MEN ARIK KEMB ALI PENGL IB ATAN BEK AS PENGAKAP DI D ALA M PERSA UD ARA AN BP Oleh: Sahrizal Bin Sunari. S/usaha Unit Persaudaraan B-P, PPM Negeri Johor.
P engakap adalah satu badan yang tak pernah mati, kebanyakan ahli-ahli pengakap adalah orang yang berguna dan boleh di contohi. Banyak tokoh-tokoh politik dan koporat terdiri dari bekas-bekas ahli pengakap. Pengakap dilatih khusus untuk taat setia kepada Agama, Bangsa dan Negara. Kebanyakan ahli-ahli pengakap yang keluar berkhidmat dengan Kerajaan dan Swasta mendapat khidmat yang cemerlang dan boleh berkhidmat dalam apaapa situasi. Kebanyakkan ahli-ahli pengakap juga berjaya menjadi seorang Doktor, Jurutera, Arkitek, Guru dan lain-lain. Mereka boleh menggunakan kepakaran tersebut bagi berkhidmat kepada masyarakat.
PENGENALAN Persaudaraan B-P atau B-P Guild adalah pergerakan pengakap yang terbuka keahlianya kepada orang dewasa dikalangan bekas pengakap iaitu mereka-mereka yang pernah melibatkan diri berpengakap di zaman persekolahanya atau sebagai pemimpin pengakap dan juga kepada mereka yang berminat. Keunikan Persaudaraan B-P dari unit-unit pengakap yang lain ialah ahli-ahlinya terdiri dari gologan veteran yang masih lagi berminat dalam memupuk semula usaha semangat kepengakapan. “B-P Guild” telah ditubuhkan di Gilwell Park, London pada November 1947 dalam perhimpunan British Old Scout. Kemudian beberapa tahun berikutnya telah diperluaskan di seluruh dunia termasuk di Malaysia. (sebagai panduan dan rujukan buku B-P Guild scout brotherhood telah tersebar di Malaysia sejak lama dahulu).
AHLI MAJLIS PERSAUDARAAN B-P NEGERI JOHOR
MATLAMAT Untuk mewujudkan tiada pesaraan dalam berpengakap TUJUAN Persaudaraan Pengakap B-P bertujuan untuk: -
Menyatukan bekas pengakap yang ingin menyumbangkan semula usaha memupuk semangat kepengakapan disamping membuka peluang kepada orang dewasa yang berminat dan rela menceburkan diri dimana sebelumnya dia belum pernah menyertai pergerakan ini.
-
Menjalankan kegiatan secara aktif bagi faedah dan kemajuan pergerakan pengakap dengan berpandukan kepada “persetiaan dan undang-undang pengakap”.
-
Memberi sumbangan yang positif dalam apa jua bentuk bagi menjadikan misi dan peranan kepengakapan satu kenyataan demi kemajun negara. Segala pertanyaan boleh dihubungi: Tn. Hj. Sahak Bin Harun Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor ( Unit Persaudaraan B-P ) D/A: No 333-C Lrg. Sek. Men. Pekan Baru Parit Yusof 83600 Semerah, Batu Pahat, Johor Darul Ta’zim. No. tel: 07-4161118 Setiausaha ( En. Sahrizal Bin Sunari );012-2511244