Penerbitan Buku Mgcm 2010

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penerbitan Buku Mgcm 2010 as PDF for free.

More details

  • Words: 368
  • Pages: 3
PENERBITAN BUKU MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA (MGCM) 2010 Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM) akan menerbitkan empat buah buku pada tahun 2010. Buku-buku tersebut meliputi: - Dua buah antologi cerpen Guru Cemerlang - Dua buah buku Pengajaran Berkesan Guru Cemerlang Buku-buku ini dijangka akan dilancarkan pada bulan Jun 2010 bersempena dengan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2010. Sehubungan dengan itu, kami mempelawa Guru-guru Cemerlang di Malaysia menghantar sama ada cerpen, rencana atau kedua-duanya sekali dan BIODATA diri penulis (seperti contoh yang dilampirkan) dalam BAHASA MALAYSIA sahaja SEBELUM 15 FEBRUARI 2010 kepada: AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN [email protected]

Di samping itu, tuan/puan diminta mengirimkan SURAT AKUAN PENERBITAN dengan menggunakan perkhidmatan pos ekspres/pos laju sebelum 15 FEBRUARI 2010 kepada: AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN SMK. DATO’ SULAIMAN 83500 PARIT SULONG BATU PAHAT. JOHOR

SYARAT PENULISAN 1. Cerpen dan rencana hasil karya sendiri dan tidak diciplak, diubah suai atau pernah tersiar di mana-mana penerbitan sama ada dalam bentuk cetakan atau elektronik. 2. Tema cerpen hendaklah berkisar tentang pendidikan yang luas pengertiannya

yang boleh member pengajaran dan panduan kepada pembaca sama ada guru, guru pelatih, ibu bapa dan murid-murid dan TIDAK berkisar secara total tentang bagaimana kita menjadi Guru Cemerlang. 3. Rencana untuk buku Pengajaran Berkesan Guru Cemerlang hendaklah

mengemukakan penemuan baru teknik pengajaran yang boleh diguna pakai dan diamalkan oleh guru-guru lain. TIDAK DIGALAKKAN penulisan dalam bentuk KAJIAN TINDAKAN. 4. Panjang cerpen dan rencana hendaklah sekitar 10 – 14 halaman kertas A4,

langkau dua baris, Ariel, dan fon 12. 5. Pada muka hadapan cerpen dan rencana hendaklah ditulis butiran berikut: Nama Penulis yang Lengkap Nama Sekolah dan Alamat Sekolah No Kad Pengenalan No. Telefon Peribadi/ No. Faks/alamat e-mel 6. Pemilihan cerpen dan rencana untuk diterbitkan adalah bergantung sepenuhnya

kepada budi bicara panel pemilih professional yang dilantik oleh Majlis Guru Cemerlang Malaysia 7. Penulis bertanggungjawab sepenuhnya dari segi undang-undang jika

karya yang dikirimkan dan diterbitkan itu hasil daripada proses palagiat dan pengubah suaian daripada mana-mana sumber. 8. Semua gambar, rajah, peta, jadual dan lain-lain bentuk rujukan, hendaklah dinyatakan sumber petikannya. Namun demikian, adalah lebih baik jika gambar, rajah, peta dan jadual itu disediakan sendiri oleh penulis. 9. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Azizul Rahman Abdul Rahman 012 7373690.

MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA

Related Documents