Pengenalan Ilmu Ketamadunan

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengenalan Ilmu Ketamadunan as PDF for free.

More details

  • Words: 7,442
  • Pages: 29
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN TAKRIF TAMADUN Sudut etimologi B. Arab – Maddana – Perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Madani: i) ii)

sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta .. kehalusan budi pekerti yang terpuji

Bhs. Arab : Umran adbun dan dinnun atau dainun. Umran bererti harta, kawasan yg. didiami, berkembang subur dan hidup berpanjangan. Adbun (adab) memperelok tingkahlaku yg. dapat mempengaruhi pemikiran dan rohani. Dainun bererti kepatuhan, penyerahan, cara hidup atau pemerintah. Jg. menggunakan istilah Tamaddun, Madaniah dan Hadharah Hadarah=civilization=civitas (latin)-Perbuatan duduk dibandar dan perilaku kehidupan yang tinggi. Tamadun bukan diukur dgn kemewahan, tapi ‘umran’ kemakmuran. Salah faham barat Pelbagai Bahasa Bhs. Latin : Civitas, civilis, civis dam civilitas = Civilization. Bererti warganegara, undangundang dan sistem pemerintahan Rom. Bhs. Greek : Kei yg. bererti kediaman (rumah) dan sesuatu yg. datang kepada kita. Keimelion bererti khazanah atau harta yg. disimpan. Bhs. Inggeris : Civilize bererti memperbaiki tingkahlaku, menjinakkan dan menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat. Ia jg. bererti keluar dari kehidupan barbarian (primitif) kpd. kehidupan yg. baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan. Bhs. Tamil : Nakarikam, nakar ialah kota dan ikam pula ialah pembentukan bandar. Bhs. Cina : Wen Ming, Ming bererti cerah atau bercahaya. Jg. merujuk kpd. unsur-unsur material dan spiritual yg. muncul drpd. pencapaian sejarah perkembangan manusia. Kedua-dua bhs Tamil dan cina menyentuh tentang tingkahlaku yg. baik. Peradaban: masyarakat yang mencapai tahap yang tinggi dari sudut budaya dan moral, walaupun tidak menjalani kehidupan kota. Rumusan : Dalam sejarah Islam 3 istilah digunakan iaitu madaniyyah, ‘umran dan hadharah yg. menggambarkan pencapaian umat Islam dalam pemurnian aqidah, perlaksanaan syariah, kecemerlangan dan ketinggina akhlaq disamping ketrampilan dalam keilmuan dunia dan agama dan kemajuan kebendaan berteraskan agama.

TAMADUN DAN AGAMA Sifat seseorang berkait rapat dgn kepercayaan. Tamadun silam; manifestasi kepada kepercayaan dan kehidupan beragama – peninggalan bangunan dan barangan, tpt ibadah.

Tamadun barat kotemporari; memencilkan nilai agama Tamadun Islam: menghimpunkan pelbagai pegangan agama. TAMADUN DAN BUDAYA Budaya ; tatacara sesuatu masyarakat bertindak ke atas persekitaran mereka (termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Budaya tinggi = memiliki kehalusan budi & kesempurnaan moral bertamadun.

ciri kehidupan

Beza Tamadun Budaya 1. Natijah tamadun berkekalan berbanding dgn natijah budaya (kesetiaan kpd maharaja). 2. Tamadun merentasi sempadan geografi negara. Budaya selalu dikaitkan dgn negara atau wilayah tertentu. TAMADUN DAN BANGSA Tiada perkaitan yg jelas kerana selalunya tamadun melampaui batasan kebangsaan. CIRI-CIRI ASAS TAMADUN 1. Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu (Kota, bandar, kepolisan…) 2. Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat. 3. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dlm bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna. 4. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dgn satu sistem tulisan tersendiri utk berkomunikasi. 5. Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuatkuasa. 6. Peningkatan daya reka cipta dlm bidang teknologi & pembinaan. 7. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusteraan dan nilai estitika yg tersendiri. FAKTOR YG MENDORONG KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN 1. Kedudukan yg strategik memungkinkan pengunaan sumber semulajadi demi kelangsungan kehidupan. 2. Rangsangan keagamaan dan kerohanian. 3. Penghayatan yg tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji. 4. Kesengsaraan hidup; Tamadun Jepun. 5. Keterbukaan & toleransi terhadap sumbangan tamadun yang lain. INTERAKSI ANTARA TAMADUN Interaksi antara tamadun wujud disebabkan sifat toleransi , saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Kesan Interaksi: Positif

Negetif

Tamadun Hinduisme + Buddhisme: Karma (Rebirth), Dhamma (Righteousness) & Moksha (Liberation) Islam + Yahudi + Kristian: Piagam Madinah-kebebasan beragama

Yahudi + Kristian (kurun 9 –18m): Pembunuhan yahudi Kristian + Islam: Crusades Islam + Hindu: Peperangan & pembunuhan.

Islam + Konfusianisme (7 masihi): Zheng He (panglima tentera laut muslim), Liu Zhi & Ma Zhu (Pemikir Konfusianisme). PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN 1.

2.

3.

4.

Alam sekitar  Semua agama: mesti hidup secara harmoni dgn alam sekitar.  Alam merupakan anugerah tuhan dan manusia khalifah (custodian @ steward).  Tafsiran pasif: alam dianggap ‘Divine Power’. Keluarga  Keluarga asas pembentukan masyarakat.  Wujud hierarki kuasa: penentu kedudukan lelaki & wanita.  Asas kekeluargaan: Konfusianisme: kesetian & pertalian yang erat. Islam: kasih sayang, belas kasihan dan hormat menghormati. Komuniti  Berpengaruh dlm menentukan identiti & personaliti seseorang manusia.  Berperanan memastikan norma & nilai murni sentiasa dihormati. Kerajaan  Moral & akhlak merupakan dasar sesebuah kerajaan dlm Tamadun tradisional.  Raja yg saksama dan adil: tema tulisan Moh-Tze, Lao-Tze, Kung Fu Tze & Meng Tze. Al-Farabi, al-mawardi & al-Ghazali.  Kesetiaan kpd raja dan perlindungan yg diberikan oleh raja merupakan dimensi penting kerajaan.

5.

Kegiatan ekonomi  Mengamalkan kegiatan ekonomi dalam konteks ‘Moral Universe’ (moral semesta) – spt. Dlm ajaran Buddha.  Islam: mementingkan halal dan haram.

6.

Pendidikan  Matlamat utama pendidikan: pembinaan sifat seseorang (Character-building) melalui proses pengajaran (Inter-Being)  Perbezaan transformasi: Islam: akidah – Budha & Hindu: mencari diri sendiri.

7. Kesihatan

TAMADUN MELAYU (NUSANTARA) PENGENALAN



Sebuah tamadun yg dibentuk oleh sekelompok manusia yg digolongkan sebagai orang-orang melayu bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara dikenali: Gugusan kepulauan melayu (Malay Archipelago) Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia Nusantara Alam Melayu Tanah Jawi dsb…….



