PENGUNAAN ANALOGI PENGGUNAAN ANALOGI SEBAGAI SATU ALTERNATIF PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FIZIK YANG BERKESAN Oleh: Burhan Bin Ramli Sekolah Menengah Sains Machang Machang Kelantan
1.0
PENGENALAN
Peningkatan pencapaian pelajar dari segi kualiti dan kuantiti dalam mata pelajaran Fizik adalah menjadi hasrat semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan di negara ini. Untuk menjelmakan hasrat ini menjadi satu realiti pelbagai usaha telah dilakukan. Bagi guru-guru Fizik usaha yang perlu dibuat adalah dengan memperkemaskan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kaedah p&p yang berbagai ini akan dapat membentuk sikap positif pelajar terhadap Fizik dan menjadikan Fizik ini lebih menarik dan mudah difahami. Konsep abstrak dalam Fizik memerlukan satu inovasi tertentu supaya pelajar tidak terpingapinga untuk memahaminya. Pendekatan yang lazim digunakan seperti menjalankan eksperimen, membina model-model dan lain-lain telah dapat membentuk konsep di kalangan pelajar. Satu kaedah lain yang dapat membentuk konsep abstrak dikalangan pelajar ialah pendekatan p&p menggunakan analogi (Harrison & Treagust, 1993; Thiele & Treagust, 1994; Treagust, Duit, Joslin & Lindauer,1992). Analogi telah memainkan peranan yang sangat penting dalam penerangan sains dan dalam penemuan sains. Contohnya Johannes Kepler seorang ahli astronomi telah membina satu analogi antara pergerakan planet dengan pergerakan jam. Menurut sejarah perkembangan sains, para saintis dan pendidik sains telah menggunakan a n a l o g i u n t u k m e n e ra n g k a n ko n s e p - ko n s e p ya n g p e n t i n g ( B r o w n , 1 9 9 2 ; Clement,1993,Gentner,1989; Hesse,1996; Hoffman,1980; Lawson, 1993; Oppenheimer; 1956; Thagard,1992;Venville & Treagust, 1997; Vosniadou& Ortony,1980). Sebenarnya guru tidak menyedari mereka telah menggunakan analogi dalam proses P&P mereka. Kadang-kadang mereka menggunakan pernyataan seperti “Ianya sama seperti….,” Ianya dapat dibandingkan dengan …..,” Ianya serupa dengan …..,” (Iding,1997). Pernyataanpernyataan ini sebenarnya telah menjuruskan para guru Fizik kepada penggunaan analogi dalam p&p mereka.
Kertas Pembentangan
99
2.0
RASIONAL KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan pendekatan menggunakan analogi sebagai satu kaedah p&p Fizik di sekolah sekolah menengah di Malaysia dalam memahami sesuatu konsep abstrak dalam matapelajaran Fizik. Perbandingan antara kaedah analogi ini dibandingkan dengan kaedah tradisional yang diamalkan sekarang. Mata pelajaran Fizik dipilih untuk kajian ini kerana ia adalah merupakan satu mata pelajaran yang mempunyai banyak konsep-konsep abstrak yang memerlukan kaedah tertentu untuk memahaminya.
3.0
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah: ! Untuk mengetahui kesan penggunaan analogi dalam proses p&p Fizik di sekolah berbanding dengan kaedah tradisional dari segi pencapaian akademik. ! Untuk menentukan adakah terdapat perbezaan antara pelajar perempuan dengan pelajar lelaki dalam menggunakan pendekatan analogi ini dari segi pencapaian akademik. 4.0
SOALAN-SOALAN KAJIAN
Kajian ini adalah untuk menjawab persoalan-persoalan berikut: Adakah penggunaan analogi dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar seperti kaedah tradisional? Adakah terdapat perbezaan dalam penggunaan analogi dari segi jantina pelajar? 5.0
SASARAN KAJIAN
Seramai 55 orang pelajar dari dua kelas tingkatan lima SM Sains Machang terlibat dalam kajian ini. Kedua-dua kelas ini dipilih kerana prestasi akademik kelas-kelas ini adalah seimbang. 6.0 BATASAN KAJIAN Kajian ini adalah satu kajian eksperimen yang dijalankan sendiri oleh pengkaji. Batasan kajian ini adalah untuk tajuk Elektrik dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan Lima. Penggunaan analogi ini ada limitasi atau konstrain tertentu dan tidak semua topik perlu menggunakan analogi. Penggunaan analogi adalah hanya untuk menjelaskan konsep-konsep abstrak yang tidak maujud.
100
Kertas Pembentangan
7.0
DEFINISI KONSEP 7.1 Kaedah P&P Menggunakan Analogi Satu kaedah p&p untuk membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep asas Fizik secara mengaitkan konsep itu dengan satu konsep lain yang mempunyai ciri yang serupa. 7.2
Kaedah P&P Tradisional
Satu kaedah p&p yang menggunakan kaedah eksperimen, perbincangan dan lain-lain kaedah selain dari kaedah menggunakan analogi. 8.0
TINJAUAN LITERATUR 8.1
Apa itu Analogi ?
Analogi adalah satu kaedah untuk membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep asas Fizik secara mengaitkan konsep itu dengan satu konsep lain yang serupa. 8.2
Fungsi Analogi
Fungsi mencipta dan menggunakan analogi adalah untuk membentuk dan memahami konsep-konsep asas sains semasa proses p&p. Contohnya : ! Jantung sama seperti sebuah pam ! Kidney sama seperti penapis ! Mata sama sepeti kamera ! Sel sama seperti sebuah kilang 8.3
Membina Analogi : Model TWA
Model Teaching With Analogies (TWA) di hasilkan oleh Glynn, Duit dan Thiele pada tahun 1995 (Shawn M. Glynn,1995) untuk dijadikan panduan bagi para guru Fizik mencipta sendiri analogi dalam pengajaran. Dalam model ini ciri dari konsep analog (analog concept) dibandingkan dengan konsep sasaran (target concept). Jika terdapat beberapa ciri yang serupa maka analogi dapat dibentuk di antara mereka.
Kertas Pembentangan
101
Konsep Analog
Bandingkan dengan
Konsep Sasaran
Ciri-ciri 1.2.3. dll
Ciri-ciri1,2,3 dll
Model ini mengemukakan 6 langkah dalam operasinya iaitu: ! Kenalpasti konsep sasaran (contoh: litar elektrik) ! Kenalpasti konsep analog (contoh: litar air) ! Kenalpasti ciri-ciri yang relevan antara kedua-dua konsep itu ! Padankan kesamaan antara kedua-dua konsep itu ! Kenalpasti tahap atau keadaan bagi ciri-ciri antara kedua-dua konsep itu yang bercanggah ! Buat kesimpulan tentang kedua-dua konsep itu Contoh 1: Konsep Analog
Konsep sasaran
Litar Air
Litar Elektrik
Air
Elektrik
Aliran air
Arus
Paip
Dawai
Pam
Sel Kering
Tekanan
Voltan
Penapis
Perintang
Halangan Aliran Air
Rintangan
8.4 Halangan (Constrain) Penggunaan analogi boleh mendatangkan “misconception” jika konsep analog dan konsep sasaran dikembangkan terlalu jauh. Contohnya dalam analogi antara litar elektrik dan litar air, jika paip air di potong air akan memancut keluar tetapi jika dawai dipotong perkara ini tidak akan berlaku. Dalam contoh analogi antara mata dan kamera, analogi tidak dapat berfungsi dalam kes memfokus kerana kamera difokus dengan mengubah jarak antara kanta dengan filem manakala dalam mata manusia pemokusan dibuat oleh otot-otot siliari dan kornia. Oleh itu dalam menggunakan analogi semasa p&p perkara-perkara yang boleh mendatangkan pertembungan fakta antara konsep sasaran dengan konsep analog perlu dikenalpasti dan dielakkan.
