Pengertian Masalah Sosial Remaja

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengertian Masalah Sosial Remaja as PDF for free.

More details

  • Words: 3,018
  • Pages: 15
1. Pengertian masalah sosial remaja Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.

Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan

Pada lazimnya, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah hanya berkisar di sekitar kenakalan mereka merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, merokok, melepak dan seumpamanya. Mereka semakin berani melakukan pelbagai perbuatan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara. Namun begitu apabila pelajar sekolah mulai bertindak lebih jauh daripada itu, sesuatu perlu dilakukan segera untuk membendung mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Kes terbaru melibatkan pergaduhan antara pelajar yang menyebabkanpembunuhan di dalam sebuah bas sekolah ketika dalam perjalanan ke sekolah. Dalam kes seperti ini siapa yang patut dipersalahkan? Bagaimana ini boleh terjadi?

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi wujudnya masalah disiplin: i.

Institusi Keluarga:

Faktor-faktor Penyumbang (dari aspek pembangunan keluarga) James Becker mengatakan bahawa ketidakseimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna.Ibu bapa hendaklah membimbing, memahami kehendak jiwa remaja dan berfikiran terbuka.Ibu bapa hendaklah menjadi ‘role model’ sekaligus sebagai perangsang. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis.

Kurang Kemahiran Mengawal Diri Keluarga merupakan institusi paling asas yang terlibat dalam memberikan pengalaman awal kepada seorang kanak-kanak. Ahli keluarga khasnya ibu bapa memainkan peranan dalam membentuk kemahiran mengawal diri. Kemahiran mengawal diri memerlukan kefahaman terhadap nilai sosial baik di samping perkara yang salah dan betul dan di sisi peraturan mahupun undang-undang. Gaya keibubapaan yang baik akan menurunkan nilai-nilai baik ini supaya dapat menjadi teladan dan ikutan anak-anak. Ibu bapa sendiri perlu menjadi model yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun,berapa ramaikah di antara kita yang memiliki kemahiran keibubapaan ini? Jika kita mempunyai kemahiran ini, adakah kita mempraktikkannya di kalangan anak-anak kita?

Bagaiman dengan fungsi keibubapaan yang tidak kesampaian? Misalnya dalam kes ibu tunggal. Ibu tunggal yang bekerja akan kesuntukan kesempatan untuk menurunkan nilainilai ini kepada anak-anak. Bagaimana dengan tanggungjawab seorang bapa? Keadaan menjadi lebih buruk jika perkara ini berlaku dalam system keluarga nuclear. Sokongan daripada ahli keluarga yang kembangan adalah kurang. Perkara beginilah yang dilihat sebagai penyumbang kepada masalah social remaja masa kini. Sikap masyarakat sekarang tidak lagi suka menjaga tepi kain oramg lain turut menyumbangkan kepada mesalah ini. Kita hidup berkelompok tetapi saling dipisahkan oleh tembok batu dan besi. Ciri-ciri individualistic jelas ketara. Kita enggan menegur slsh lsku anak-anak jiran. Kita jarang berkongsi nilai-nilai baik sosial seperti mana masyarakat dahulu. Budaya saling tegur sapa, Bantu membantu, mesra serta prihatin terpaksa dilaungkan kerana kemerosotannya di dalam gaya hidup masyarakat kini. Dunia luar ibarat lorong, tempat hiburan dan mana-mana lubuk untuk remaja melepak menjanjikan keseronokan yang lebih baik. Ditambah pula dengan tarikan daripada rakan yag senasib dengan mereka. Perlakuan delekuan diperlihatkan sebagai satu identiti untuk kumpulan mereka dan satu cara remaja melepaskan keinginan serta tekanan mereka. Ketagihan keseronokan dapat mengatasi pengetahuan kemahiran hidup positif yang lain apabila kumpulan ini berkumpul. Kurang kemahiran mengawal diri yang berpunca daripada harga diri dan konsep kendiri yang lemah tyryt menyumbangkan kepada merlakuan delekuan ini. Mari kita imbas kembali bagaimana perlakuan remaja yang mempunyai harga diri serta konsep kendiri yang negative. Mereka sering terlibat dengan aktiviti antisocial yang bertentangan dengan nilai baik social, agama, peraturan atau undang-undang.