Terletak dalam “Wilayah Kebudayaan Oseania”; satu budaya yg terdiri dari pulaupulau yg terbentang dari pulau Paska (timur) ke Sumatera (barat), New Zealand (selatan) ke pulau Farmosa (utara).

1. 2.

Eleman yg menentukan Melayu: Bahasa Melayu menjagi lingua franca Agama Islam dianuni oleh majoriti penduduknya.

KEMUNCULAN TAMADUN MELAYU



Kerajaan Pra Islam: 2 bentuk; a) agraria (spt. Empayar Funan dan Angkor). b) Maritim:  Funan – memiliki pelabuhan entrepot- Pusat persinggahan pedagang- pengumpulan & penyebaran barangan antara timur dan barat- pusat interaksi dgn Tamadun asing.  Srivijaya (kurun 7-11 m): kerajaan miritim terpenting mendominasi seluruh pesisir laut di utara dan barat Sumatara, Jawa Barat, Selat Melaka & Selat Sunda.

 -

Zaman Islam Pusat Tamadun Melayu Islam terawal: Perlak dan Samudera-Pasai. Melaka (1400-1511) Aceh-Pusat kegiatan Islam selepas kejatuhan Melaka. Borneo; Kesultanan Melayu Brunei.

PANDANGAN SEMESTA MELAYU PRA ISLAM.

 -

Dinamisme kepercayaan adanya tenaga yg tak berperibadi (tak berjisim) dalam diri manusia, haiwan, tumbuhan, benda, kata-kata, tanda tertentu dll. Menimbulkan ‘magis’ (magic)

-

 -

-

 -





-

Perkataan lain yg seerti; • ‘Mana’; Bahasa Melanesia- Polinesia. • ‘Kere’; Mentawi • Sahala; Batak • Kesakten; Jawa Animisme kepercayaan akan adanya jiwa dan roh yang dapat mempengaruhi kehidupan alam manusia (nasib baik @ buruk). Perkataan latin ‘anima’ bermaksud ‘roh’. ‘Hyang’ = poyang = moyang: kononnya roh nenek moyang masih berada di kalangan manusia dan memiliki tenaga yg kuat yg mempengaruhi kehidupan mereka. Sembahyang – menyembah roh nenek moyang yg dianggap jelmaan tuhan. Religis; pemujaan dan perhambaan diri kpd kuasa yg berperibadi.

Magis & Religis Magis: Penguasaan terhadap tenaga ghaib Religis; Pemujaan dan perhambaan terhadap kuasa ghaib Persamaan: kedua-duanya berhubungan dgn kuasa ghaib. Jenis Magis; (i) magis Produktif (ii) magis Protektif (iii) Magis Destrutif Tabu (Bahasa Polinesia-melanesia) maknanya; pantang melanggar tabu; mendapat hukuman ghaib oleh alam ghaib, dewa, roh. Boleh ditemui samada pada religis atau magis.

Kepawangan/ Perbomohan Jenis Pawang; (i) Pawang Masyarakat; bertugas memimpin masyarakat dalam upacara pemujaan, pengorbanan & upacara magis. (ii) Pawang perantara: penghubung antara alam dunia dgn alam ghaib.

 -

Totemisme Kepercayaan bahawa manusia berasal dari jenis haiwan/tumbuh-tumbuhan. Atau percaya antara manusia dgn haiwan ada persamaan nasib. Haiwan & tumbuhan dianggap nenek moyang.

PANDANGAN SEMESTA MELAYU ZAMAN HINDU DAN BUDDHA Penyebaran secara aman- upacara keagamaan & penyembahan lebih tersusun. Penyebaran H&B telah mengalami proses ‘sinkritisme’ : penyerapan dgn kepercayaan tempatan yang asli utk membentuk satu kepercayaan baru yg sering melengkapi.  Kesan H&B Cuma pada golongan pemerintah & bangsawan sahaja.  Pengaruh H&B: (1) Politik & pentadbiran: Tidak melibatkan semua doktrin murni. Raja; simbol kosmos melalui konsep ‘dewaraja’. Dewaraja; raja adalah keturunan atau penitisan Dewa Shiva/Visnu bahkan juga merupakan inkarnasi Dewa Buddha-Mahayana. Kepercayaan konsep Dewaraja melahirkan sistem feudalisme. Feudal Hindu difahami melalui ‘Mandala’ (circle of Kings). Raja berperanan sbg tuhan dan mampu mengarahkan rakyat bila-bila masa.  

(2) Sosial Terpengaruh dgn sistem Kasta Hindu – menilai manusia berdasarkan darah keturunan. Kelas Pertama: Raja & Bangsawan (3) -

(4)

Ekonomi Tidak banyak berbeza kecuali sedikit perkembangan kegiatan perdagangan. Saudagar dikenali: ‘Wanigrama’ & ‘Wanigrami’. Kesan negetif: rakyat menanggung beban cukai & pajak yg dikenakan oleh raja dan penyelewengan pemungut cukai.

-

Kesenian & hiburan Meliputi pembinaan, pembangunan & ukiran. Bersumberkan epik Ramayana dan Mahabharata.

-

Bahasa & Sastera Mendaulatkan bahasa Sanskrit sbg bahasa intelektual (kebangsaan). Bahasa Sanskrit telah memperkayakan bahasa Melayu Kuno.

(5)

PANDANGAN SEMESTA MELAYU ZAMAN ISLAM  (1)

(2)

Teori Kedatangan Islam ke Nusantara: - Dibawa terus dari Sem. Tanah Arab- telah wujud hubungan dagang antara orang Arab dan Alam Melayu sekian lama. - sokong: S.M. Nuquib al-Attas, John Crawford, Niemann & de Hollander. – Datang dari China melalui Canton dan Hainan pd kurun ke 9. - Teori dipelopori; Emanuel Godinho de Eredia & al-Mas’udi.

(3) -

 -



-

–Kedatangan dari India melalui Gujerat. (dikemukakan oleh sarjana belanda Pijnappel) bahan bukti: persamaan batu nesan Sultan Malik al-saleh (1297-Pasai) & nisan maulana malik Ibrahim (Grisek Jawa dgn yg terdapat di Gujerat. Teori ini ditentang oleh G.E. Marrison. Pandangan semesta Melayu dan Pengaruh Islam. Pusat pandangan; 2 alam –alam nyata (fizikal) dan alam ghaib (spritual. Percaya bahawa ada makhluk lain yg wujud di samping manusia di alam ini. Interaksi manusia & alam melahirkan ‘peng+alam+an’. Pengaruh Islam; Islam datang memantapkan lagi pandangan semesta Melayu + proses penafsiran semula. Konsep Tauhid (Rubbubiyyah & Uluhiyyah) mengukuhkan ketakwaan dan keimanan mereka kpd Allah swt. Alam dicipta; (i) manfaat manusia (ii) tanda wujudnya ‘Rabbul’alamin’. Manusia; Hamba Tuhan @ ‘Abdullah, wakil Tuhan @ Khalifatullah. Kepercayaan terhadap alam akhirat; amalan baik dan buruk disamping menghasilkan kesan duniawi akan memperolehi balasan muktamad di akhirat. Asas lain pandangan Melayu Islam; ‘Hablumminallah’ & ‘Hablumminannas’.