102
Kertas Pembentangan
9.0
METODOLOGI KAJIAN
Subjek Populasi sasaran ialah pelajar-pelajar tingkatan 5 Al Biruni (AB) dan 5 Al Farabi (AF) di Sekolah Menengah Sains Machang Kelantan. Persampelan Untuk tujuan persampelan, seramai 55 orang dipilih dari populasi 158 orang pelajar Tingkatan 5. 26 orang pelajar dari tingkatan 5AB diletakkan dalam kumpulan kawalan dan 29 orang lagi dari tingkatan 5 AF diletakkan dalam kumpulan eksperimen. Sampel yang dipilih untuk keduadua kumpulan adalah berdasarkan keputusan peperiksaan PMR 2004 dan “Take Off Value” (TOV) peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 tahun 2005. Bilangan pelajar lelaki dan perempuan untuk kumpulan eksperimen adalah 16 orang lelaki dan 13 orang perempuan. Peralatan Instrumen dan bahan yang digunakan ialah: ! Soalan ujian pra (Pre test) ! Soalan ujian pasca (Post test) Aspek yang dikaji (a) kesan penggunaan analogi dalam proses p&p Fizik di sekolah berbanding dengan kaedah tradisional dari segi pencapaian akademik; dan (b) kesan penggunaan analogi dalam p&p kepada pelajar dari segi jantina. Prosedur Kajian Sampel pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan diuji dengan soalan-soalan ujian pra. Ujian ini adalah untuk mendapatkan pengetahuan sedia ada pelajar bagi kedua-dua tingkatan dalam tajuk Elektrik. Proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan selama dua minggu iaitu sebanyak empat kali pengajaran dalam tajuk Elektrik . Tajuk untuk setiap p&p adalah: Pengajaran & pembelajaran pertama adalah bagi tajuk arus. Pengajaran & pembelajaran kedua adalah bagi tajuk rintangan. Pengajaran& pembelajaran ketiga adalah bagi tajuk litar siri dan selari. Pengajaran & pembelajaran keempat adalah bagi tajuk litar siri dan selari.
! ! ! !
Kertas Pembentangan
103
Selepas selesai proses p&p sampel pelajar dalam kedua-dua kumpulan diuji sekali lagi dengan soalan-soalan pasca (post test). Prosedur Analisa Data Markah bagi kedua-dua ujian di analisa dengan menggunakan dapatan min skor kedua-dua ujian. Min skor untuk kumpulan-kumpulan berikut di hitung: ! kumpulan kawalan (pelajar 5 AB) ! kumpulan eksperimen (pelajar 5 AF) ! pelajar perempuan kumpulan eksperimen ! pelajar lelaki kumpulan eksperimen 10.0
DAPATAN 10.1.
Min Markah Untuk Setiap Ujian
Jenis Ujian Ujian Pra
Ujian Pasca
10.2
Kumpulan
Min markah
Kumpulan kawalan (5 AB)
57.8%
Kumpulan eksperimen (5 AF)
56.4%
Pelajar perempuan kumpulan eksperimen
22.1%
Pelajar lelaki kumpulan eksperimen.
33.3%
Kumpulan kawalan (5 AB)
82.8%
Kumpulan eksperimen (5 AF)
88.9%
Pelajar perempuan kumpulan eksperimen
36.2%
Pelajar lelaki kumpulan eksperimen.
52.7%
Analisis ujian Pra Kajian
Berdasarkan nilai min untuk ujian pra, pencapaian untuk kedua-dua kumpulan adalah seimbang. Beza min hanya 1.4 %. Soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan soalan pengetahuan umum tentang tajuk kelektrikan yang telah dipelajari pada peringkat menengah rendah dahulu. Bagi kumpulan pelajar lelaki dan perempuan dalam kumpulan eksperimen di dapati bahawa pencapaian pelajar lelaki lebih tinggi sebanyak 11.2 %. Ini menunjukkan pengetahuan sedia ada pelajar lelaki lebih tinggi dari pelajar perempuan dalam tajuk ini.
104
Kertas Pembentangan
10.3
Analisis Ujian Pasca Kajian Berdasarkan nilai min untuk ujian Pasca, pencapaian untuk kumpulan eksperimen melebihi sebanyak 6.1% berbanding dengan pencapaian pelajar kumpulan kawalan. Bagi kumpulan pelajar lelaki dan perempuan kumpulan eksperimen didapati pencapaian pelajar lelaki lebih tinggi sebanyak 16.5 %.
11.0
RUMUSAN DAN CADANGAN
Dari data yang diperolehi didapati bahawa terdapat sedikit perbezaan min di antara pelajar yang menggunakan kaedah analogi berbanding dengan yang menggunakan kaedah tradisional dalam proses p&p Fizik bagi tajuk Elektrik. Ini bermakna secara signifikan bahawa penggunaan analogi boleh juga di amalkan sebagai satu kaedah p&p secara dominan di dalam bilik darjah bagi mata pelajaran Fizik. Terdapat perbezaan min yang ketara antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan yang menggunakan pendekatan analogi dengan pendekatan tradisional. Ini bermakna pelajar lelaki lebih mudah menggunakan pendekatan ini dalam memahami konsep Fizik. Dengan dapatan ini maka dicadangkan guru-guru fizik menggunakan juga kaedah p&p menggunakan analogi ini supaya kefahaman pelajar bagi konsep-konsep fizik yang abstrak dapat ditingkatkan dengan lebih baik. Model TWA boleh digunakan sebagai panduan asas bagi guru-guru untuk membina sendiri analogi semasa p&p. Jika analogi yang dibina adalah relevan dengan pengetahuan asas pelajar maka ia akan lebih bermakna. Para pelajar sendiri boleh dilatih untuk membina analogi mereka sendiri semasa belajar. Menurut Glynn, 1955 pembinaan analogi oleh pelajar sendiri akan membentuk satu kaedah belajar secara bebas (independent approach of learning). Satu konsep sukar akan dapat difahami dengan lebih mudah dan ini pastinya boleh meningkatkan motivasi pelajar bagi mata pelajaran yang sukar seperti Fizik.
Kertas Pembentangan
105
BIBLIOGRAFI
Brown D.E. (1992). Using examples and analogies to remediate misconceptions in physics : Factors influencing conceptual change. Journal of Research in Science Teaching, 29,17 34.
Duit, R (1992). On the role of analogies ang metaphors in learning science. Science Education, 75, 649-672.
Gentner,D. (1989) . The mechanisms of analogical learning. In S. Vosniadau and A.Ortony Eds.), Similarity and analogical reasoning (pp. 199-241) Cambridge : Cambridge Press.
Glynn,S.M. (1995). Conceptual bridges : Using analogies to explain scientific concepts. The Science Teacher, 62, 25-27.
Glynn,S.M., & Duit, R.,& Thiele,R (1995). Teaching with analogies : A strategy for constructing knowledge. In S.M. Glynn & R. Duit (Eds.), Learning science in the schools : Research reforming practice (pp.247-273). Mahwah, NJ : Erlbaum.
Harrison, A.G & Treagust, D.F. (1993). Teaching with analogies : A case study in grade 10optics.Journal of Research in Science Teaching, 30, 1291-1307.
Iding, M.K. (1997). How analogies foster learning from Science text. Instructional Science, 25, 233-253.
Thagard, P. (1992). Analogy, explanation, and education. Journal of Research in Science Teaching, 29,537-544.
106
Kertas Pembentangan
PROGRAM ‘AbZERO’ JAYA PROGRAM ‘AbZERO’ JAYA Oleh: Kaladevi A/P Arumugam Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya 43200 Balakong, Selangor 1.0
TAJUK KAJIAN
Mengurangkan Kadar Peratusan Ponteng Kelas Dalam Kalangan 40 orang pelajar yang dikenalpasti oleh Unit Disiplin SMK Cheras Jaya, Balakong Melalui Program Mata Ganjaran ABZERO (ABSENT ZERO). 2.0
LATAR BELAKANG SEKOLAH DAN PELAJAR
SMK Cheras Jaya merupakan satu-satunya sekolah menengah yang terletak di Taman Perumahan Cheras Jaya, kira-kira 6 km dari bandar terdekat iaitu Balakong. Sekolah ini menerima pelajar daripada sekolah rendah (SK, SRJKC dan SRJKT) yang berhampiran. Rata-rata pelajar di sekolah ini dikesan kurang bermotivasi untuk belajar dan suka berkelompok mengikut bangsa dan sering terlibat dalam kes disiplin seperti pergaduhan berkumpulan, merokok, ponteng sekolah dan ponteng kelas. Apabila sahaja ada peluang, mereka dikesan suka keluar dari kelas dan bergerak dalam kumpulan kecil serta melepak di luar bilik darjah. Walaupun terdapat peratusan kecil pelajar yang sangat cemerlang dalam akademik dan kokurikulum, sebahagian besar pelajar mempunyai masalah kurang menguasai kemahiran 3M dengan baik sehingga mereka tidak berminat untuk belajar. Pelajar kumpulan lemah sering tidak menyiapkan kerja rumah dan apabila diminta oleh guru, mereka akan mengelak dengan tidak hadir terus ke sekolah atau ponteng kelas guru tersebut. 3.0
REFLEKSI
Setiap kali Mesyuarat Jawatankuasa HEM Unit Disiplin diadakan, isu pelajar ponteng sering menjadi topik hangat kerana semakin meruncing. Kes pelajar ponteng sekolah (iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa surat makluman sijil cuti sakit atau surat ibu/bapa/penjaga) dan ponteng kelas (tidak berada di kelas semasa p&p dijalankan) merupakan kes paling tinggi dirakamkan dalam Buku kawalan Kelas (BKK). Apabila terdapat kes ponteng, khususnya ponteng kelas, nama pelajar tersebut akan dicatat oleh guru mata pelajaran berkenaan ke dalam BKK. Setiap minggu, pada waktu balik, apabila
Kertas Pembentangan
107
BKK dihantar ke Bilik HEM (Hal Ehwal Murid), nama pelajar yang ponteng akan direkodkan untuk tindakan guru disiplin dan akan dijalankan analisis mengikut tarikh dan masa.Daripada sesi soal siasat yang dijalankan, kami, guru disiplin mendapati pelajar akan memberi pelbagai alasan untuk mempertahankan diri daripada dibabitkan dalam kes ponteng ini seperti berada lama di tandas, membantu guru lain di kawasan sekolah, terlewat masuk, tiada guru dalam kelas dan sebagainya.
