Dalam era globalisasi pada masa kini, Negara kita kaya barangan teknologi yang serba canggih menjadikan masyarakat ini dikenali sebagai celik IT. Penggunaan kemudahan teknologi pada zaman ini amatlah dititik beratkan kerana ia merupakan salah satu perkara terpenting untuk kemajuan sesebuah Negara. Namun begitu, tidak kesemua kemudahan yang di sediakan ini boleh membawa kepada perkara yang positif sahaja, malah kemudahankemdahan seperti inilah yang banyak membawa kepada kesan negatif. Perkara sebegini kerap kali berlaku kepada masyarakat kita terutamanya kepada anak-anak remaja pada masa kini. Pada peringkat ini mereka lebih cenderung untuk mencuba sesuatu yang baru. Mereka juga lebih mudah dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka terutamanya pengaruh rakan sebaya. Ini kerana pada peringkat ini lebih banyak masa yang dibuang bersama-sama rakan mereka jika dibandingkan dengan masa yang dihabiskan bersama ibu bapa. Tambahan pula, mejoriti masyarakat kita merupakan masyarakat yang bekerjaya. Maka, amat sedikit masa yang dapat diberikan kepada anak-anak mereka. Oleh yang demikian, kebanyakan remaja ini mudah terdedah denagan pelbagai masalah sosial. Antara masalah sosial yang sering kali di lakukan oleh para remaja ini seperti lari dari rumah, samseng jalanan, penggunaan dadah, video lucah, dan sebagainya. Berikutan dengan teknologi di Negara kita semakin canggih, banyak kemudahan-kemudahan ini dijadikan sebagai alat permainan yang songsang. Alat permainan songsang disini bermaksud mereka menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat tertentu, akan tetapi kemudahan ini digunakan untuk memuaskan nafsu mereka sahaja seperti menonton video-video lucah, memuat turun video yang dirakam sendiri yang berunsurkan seks didalam youtube dan sebagainya. Hal ini, amat berleluasa dalam masyarakat remaja kita pada masa kini. Bukan sahaja remaja yang mempunyai peringkat umur 18 tahun ke atas, malahan terdapat juga remaja sekolah seperti tingkatan 2,3,4 dan 5 yang turut sama mahir dalam perkara sebegini. Apa yang lebih mengejutkan, mereka bukan sahaja mencari video klip di dalam internet, tetapi juga turut menghasilkan video sendiri untuk tatapan diri sendiri atau dijaja kepada rakan-rakan yang lain. Masalah ini bukan sahaja melibatkan kaum adam, malahan kaum hawa juga tanpa segan silu turut melibatkan diri dalam perkara yang tidak bermoral ini. Oleh yang demikian, pihak tertentu perlu mengambil langkah yang tepat agar gejala ini tidak berleluasa. Kita tidak boleh menunding jari ke arah pihak berkuasa, seharusnya semua pihak perlu mengambil berat terhadap masalah sosial ini kerana apabila masalah ini mencapai satu tahap yang maksimum, sesebuah pentadbiran atau negara itu akan hancur. Apa yang lebih menakutkan bangsa kita sendiri iaitu bangsa melayu akan jatuh dan lenyap dalam diri
masyarakat kita. Justeru itu, permasalahan ini dapat di atasi sekiranya ibu bapa memainkan peranan mereka mendidik anak-anak sejak kecil lagi dan memberi pendidikan agama di rumah secukupnya. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengepung anak-anak mereka supaya tidak terlalu bebas terutamanya anak-anak remaja. Sekiranya mereka ingin engkar, ibu bapa perlu memastikan terlebih dahulu apa yang dilakukan pada hari-hari berkenaan dan ibu bapa perlu mengawasi setiap gerak langkah anak-anak mereka agar sesuatu yang tidak diingini tidak akan berlaku. Selain ibu bapa, guru-guru terut memainkan peranan penting dalam menangani masalah sebegini. Oleh kerana masa yang dihabiskan di sekolah adalah terlalu lama berbanding di rumah, maka guru turut memainkan peranan penting dalam mengawasi anak-anak remaja ini. Setiap guru perlu mamastikan sikap dan tingkah laku setiap pelajar di dalam kelas mereka. Ini kerana remaja-remaja ini begitu rapat dengan rakan-rakan mereka sewaktu di sekolah. Maka, guru-guru perlulah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak remaja yang bermasalah ini. Pihak kerajaan adalah satu badan yang terpenting dalam memastikan segala bahan-bahan lucah ini di mansuhkan. Tetapkan had-had tertentu bagi mengelakkan para remaja ini memperolehi bahan-bahan sebegini dengan mudah. Selain daripada itu, masalah CD atau DVD cetak rompak dimusnahkan kerana kebiasaannya bahanbahan lucah ini mudah didapati di tempat-tempat sebegini. Justeru itu, semua pihak perlu memainkan peranan mereka sendiri dalam mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa kini.