Kepercayaan pasif Melayu Islam selepas Islam. (1) Keramat dicedok dari kepercayaan Mesir, Yahudi, Parsi dan Hindu. Keramat yg popular: karamat wali. Amalan kesan dari percaya keramat: (i) Berniat (berkaul)/bernazar (ii) Membayar Niat. (2) Sihir diadukkan dgn Islam; menjadikan ayat Quran & Hadith sbg tangkal & azimat.

PANDANGAN ISLAM Islam mengharamkan penganutnya hidup dlm khayalan, melakukan perkara karut yg tidak diterima akal yg sihat. Setiap perkara mestilah bersandarkan ‘ilmu’ dan terdapat keterangan dari alQuran dan al-Sunnah.

)36(‫صرَ وَاْل ُفؤَادَ كُلّ ُأوْلَِئكَ كَا َن عَْن ُه مَسْئُول‬ َ ‫ف مَا لَْيسَ َلكَ ِب ِه عِلْمٌ إِنّ السّمْ َع وَالَْب‬ ُ ْ‫ول َتق‬ “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggotaanggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” Surah al-Israa’ :36 -

Perbuatan Syirik; menyengutukan Allah dgn sesuatu, beranggapan ada yang setanding atau lebih berkuasa dari Allah s.w.t.

)48 (‫شرِ ْك بِالّلهِ َفقَدْ ا ْفَترَى إِثْمًا عَظِيمًا‬ ْ ُ‫شرَ َك ِبهِ وََي ْغ ِفرُ مَا دُو َن ذَِلكَ لِمَنْ يَشَاءُ َومَنْ ي‬ ْ ُ‫إِ ّن الّلهَ لَا َي ْغفِرُ أَنْ ي‬ “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar”.

TAMADUN ISLAM MAKSUD TAMADUN ISLAM



S.M. Naquib Al-Attas: “ Tamadun Islam ialah keadaan kehidupan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya”.



Ibn Khaldun – Hadarah lwn Badiah– Tamadun Islam: “ Pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan dayacipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni”.



Tamadun Islam bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah, didirikan oleh masyarakat Muslim tanpa mengira bangsa dan budaya dan diikat oleh ikatan ‘Wahdatul Ummah’ dan berpegang dengan unsur penyatuan iaitu konsep ‘tauhid’.

MATLAMAT TAMADUN ISLAM Matlamat Umum:



Mengangkat Islam sbg ad-deen iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif.



Memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w dan selepasnya.

Matlamat Khusus:

 

Menjalinkan hubungan manusia dengan Allah pencipta manusia dan alam. Mewujudkan hubungan manusia dgn manusia dan alam sejagat.

HUBUNGAN MANUSIA DGN ALLAH PENCIPTA ALAM



Manusia bukan sekadar berfikir tentang penciptaan alam, malah mesti berfikir ttg pencipta alam – iaitu Allah swt.



Hubungan manusia dengan penciptanya (Allah) merupakan matlamat terpenting dan terakhir untuk dituju dalam kehidupan- Hubungan paling utama.



Hubungan dgn makhluk lain mestilah jgn sampai menggugat hubungan dgn Allah.

Hubungan dgn Para Rasul  Peranan Rasul sbg rule-model dan ikutan pada tingkah laku dan sifat mereka.  Para Rasul: manusia biasa dan hamba Allah yang diberikan kurniaan kenabian.  Contoh: Pandangan Islam terhadap Nabi Muhammad: Firman Allah: Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Surah al-Ahzab:40.

Pandangan Islam terhadap Nabi Isa a.s: “Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang kami kurniakan kepadanya nikmat (kenabian) dan kami jadikan dia sebagai tanda bukti (kekuasaan Allah) untuk Bani Israel” (Surah al-Zukhruf : ayat 59).



Implikasi hubungan Manusia dgn Allah  Pengiktirafan manusia yg dicipta, terhadap penciptanya, pencipta Manusia dan Alam semesta.  Pengiktirafan manusia terhadap keagungan pemerintahan Allah dan kebesaran kekuasaannya.  Mengiktiraf semua nikmat yang diberikan oleh Allah dgn bersyukur kepadanya: amalan lahir dan batin.  Mengharapkan rahmat dari Allah.  Wujud perasaan bertanggungjawab .  Permohonan dan doa hanya kepada Allah- Makhluk tidak berkuasa dan lemah kerana ia dicipta.  Menjadikan rasa kecintaan & rindu kepada Allah sbg matlamat kehidupan dan sumber kenikmatan. HUBUNGAN MANUSIA SESAMA MANUSIA  Masyarakat Islam: tidak bersifat perkauman, kebangsaan dan tidak dibataskan dgn sempadan geografi; berbentuk ‘Wahdatul Ummah ‫”وحدة المة‬.  Ukuran manusia di sisi Allah: Taqwa.  Islam menentang idea dikriminasi perkauman dan ras.  Firman Allah: “Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lakilaki dan seorang wanita, lalu kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling taqwa di antara kamu” (Surah al-Hujuraat: Ayat 13)  Sabda Nabi saw: “Tidak ada kelebihan seorang Arab dengan seorang ‘Ajam, kecuali kerana takwanya”. (Riwayat Bukhari Dan Muslim). HUBUNGAN MANUSIA DGN ALAM SEJAGAT (KOSMOLOGI)  Manusia merupakan sebahagian daripada alam sejagat, tetapi berada pada kedudukan yang istimewa - akal & pancaindera.  Islam galak kajian alam semesta: Firman Allah: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal . Surah al-Imran:190)  Tujuan alam semesta; 1) Alam semesta dicipta untuk faedah, maslahat dan kepentingan manusia. Contoh:Firman Allah:

Dialah Allah yang memudahkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan supaya kamu mencari keuntungan dari kurnianya dan supaya kamu bersyukur” (Surah an Nahl: ayat 14)

 

Alam semesta merupakan pentas renungan Firman Allah: “Dan apakah mereka tidak memerhatikan bahawasanya kami (Allah) menghalau (awan yang mengandungi air) ke bumi yang tandus, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanam-tanaman.’ (Surah al-Sajdah: ayat 27)



Kesimpulan: manusia dengan fitrah dan tabii semulajadi akan tunduk akur kepada Allah sebagai pencipta sekalian alam, termasuk diri manusia sendiri. Manusia tidak mampu mencipta seperti ciptaan tuhan hatta kalau berhimpun seluruh manusia, mustahil mereka mampu mencipta walau seekor semut!