JADUAL I - DATA PELAJAR PONTENG MENGIKUT JANTINA, KAUM DAN TINGKATAN MULAI JANUARI HINGGA 15 APRIL 2006
TINGKATAN
JANTINA
MELAYU/ BUMIPUTRA
CINA
INDIA
JUMLAH
L
P
TIGA
10
5
3
2
4
0
24
EMPAT
6
4
0
0
0
0
10
LIMA
1
1
0
0
4
0
06
JUMLAH
17
10
3
2
8
0
JUMLAH BESAR
27
05
08
Satu perkara yang menarik ialah, kami dapat mengesan bahawa pelajar yang sama terlibat di dalam kes ponteng kelas. Ini bermakna pelajar tersebut mengulangi kesalahan yang sama kerana tidak gentar dengan tindakan yang diambil. Daripada sesi temubual dan borang soal selidik dalam tempoh Januari 2006 sehingga April 2006 yang kami jalankan, rumusan berikut dapat dibuat. (i) (ii) (iii)
108
Alasan utama untuk ponteng kelas ialah tidak menyiapkan kerja rumah atau latihan yang diberikan oleh guru sebelum p&p bermula. (37.5%). Alasan sikap malas, perasaan bosan dan rasa mengantuk dalam kelas sebagai alasan kedua tertinggi untuk ponteng kelas. Alasan seperti tidak takut kepada guru, berjumpa kawan di luar, terlupa atau tidak sengaja, tiada p&p (waktu guru relief) dan urusan di luar kelas bukan menjadi pilihan responden.
Kertas Pembentangan
Jadual II Respons Pelajar tentang Alasan Ponteng (mengikut pilihan utama)
PILIHAN
ALASAN PONTENG
RESPONS
PERATUS (%)
15
37.5
A
Tidak siap /buat latihan/ tugasan/ kerja rumah
B
Tidak bawa buku/ tugasan yang diberi
5
12.5
C
Tiada guru dalam kelas ketika ponteng
1
2.5
D
Tidak takut kepada guru yang mengajar ketika itu
0
0.0
E
Berjumpa dengan kawan di luar kelas
0
0.0
F
Terlupa / tidak sengaja
0
0.0
G
Malas / boring / mengantuk dalam kelas
11
27.5
H
Tidak berminat dengan subjek yang diponteng
4
10.0
I
Tiada alasan / sengaja ponteng / suka ponteng
2
5.0
J
Tiada P & P guru relief masuk kelas
0
0.0
K
Berjanji dengan kawan untuk ponteng
1
2.5
L
Ada hal penting untuk diuruskan di luar kelas
0
0.0
M
Membantu guru lain tanpa surat kebenaran
1
2.5
40
100.0
JUMLAH RESPONS
Kajian kami juga menunjukkan bahawa pelajar sasaran sebenarnya mempunyai tendensi untuk ponteng kelas. Walaupun 55.0% (22 orang) mengatakan mereka tidak suka ponteng kelas, kami agak terkejut dengan respons bahawa 45.0 % (18 orang) pelajar suka ponteng kelas. Jadual III Respons Pelajar tentang Sikap Ponteng. JANTINA
JUMLAH RESPONDEN
Lelaki
28
Perempuan
SUKA (Bilangan)
%
TIDAK SUKA (Bilangan)
%
15
53.8
13
46.4
12
07
58.3
05
41.7
40
22
55.0
18
45.0
Pelajar yang terlibat dalam kes ponteng kelas yang serius sehingga mata penalti mencapai tahap maksimum (40 mata penalti boleh digantung sekolah, 50 mata penalti boleh dibuang sekolah), bersetuju jika diberi peluang untuk mengurangkan mata penalti, mereka sanggup bekerjasama dengan Unit HEM untuk mengurangkan kes ponteng kelas (Rujuk Jadual IV Respons Pelajar untuk mengurangkan mata penalti).
Kertas Pembentangan
109
Jadual IV Respons Pelajar tentang Persetujuan Pengurangan Mata Penalti melalui Program ABZERO JANTINA
JUMLAH RESPONDEN
Lelaki
28
Perempuan
SETUJU (Bilangan)
%
TIDAK SETUJU (Bilangan)
%
27
96.4
1
3.6
12
12
100.0
0
0.0
40
39
97.5
1
2.5
Kesimpulannya, pelajar dalam kumpulan kajian kami sangat berminat untuk berusaha mengurangkan kes ponteng kelas serta mata penalti yang banyak terkumpul dalam kad wajaran individu iaitu 97%. Oleh yang demikian, kami merasakan keperluan untuk melancarkan Program ABZERO dengan segera kepada kumpulan sasaran ini dengan harapan untuk mengurangkan peratus ponteng kelas dalam kalangan mereka. 4.0
FOKUS KAJIAN
Kajian kami berfokus kepada mengurangkan peratus ponteng kelas di kalangan 40 orang pelajar yang dipilih oleh Unit Disiplin. Melalui satu program terancang yang inovatif, kami menjadikan kumpulan pelajar sasaran ini sebagai Kumpulan Rintis (PIONEER) bagi memenangi kes ponteng kelas. Sokongan daripada pihak pentadbiran dan guru-guru lain akan menjadi kekuatan dan inspirasi kepada kami di Unit Disiplin untuk melancarkan kajian tindakan yang kami kenali sebagai Program Mata Ganjaran ABZERO. Pendekatan yang kami gunakan melalui Program Mata Ganjaran ABZERO ialah Penguatkuasaan Positif (Positive Reinforcement). Ini bermakna jika selama ini pelajar yang ponteng kelas diberikan mata penalti (Penalty Points) melalui kaedah Penguatkuasaan Negatif (Negative Reinforcement) yang merugikan pelajar, kaedah baru ini memberi peluang kepada mereka untuk menebus kembali mata penalti melalui mata ganjaran (Reward Points). Mengikut Pendekatan Teori Motivasi yang dikemukakan oleh pelbagai pihak, mendakwa bahawa ganjaran atau reward sangat besar pengaruhnya ke atas tingkah laku individu. ......apabila sesuatu tingkah laku diberi ganjaran, maka itulah yang akan dilakukan....individu terdorong melakukan sesuatu perbuatan dengan harapan dia akan mendapat ganjaran yang diharapkan (Ainon Mohd. & Abdullah Hassan, Guru sebagai Pendorong dalam darjah, m.s. 9).
110
Kertas Pembentangan
Ada dua strategi untuk menangani kerenah murid-murid nakal. Pertama guru perlu memadamkan tingkah laku yang negatif, dan kedua guru perlu mengukuhkan tingkah laku yang positif (m.s 21). Prof. Tosi dan rakan-rakannya mengemukakan panduan berikut untuk melaksanakan program pengukuhan positif (positive reinforcement): ! Beri ganjaran yang dihargai oleh si penerima ! Kaitkan ganjaran itu dengan tingkah lakunya ! Ganjaran mestilah diberikan selalu (m.s. 36-37) Pendekatan Mata Ganjaran ABZERO yang akan kami gunakan menekankan kepada : i.
Pengagihan pelajar dalam kumpulan sasaran (Mentee ABZERO) kepada beberapa orang guru daripada Unit Disiplin (HEM) yang terpilih dan dikenali sebagai (Mentor ABZERO) - mengikut pilihan pelajar atau pilihan guru.
ii.
Pemantauan kehadiran pelajar setiap waktu (period) / setiap hari selama 10 minggu melalui Buku / Kad ABZERO (Rujuk Lampiran I) yang akan ditandatangani oleh guru mata pelajaran atau guru ganti (Relief).
iii.
Pengesahan BKI Mentee ABZERO pada waktu akhir (1.05 petang) oleh Mentor ABZERO melalui tandatangan dan cop setiap hari sebelum balik.
iv.
Penebusan mata penalti (MP) individu yang sedia ada melalui mata ganjaran (MG) yang diberikan setiap minggu jika pelajar dapat mengekalkan rekod tidak ponteng kelas bagi minggu tersebut.
v.