Kurang Masa Bersama Keluarga. Meluangkan masa bersama keluarga merupakan salah satu sapek yang perlu diberi perhatian. Banyak masalah social dikaitkan dengan ibu bapa yang tidak meluangkan masa untuk anak kerana anak-anak terpaksa mencari jalan sendiri dalam menghadapi perkembangan remaja tanpa bimbingan yang sepatutnya. Remaja yang tidak mengalami masa bersama keluara kerana kesibukan ibu bapa juga tidak dapat meluahkan masalah mereka kepada ibu bapa. Apabila mereka tertekan mereka akan menggunakan cara yang tidak sepatutnya untuk memnatasi masalah mereka seperti pemgambilan dadah dan lari dari rumah.

Masalah Ekonomi Keluarga Keluarga yang miskin mungkin kurang mampu dalam menyediakan pendidikan sempurna kepada anak, makan dan minum, tempat kediaman serta kebolehcapaian kepada kemudahan dan sistem kesihatan yang sempurna. Faktor kemiskinan ini boleh mendorong remaja untuk mencuri untuk memenuhi keperluan mereka dan seterusnya berjinak-jinak dengan aktiviti yang lebih serius seperti mengedar dadah dan melacurkan diri untuk mendapatkan kemewahan atau dalam menanggung perbelanjaan pengajian mereka.

ii.

Pihak Sekolah:

Tugas guru, disamping mengajar juga adalah sebagai role model yang utama bagi para pelajar. Amalan demokrasi juga sepatutnya dilaksanakan dalam melaksanakan

meritokrasi. Konflik jiwa , pemberontakan batin dan rasa tidak puas hati pelajar terhadap undang-undang dan dasar pendidikanakan menyebabkan mereka melakukan perkaraperkara diluar jangkaan. Pra pelajar juga hendaklah dilatih dan diasuh dalam suasana budaya berbilang kaum supaya mereka tidak keterlaluan dalam kaum sendiri.

iii.

Media Massa/ Internet:

Media massa dan internet sangat berpengaruh dan amat sukar untuk dielakkan pada zaman ini. Paparan adegan-adegan negatif yang berunsur ganas, lucah dan seram sedikit sebanyak telah mempengaruhi golongan remaja kita. Golongan remaja suka mencuba tanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka itu. Ibu bapa, guru dan pihak berwajib hendaklah sama-sama membendung gejala ini.

iv. Rakan sebaya:

Peranan rakan sebaya turut menyumbang kepada berlakunya gejala sosial ini terutama kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga. Rakan-rakan dapat mencorak personality individu tertentu. Justeru itu, ibu bapa patut tahu siapa rakan-rakan anak mereka, apa aktiviti mereka, di mana mereka berjumpa dan lain-lain persoalan lagi. Menurut teori fungsionalisme, ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa saling berperanan dalam mengatasi masalah disiplin.

3.0 Definisi Modenisasi:

Modenisasi merupakan satu proses transformasi ekonomi dan sosial dalam masyarakat sebagai kesan daripada bermulanya perindustrian. Modenisasi juga diterima sebagai keadaan di mana masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap , autoriti , hubungan dan nilai-nilai lama kepada yang baru. Gaya hidup yang tradisi telah berubah kepada cara hidup moden seiring dengan pertumbuhan kilang-kilang, pusat-pusat membeli-belah, pusat-pusat hiburan dan taman – taman tema. Sistem pendidikan juga telah mengalami modenisasi secara beransurberansur dengan adanya pertemuan gejala barat.