DASAR TAMADUN ISLAM

     

Memelihara agama dan kepercayaan Hak-hak hidup (Nyawa) Memelihara akal fikiran Memelihara Kehormatan dan keturunan Memelihara harta benda Memelihara hak dan kebebasan

Memelihara agama  Islam memberikan kebebasan beragama dan tidak memaksa org lain untuk menerima Islam. Firman Allah: Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (alBaqarah: 256)  Namun apabila telah Islam, ia tidak boleh keluar dari agama Islam. Itu satu pengkhianatan dan jenayah yg besar: Firman Allah: Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu sekiranya ia mampu; dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (alBaqarah:217) Memelihara hidup (nyawa)  Hak menghidup dan mematikan adalah hak Allah. Tiada sesiapa berhak mencabar hak tersebut.



Islam mengharamkan pembunuhan orang lain kecuali melalui jalan yang hak; contoh; mempertahankan diri & hukum bunuh. Firman Allah swt: “ “Sesiapa yang membunuh orang tanpa kesalahan atau berbuat kerosakan di bumi, maka seolah-olah ia membunuh manusia seluruhnya” (Surah al-Maaidah: 32)



Juga haram bunuh diri sendiri. Firman Allah:“ “Jangan kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah itu amat pengasih kepada kamu. Sesiapa yang melakukan demikian itu secara ceroboh dan zalim, maka kami (Allah) akan membakarnya dengan api neraka, yang demikian itu amat mudah bagi Allah” (Surah al-Nisa’ : 29 &30)

   



Kaedah Islam dalam menjaga hak-hak hidup: Kawalan kesihatan & melawan penyakit Pengharaman perkara yg memudharatkan (dadah, arak dll) Pengharusan setiap perkara yang bermatlamatkan kehidupan; makan, minum, pakaian & sebagainya. Firman Allah swt: Makan dan minumlah kamu, tetapi jangan melampaui batas” (Surah al-Al-Araaf: 31). Mengharuskan makan dan minum sesuatu yang asalnya haram dalam keadaan dharurat.

Memelihara Akal Fikiran  Pemeliharaan akal wajib; kerana ia lambang kesempurnaan manusia berbanding makhluk yg lain.  Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu bagi membentuk pemikiran.  Sabda Nabi Muhammad saw: “Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad” (HR Muslim).  Pemeliharaan Akal: Islam mengharamkan makanan & minuman yang memabuk dan mengkhayalkan; manusia binatang. Memelihara kehormatan dan keturunan.  Sabda Nabi Muhammad saw dalam pidato terakhirnya di Padang Arafah: “Sesungguhnya nyawa, harta dan kehormatan kamu adalah suci, seperti sesucinya hari haji ini”(HR Bukhari).



– –

Islam memelihara keturunan manusia: Kawalan: Perkahwinan & Undang-undangnya Pencegahan: Khalwat, zina, seks bebas, luar tabii dsb.

Memelihara Harta  Kekayaan bumi bukan milik tertentu, setiap orang berhak menurut usaha dan kemampuannya.  Firman Allah: “Allah yang telah memudahkan bagi kamu lautan, supaya ýkamu boleh belayar padanya dengan kapal-kapal dengan ýizinnya, dan supaya kamu mencari daripadanya ýkekayaannya, dan supaya kamu berterima kasih, dan ia ýmemudahkan bagi kamu apa-apa yang di langit dan apa-ýapa yang di bumi semuanya” (Surah al-Jaathiyah:12-13)ý  Hak pegangan dipelihara dalam Islam; Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid”(HR Bukhari).  Penjagaan Islam terhadap hak harta: – Kawalan: Undang-undang Ekonomi & Transaksi Islam. – Pencegahan: Pengharaman Jenayah Curi & rompak. Memelihara Kebebasan



Setiap manusia dilahirkan bebas dan merdeka. Tiada sesiapa berhak memperhambakan orang lain.



Syiar Islam: “ Kepadamulah kami menyembah dan kepadamulah kami memohon pertolongan” (Surah al-Fatihah)



Pengabdian paling jahat; jadi hamba nafsu. Firman Allah swt: “Tidakkah engkau fikirkan (bagaimana peliknya) orang yg menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya”(Surah al-Furqan: 43)

- Terdapat 3 dasar lain yang menjadi tunjang Tamadun Islam : i. Akidah ii. Syariah iii. Akhlak i. Akidah (Tauhid) - bidang akidah mencakupi aspek berikut : a. Ilahiyat b. al-Nubuwwah c. Kitab-kitab Allah d. Percaya terhadap Malaikat e. Perkara-perkara al-Samiyyat f. Qadha’ dan Qadar

- Pembahagian Tauhid i. Tauhid Rububiyyah ii. Tauhid Asma’ wa al-Sifat iii. Tauhid Uluhiyyah i. Tauhid Rububiyyah

- beriman bhw Allah s.w.t. mencipta langit dan bumi, Tuhan yang menghidupkan dan mematikan sst dan Tuhan yg mentadbir alam ini. Segala yg berlakut mengikut peraturannya (Sunnatullah). ii. Tauhid Asma’ wa al-Sifat - beriman bhw Allah s.w.t. bersifat dgn segala sifat kesempurnaan dan maha suci dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. iii. Tauhid Uluhiyyah - beriman bhw tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah dan hanya kepadanya kita berdoa, bergantung harapan dan menyerahkan diri. 2. Syariah - ialah perunudangan dan hukum dan cara manusia mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. - Perundangan Islam terbahagi 2 iaitu : i. Ibadah -- 5 rukun Islam ii. Muamalah – urusan peribadi dan urusan awam. 3. Akhlak - dikenali sbg akhlak ketuhanan yg bersumberkan dari Tuhan sebagai Pencipta. Sifat baik dan buruk tidak berdasarkan citarasa manusia. SIFAT TAMADUN ISLAM

    

Sejagat: tidak terikat dengan bangsa dan tempat tertentu. Terbuka: mengamalkan dialog dan interaksi terbuka antara tamaddun selagi tidak bercanggah dengan prinsip syariat Islam. Sepanjang Zaman: Tamadun Islam sesuai hingga Hari Kiamat. Toleransi; terhadap sistem agama, keparcayaan atau kebudayaan orang lain. Kesatuan dalam kepelbagaian; pembangunan dalam pelbagai bidang dan lapangan bertujuan arah yg satu iaitu meng-esakan Allah dan yakin dgn keagungannya sebagai Tuhan Pencipta Alam.

CIRI-CIRI UTAMA TAMADUN ISLAM i. Menyeluruh (sempurna) - meliputi seluruh aspek kehidupan manusia iaitu undang2, akidah, akhlak dan hubungan sesama manusia. ii. Umum - b’sesuaian dgn semua orang setiap masa & tempat . iii. Tetap dan anjal (fleksibel) - tetap dr segi tujuan tetapi anjal dr sudut cara & teknik p’laksanaannya. iv. Ideal & realistik KELAHIRAN TAMADUN ISLAM

      

Masyarakat Zaman Pra-Islam Digelar sebagai Masyarakat Jahiliah (Jahala = bodoh & sesat). Ciri-ciri Masyarakat Jahiliah menurut al-Quran: salah satu dari yg berikut; Zaman tiada nabi dan kitab suci sbg petunjuk. Zaman yg tidak mempunyai tamadun & peradaban. Zaman m’kat tidak berakhlak, angkuh & bongkak. Zaman majoriti m’kat tidak boleh menulis & membaca.