Makluman (bertulis) mingguan di papan kenyataan HEM tentang pelajar kumpulan sasaran yang berjaya mengekalkan rekod tidak ponteng serta rekod MP dan MG sebagai rangsangan kepada pelajar lain dan motivasi kepada pelajar kumpulan sasaran.
vi.
Sijil Penghargaan serta hadiah ganjaran yang diberikan semasa perhimpunan rasmi kepada pelajar kumpulan sasaran yang berjaya mengurangkan kes ponteng kepada sifar (ZERO ABSENT) pada akhir minggu yang ke sepuluh.
Kertas Pembentangan
111
5.0
OBJEKTIF KAJIAN 5.1
Objektif Umum
Mengurangkan peratus kes ponteng kelas dalam kalangan pelajar supaya masalah disiplin yang berkaitan dapat dimenangi secara berperingkat melalui pendekatan penguatkuasaan positif demi menjamin peningkatan dalam bidang akademik. 5.2
Objektif Khusus
i.
Setiap pelajar dalam kumpulan sasaran (40 orang) dapat mencapai sekurangkurangnya 80 % kehadiran penuh dalam kelas bagi tempoh 10 minggu yang ditetapkan. (Objektif Individu)
ii.
Setiap pelajar dalam kumpulan sasaran (40 orang) dapat menebus kembali 80 % mata penalti dalam kad wajaran individu melalui mata ganjaran agar kes gantung atau buang dapat dikurangkan.
iii. Peratus ponteng kelas bagi kumpulan sasaran secara keseluruhan dapat dikurangkan sekurang-kurangnya sebanyak 75 %. 6.0
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 40 orang pelajar yang dikenalpasti oleh Unit Disiplin (HEM) melalui rekod dalam Kad Wajaran Individu mulai 3 Januari 2006 sehingga 15 April 2006. Kumpulan sasaran rintis ini dipilih dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan, pelbagai bangsa dari Tingkatan 3, 4 dan 5. Pelajar sesi pagi dipilih untuk memudahkan kerja-kerja pemantauan, merekod dan sebagainya oleh Mentor ABZERO. 7.0
TINDAKAN YANG TELAH DIJALANKAN 7.1
Tinjauan Masalah
Sebelum mengaplikasikan pendekatan yang dicadangkan, kami telah meninjau masalah ponteng kelas dalam kalangan pelajar sesi pagi di sekolah kami bertujuan untuk mengesan keseriusan masalah ponteng kelas, kekerapan ponteng kelas dan data pelajar yang mencatat bilangan kes ponteng kelas yang tertinggi.
112
Kertas Pembentangan
Tinjauan dijalankan dengan mengutip data seperti berikut: i.
Pengumpulan data mentah tentang kes ponteng kelas yang dicatat dalam Buku Kawalan Kelas (BKK) bagi Tingkatan 3, 4 dan 5.
ii.
Mengenalpasti dan menyenaraikan nama 40 orang pelajar yang mencatat bilangan ponteng kelas tertinggi tanpa prejudis (jantina, bangsa, tingkatan, masalah disiplin lain, jumlah mata penalti sedia ada).
iii. Mengumpulkan maklumat tentang respons pelajar sasaran tentang masalah ponteng kelas melalui borang soal selidik . 7.2
Pengenalan Program ABZERO
Oleh kerana program ini merupakan satu projek rintis, semua warga sekolah diberi makluman tentang aktiviti yang akan dijalankan dan tempoh serta harapan Unit Disiplin serta pihak sekolah. Oleh yang demikian, taklimat ringkas diberikan kepada semua pihak. Cara Pelaksanaan: Taklimat Pengenalan Program ABZERO kepada pentadbir, guru, mentor dan pelajar kumpulan sasaran untuk mendapatkan kerjasama menjayakan program ini. Pelajar diberikan peneguhan positif tujuan mereka dipilih, cara pelaksanaan program, tempoh, manfaat yang akan diperoleh, mentor ABZERO dan lain-lain lagi. Taklimat semasa perhimpunan pagi kepada semua pelajar supaya dapat menyokong rakan-rakan yang terlibat dalam program ini. 7.3
Agihan Mentor dan Mentee ABZERO
Bilangan pelajar yang terlibat dalam program ini agak ramai, iaitu 40 orang pelajar. Oleh yang demikian, dengan persetujuan secara sukarela, seramai 20 guru Unit Disiplin diberi mandat untuk menjadi Mentor ABZERO. Cara Pelaksanaan Mentor dipilih oleh Unit HEM dan diagihkan kepada 2 orang mentee. 7.4
Penggunaan Buku / Kad ABZERO
Setiap pelajar diberikan sebuah buku / kad ABZERO dan cara penggunaannya.
Kertas Pembentangan
113
Cara Pelaksanaan: i.
Pelajar perlu mendapatkan tandatangan setiap guru yang masuk ke kelas pada hari berkenaan untuk mengesahkan mereka berada di kelas sepanjang masa. ii. Sebelum balik (Jam 1.05 petang), pelajar berjumpa dengan Mentor untuk menandatangan pengesahan. iii. Pada hari terakhir minggu tersebut (Jumaaat), mentor membuat ulasan samada pelajar ini boleh diberi Markah Ganjaran dan jumlahnya. iv. Markah Ganjaran ini dicatat ke dalam kad wajaran individu dan dipamerkan dalam borang prestasi kelompok yang dipamerkan di papan kenyataan HEM. v. Buku / kad ABZERO boleh disimpan setiap hari oleh Mentor ABZERO dan diserahkan kepada Mentee setiap pagi. 7.5
Penilaian Program
Selepas tempoh 9 minggu, prestasi setiap pelajar dibandingkan. Pelajar yang mencapai target 80 % diberikan sijil dan hadiah penghargaan semasa perhimpunan sekolah. 8.0
DAPATAN KAJIAN
Selepas tempoh sembilan minggu, kami dapati 30 % pelajar mencapai objektif ponteng sifar 100%. 40 % pelajar mencapai objektif 80 %. 15 % mencapai 65 % dan bakinya mencapai kurang 50 %. Pelajar perempuan menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada lelaki. 4 orang pelajar menunjukkan peningkatan dalam kerja sekolah dan juga peningkatan dalam akademik. (Respons daripada guru kelas) 11.0
PENUTUP
Program ini berjaya mencapai 75 % kejayaan keseluruhannya. Program ini telah diteruskan kepada kumpulan pelajar sesi petang (30 orang) dan beberapa pelajar yang dikenalpasti dari semasa ke semasa dimasukkan ke dalam program ini. _________________________________________________________________________ BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan, & Ainon Mohd., Daya Pengaruh Dan Perubahan Sikap, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., K.L. 1997. Edwards, D.C., Motivation & Emotion, SAGE Publications, California, 1999. Martin, G. & Pear, J., Behavoir Modification, 6th ed. Prentice Hall, NJ 1999. Weiner, B., Theories of Motivation, Rand-Mc Nally, Chicago, 1972.
114
Kertas Pembentangan
LAMPIRAN A CONTOH BUKU/ KAD ABZERO CATATAN HARIAN
TARIKH: …………………….. HARI: ……………………..