4.0 Menganalisis isu berdasarkan tiga konsep sosiologi:

4.1 Pendidikan dan Modenisasi:

Antara faktor penting yang menyumbang kepada masalah disiplin adalah disebabkan proses modenisasi iaitu masyarakat telah mengalami perubahan-perubahan yang tidak disertakan dengan perubahan dalam sistem persekolahan. Terdapat perubahan dalam nilai dalam norma-norma dalam kehidupan kita disebabkan oleh proses-proses modenisasi, perbandaran dan birokrasi. Taraf pendidikan ibubapa juga telah meningkat. Kebanyakan ibu bapa keluar bekerja sama ada sebagai pekerja profesional, sokongan atau buruh biasa. Keluarga yang kedua ibubapa mereka keluar bekerja mempunyai kurang waktu untuk keluarga seperti laporan Harian Metro pada 30 November 1998 , melaporkan bahawa menurut Datuk Paduka Zaleha Ismail, kanakkanak dari keluarga nuklear kurang berkesempatan berinteraksi dengan keluarga menyebabkan gejala sosial mudah mempengaruhi mereka. Sekali lagi, Harian Metro bertarikh 1 Februari 1999 melaporkan Zaleha Ismail berkata bahawa gejala sosial yang semakin menular berpunca dari keruntuhan institusi keluarga dan kurangnya kasih-

sayang dari keluarga.

Remaja yang terbiar dan ketandusan kasih sayang akan mencari rakan sebaya untuk memenuhi kekurangan ini. Mereka berkumpul dan mencari hiburan di pusat-pusat membeli –belah, pusat hiburan dan paling malang apabila mereka membentuk kumpulan untuk melakukan jenayah. Infrastruktur, perkhidmatan awam dan sistem komunikasi yang berkesan dan maju telah disalahgunakan oleh remaja kita.

4.2 Pendidikan dan Reproduksi Kelas sosial:

Seperti yang disebutkan oleh Datuk Paduka Zaleha Ismail tadi iaitu "… kurangnya masa berinteraksi …" dan "… kurangnya kasih sayang …". Ataupun apa-apa kekurangan lain yang seumpama dengannya. Pope, C.E. dalam artikelnya yang bertajuk "The Family, Delinquency and Crime" menyebut, "… perceraian, keluarga induk, cara mendisiplin yang tidak sesuai, kurang pengawasan, kurangnya ikatan positif dengan ibubapa, saiz keluarga yang besar dan seumpamanya telah dikenalpasti berpotensi untuk mempunyai perkaitan dengan tingkahlaku yang tidak sesuai." Terdapat banyak kajian tentang hubungan antara latar belakang keluarga yang tidak stabil dengan kerosakan akhlak di kalangan kanak-kanak sekolah dan remaja. Pelajar yang datang dari keluarga bermasalah dengan taraf ekonomi yang rendah antara faktor utama pelajar terjebak dalam masalah disiplin. Untuk mengatasi masalah kewangan yang kian meruncing , bilangan ibu bapa yang keluar bekerja meningkat yang mana faktor ini telah menyumbang kepada kurangnya masa untuk beriteraksi dan kurangnya perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak.

4.3 Pendidikan dan Kawalan Sosial: Peranan sekolah sebagai agen perubahan sosial samada secara formal ataupun informal sangat nyata. Kurikulum sekolah Malaysia yang disesuaikan dengan masyarakat makro telah mengambil kira peranan sekolah sebagai agen kawalan sosial. Para pelajar telah didedahkan dengan perlakuan-perlakuan patut dan tidak patut melalui penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran.

Selain itu para pelajar secara mikronya tertakluk kepada peraturan-peraturan atau disiplin yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Guru-guru akan memastikan pelajarpelajarnya mematuhi peraturan. Pujian akan diberikan kepada yang mematuhi peraturan dan sebaliknya, teguran dan hukuman seperti di rotan, digantung atau dibuang sekolah akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan.

Tidak semua pelajar dapat menerima hukuman secara positif, sebaliknya mencetuskan konflik yang kompleks dalam jiwa mereka. Justeru itu pihak sekolah khasnya guru-guru perlu lebig perihatin terhadap golongan pelajar seperti ini. Keintiman guru dengan pelajar dan kesediaan guru mendengar masalah pelajar sedikit sebanyak dapat membendung masalah disiplin dan salah laku dikalangan pelajar sekolah. Jika pihak sekolah kurang peka terhadap ini semua berlakulah pelbagai masalah sosial termasuk berani membunuh.

Keterikatan dengan sekolah dan kawan-kawan yang konvensional juga penting untuk menjauhkan aktiviti delinkuensi. Begitu juga dengan kebolehan akademik, pencapaian akademik serta sensitiviti terhadap kehendak guru.

