tanah Melayu. Diperoleh pada Oktober 18 2013 daripada http://mohdkarimassigmentbloggerscom.blogspot.com/2009/10/sejarah-british-di-tanahmelayu.html

13

Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim(2009), Kenegaraan dan Ketamadunan, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris (Ed.).(2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Di Malaysia : Pengalaman 50 tahun Merdeka. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. Noriah Dzen (2009). Skor A Dalam PMR. Selangor : Pelangi Sdn. Bhd. Philippe Ries (2006). BADAI ASIA : Kisah di Sebalik Krisis Ekonomi Asia. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Shahril @ Charil Marzuki (2005). Mengurus & Membiayai Pendidikan di Malaysia. Pahang : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Tajuddin Hussein, Robiah Alias (Ed.). (2009). Malaysia negara kita. Kuala Lumpur : MDC Publishers Sdn.Bhd. Tan Mee Hiang (2008). Skor A Dalam PMR. Selangor : Pelangi Publishing Group Bhd. Wan Hashim (2011). Hubungan Etnik Di Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

14

More Documents from "BarbraHH Jeong"