Sistem kepercayaan dan agama: 1.   

Penyembah Berhala (Wathaniah) Paling masyhur – al-Latta(Taif), al-Uzza(Nakhlah), al-Hubal (Mekah) Dibuat dpd emas dan perak Sekitar kaabah – 360 berhala yg di sembah.

 

Penyembah api (majusi) Berasal dari Parsi, tidak ada kitab suci, mengikut nabi palsu. Aliran: (i) Kayumarthiah (ii) Zarwaniyah (iii) Zaradushtiyah (Zoreoster)

2.

3.

Yahudi  Dibawa oleh Nabi Musa a.s. dan diutus oleh Allah beserta kitab suci Taurat.  Penganut asal; Bani Israel.  Mereka mengubah suai kandungan Taurat hingga dilaknat oleh Allah.  Yusuf Dhu Nawas –pemerintah akhir Kerajaan Himyar – penganut yahudi. 4. Nasrani (Kristian)  Agama yg dibawa oleh Nabi Isa a.s, diutus oleh Allah berserta kitab suci Injil.  Penganut asal- Bani Israel dan mereka mengubah suai kandungan Injil sesuai dgn kepentingan mereka.  Penganut Nasrani di Tanah Arab: Ghassan & Hirah, Judham, Salih, Lakhm, Tayy dan Tha’labah.  Pusat agama Nasrani; Najran (Barat Daya Sem. Arab). 5.

Hanif @ hunafa’ (Samawi)= mentauhidkan Allah=muslim.

   6.

Dibawa oleh Ibrahim Antara Penganutnya: Zaid bin Amru bin Naufal, Nabi Muhammad ibn Abdillah. Meninggalkan penyembahan berhala, tidak berjudi, minum arak, perbuatan maksiat dan perbuatan keji yang dikutuk oleh Allah swt.

Animisme

   

Sembah roh, penunggu dan kuasa ghaib. Masyarakat Petra & Palmyra: sembah matahari Masyarakat Ma’in: Sembah Bulan Amalan: tilik nasib, ahli sihir, kuasa azimat.

Sistem-Sistem Masyarakat Jahiliah  Sistem Politik & Pentadbiran; tidak terdapat sistem pemerintahan yang mempunyai struktur pemerintahan yg teratur & berkuasa penuh- Utara + selatan sem. Tanah Arab dijajah oleh Rom (Kristian) & Parsi (Majusi).  Sistem Sosial: Wanita dianggap mendatangkan sial, ditanam hidup-hidup. Sesetengah kabilah membenarkan perkahwinan tanpa had.  Ekonomi: Musnah dgn pecahnya Empangan Ma'rib (bina oleh kaum Saba'‘650sm dan musnah 450m): sail al-Iram) dan mereka tidak memiliki ilmu dan teknologi utk membaikinya. Kerajaan Himyar meluaskan kuasa utk memperbaiki ekonomi- akhirnya negara mereka musnah dan dijajah oleh Rom. KELAHIRAN MASYARAKAT ISLAM  ýNabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabi’ al-ýAwwal tahun Gajah (20 April 571 Masihi) – keturunan ýQuraisy (suku Arab paling mulia).ý  ýTurun wahyu pertama (perlantikan sbg Nabi) pada 17 ýRamadhan (6 ogos 610 M) – Tarikh kelahiran Tamadun ýIslam.ý  ýFasa pembinaan Tamadun Islam ý  Kota Mekah 13 tahun (Pembinaan Akidah)ý  Kota madinah (10 Tahun) – selepas Hijrah ýRasulullah saw.ý  ýFasa Madinah: (i) membentuk sebuah masyarakat dan ýnegara Islam (ii) memelihara dan mempertahankan ýmasyarakat dan negara Islam.ý  ýBaginda wafat –tahun 11 Hijrah (632 M)ý  ýPenerusan pemerintahan –sistem Khalifah sebelum ýsistem monarki.ý

PIAGAM MADINAH

 

Dibentuk berasaskan sumber wahyu Mengandungi 2 bahagian: Bah. 1: Mengenai umat Islam (Ansar dan Muhajirin) (47 Fasal) Bah. 2: Mengenai hubungan umat Islam dan Yahudi (23 Fasal)

  

Prinsip kesatuan dlm Piagam Madinah: Kesatuan perlembagaan- al-Quran & al-Sunnah Kesatuan kepimpinan – Rasulullah ketua negara

   

Kesatuan Negara- Masyarakat Islam & bukan Islam = satu ummah Kesatuan terhadap sikap & suara (perang dan damai) Kesatuan matlamat- melahirkan masyarakat bertolerensi, harmoni dan bersatu tanpa mengira anutan agama Kesatuan tanggungjawab antara pemerintah dan rakyat.

DASAR UTAMA PENTADBIRAN RASULULLAH SAW & KHULAFA’ AR-RASYIDIN  Ketua Negara:  Rasulullah saw disamping seorang rasul juga merupakan ketua negara (memimpin Badan Perundangan, Badan Eksekutif & Badan Kehakiman), Selepas kewafatan baginda- sistem Khalifah – Peranan: Memelihara agama dan mentadbir urusan dunia.  Majlis Syura  Rasulullah membentuk majlis syura di kalangan para sahabat, tanpa terikat dgn bilangan dan orang tertentu.  Zaman Khulafa’ al-Rasyidin – Dewan Syura (Dewan Senat).    

 

 

Kementerian & Jabatan: Wazir & Wizarah – Rasulullah membentuk. Pembahagian tugas dgn. melantik pengurus zakat, jurutulis,penjaga cop mohor dll. Zmn. Khulafa’ – mempunyai pembantu utama Khalifah Umar al-khattab – memperkenalkan pentadbiran peringkat Diwan (Jabatan) spt; Jabatan Cukai (Diwan Jibayah) & Jabatan Ketenteraan (diwan al-Jaish). Pentadbiran Kawasan & Wilayah Madinah; pusat Negara Islam yang terdiri dari 20 jajahan – dipimpin: Naqib, dibantu beberapa Arif, balai pertemuan (Saqifah). T’bhg. Kpd. wilayah – Yaman, Umman, Najran, Bahrayn & Hadhramaut yg. diketuai oleh Gabenor (Wali). Setelah Negara Islam berkembang; diwujudkanWilayah dipimpin Wali (Gabenor). Zmn. Khalifah Umar al-Khattab – negara Islam t’bhg. Kpd 8 wilayah iaitu Madinah, Makkah, Syria, Jazirah (Mesopotamia), Basrah, Kufah, Mesir & Palestin.