5.0 Rumusan: Secara keseluruhannya,secara sedar atau tidak, kebanyakan masalah yang melanda pelajar pada masa kini adalah disebabkan konflik atau tekanan yang wujud di dalam

alam persekitaran . Proses modenisasi atau pembangunan yang pesat telah mengubah cara hidup masyarakat kita khasnya golongan remaja. Begitu juga dengan institusi kekeluargaan yang sudah tidak dianggap penting lagi justeru meningkatnya kadar perceraian .

Sebagai contoh, Berita Harian bertarikh 20 Oktober 1998 melaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu mendapati keruntuhan institusi keluarga adalah punca utama kepada peningkatan masalah moral di kalangan remaja bawah umur di negeri tersebut. Rata-rata masyarakat kita mula bersikap individualistik dan materialistik.

Dalam agama pula, ibubapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa. Sama ada ibubapa itu senang atau susah, sama ada keluarga itu ada ibu dan bapa atau hanya ada ibu atau bapa sahaja, penjaga tidak terkecuali dari tugas ini. Cuma mungkin dalam keadaan kemiskinan dan keluarga induk, masa untuk mendekati dan mendidik anak dengan nilai-nilai yang murni dan mulia agak terbatas. Namun jika kajian menunjukkan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai mulia ini amat penting untuk menjauhkan anak dari jenayah dan delikuensi, maka pastinya usaha untuk mencari masa dan mendidik anak-anak dengan apa yang mereka perlu tahu, bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Setiap ahli komuniti atau masyarakat mempunyai peranan masing-masing. Setiap individu perlu melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna kerana setiap satu ada perkaitan. Kita perlulah merealisasikan konsep Masyarakat Madani . Setiap pelajar perlu didekati supaya mereka rasa diterima oleh masyarakat khasnya dalam institusi keluarga dan sekolah. Hubungan dan kerjasama erat perlu ditingkatkan antara ibu bapa, pihak pentadbir, guru-guru, guru disiplin dan kaunselor amat penting untuk membendung masalah jenayah di kalangan pelajar remaja kita.

Cara Mengatasi Masalah Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:

1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anakanak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktivitiaktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan kokurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

7. Makan bersama erat hubungan ahli keluarga.Walaupun makan bersama mungkin menjadi keutamaan pada sesetengah keluarga berbanding dengan yang lain, namun tahap kekerapan makan bersama telah menurun.Gejala-gejala sosial seperti kegagalan dalam sekolah hingga kerosakan akhlak yang timbul dikatakan berpunca daripada kurang makan bersama dalam keluarga.

Remaja yang dibiar makan di luar akan berjumpa dan lama-kelamaan gemar mencari kawan untuk bersama dan berbual kosong. Mereka bukan sahaja memenuhi masa untuk berbual tetapi juga akan terlibat dengan permainan video, snuker, merokok atau mabuk.

Punca mereka senang terjerumus ke dalam kancah maksiat ialah kerana mereka akan lebih berminat untuk mencuba atau mahu menunjuk-nunjuk apabila berada bersama-sama dengan kawan-kawan. Remaja memang suka meniru dan mengikut gaya supaya diterima dalam kumpulan.

Masalah-masalah ini akan menjadi lebih buruk apabila mendapat tentangan daripada ibu bapa. Mereka yang tidak tahan dengan tekanan akan mengambil tindakan untuk lari dari rumah atau tinggal bersama kawan-kawan yang sealiran dengan mereka.

Kepentingan makan bersama ialah ibu bapa akan dapat menentukan apa anak mereka makan dan berapa banyak yang mereka perlu makan. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang makan bersama di rumah, kebanyakannya tidak mengalami berat badan yang lebih berbanding mereka yang tidak.

Terdapat sepuluh kebaikan makan bersama, iaitu antaranya semua ahli keluarga makan makanan yang lebih sihat, kanak-kanak tidak mempunyai masalah berat badan atau obes, kanak-kanak kurang merokok, kanak-kanak akan kurang minum minuman ringan atau yang memabukkan, mereka akan kurang terlibat dengan dadah, pencapaian gred meningkat, perbualan ibu dan anak akan lebih kerap, perbincangan mengenai masalah akan terdengar, kanak-kanak akan

merasa diberi perhatian dan dihargai dan stres dan ketegangan menjadi kurang di kalangan keluarga.

