Pengurusan Nyawa-khutbah 24.4.09

  • Uploaded by: ku
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengurusan Nyawa-khutbah 24.4.09 as PDF for free.

More details

  • Words: 455
  • Pages: 2
PENGURUSAN NYAWA

ALLAH MENCIPTAKAN MANUSIA DENGAN MISI YANG BESAR. KITA BUKAN DICIPTA SAJA-SAJA ATAU YANG BIASA-BIASA SAHAJA. FIRMAN ALLAH :

BERMAKSUD : “ ADAKAH KAMU MENGIRA KAMI MENCIPTAKAN KAMU SEBAGAI MAIN-MAIN DAN KAMU TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA KAMI?” SURAH ALMUKMININ 115. KITA DICIPTA UNTUK DUA MISI UTAMA : 1. MENJADI HAMBA ALLAH.FIRMAN NYA TIDAK AKU CIPTAKAN JIN DAN

MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADA KU. 2. MENJADI KHALIFAH ALLAH. FIRMAN ALLAH BERMAKSUD : AKU JADIKAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI”. BAGI MELAKSANAKAN DWIFUNGSI INI ALLAH SWT MENJADIKAN MANUSIA DGN BENTUK DALAMAN DAN LUARAN YANG SESUAI DENGAN MISI BESAR KEWUJUDANNYA,FIZIKAL,MENTAL,EMOSI DAN SPIRITUAL MANUSIA SANGAT KOMPLEKS DAN VERSATIL. SIDANG JUMAAT YANG DIRHMATI ALLAH, ANTARA BEKALAN YANG DIBERIKAN ALLAH IALAH NYAWA. DENGAN NYAWA KITA DIBERI PELUANG UNTUK MELAKSANAKAN MISI HIDUP KITA. JUSTERU KITA PERLU BERSYUKUR DIATAS NIKMAT YANG DIKURNIAKAN. NYAWA ADALAH MODAL UNTUK MERAIH KEUNTUNGAN DUNIA DAN AKHIRAT. JUSTERU NYAWA DILETAKKAN KATEGORI DARURIYYAT BERSAMA DENGAN AGAMA,KETURUNAN DAN HARTA. INGATLAH KEHIDUPAN DIDUNIA INI ADALAH PENTING KERANA ADANYA HARI AKHIRAT. KEBAHAGIAAN AKHIRAT TIDAK DAPAT DIRAIH TNPA KEHIDUPAN DIDUNIA. ISLAM MELARANG “MEMINTA” MATI APATAH LAGI MEMBUNUH DIRI. SABDA RASULULLAH SAW:”

JANGANLAH SESEORANG KAMU MENGHARAP KEMATIAN.KALAU DIA SEORANG MEMBUAT KEBAIKAN, MUDAH-MUDAHAN BERTAMBAH KEBAIKANNYA, DAN KALAU DIA ORANG BERBUAT SALAH, MUDAH MUDAHAN DIA BERTAUBAT”(RIWAYAT BUKHARI). SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA, APAKAH TANDA KITA MENGHARGAI NYAWA? JAWABNYA MUDAH,KITA MESTI MENGHARGAI MASA! MASA ADALAH NYAWA KITA. MEMBAZIR MASA BERERTI KITA MEMBUANG NYAWA. LIHAT ALLAH SANGAT MENGUTAMAKAN DENGAN MASA WALAUPUN ALLAH TIDAK TERIKAT DENGAN MASA. MASA ITU CIPTAAN ALLAH DAN SEKALI KALI IA TIDAK MEMBERI KESAN KEATASNYA. BETAPA ALLAH MENDIDIKK MANUSIA DENGAN MASA SEPERTI DALAM SURAH AL ASR. SELAIN DARI ITU DENGAN SELALU MELIHAT PERJALANAN MASA AKAN TERSINGKAPLAH RAHSIA KEBESARAN ALLAH SEBAGAI PENGKARYA YANG PALING AGUNG DAN SEMPURNA. RAMAI ORANG MENGHADAPI MASALAH DENGAN PENGURUSAN MASA. HAKIKATNYA JIKA SESEORANG ITU MENGURUSKAN AJARAN ISLAM SECARA TOTAL,MAKA MASA SESEORANG ITU AKAN TERURUS SECARA AUTOMATIK. MISDALNYA WAKTU SEMBAHYANG, JIKA DIJAGA DENGAN BAIK, HIDUP AKAN TERDISIPLIN DENGAN SENDIRINYA. BEGITU JUGA DENGAN PENGURUSAN MASA. BAYANGKAN JIKA SESEORANG ITU SEMBAHYANG 5 KALI SEHARI. MAKA DENGAN SENDIRINYA DIA AKAN SENTIASA MENGAWASI MASA. MANA MUNGKIN ORANG TERLALAI DALAM HIDUPNYA JIKA IA MENJAGA SOLATNYA. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, MENYEDARI HIDUP INI TERLALU SINGKAT TETAPI SANGAT BERHARGA INILAH MAKA ISLAM BUKAN SAHAJA MELARANG KITA MELAKUKAN PERKARA – PERKARA DOSA. MALAH PERKARA YANG SIA-SIA. BAHKAN JIKA KESELURUHAN KEHIDUPAN INI DIHABISKAN DENGAN KETAATAN, MANUSIA MASIH TIDAK MAMPU MEMBALAS SELURUH KEBAIKAN TUHAN. MEREKA YANG MENSISSIAKAN MASA IALAH ORANG YANG BANKRUP DALAM PERNIAGAANNYA DENGAN ALLAH. BENARLAH KATA SAIDINA ALI :” MASA ITU UMPAMA PEDANG. JIKA KAMU TIDAK MEMANCUNGNYA,IA AKAN MEMANCUNG KAMU”. MENGURUS MASA DENGAN BAIK BERMULA DENGAN PENETAPAN TUJUAN HIDUP. APA TUJUAN HIDUP KITA? INI ADALAH PERSOALAN ASA SEBELUM MENGURUSKAN MAS. TUJUAN HIDUP KITA DALAH UNTUK MEMNJADI HAMBA ALLAH DAN KHALIFAH.

Related Documents

Pengurusan Kewangan
May 2020 21
Pengurusan Strategik
October 2019 24
Pengurusan Kaunter
October 2019 37
Buku Pengurusan
May 2020 24
Pengurusan Integriti
May 2020 18
Pengurusan Jenazah
May 2020 25

More Documents from "alinz_maz"

Allah Maha Besar
June 2020 24
Bio Aura
April 2020 15
19yfb4xxc8zecrue8i93
November 2019 21