SUMBER TAMADUN ISLAM



Keaslian Al-Quran terpelihara: • Ditulis semenjak diwahyukan; penulis-penulis Wahyu Rasulullah saw- Zaid bin Thabit, Ubai b. Kaab, Muaz bin Jabal, Muawiyyah b. Abi Sufyan dan 4 Khulafa’ alRasyidin. • Dihafaz oleh para sahabat, generasi seterusnya dan hingga kini.



Al-Quran merupakan mukjizat pada bahasa dan isi kandungannya. Berpahala membaca teksnya (B.Arab) tetapi tidak terjemahannya.

Keistimewaan Al-Quran: • Mementingkan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. • Melayan tabiat semulajadi (fitrah) manusia. • Fleksibel ; Al-Quran mengandungi kaedah dan peraturan Umum dan dasar yang boleh ditafsirkan mengikut keadaan disamping Kaedah khusus dan thabit utk mempermudahkan orang yg mahu menghayatinya. • Praktikal; Islam pada Akidah dan Syariahnya merupakan agama yg praktikal kerana ia senang difahami, jelas & selaras dgn akal & fitrah manusia. • Syumul (Menyeluruh); Al-Quran menyentuh semua aspek kehidupan manusia dan meletakkan asas-asasnya. Setiap perbuatan manusia tidak terkeluar dari hukum agama; Wajib, Sunat, haram, makruh, harus, sah dan batal. • Seimbang; antara suruhan dan larangan, ruhiah & jasadiah, duniawi & ukhrawi. Kandungan Al-Quran;

• Akidah; Membebaskan manusia dari kongkongan kebiasaan dan pemujaan sesama

• • • •

makhluk kearah pemikiran yang bebas luas dan pemujaan kepada yg maha agung – 6 prinsip (Rukun Iman): Percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab-Kitab, Rasul-Rasul, Hari Akhirat, Qadha dan Qadar (Untung baik dan buruk dpd Allah). Ibadah 5 prinsip (Rukun Islam); Syahadatain, Solat, Puasa, Zakat & Haji. Akhlak; membangunkan keperibadian yg membawa kepada keharmonian hidup sejagat. Syariah (peraturan); memastikan kemaslahatan hidup dan keadilan sesama makhluk - antaranya; undang-undang kekeluargaan, ekonomi, kemasyarakatan & kenegaraan. Ringkasnya; al-Quran mengandungi (i) perkara yg disuruh; prasyarat kepada kesejahteraan dunia & akhirat, (ii) Perkara yg dilarang; menjejaskan kesejahteraan.

Hubungan al-Quran dgn Sains  Terdapat ayat-ayat yg menyentuh tentang sains; Islam mengalakkan manusia mengkaji dgn teliti & menggunakan akal fikiran mereka (Ijtihad & Kajian Sains: kesungguhan kajian, teratur dan beban bukti).  Contoh. (Kejadian manusia):Firman Allah: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat". (alMukminuun:12-16) Hubungan al-Quran dgn Kitab Samawi yg lain:  Hubungan Al-Quran dan Taurat & Injil: Firman Allah: Dan ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad (Muhammad)". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang nyata!" (Surah al-Shaff: 6)  Firman Allah: Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata". (Surah al-Baqarah; 136)  Kitab Suci Al-Quran, Taurat, Injil & Zabur membawa petunjuk, hidayah dan cahaya dari Allah s.w.t.

2. AL- SUNNAH (AL-HADIS  Segala yang disandarkan kpd Rasulullah saw sama ada perkataan, perbuatan dan engakuan(taqrir) serta sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul.  Diriwayatk oleh sahabat, tabiin & dikumpulkn dan ditulis oleh ulama hadis.  Peranan al-Sunnah terhadap al-Quran:  Menegaskan hukum yang terdapat dalam Quran.  Menjelaskan apa yg tidak diperincikan dalam al-Quran.  Menetapkan hukum yg tidak terdapat dalam al-Quran tetapi bertepatan dengan prinsip umum dalam al-Quran.  Perkara yg khusus kepada baginda; bukan hukum spt. Wajib tahajjud, poligami lebih 4…. MASYARAKAT ISLAM  Setiap Individu Muslim berperanan membentuk masyarakat melalui Institusi Keluarga.  Allah swt telah menurunkan Undang-Undang Keluarga (Munakahat).  Perkahwinan; Ikatan antara dua individu; lelaki & wanita melalui akad (kontrak) nikah.  Asas-asas pencarian; beriman (berakhlak) diberi keutamaan; harta, kecantikan dan keturunan yg baik. Wanita yang tidak boleh dikahwini; (i) Haram Abadi (ii) Haram sementara. Firman Allah:



“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu susuan kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah al-Nisaa’; Ayat 23)

 

Perempuan kena Talak: Firman Allah: “ Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (Surah al-Baqarah; Ayat 228)

Hukum Kahwin: Berubah berdasarkan keadaan seseorang. -Harus: berkeinginan melakukan seks. -Sunat: ingin menjaga kesucian, cukup syarat dan berkemampuan lahir & batin. -Wajib: berkemampuan zahir & batin, takut terjerumus dlm zina. -Haram: tidak cukup syarat, tiada kemampuan zahir & batin, tidak bertanggungjawab & zalim. -Makruh; tidak berhajat kepada seks.



Tujuan Perkahwinan a. Memperoleh zuriat b. Mengekalkan baka (keturunan) c. Memelihara kehormatan diri d. Mencapai ketenangan hati e. Menyalurkan nakuri cinta & kasih sayang

  

Hak dan tanggungjawab dalam Keluarga; hak & tanggungjawab suami isteri hak & tanggungjawab keibubapaan



Asas masyarakat Islam: Persaudaraan (Ukhuwwah), berlandaskan syariah, berakhlak tinggi, ibadah. Sesama Muslim: Ikatan keagamaan (Islam) VS Ikatan warna kulit, bangsa… Masyarakat Majmuk: Ikatan Kemanusiaan

 

TOKOH-TOKOH ISLAM DAN SUMBANGANNYA DALAM PEMBINAAN TAMADUN MANUSIA

1. Ibn Sina  Avicenna (barat) – ahli falsafah & tokoh perubatan.



Hasil karya – al-Qanun fi al-Tibb (Peraturan Perubatan) 14 jilid. Sumbangannya dlm, penggunaan ubat, diagnosis & pembedahan .



Karyanya diterjemahkan dlm bhs Latin oleh Gerard Cremona kurun ke-12. M’jadi rujukan utama universiti di Eropah kurun ke-17. Karyanya dicetak 16x (15 Latin & 1 Hebrew).



Diiktiraf sbg. ‘bapa doktor’ krn. menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates & Galen serta pengalaman ahli perubatan India & Parsi + pengalaman beliau sendiri.



Aspek Tauhid (ketuhanan) t’pengaruh oleh Aristotle & Plato “Tahafatu al-Falasifah”

    

Hasil penemuan beliau dlm bidang perubatan antaranya : Mengembangkan ilmu psikologi dlm peubatan spt. perubatan psikosomatiks. diagnosis melalui denyutan jantung. Penyakit paru-paru suatu penyakit berjangkit. Tanda-tanda kencing manis



M’hasilkan 250 buah buku & 116 dlm bidang perubatan

2.