Kesimpulan

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

2. Kes Penculikan Pihak polis mengumumkan bahawa mereka akan menguatkuasakan Akta KanakKanak 2001 terhadap mana-mana ibu bapa yang didapati cuai hingga menyebabkan anak-anak mereka hilang atau diculik. Mengikut peruntukan dalam akta itu, ibu bapa yang melakukan perbuatan aniaya, abai, cuai, buang atau mendedahkan kanak-kanak kepada kemungkinan kecederaan fizikal, mental dan emosi boleh didakwa di mahkamah. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu, jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Beliau menyifatkan tindakan itu wajar ekoran kes penculikan dan kehilangan kanak-kanak didapati semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Berikutan dengan pengumuman itu, beberapa respons masyarakat telah disuarakan dan yang terkini adalah sepucuk surat dari seorang pembaca Utusan

Malaysia yang disiarkan pada 30 April. Berikut disiarkan kembali surat itu:POLIS seperti mahu lepas tangan apabila mereka mengumumkan pelaksanaan Akta Kanak-Kanak 2001. Semua beban mengenai keselamatan kanak-kanak hendak diserahkan kepada masyarakat secara total. Kejadian seperti yang berlaku kepada Sharlinie merupakan kejadian yang langsung tidak dikehendaki oleh ibu bapa mereka. Tiada ibu bapa yang waras mahu membenarkan anak mereka diculik dan diperlakukan dengan sewenangnya oleh penjenayah. Pihak polis memberikan alasan kadar kes penculikan yang semakin tinggi sebagai faktor untuk mereka melaksanakan akta ini. Apakah dengan menghukum ibu bapa maka peratusan ini akan berkurangan sedangkan masih ramai penjenayah di luar sana yang sudah cukup bersedia dengan pelbagai taktik untuk melakukan kegiatan mereka? Penjenayah mampu melakukan kegiatan apabila mereka melihat peluang yang ada dan menjangkakan bahawa kegiatan yang mereka lakukan itu tidak membawa banyak masalah kepada mereka. Apabila kita berbicara tentang kejadian jenayah, kita tidak mampu lari daripada membincangkan tentang kelonggaran sistem keselamatan kawasan persekitaran yang turut disumbangkan oleh kelemahan pihak polis dalam menjalankan tugas. Kes-kes penculikan yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis juga menjadi faktor kepada penjenayah untuk melakukan perkara yang sama berulang kali. Penjenayah beranggapan bahawa taktik mereka sudah berjaya dan kegiatan

mereka seperti sukar dijejak oleh pihak polis. Selain itu, pelaksanaan akta ini turut memberi gambaran kepada masyarakat bahawa kawasan kejiranan di Malaysia sudah lagi tidak selamat untuk kanakkanak membesar. Seperti yang berlaku pada Sharlinie, dia diculik di lokasi yang jaraknya 200 meter dari tempat kediamannya. Adakah sekarang anak-anak kita sudah berada di zon bahaya apabila keluar 200 meter dari kawasan rumah? Apakah punca kawasan kejiranan sudah tidak lagi selamat? Kawasan kejiranan yang selamat selalunya dapat diwujudkan dengan kehadiran pihak berkuasa secara kerap ataupun pihak berkuasa mampu respons dengan cepat kepada segala aduan yang disampaikan penduduk. Pihak polis seharusnya memastikan bahawa penjenayah mempunyai ruang yang minimum untuk mereka bergerak sejurus mereka melakukan aktiviti jenayah. Sekiranya kita merujuk kepada Akta Kanak-Kanak 2001 yang membolehkan ibu bapa dihukum maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali, pelbagai masalah tambahan akan timbul. Sekiranya ibu atau bapa sudah dipenjara atau dikenakan denda maka keluarga tersebut akan ditimpa dengan bebanan yang baru. Bagaimana pula nasib ahli keluarga yang masih perlu ditanggung? Langkah polis menempatkan balai polis di kawasan kejiranan sememangnya satu langkah bijak namun melaksanakan Akta Kanak-Kanak 2001 yang menjurus kepada menghukum ibu bapa dan bukan kepada penjenayah yang melakukannya adalah suatu tindakan yang tidak wajar.

Related Documents