MASA/ WAKTU
SUBJEK
NAMA GURU
T/TANGAN GURU
CATATAN GURU
1 2 3 4 REHAT 5 6 7 8 9 10
NAMA GURU MENTOR : ………………………………………….. TANDATANGAN:…………………………………………… Kertas Pembentangan
115
FRANCAIS 'FRANCAIS' PENDEKATAN ALTERNATIF KE ARAH KECEMERLANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI Oleh: Boey Mei Li Sek. Men. Keb. (P) Sri Mutiara Pulau Pinang. McDonalds dan Pizza Hut, KFC dan Marybrown. Nama-nama ini sinonim dengan makanan barat yang didagangkan melalui francais. Dalam bidang bisnes, aplikasi konsep francais amat meluas, terutamanya dalam bidang bisnes makanan. Resipi, jenis makanan dan promosi adalah sama dan logo syarikat mudah dikenali di Malaysia atau seluruh dunia . Dalam bidang pendidikan pula, unsur-unsur francais terdapat juga dalam bidang pendidikan tertier. IPTS antarabangsa seperti Universiti Monash, Universiti Notingham dan Universiti Curtin berkolaborasi dengan IPTS tempatan untuk menawarkan, antara lain program-program kembar, 3+1 dan 3+0. IPTS tempatan menggunakan sukatan pelajaran, teks dan sumbersumber rujukan dan penilaian yang disediakan oleh universiti induk ini tetapi dilaksanakan oleh pensyarah tempatan atau asing di Malaysia. Ijazah dikeluarkan oleh universiti asing berkenaan. Ada pula IPTS yang menawarkan program ijazah dari IPTA tempatan melalui kolaborasi dengan contohnya USM, UKM dan UM. Tetapi sejauh manakah aplikasinya di peringkat sekolah? Pernahkah dijalankan? Bolehkah berjaya? Daripada pengalaman dan hasil dapatan projekprojek yang dijalankan, pendekatan 'francais' boleh diaplikasikan di peringkat sekolah dengan jayanya.Pendekatan 'Francais' Apakah yang dikatakan pendekatan 'francais' ini? Mengikut Ensiklopedia Wikipedia, francais ialah suatu cara menjalankan busines di mana francaisor melesenkan tanda perdagangan dan kaedah busines yang telah dicuba dan dibuktikan kepada francaise dengan pembayaran berulang dan suatu peratusan daripada jumlah penjualan kasar atau jumlah keuntungan kasar serta yuran tahunan. Antara sifat lain ialah latihan dan perkhidmatan sokongan diberikan, buku diaudit dan kedai dikenakan semakan berjadual dan mengejut. Konsep francais bermula se awal tahun 1850'an lagi. Antara usaha francais yang terawal di Amerika Syarikat ialah usaha Issac Singer, syarikat Coca-Cola dan A&W Root Beer. Dalam bidang pendidikan pula, pendekatan francais amat meluas di seluruh dunia. Tertarik dengan pendekatan dan pemahaman ini, suatu kerangka pendekatan francais dihasilkan. Rajah 1 menunjukkan kerangka 'francais' yang digubal dan digunakan. Rajah 1 Pendekatan Francais Menyediakan Modul
FASILITATOR
Membimbing
PELAKSANA
Memantau
Kertas Pembentangan
117
Dalam pendekatan francais ini, guru fasilitator (pembimbing) akan menyediakan modul, membimbing dan memantau perkembangan manakala guru pelaksana melaksanakannya. Modul yang digunakan adalah suatu yang telah dicuba dan dibuktikan boleh berjaya. Fasilitator melatih pelaksana menjalankan modul dan memberi perkhidmatan sokongan (bimbingan) kepada pelaksana melalui ICT seperti telefon, faks, internet (mail elektronik) dan sistem pesanan ringkas (SMS). Perkembangan pelakasanaan dipantau dan pencapaian disemak. Berdasarkan pendekatan ini, tiga projek telah dijalankan setakat ini dengan satu lagi sedang dijalankan. Daripada tiga projek yang dijalankan pencapaian amat menggalakkan dan dipercayai jika pendekatan francais ini diaplikasikan di sekolah-sekolah, kemungkinan besar ia dapat memulihkan semula status Geografi sebagai mata pelajaran elektif pilihan di peringkat SPM dan STPM dan membantu sekolah-sekolah berprestasi rendah (SPR) seperti sekolahsekolah kebangsaan. APLIKASI DAN KEJAYAAN Kajian Kes 1 Projek pertama telah dijalankan di sebuah sekolah menegah luar bandar bertaraf sosioekonomi nelayan, S.M.K. Simpang (SMKS) di Perak pada tahun 1998. Dua orang guru yang tidak pernah mengajar geografi SPM tiba-tiba dipertanggungjawabkan untuk mengajar Geografi SPM. Walau pun mereka bukan guru baru, mereka tidak yakin mengajar Geografi SPM. Mengikut Culbert, S.A. (1996), seseorang boleh mempengaruhi tingkah laku orang lain tetapi tidak boleh mengubah cara seseorang berbicara dan berfikir. Maka adakah pendekatan francais ini dapat diterima oleh guru-guru Geografi ini? Setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua Pengetua SMKS dan Pengetua saya, program akademik yang selama ini saya telah menggunakan untuk mengajar Geografi telah diubah suai untuk projek ini. Suatu modul dirangka dan dilaksankan. Modul itu dinamakan Modul Pembelajaran Bestari Geografi SPM (Lampiran 1) untuk menjalankan Program Peningkatan Prestasi Geografi SPM. Dalam proses merangka modul ini saya dipengaruhi oleh dapatan kajian tindakan yang saya telah jalankan pada tahun yang sama tentang masalah murid-murid lepasan PMR yang tidak terdorong untuk mengambil Geografi SPM. Hasil daripada kajian tersebut, didapati sekiranya murid-murid menerima input yang mendorong, hasilnya yang diharapkan akan tercapai, iaitu murid akan berminat dan apabila mereka berminat, mereka akan bersikap positif, seterusnya prestasi akan meningkat.
118
Kertas Pembentangan
Jadi timbullah satu lagi halangan, iaitu untuk mengubah set minda murid-murid. Memandangkan latar belakang mereka (anak nelayan), tanggapan mereka terhadap pelajaran adalah kurang memuaskan. Maka cabaran adalah besar untuk menganjakkan set minda negatif (Tony Buzan, 1996) murid-murid daripada 'Saya tidak meminati Geografi' kepada 'Geografi adalah sangat menarik dan sangat relevan kepada kehidupan seharian'. Anjakan set minda ini penting untuk meminati mereka untuk datang ke sekolah menimba ilmu. Ceramah-ceramah dan bengkel diberikan kepada guru dan/atau murid untuk melengkapkan guru dan murid dengan senjata menangangi perasaan serba kekurangan di kalangan guru dan sikap tidak endah terhadap khususnya Geografi dan amnya terhadap pembelajaran oleh murid. Guru-guru melaksanakan dan murid-murid mengamalkannya. Antara input yang mendorong ialah kemahiran belajar dan teknik menjawab soalan. Ramai guru menganggap murid-murid apabila sampai ke peringkat sekolah menengah, sudah menguasai kemahiran belajar. Pada kenyataannya, ramai hanya kenal cara belajar secara menghafal, yang tidak lagi sesuai untuk zaman ini. Teknik menjawab soalan juga sangat penting kerana apabila murid-murid tahu cara menjawab terutamanya soalan subjektif, mereka boleh mentafsir dan menjawab soalan dengan lebih tepat. Suatu komponen yang sangat penting dalam modul ini ialah untuk menghabiskan sukatan pelajaran awal, pada atau sebelum 31 Julai supaya Program Ulang Kaji Intensif boleh dijalankan. Ramai murid tidak membuat latihan kendiri dengan mencukupi. Oleh itu jika sukatan pelajaran dihabiskan awal, dapatlah masa yang mencukupi untuk mengulang kaji bersama guru. Satu unsur penting dalam pendekatan francais ialah pemantauan dan perundingan. Dalam projek ini, pemantauan dibuat secara berkala dan atas permintaan, bertujuan untuk membantu guru menyelesaikan masalah dan meningkatkan keyakinan guru dan murid. Segala kemusykilan diselesaikan melalui perbincangan bersua muka atau melalui cara elektronik. Setelah setahun menjalankan projek ini, perasaan kepuasan terasa apabila keputusan Geografi SPM meningkat dari 52.3% pada tahun 1997 kepada 90.5% pada tahun 1998, meningkat sebanyak 38.2%. Dari segi kualiti juga terdapat peningkatan. Seorang berjaya mencapai keputusan A2 pada tahun 1998 manakala pada tahun 1997 keputusan terbaik hanya dua orang mencapai keputusan C3. Kejayaan ini amat bermakna kerana ia merupakan kejayaan pertama aplikasi pendekatan francais di peringkat sekolah menengah. Daripada kejayaan ini, dapat dikatakan bahawa pengalaman guru bukan penentu utama kejayaan murid kerana kedua-dua guru yang mengajar tiada pengalaman dan taraf akademik murid-murid hanya sederhana ke bawah sahaja. Lebih meyakinkan ialah pada tahun-tahun seterusnya, pencapaian Geografi SPM di sekolah tersebut berada pada lingkungan 90 peratus, membuktikan kejayaan tersebut bukan kerana nasib.