Ibn Khaldun  Menuntut ilmu agama & akli serta bhs Arab. Mengajar & memegang jawatan penting di Tunis, Algeria, Maghribi & Mesir. Antara jwtnnya : i. Ahli Persuratan di Istana fas ii. Hajib (menyamai perdana menteri ) di Bougie iii. Kadi & khatib iv. Hakim Mahkamah Raja di Mesir

 Karyanya : i. ii.

al-Muqaddimah - t’agung dlm bidang sejarah al-Ibar wa Diwan…..

 ketokohannya sbg. ahli sejarah. Kaedah penyelidikan mirip kaedah sosiologi.

3.



Imam al-Ghazali b’keturunan Parsi & hidup di sekitar Perang salib- t’kenal dlm bidaing falsafah akhlak.



Dasar budi pekerti man. t’bhg 3 sebab asas iaitu akal, hawa nafsu & marah.



Bidang pendidikan kanak-kanak – hendaklah dibtk. Sejak ke arah satu matlamat.

4.

 

5.



Al-Biruni sarjana agung kurn ke-10 M & pakar dlm astronomi, sejarah & bahasa. Karyanya : Rasa’il al-Biruni – ensiklopedia astronomi & matematik.

Al-Khawarizmi Ahli matematik, astronomi & sejarah.



Penterjemah karya Greek dan menulis beberapa buku spt. Hisab al-Jabr wa alMuqabalah



Sumbangannya : i. Nombor ii. Al-jabar iii. Geometri iv. Trigonometri v. Astronomi vi. Kaedah berangka.

KONSEP KEADILAN DALAM TAMADUN ISLAM  Firman Allah swt: -"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. (Surah al-Nahl; 90).  Firman Allah swt: -"Katakanlah (Wahai Muhammad kepada ahli Kitab): "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".(Surah alSyuura: 15) 

Firman Allah swt: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orangorang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah al-Maaidah: 8)



Firman Allah swt: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orangorang (bukan Islam) yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah al-Mumtahanah:8)



Keadilan Undang-Undang: Setiap individu sama di hadapan undang-undang.



Keadilan Sosial: Setiap individu berhak/berpeluang memperolehi dan memiliki sumber hidup dan tiada sesiapa berhak menggugatnya selagi berada pada landasan & peraturan syarak. – Islam berusaha utk merapatkan jurang golongan kaya dan miskin – menentang perhambaan dan sistem kasta.

Keadilan Sejagat: Asas hubungan kemanusiaan ialah perasaan kasih sayang. Keadilan dgn musuh waktu perang: Firman Allah swt: ”Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (Surah al-Baqarah: 194)  Kewajipan menunaikan janji: Firman Allah: -Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjianperjanjian.” (Surah al-maaidah: 1) “ -Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.” (Surah al-Anfaal: 58)   

ISLAM & ISU SEMASA ISU 1: SENI DALAM ISLAM Seni; kecekapan mencipta bentuk-bentuk atau karya yang memberi kesenangan estetika (keindahan).  Islam Mengalakkan seni/keindahan kerana ia fitrah manusia: Sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan”. “Sesungguhnya keindahan itu menenangkan segala hati dan ubat segala luka”.  Seni yang digalakkan: penghasilan yg menjurus kepada memperhaluskan budi pekerti manusia dalam hubungannya dengan al-Khalik (Maha Pencipta) dan antara manusia dan manusia- Terikat dgn akhlak-Merangkumi seluruh aspek manusia dan bukan untuk melahirkan watak individu dan keegoan –  Seni rupa Islam: menekankan seni tampak (ilmu matematik, abstrak geometri) lebih dari penyataan emosi. Kurang menggunakan haiwan & manusia sbg inspirasi. Sabda Rasulullah: “Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar manusia atau anjing” (HR Bukhari) 

ISU 2: WANITA DALAM ISLAM Pandangan Jahiliyyah: Firman Allah: ‘” -Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati. (Surah al-nahl: 58) Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)?(Surah al-Najm: 21)  Lelaki & Wanita sama di sisi Allah: Firman Allah: 

-"Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain”. (Surah Aali-Imran: 195) “ -Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya sedikitpun.(Surah al-Nisaa’:174) 

Dalam keluarga, lelaki bertanggungjawab memimpin dan melindungi wanita: Firman Allah: “ "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuanperempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.(Surah al-Nisaa’: 34)

 

wanita Agung: Asiah bte Mazahim Isteri Firaun & Maryam bte Imran (bonda Nabi Isa a.s): Firman Allah: “Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim";Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat.(Surah al-Tahrim: 11-12) Khadijah isteri Rasulullah dan Fatimah Puteri Rasulullah.



ISU 3: POLIGAMI  Kebenaran berpoligami dalam al-Quran: “ "maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja'. (Surah al-Nisaa: 3)

 Hikmah Poligami: 

Mengurangkan perceraian akibat penyakit jasmani wanita.

  

Mengatasi masalah lebihan wanita mengatasi lelaki yg boleh membawa kepada kebejatan sosial (pelacuran, AIDS dsb). Penyaluran keinginan berlebihan melalui cara yg halal. Membentuk perkahwinan yg sihat dan keluarga yang besar.



Syarat poligami: mampu berlaku adil pada semua isteri zahir dan batin.



Keadilan dikehendaki: (1) Nafkah (2) Pembahagian giliran/ bermalam (3) Layanan

JIHAD : SATU ANALISIS DARI PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Bahagian Jihad 3 bhgn iaitu: i. Memerangi musuh – kafir, musyrik & munafik – b’tjn utk melindungi org-org mukmin dan agama Allah drpn serangan musuh. ii. Memerangi kemungkaran dan menegakkan kebenaran – menegakkan agama Allah sama ada dlm btk harta, kata-kata / nyawa. - konsep al-amr bi al-ma’ruf wa al-nahyu an al-munkar iii. Memerangi hawa nafsu & syaitan. jihad yg. besar & amat sukar.

Rumusan



Islam m’bawa satu btk perjuangan (jihad) dgn m’gunakan senjata di medan perang, pena 7 lisan di medan penerangan (dakwah) & kekuatan iman & semangat di medan pembebasan diri & maruah.

TAMADUN INDIA ZAMAN PRA SEJARAH

Zaman Batu Awal (Paleolitik)26 - 400,000 SM - aktiviti pemburuan dan mengumpul makanan di tebing sungai.

Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik) - aktiviti pertanian, menghiasi badan, konsep kehidupan selepas kematian.

Zaman Batu Baru (Neolitik)

- alat batu digilap, pertanian, penternakan, tembikar, penggunaan kayu dalam pembinaan. ZAMAN PROTOSEJARAH (Tamadun Indus)

Bermula 3,000 SM di Lembah Sungai Indus Tinggalan arkeologi di Harappa (Montgomery, Punjab) dan Mohenjo-Daro (Larkana, Sind); masyarakat Lembah Indus maju dlm pertanian, pertukangan dan organisasi, wujud perdagangan antarabangsa (spt. Ke Mesopotamia).

