Bab 1- Pengenalan Falsafah

  • Uploaded by: Hassan Mohd Ghazali
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 1- Pengenalan Falsafah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,161
  • Pages: 4
Topik 1: Teori-teori pendidikan seni Oleh: Hassan Mohd Ghazali Fakulti Seni dan Muzik

Pengenalan Falsafah Secara umumnya istilah falsafah adalah berasal dari negara barat iaitu negara yang mengembangkan ilmu ini Yunani Kuno. Kata filsafat berkaitan erat dengan segala sesuatu yang boleh difikirkan oleh manusia, malah sentiasa diperbahasakan oleh manusia melalui ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu hakikat falsafah kebiasaannya menggunakan akal fikiran tetapi tidak semua proses berfikir itu adalah falsafah. Sebelum kedatangan Islam, orang Arab tidak mengandungi falsafah, namun mereka mempunyai hikmah dan hukama yang bererti bijaksana atau ahli bijak pandai. Sebenarnya ilmu ini adalah datangnya dari pengaruh Yunani kuno. Seorang tokoh Islam Al-Farabi telah mendefinisikan falsafah yang diambil daripada perkataan Yunani ‘philosophia’ yang kemudiannya dihuraikan sebagai ‘Philos’ yang bererti pencinta, dan ‘sophia’ yang bererti bijaksana. Secara rangkumannya pengertian falsafah ialah ‘pencinta bijaksana’. Plato (427-348 SM) menyatakan bahawa falsafah adalah ilmu pengetahuan yang berhasrat untuk mencari dan mencapai hakikat kebenaran yang hakiki. Sementara itu Sidi Gazalba dalam bukunya bertajuk Sistematika Filsafat menterjemahkan perkataan. ‘philosophia’ sebagai ‘cinta kepada pengetahuan bijaksana’. Pengetahuan dan kebijaksanaan sebagai anak kunci kepada pembuka rahsia kebenaran. Mencari kebenaran adalah suatu perkara yang harus ada dalam diri seseorang ahli falsafah. Oleh yang demikian falsafah bolehlah diertikan juga usaha mencari hakikat sesuatu, berusaha mencari sebab dan akibat, dan berusaha mentafsirkan pengalaman-pengalaman manusia. Dengan dasar itu ahli falsafah dapat memberikan pendapat dan keputusan yang bijaksana. Bidang-bidang Falsafah Aristotle talah membahagikan bidang falsafah kepada ilmu metafizika, logika, retorika, etika, ekonomi, politik dan estetika. Sementara itu Dr. Oemar Amin Hoesin (1975) pula telah membuat pembahagian ilmu falsafah kepada ilmu kosmologi yang bersifat umum dan khusus, Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni • Hassan Mohd Ghazali

1

antropologi, etika dan logika. Profesor Abdul Jalil Hassan (1973) pula membahagikan cabang-cabang ilmu falsafah kepada falsafah Insaniyah (kemanusian) dan falsafah Latar tabiat. Menurutnya lagi bagi falsafah insaniyah dari segi maknawi mengandungi tiga cabang kecil kepada manusia iaitu akhlak, ilmu mantik (logik) dan ilmu jiwa (psikologi). Manakala falsafah Latar tabiat pula ialah falsafah yang membahaskan segala kejadian iaitu ilmu tabiat (kejadian alam), ilmu jiwa dan ilmu Ilahiyah (ketuhanan). Profesor Muhamud Muhammad al-Hudzari (1967) pula menyatakan falsafah terbahagi kepada ilmu mantik, ilmu falsafah sosiologi, ilmu falsafah tabiat, ilmu falsafah agama, ilmu falsafah sejarah dan ilmu sejarah falsafah. Dari kenyataan beberapa tokoh penulis yang menyenaraikan pembahagian ilmu falsafah, maka jelas menunjukkan bahawa bidang ini amat luas. Namun demikian bidang yang dikenal pasti ialah ilmu etika, logik, teologi, estetika, metafizik dan kosmologi. 1. Ilmu Etika Ilmu etika ialah satu cabang ilmu yang membicarakan mengenai tingkah laku manusia dari pandangan buruk dan baik yang ditentukan oleh akal fikiran. Perkataan Etika adalah dari bahasa Latin Ethos disebut Mores yang berasal daripada kata moral (sekarang makna moral berbeza dari sudut etika). Moral lebih sesuai dengan idea-idea yang umum diterima tentang manusia, mana yang baik dan wajar. Etika pula lebih bersifat teori dan lebih bersifat menyelidik, memikir dan mempertimbangkan tentang yang baik dan buruk. Etika dalam erti kata yang lain ialah melihat tingkah laku manusia untuk menentukan nilai baik dan buruk mengikut budaya sesuatu kelompok. Menurut New American Encylopedia, Etika ialah ilmu tentang falsafah moral – ia tidak berkaitan dengan sifat manusia tetapi tentang idea. 2. Ilmu Logik Ilmu Logik adalah ilmu yang menentukan sesuatu kebenaran atau ilmu berkata benar dan berfikiran benar. Istilah logik berasal daripada bahasa Yunani iaitu Logos yang membawa maksud ‘kata atau fikiran’. Menurut Al-Farabi ilmu ini ialah ilmu yang memberi tenaga fikiran dan kemampuan membezakan sesuatu dan merupakan alat kepada falsafah. Menurutnya lagi falsafah tidak akan dapat mengajak manusia berfikir tanpa logik. Al-Farabi sangat terpengaruh dengan pemikiran Aristotle yang meletakan asas ilmu logik sebagai ‘alat’ untuk berfikir melalui bukunya berjudul Organon yang membawa maksud ‘Alat’. Ilmu Logik lebih menjurus kepada pemikiran yang boleh diterima oleh orang lain tentang sesuatu kebenaran. Secara umumnya ilmu ini mempunyai dua cabang iaitu: Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni • Hassan Mohd Ghazali