Kertas Pembentangan
119
Kajian Kes 2 Projek kedua aplikasi konsep francais ialah untuk Geografi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di SMK Sungai Ara (SMKSA), di Pulau Pinang pada tahun 2004. Sekali lagi dua orang guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar Geografi STPM tiada pengalaman langsung mengajar Geografi STPM tetapi perbezaannya ialah mereka masih muda dan proaktif. Oleh kerana kesuntukan masa, suatu program enam bulan telah dirancang yang berfokuskan kepada ulang kaji, Program Ulang Kaji Intensif Berfokus (PUIB). SMKSA juga merupakan sekolah luar bandar dengan prestasi akademik sederhana ke bawah sahaja. Yang mencabar ialah murid-murid memilih untuk mengambil Geografi STPM walaupun 'take-off value' Geografi ialah geografi PMR sahaja! Keadaan ini bukan baru bagi saya kerana daripada pengalaman, kebanyakan murid tingkatan 6 memilih untuk mengambil Geografi walau pun tiada asas. Memandangkan keadaan sedemikian, suatu modul PUIB telah dirancang. Ceramah dan bengkel diberikan juga kerana kedua-dua guru dan murid sama-sama tiada pengalaman menilai atau menjawab soalan Geografi STPM, seperti orang buta membimbing orang buta. Guru-guru melaksanakan program dan menghabiskan sukatan pelajaran sebelum 31 Julai dan memulakan PUIB. Hasil daripada projek enam bulan, keputusan kelulusan penuh Geografi STPM 2004 meningkat dari 57.1% pada tahun 2003 kepada 74.1% pada tahun 2004, meningkat 17%. Kajian Kes 3 Setelah kejayaan di dua buah sekolah berlainan untuk peringkat berlainan, SPM dan STPM, pada tahun 2005 di sekolah saya berkhidmat sekarang, pendekatan francais diperluaskan. Perbezaannya ialah sekarang ia dilaksanakan untuk semua mata pelajaran SPM. Program Peningkatan Akademik (Program Progres) untuk tingkatan lima telah dirancang dengan penerapan unsur-unsur francais. Perbezaan program ini dengan projek-projek yang telah dijalankan ialah Program Progres dijalankan bersama-sama kaunselor sekolah dan dipantau bersama oleh pihak Pentadbir. Komponen penting dalam program ini ialah penggunaan bank soalan dalam PUIB. Bank soalan disediakan dengan menggunakan soalan-soalan tahun-tahun lepas yang disusun semula mengikut tema/tajuk, aras kesukaran dan tahun. Jadual pelaksanaan ulang kaji disediakan oleh panitia masing-masing untuk membantu guru-guru melaksanakan ulang kaji dengan berkesan. Setelah program setahun dijalankan, keputusan SPM 2005 mencatat kelulusan 100% bagi 10 mata pelajaran. Bagi kami, pencapaian ini amat bermakna kerana pencapaian murid-murid di sekolah saya adalah sederhana ke bawah sahaja. Input ke sekolah saya adalah murid-murid yang kebanyakkannya berkelulusan tanpa A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
120
Kertas Pembentangan
Tiga kejayaan ini telah memperkukuhkan kepercayaan saya bahawa pendekatan francais boleh dijalankan dengan jayanya. Di kedua-dua sekolah, SMKS (Geografi SPM) dan SMKSA (Geografi STPM), guru pelaksana tiada pengalaman mengajar tetapi oleh sebab proaktif dan gigih melaksanakan program, mereka telah mencapai kejayaan yang amat menggalakkan. Pemantauan dijalankan secara jarak jauh melalui ICT telefon, mel elektronik dan SMS. Di sekolah saya, pencapaian untuk subjek-subjek bukan geografi membawa implikasi bahawa pendekatan francais boleh dijalankan. Pada tahun ini, pendekatan francais diaplikasikan ke peringkat lebih luas lagi, ke peringkat daerah untuk mata pelajaran Geografi pada tahap PMR dan SPM yang melibatkan 2779 orang murid dan 29 orang guru dalam 22 buah sekolah di daerah yang berlainan daripada daerah saya sedang bertugas. Program 'Memperkasa Geografi PMR dan SPM' merupakan satu lagi cabaran besar untuk saya. Daripada tinjauan awal, program ini telah mendapat sambutan baik daripada guru-guru. Perbezaan di sini ialah pemantauan dibuat oleh PPD kerana masalah jarak. Satu lagi bukti sokongan terhadap pendekatan francais ialah jemputan oleh sebuah sekolah agama berasrama harian di Pulau Pinang untuk mendedahkan kepada semua guru tentang PUIB pada tahun ini, untuk dilaksanakan semasa waktu 'prep'. Pendedahan dan latihan telah dibuat dan pihak pentadbir akan memantau pelaksanaan. Pentas Pendedahan Pendekatan Francais Setelah kejayaan Projek Peningkatan Prestasi Geografi SPM di SMKS, Perak pada tahun 1998, beberapa usaha telah diambil untuk sebar luaskan pendekatan ini. Pada tahun 1999, Jabatan Pelajaran Negeri Perak bersama-sama Jawatankuasa Panitia Geografi Negeri telah mengadakan 'road-show' ke semua daerah untuk mempromosikan Modul Pembelajaran Bestari Geografi SPM yang digunakan di SMKS. Antara sekolah-sekolah yang telah mencubanya, banyak yang melaporkan kejayaan dalam SPM 1999. Satu lagi pentas untuk mempromosikan pendekatan francais ialah pada tahun 2005, di mana saya telah membentangkan sebuah kertas bertemakan pendekatan ini semasa Seminar Kebangsaan Kerja Lapangan, anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Kebangsaan Geografi. Respon yang saya dapat setelah pembentangan adalah amat menggalakkan terutamanya di kalangan guru-guru yang hadir kerana ingin mencuba di sekolah masing-masing. Peluang lain untuk mendedahkan pendekatan ini ialah semasa Educon 2005 (Persidangan Pendidikan Pulau Pinang) anjuran bersama JPN Pulau Pinang dan MGC PP. Pada tahun ini pula, semasa Bengkel Penulisan GC anjuran JNS persekutuan, salah seorang fasilitator dari Institut Aminudin Baki (Utara) (IABU) begitu tertarik dengan pendekatan francais. Mengikut beliau, inilah kali pertama beliau mendengar tentang pendekatan francais di peringkat sekolah dan kejayaan yang boleh dicapai. Kertas Pembentangan
121
RUMUSAN Daripada kejayaan-kejayaan tersebut di atas, boleh dikatakan pada dasarnya, dalam pelaksanaan pendekatan francais, fasilitator menggunakan suatu program, modul atau projek yang pernah dijalankan dan telah dibuktikan boleh berjaya. Ia mesti fleksibel supaya pengubahsuaian boleh dibuat mengikut keadaan. Kemudian guru-guru pelaksana diberi latihan dan sokongan serta bimbingan sepanjang tempoh pelaksanaan. Perkembangan dan pencapaian dipantau, diaudit dan disemak secara berjadual dan/atau atas jemputan. Selepas tempoh bimbingan fasilitator, pelaksana akan bermotivasi dan memperoleh keyakinan melaksanakannya dengan sendiri. Cuma perbezaan ketara antara pendekatan francais komersial dengan pendekatan saya ialah pendekatan francais di sekolah ditawarkan secara percuma dan tanpa ganjaran kewangan tetapi penuh dengan ganjaran tidak ternilai, kepuasan! Edward de Bono(1993) percaya bahawa pemikiran proaktif melibatkan “getting out and doing things and making things happen”. Dengan bimbingan fasilitator, pelaksana yang proaktif, akan keluar daripada tempurung serba kekurangan pengalaman lalu dapat membimbing murid-murid ke arah kecemerlangan. Apabila kedua-dua guru dan murid bermotivasi, kejayaan bukanlah sesuatu yang mustahil. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. HARAPAN DAN PENUTUP Apabila diimbas kembali, sudah sembilan tahun berlalu sejak pendekatan francais mula diaplikasikan. Sebenarnya aplikasi pertama di SMKS, Perak adalah secara kebetulan kerana hasrat ikhlas membantu guru-guru sekolah tersebut untuk mengatasi masalah serba kekurangan kemahiran mengajar Geografi SPM dan untuk meningkatkan prestasi Geografi SPM pada tahun 1998. Sehingga hari ini pendekatan francais telah diaplikasikan dengan jayanya untuk mata pelajaran Geografi pada dua peringkat, SPM dan STPM. Ia juga berjaya apabila diaplikasikan kepada semua mata pelajaran SPM. Kini diperluaskan pula kepada mata pelajaran Geografi peringkat PMR dan SPM pada peringkat daerah. Yang belum lagi dicuba ialah aplikasi kepada sekolah rendah. Sekiranya diberi peluang, saya ingin mencuba dan sekiranya dapat dijalankan dan berjaya, maka lengkapnya aplikasi pendekatan francais di peringkat sekolah. Harapan saya ialah sekiranya boleh berjaya pada semua peringkat dan untuk semua mata pelajaran, maka sekolah-sekolah berprestasi rendah (SPR) dapat dibantu. Tambahan pula dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa sekolah kebangsaan (SK), saya rasa pendekatan francais ini merupakan salah satu peralatan yang berpotensi untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di SK sehingga menjadi sekolah pilihan pertama dan bukan sekolah pilihan terakhir.
122
Kertas Pembentangan
Dengan pendekatan francais, Guru-guru Cemerlang boleh menghasilkan perbezaan (make the difference). Sumbangan mereka akan menjadi lebih bermakna. Seperti kata Ketua Setiausaha Kerajaan yang baru, Tan Sri Mohd Sidek Hassan , “ Kakitangan kerajaan mesti memberikan perkhidmatan yang efektif dan memuaskan serta menganjakkan sasaran mereka dari 'sehingga tahap ekspektasi' kepada 'perkhidmatan melampaui kebiasaan' .” (The Star, 20.9.2006). Tambahan lagi untuk mencapai 'perkhidmatan melampaui kebiasaan', pegawai-pegawai mesti berbakat, efisien, berilmu dan berkemahiran dalam bidang masingmasing semuanya ciri-ciri GC. Melalui pendekatan francais saya percaya kita sebagai GC boleh memberikan 'perkhidmatan melampaui kebiasaan' menuju ke arah mencapai Wawasan 2020 dan pendidikan bertaraf global. “We can make the difference” the 'francais' way.”