Budaya Lembah Sungai Indus meliputi Punjab, Sind, utara Rajasthan dan Kathiawar. Perancangan bandar: kota memiliki jalan yg lebar, lurus, rumah dibina dari batu, bekalan air & sistem saliran yg baik.

Kajian tengkorak: 4 jenis ras di Mohenjo-Daro. Kepercayaan; konsep Dewi Ibu & Dewa Shiva diamalkan- dalam bentuk patung & linga (simbol rakaman cahaya agung)

Berakhir 1,500 SM –kedatangan orang Arya. Zaman Vedik (1,500 –500 SM)

Kesan kedatangan orang Arya yang berasal dari Poland & Asia Tengah (Iran & Iraq). Pertembungan dgn Budaya Tempatan membentuk Budaya Indo Arya (Budaya Vedik). Mereka mencipta teks-teks agama (veda-veda) mengandungi mazmur agama. Rig Veda (disusun 1200 –1000 SM)

EMPAYAR MAURYA (321-185 SM)

•Pengasas – Chandragupta Maurya –25 tahun – Puak Moriya. •Imperalis; Indus, Ganges & barat laut India; penasihat: Kautalya @ Chanakya( buat Arthasastra; teks pemerintahan).

•297 SM – Peluk Jainisme – serah takhta pd puteranya Bindusara. •Asoka Piyadassi – takluki Kalingga –kemusnahan peperangan; peluk Buddha (konsep ahimsa (tidak lakukan kekejaman).- Susun sistem Buddisme dlm Majlis Buddhis III bersidang di Pataliputra (250 SM).

•Hantar utusan Buddhis ke Syria, Mecadonia, Cyrene, Epirus dan Ceylon( Putera Asoka; Mahindra)

ZAMAN GUPTA (300-600 M)

•Digelar Zaman Klasik/keemasan; kebudayaan Hindu semakin kukuh di kawasan utara India. •Asal-keluarga tuan tanah menguasai arena politik. •Antara pemerintah: - Chandra Gupta II – gelaran Maharajadhiraja & vikramaditya.- Fa Hsein melawat India (400-411); kutip teks & manuskrip Buddisme. - Samudra Gupta –kekalkan ajaran hindu, konsep devaraja & asamedha. - Kumara Gupta & Skanda Gupta – diserang ‘puak Hun/Huna’ – Raja pertama: Toramana – Mihirakula membenci Buddhisme. ZAMAN SANGAM (300-200 SM)

•Rekod kesusasteraan Sanggam mengambarkan wujud peperangan; ker. Chera di barat, Chola di timur & Pandya di selatan

•Chola menguasai Ceylon Utara- kendali perdagangan laut India dgn Asia Barat & Mediterranean.

•Dinasti Pallava kuasai negeri Tamil – raja digelar ‘kadavar’ – 3 zaman:

1) Pallava Awal- Raja Sivaskandavarman di Kanci rasmikan asvamedha, vajapaya & agnishtoma 2) Pallava Pertengahan - penuh dgn peperangan tentang Gupta, Vakataka, Kadamba, Chalukya dan Chola - pentingkan Buddha & Jain 3) Pallava Akhir -zaman gemilang

-pemulihan Hindu oleh gerakan bhakti (mazhab Saivisme & Vaisnavisme) sbg agama rasmi –Raja terkenal; Mahendravarman,Narasimhavarman,

Rajasimhan & Nandivarman III

ZAMAN CHOLA (850-1200 M)

•Bertapak di tepi sg. Kaveri •Perkukuh kedudukan (850);

– tawan Tanjore oleh Vijayalaya. - bina kuil Dewi Durga (Nishumbhasudini).

•Menjadi kuasa Imperialis selama 350 tahun & menguasai seluruh India Selatan. •Bina kuil, reklamasi tanah, tali air, sekolah & hospital. •Perdagangan – dgn rantau Asia Tenggara. •Raja-raja menganut Hindu dan menyebarkan mazhab Saivisme & Vaisnavisme- bina matha & latihan menyanyikan Tirupadiyam di kuil.

•Wujud toleransi agama – Hindu & Buddha.

SEJARAH ZAMAN PERTENGAHAN (1000-1756) ZAMAN MUSLIM •Greek, Scythia, Parthia & Hun yg memerintah India telah diasimilasikan. Kumpulan Muslim mengekalkan agama mereka. •Penyebaran Islam ke India: (I) Hubungan org Arab dgn kws pantai di India Selatan. (II) Pemelukan selepas penaklukan Muslimin keturunan Turki, Afghan & Mongol. •Serangan 1-Mahmud Ghaznih (1008-1026) & menawan Thanesar, Kanauj & Mathura. •Serangan 2- Mahmud Ghauri (1191)- buka penempatan di India Utara. •1206- Quth-ud-din Aibak, bentuk Kesultanan Delhi (Dinasti Hamba) setelah membunuh Ghauri. •Dinasti-Dinasti Muslim Di India: - Dinasti Hamba (1206-1290) - Dinasti Khilji (1290-1320) - Dinasti Tughluq (1320-1412) - Dinasti Sayyid (1412-1450) - Dinasti Lodi (1451-1526) - Babur (Mongol) mengasaskan dinasti Mongul (1526- penguasaan British) •Akhbar – pemerintah turki termasyhur- menjalin hubungan baik dgn penganut Hindu, lantik dlm pentadbiran, hapuskan jizyah, pulihkan tempat suci Hindu, galakkan penterjemahan Veda-Veda, Ramayana & Mahabratha, perkenalkan Din-l-ilahi (menyatukan penganut Hindu & Islam). •Raja-raja akhir; Jahangir(1605-1627), Shah Jahan(1628-1658) & Aurangzeb(1658-1707); kurang bertoleransi. Berdepan dgn penentangan kumpulan Maratha, Peshwa, Sikh & Rajput.

ZAMAN MODEN •Portugis takluki Goa (1510), Belanda (1602), Perancis (1664). •British (1612) & dasar penaklukan (1750). •Kurun 19- Kesedaran Kebangsaan org India – Tokoh: Brahma Samaj + Raja Ram Mohan Roy. •Pemulihan agama Hindu; pertubuhan Arya Samaj, Ramakrishna Mission, Brahma Samaj & Prarthana Samaj. •Politik- Mahatma Gandhi tubuh Indian National Congress (1885), Liga Muslim •1947- England berundur dan India terbahagi 2; 1) India (Hindu) 2) Pakistan Muslim

TAMADUN INDIA: MASYARAKAT & BUDAYA Masyarakat; 2 golongan: 1) Indo Arya – utara India 2) Dravidia - Selatan Pertembungan budaya utara-selatan; budaya India bersama.

Related Documents

Pengenalan Ilmu Ketamadunan
November 2019 1
Pengenalan
October 2019 67
Pengenalan
June 2020 41
Ilmu-ilmu
August 2019 66
Ilmu
June 2020 33