2



Membahaskan fikiran manusia dengan tujuan untuk mengetahui kaedah dan syaratnya bagi mendapatkan fikiran yang betul



Mencantumkan kaedah-kaedah itu dengan pelbagai fikiran untuk mengetahui dan membezakan fikiran yang betul dan yang salah.

3. Ilmu Teologi Istilah teologi adalah daripada perkataan ‘Theos’ dalam bahasa Yunani bermaksud ‘Tuhan’ dan ‘Logos’ pula membawa maksud ‘ilmu’. Ilmu teologi ialah ilmu tentang Ketuhanan. Teologi adalah membahaskan soal ketuhanan dan kewajipan manusia melalui sumber wahyu dan akal. Akal sebagi daya berfikir yang ada dalam diri manusia dianugerahkan oleh Tuhan. Wahyu adalah sebagai sumber perkhabaran daripada alam metafizik dari Tuhan yang diturunkan kepada manusia sebagai pedoman hidup dan kewajipan manusia terhadap Tuhan. Menurut Al-Ghazali bahawa akal tidak dapat membawa sifat kewajipan bagi manusia, kewajipan ditentukan oleh wahyu. Sebenarnya falsafah teologi Islam dijiwai oleh tauhid. Tauhid ialah keyakinan kepada Yang Maha Esa. Oleh yang demikian berbeza ahli falsafah Islam dengan ahli falsafah Yunani bahawa tauhid menjadi penentu kepada kewujudan tunduk dan patuh kepada Allah. Bagi ahli falsafah Yunani ilmu teologi tidak jelas dari segi ketuhanan. Sebagi contoh Aristotle sangat kabur kerana dia mempercayai sifat-sifat ketuhanan itu berada antara keesaan monoteisme dan bilangan tuhan yang banyak iaitu politeisme. Ia tidak dapat menentukan sama ada tuhan itu satu atau banyak. 4. Ilmu Estetika John Cohn (1869-1947) seorang ahli falsafah Jerman mendefinisikan estetik sebagi teori tentang keindahan dan seni. Namun demikian Maz Dessoir pula mengatakan bahawa estetika jauh lebih luas persoalannya berbanding daripada bidang keindahan itu sendiri kerana estetika banyak mempersoalkan persoalan sedih dan lucu, bergaya dan mulia bahkan yang buruk pun boleh dikaitkan dengan keindahan yang relatif. Mereka berpendapat hakikat seni menentukan estetika. Estetika ialah ilmu yang membahaskan tentang keindahan dan kesenian. Falsafah estetika meliputi nilai-nilai keindahan dan seni, nilai retorika, suasana hati dan lain-lain yang ada hubungan dengan nilai kecantikan. Plato melihat estetika dari sudut teori metafizik yang mana estetika ialah suatu realiti semacam sejenis hakikat yang abadi dan tidak akan berubah-rubah. Sebenarnya sejak Socrates lagi perbincangan mengenai masalah hubungan keindahan dengan sesuatu objek menjadi perbincangan. Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni • Hassan Mohd Ghazali

3

Menurut Herbert Read (1959) kesenian adalah penciptaan bentukbentuk yang menyenangkan, yang membawa maksud bahawa seni itu adalah penjelmaan rasa estetika yang mengarah kepada kebenaran melalui penjelmaan fitrah manusia. Aristotle pula menyatakan konsep seni adalah sebagai hasrat manusia untuk meniru yang bertujuan untuk membersihkan perasaan. 5. Ilmu Metafizik Aristotle menamakan ilmu metafizik ini sebagi ilmu agama, sebab Tuhan adalah wujud, ia sebagi petanda alam daripada segala wujud. Al-Kindi melihat metafizik itu adalah sebagai falsafah yang membahaskan tentang makhluk dan alam abstraknya. Ibn Sina pula bertolak daripada konsep makhluk dan seterusnya memperkembangkan dengan memperkenalkan konsep ‘Ontologi’. Ontologi ialah pemikiran tentang ilmu kejadian dan hakikatnya. Dalam falsafah Ibu Sina terdapat tiga subjek yang dibincangkan iaitu Tuhan, manusia dan alam. 6. Ilmu Kosmologi. Kosmologi ialah falsafah yang mengkaji hal-hal yang berhubung dengan alam. Melalui ilmu kosmologi ini dipelajari apakah sebenarnya alam ini dan apakah hubungannya dengan kejadiannya. Salah satu bahagian yang diteliti oleh ahli kosmologi ialah menyelidik sebab cause terjadinya kosmos, pasti ada sebab menyebabkan terjadinya kosmos itu.

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni • Hassan Mohd Ghazali

4

Related Documents


More Documents from "Ameerul Salim"