Kertas Pembentangan
123
Lampiran 1
Lampiran Modul Pembelajaran Bestari Geografi SPM
Aktiviti 1
Pengubahsuaian Rancangan Pelajaran Geografi
Strategi
Sasaran
Januari
Guru
Januari
Guru
Febuari
Murid
April
Murid/Guru
SPM 2
Ceramah Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Geografi Yang Efektif
3
Ceramah Cara Belajar Geografi
4
Ceramah Teknik Menjawab Soalan Geografi SPM Bengkel Teknik Menjawab Soalan Geografi 2
5
Pembinaan Bahan Bantu Mengajar daripada
April
Murid/Guru
6
polistrin
Mei
Per. Geog.
Pemantauan Pertengahan Tahun 7
Menghabiskan sukatan pelajaran
Jun
Guru
8
Pemantauan Pertengahan Penggal
Julai
Guru
9
Program Ulang Kaji Intensif
Sept.
Guru
Selepas
Guru
10 Pemantauan Akhir Tahun dan Sesi Motivasi 11
PPSPM Selepas
Guru dan
keputusan
murid
PPSPM Pos Mortem Prestasi Geografi SPM 12
dianalisis Selepas keputusan SPM
124
Kertas Pembentangan
Guru
BIBLIOGRAFI Boey, M. L. (2005). Pakatan Francais Suatu Pendekatan Alternatif Ke Arah Kecemerlangan Geografi SPM dan STPM. Kertas seminar, Seminar Kebangsaan Kerja Lapangan: Kurikulum, Prosedur Dan Aplikasi Dalam Geografi, 17-18 Ogos, 2005. Pulau Pinang: USM. Boey, M. L. (2005). 'Francais' Pendekatan Alternatif Ke Arah Kecemerlangan Geografi SPM Dan STPM. Kertas persidangan EduCon 2005 (Persidangan Pendidikan Pulau Pinang) 18 Ogos, 2005. Pulau Pinang: JPN dan MGC PP. Buzan, T. (1996). Use your Meomory. London: BBC Books Culbert S. A. (1996). Mind-set Management. New York: Oxford University Press. de Bono, E. (1993). Teach Your Child How to Think. Canada: Penguin Books. Faber A. dan Mazlish E. (1995). How To Talk So Kids Can Learn. New York: Rawson Associates. Franchaise. Retrieved 23 September, 2006 dari http://en.wikipedia.org/wiki/franchaise. Goleman, D. (1996). Emotional Intelligence. London: Bloomsbury. Khoo, A. (2004). I Am Gifted, So Are You!. Singapore: Times Editions. Mukerjea D. (1996). Superbrain. Singapore: Heinemann. Promotions to be based on merit (2006, September 23). The Star, p.8. Ranjit Singh Malhi dan Reasoner, R. W. (2000). Enhancing Self-Esteem. Kuala Lumpur: Selfesteem Seminars Sdn Bhd. Ringer R. (1996). The 10 Habits Of Highly Successful People. Petaling Jaya: Advantage Quest Publications. Som Hj Nor dan Mohd Dahlan Mohd Ramli. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK), Selangor: Longman. Turkington,C. (1996). 12 Steps To A Better Memory. USA: Macmillan.
Kertas Pembentangan
125
7SW SIDANG SELARI 5 KERTAS KERJA 7SW Oleh: Majemin binti Shafie SMK Westlands, Pulau Pinang Dalam meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar menulis karangan, bermacam-macam kaedah telah diperkenalkan oleh guru. Pelbagai nama telah dicipta untuk kaedah-kaedah tersebut. Dalam pembentangan saya kali ini, saya ingin memperkenalkan Kaedah 7SW. Tentu anda tertanya-tanya apakah maksudnya? Bertitik-tolak daripada pengalaman saya sebagai wartawan selama tiga tahun, saya tertarik untuk mencuba kaedah 7 soalan wartawan atau akronimnya (7SW). Mengimbau era menjadi wartawan dulu, kami sering diperingatkan untuk memberikan kepuasan kepada pembaca. Salah satu caranya adalah dengan memberikan maklumat sebanyak yang mungkin dalam perenggan pertama. Jadi kami dilatih untuk menulis dengan berpandukan soalan.
APA?
DI MANA?
SIAPA?
BILA ?
BAGAIMANA?
BERAPA ? MENGAPA?
Kertas Pembentangan
127
Apabila semua soalan ini dijawab maka berita yang ditulis itu padat dan menjawab kemusykilan yang mungkin timbul dalam benak pembaca. Maka saya terlintas untuk menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan pengubahsuaian. Semasa mendapat pendedahan format baru untuk kertas Bahasa Melayu Penilaian Menengah Rendah pada bulan Mac 2005, saya terpanggil untuk membantu pelajar-pelajar saya yang amat lemah dalam menulis karangan, lebih-lebih lagi untuk Soalan B, Kertas 2. Soalan ini memerlukan pelajar menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan dan jumlah perkataan tidak melebihi 120 patah perkataan. Oleh yang demikian, saya mencuba Kaedah 7SW. PENGENALAN 7SW Bagaimanakah kita memanfaatkan tujuh soalan wartawan ini? Sebelum kita panjangkan bicara eloklah kita membincangkan perkara-perkara yang dititikberatkan dalam karangan. Guru seharusnya mengajar pelajar menulis pendahuluan, isi dan kesimpulan. Pelajar-pelajar digalakkan membuat rangka karangan. Bagaimanapun, bimbingan menulis karangan perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Bagi pelajar-pelajar tingkatan satu, guru bolehlah memberikan latihan mengisi tempat kosong, menyusun perenggan, menyambung perenggan, menghasilkan karangan secara berkumpulan dan kemudian menulis karangan secara individu. Jangan lupa mengingatkan pelajar tentang jumlah perkataan yang perlu diambil kira. Bagi pelajar-pelajar tingkatan dua pula, selain cara tingkatan satu, guru perlu menekankan cara mengembangkan isi contohnya dengan memasukkan contoh yang sesuai, penggunaan kosa kata, kepelbagaian gaya bahasa dan penghasilan karangan yang lebih bermutu. Apabila pelajar-pelajar naik ke tingkatan tiga, pelajar didedahkan contoh-contoh karangan terbaik. Bincangkan kekuatan karangan tersebut. Jangan lupa melatih pelajar-pelajar tentang penggunaan penanda wacana dan ungkapan yang menarik. Titikberatkan bahasa, isi/idea, kosa kata, pengolahan, perenggan dan tanda baca. Latih pelajar mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan. Karangan berdasarkan Bahan Rangsangan - Bahagian B Bagi karangan ini, bahan rangsangan sama ada gambar-gambar bersiri, jadual, iklan, carta aliran dan sebagainya akan dikemukakan. Bahan tersebut hanyalah sebagai rangsangan untuk menulis karangan berdasarkan tugasan. Guru mestilah mengajar pelajar menghuraikan isi luaran bahan tersebut contohnya pendapat, cadangan atau kesimpulan bukan mengupas isi-isi daripada bahan rangsangan itu satu persatu. Bagaimanapun, sekiranya soalan dalam bentuk rajah dan diberikan isi, maka bolehlah dihuraikan isi yang diberikan itu.
128
Kertas Pembentangan
Di samping itu guru mestilah membimbing pelajar menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan seperti karangan biasa iaitu ada pendahuluan, isi/idea dan kesimpulan. Guru juga mesti menentukan pelajar menggunakan pelbagai bentuk ayat dan mengolah karangan dengan menarik. Pastikan juga pelajar tidak menulis melebihi 120 patah perkataan.
STRATEGI MENULIS KARANGAN BERGAMBAR
Pendahuluan
Merupakan isi tentang tajuk bahan berdasarkan bahan rangsangan yang dikemukakan
Isi
Merupakan huraian seperti pendapat / cadangan/ ulasan / komen/ pandangan saranan/sebab/akibat Isi mesti berkembang
Kesimpulan Kesimpulan menyeluruh daripada isi yang dinyatakan dan sesuai
Eloklah kita melihat perkara penting yang perlu terdapat dalam setiap perenggan. Saya menyarankan agar:
Perenggan pendahuluan Ayat 1 - Ayat tajuk Ayat 2 - Ayat hala tuju soalan/Huraian
Perenggan isi Ayat 3 - Isi pertama Ayat 4 - Huraian Ayat 5 - Isi kedua Ayat 6 - Huraian
Kertas Pembentangan
129
Perenggan isi Ayat 7 - Isi ketiga Ayat 8 - Huraian Ayat 9 - Isi keempat Ayat 10 - Huraian
Perenggan kesimpulan
Ayat 11 - Ayat Cadangan Ayat 12 - Ayat kesimpulan/ ayat harapan
Soalan Contoh 1 [Masa yang dicadangkan : 25 minit] [20 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang sambutan rumah terbuka di negara kita. Panjang huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.
130
Kertas Pembentangan
Memupuk ikatan silaturahim
Mendekatkan jurang pemimpin dan rakyat
Merasa pelbagai juadah yang lazat
Mengubati rindu tidak balik ke kampung
Panduan Kaedah 7SW Ayat 1 Ayat tajuk : Apa? dan Bila? Amalan rumah terbuka biasanya diadakan semasa menyambut hari-hari perayaan utama . Ayat 2 - Huraian : Siapa? Penganjuran amalan ini sering dikaitkan dengan golongan pemimpin atasan di samping individu yang berkemampuan. Ayat 3 - Isi pertama : Bagaimana? Melalui rumah terbuka, ikatan silaturahim antara berbilang kaum menjadi bertambah erat . Ayat 4 - Huraian : Bagaimana? Sudah tentu matlamat untuk mencapai perpaduan lebih mudah. Ayat 5 Isi kedua : Mengapa? dan Siapa? Selain itu, jurang pemisahan antara pemimpin dengan rakyat menjadi bertambah dekat. Ayat 6 - Huraian : Bagaimana? dan Siapa? Kemesraan antara pemimpin dengan rakyat menimbulkan satu suasana yang harmoni kerana ular yang menyusur akan tidak akan hilang bisanya. Ayat 7 - Isi ketiga : Apa? Kepelbagaian bentuk sambutan dan beraneka juadah yang disajikan, memberikan gambaran betapa kayanya budaya kita. Ayat 8 - Huraian : Siapa? dan Apa? Rakyat dapat menikmati hidangan yang lazat. Ayat 9 - Isi keempat : Siapa? dan Di mana? Seterusnya, bagi mereka yang tidak berkesempatan pulang beraya di kampung, dapat meraikannya ketika diadakan rumah terbuka. Ayat 10 - Huraian : Mengapa? dan Bagaimana? Walaupun, hati terkenang akan keluarga di kampung, namun orang ramai di sekeliling dapat mengubat rindu. Ayat 11 - Ayat cadangan : Apa? dan Siapa? Jelaslah bahawa amalan yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ini, seharusnya dipelihara demi kesinambungan warisan. Ayat 12 - Ayat kesimpulan : Apa? dan Siapa? Kesimpulannya, rumah terbuka diharapkan menjadi wahana bagi melahirkan rakyat Malaysia yang bertoleransi
Kertas Pembentangan
131
Contoh lengkap karangan Amalan rumah terbuka biasanya diadakan semasa menyambut hari-hari perayaan utama. Penganjuran amalan ini sering dikaitkan dengan golongan pemimpin atasan di samping individu yang berkemampuan. Melalui rumah terbuka, ikatan silaturahim antara berbilang kaum menjadi bertambah erat. Sudah tentu matlamat untuk mencapai perpaduan lebih mudah. Selain itu, jurang pemisahan antara pemimpin dengan rakyat menjadi bertambah dekat. Kemesraan antara pemimpin dengan rakyat menimbulkan satu suasana yang harmoni kerana ular yang menyusur akar itu tidak akan hilang bisanya. Kepelbagaian bentuk sambutan dan pelbagai juadah yang disajikan, memberikan gambaran betapa kayanya budaya kita. Rakyat dapat menikmati hidangan yang lazat. Seterusnya bagi mereka yang tidak berkesempatan pulang beraya di kampung, dapat meraikannya ketika diadakan rumah terbuka. Walaupun hati terkenang akan keluarga di desa, namun orang ramai di sekeliling dapat mengubat rindu. Jelaslah bahawa amalan yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ini seharusnya dipelihara sebagai warisan budaya. Kesimpulannya, rumah terbuka diharapkan menjadi wahana bagi melahirkan rakyat Malaysia yang bertoleransi. [129 patah perkataan]
Soalan Contoh 2 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berikan kepentingan bergotong-royong. Panjang karangan anda tidak lebih daripada 120 patah perkataan.
132
Kertas Pembentangan
Berdasarkan isi-isi di bawah sila hasilkan karangan mengikut 7SW. 1. Kerja yang berat menjadi ringan. 2. Dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan menjimatkan masa. 3. Hubungan antara jiran dapat dieratkan. 4. Melatih sikap berdikari. 5. Perlu menghidupkan aktiviti ini semula. 6. Semua golongan perlu memberikan sokongan dalam menjayakan gotong-royong. Ungkapan menarik yang sesuai: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Hidup muafakat membawa berkat Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat Isi-isi yang boleh digunakan sekiranya terdapat gambar/rajah dan sebagainya untuk latihan. Gambar Aktiviti Kokurikulum 1. Pelajar dikehendaki menyertai aktiviti sukan, persatuan/kelab dan unit beruniform. 2. Wujud semangat muhibah antara kaum 3. Dapat memenuhi masa lapang dengan berfaedah 1. Melatih diri berdikari 2. Dapat menjamin kesihatan 3. Dapat merehatkan otak selepas tekun menimba ilmu 4. Penting untuk kemasukan pusat pengajian tinggi Ungkapan menarik yang sesuai: Jauh perjalanan luas pengalaman Masa itu emas Otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat Gambar permainan tradisional 1. Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang amat tinggi nilainya. 2. Sudah mula dilupakan kerana peredaran zaman dan timbulnya permainan moden 3. Contoh permainan tradisional ialah wau, congkak, gasing, batu seremban ting-ting dan sebagainya. 4. Cara mempopularkan permainan tradisonal ialah: (a) mengadakan pertandingan terbuka (b) demonstrasi cara permainan tradisional kepada umum khususnya pelancong (c) wujudkan kelab permainan tradisional di sekolah (d) kempen berterusan daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. (e) Peranan media sama ada media cetak atau media elektronik Kertas Pembentangan
133
Ungkapan menarik yang sesuai Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas Tak kenal maka tak cinta Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Gambar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Menanam Nilai Positif 1. Empat modul latihan, iaitu Fizikal, Kenegaraan, Pembinaan Karakter dan Khidmat Komuniti lebih menjurus kepada aspek pembangunan insan 2. PLKN mengukuhkan proses pembangunan negara 3. Mengeratkan perpaduan 4. Meningkatkan disiplin 5. Meningkatkan semangat setia kawan 6. Meningkatkan semangat patriotik 7. Memiliki jati diri 8. Dapat menghindarkan remaja terlibat dalam gejala sosial 9. Mencorakkan watak remaja menjadi insan yang berguna Ungkapan menarik yang sesuai: Seperti aur dengan tebing Biar putih tulang jangan putih mata Bersatu teguh bercerai roboh Guru-guru boleh menggunakan isi-isi di atas untuk membuat latihan di dalam kelas mengikut Kaedah 7SW. Bagaimanapun perlu diingat bahawa tidak semua kata tanya yang mesti digunakan. Hal ini demikian kerana kehendak soalan berbeza-beza dan ketepatan fakta pun diambil kira. Oleh itu, guru perlu menggunakan budi bicara dalam membimbing pelajar menulis karangan. KESIMPULAN Diharapkan guru-guru dapat memanfaatkan 7SW dalam membimbing pelajar kita menulis karangan dengan lebih berkesan. Guru-guru bolehlah membuat pengubahsuaian yang perlu dalam memantapkan karangan Kertas 2 PMR iaitu soalan Bahagian B. Bagaimanapun, kaedah ini boleh juga digunakan untuk karangan Bahagian C . Di samping itu, kaedah 7SW boleh diaplikasikan dalam membimbing pelajar-pelajar SPM menulis karangan untuk Kertas 1 Bahagian A dan B.
134
Kertas Pembentangan
BIBLIOGRAFI Lawrence Walter Ng, Reevany Bustami dan Ellisha Nasruddin (2006). The Art of Learning Book. Kuala Lumpur: AOL. Marzhukhi Nyak Abdullah (1997). Panduan Menulis Karangan Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: Makruf Publisher & Distributors Sdn. Bhd. Izwan Munir, Zakiah Azam dan Ng Chan Seng (2006). Warna Sari……. Karangan SPM. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. PENGHARGAAN Saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada sahabat-sahabat saya membantu saya dalam menjayakan kertas kerja ini khususnya:
yang telah
1) Puan Zurida bt. Mustapha 2) Haji Halim bin Che Din 3) Cik Loke Lay Beng Jasa saudara dan saudari amat saya sanjungi dan semoga kita sama-sama memperoleh keberkatan.
Kertas Pembentangan
135