Contoh proposal buku. Apa yang perlu ada dalam kertas cadangan anda?
• • • •
• • •
• • • •
• •
Judul buku. Ringkasan buku. Kategori. Sasaran pembaca. Analisa pasaran. Persaingan. Rujukan konsep buku. Promosi. Faedah buku kepada pembaca. Penyerahan manuskrip. Rangka kandungan. Bab contoh. Butir-butir diri.
JUDUL BUKU
• • • •
Judul utama seharusnya tidak lebih daripada 5 patah perkataan. Untuk penerangan lanjut kepada judul utama, bolehlah ditambah judul kecil. Judul hendaklah mudah difahami dan elakkan mengguna perkataan negatif. Judul hendaklah dapat memberi gambaran tentang buku tersebut ke dalam minda pembeli dan seterusnya memotivasi dia untuk membeli.
RINGKASAN BUKU • Sediakan ringkasan buku anda. • Anggaran muka surat buku anda (langkau dua baris). • Adakah buku anda mempunyai sebarang ilustrasi, gambar atau rajah? • Bagaimana perancangan anda untuk menulis? • Kenapa anda adalah orang yang terbaik untuk menulis buku tersebut? RANGKA KANDUNGAN
•
Sediakan rangka kandungan buku anda (senarai bab).
ANALISA PASARAN • • •
Siapakah yang akan membeli dan membaca buku anda? Berapa ramai yang memerlukan buku anda? Dimana boleh dipasarkan buku anda?
PERSAINGAN
• • •
Berapa banyak buku di pasaran (dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang sama dengan buku yang bakal anda tulis? (senaraikan 3-6 judul jika ada) Bagaimanakah jualan buku-buku tersebut? Apakah kelebihan buku anda jika dibandingkan dengan buku lain yang sedia ada?
1
PROMOSI • •
• • • •
Apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu menjual buku anda? Contoh: Sekiranya anda seorang penceramah/jurulatih, berapa banyak ceramah/ bengkel dalam setahun yang anda kendalikan dan berapa banyak buku boleh dijual. Sekiranya anda mengenali individu/ pertubuhan (network) yang boleh membantu menjual buku anda, sila senaraikan. Sekiranya anda seorang pensyarah dan mengajar subjek yang berkaitan dengan buku yang ditulis, berapa ramai pelajar dalam satu semester yang akan beli buku tersebut. Anda mungkin mempunyai idea-idea menarik bagaimana untuk meningkat jualan buku anda seperti mengadakan peraduan yang berkaitan dan mempengaruhi syarikat-syarikat besar untuk membeli buku anda sebagai hadiah kepada pekerja atau pelanggan. Sila nyatakan.
FAEDAH BUKU KEPADA PEMBACA
•
Sila nyatakan apakah faedah buku anda kepada pembaca.
PENYERAHAN MANUSKRIP •
Sila berikan tarikh akhir manuskrip boleh diserah kepada Penerbit.
BAB CONTOH
•
Sila sertakan satu bab contoh (lebih kurang 20-30 muka surat/ langkau dua baris) untuk tujuan penilaian.
BUTIR-BUTIR DIRI • • • • • •
Sertakan nama, nama institusi, telefon pejabat, H/P Wibawa Bidang Wibawa Kerjaya Latar Pendidikan. Anugerah dan Penghargaan Maklumat Diri
2
Contoh Kertas Kerja Cadangan Siri Buku di bawah kategori Perhubungan dan Cinta Oleh ZAMRI MOHAMAD disediakan untuk PTS MILLENNIA Pendahuluan Siri buku dalam kategori ini merupakan siri buku yang ditulis dalam bentuk bantu diri dan motivasi dewasa. Ia memberikan pembaca pendekatan-pendekatan yang praktikal menggabungkan pengalaman dan teori dalam penyelesaian isu-isu harian kekeluargaan yang berbangkit dalam hidup sebagai individu, ahli komuniti, warga organisasi dan pasangan. Ia adalah gambaran hidup positif pembaca. Jenama yang menggambarkan potensi hidup peribadi dalam apa yang dilalui dengan menggunakan kebijaksanaan belajar dari keadaan, diri dan pengalaman orang lain untuk peningkatan gaya hidup dalam hidup berpasangan. Sebagaimana terdahulu, manuskrip yang sedang menunggu dalam proses editorial seperti Komunikasi Memikat, Tip Memahami Lelaki Sebagai Kekasih, Resipi Cinta Menawan Hati dan Dirimu Menarik Hatiku Tertarik serta yang telah terbit Pikat Hati Serlah Peribadi (diubah kepada Magnet Cinta), tiga buku cadangan dalam kertas cadangan ini masih kekal meneruskan agenda yang sama. Senarai tajuk cadangan Penulis akan mengetengahkan tajuk yang menjadi fokus pembaca hari ini seperti. Sederhana Tetapi Menawan Dari masa ke semasa, siri ini akan ditambah dengan tajuk-tajuk baru berdasarkan keperluan baru mengikut budi bicara penerbit. Ringkasan Buku. Sebuah buku komunikasi kewangan yang disediakan bagi mereka yang merancang kehidupan berkeluarga. Buku ini memberi jawapan kepada satu isu konflik rumahtangga, penceraian dan salah faham yang timbul. Apabila pasangan sudah tidak serasi dek salah faham komunikasi, ia memberi bayangan bahawa pasangan sudah tidak ada cinta lagi. Apabila pasangan sudah tidak sefahaman dalam pengurusan kewangan, ia memberi bayangan bahawa pasangan sudah menjadi beban. Kuasa persepsi kesan daripada maklumat yang kurang menjadikan pasangan memilih andaian sebagai asas tindakan mereka. Sederhana Tetapi Menawan membawa kepada kesederhanaan dalam perbelanjaan dan sederhana dalam mengatasi kejutan krisis kewangan. Hasilnya perkahwinan dan perhubungan cinta yang tetap menarik dan menawan di mata pasangan. Kegawatan ekonomi negara pada tahun 1997 mendedahkan bagaimana dua punca ini membawa kepada peratusan penceraian yang mendadak. Pada tahun 1999 sehingga tahun 2005, angka penceraian bersifat konsisten dan mengalami penurunan yang kecil.
3
Tahun
1999
2000
2001
Jumlah 13,155 13,536 13,187 Perceraian
2002
2003
2004
13,841 15,543 16,509
2005 13,465
Artikel Perkahwinan Dalam Islam: Jangan Tunggu Lama-Lama! Siti Fatimah Binti Abdul Rahman Fellow Kanan 22 Januari 2002 Melalui aplikasi formula kewangan dan komunikasi interpersonal dan intrapersonal dengan membawa beberapa kes sebenar dalam isu rumahtangga, ia menjadi rujukan terbaik yang diperolehi pembaca. Dipersembahkan dalam bahasa Melayu standard tetapi dengan gaya santai sesuai dengan usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Santai bermaksud isi-sis dan formua dipermudahkan kaedah penghuraian dengan mengambil kira konteks tempatan. Ini selari dengan pendekatan kontemporari cendikiawan dan ahli akademik di Eropah dan Amerika yang menjadikan tesis sarjana mereka kepada bahasa masyarakat. Analisa Pasaran dan persaingan. Kewujudan buku-buku kewangan tempatan seperti karya Azizi Ali menunjukkan satu fanomena baru dalam pengurusan kewangan inidividu. Secara asasnya, penerima pembaca terhadap buku-buku kewangan sangat jelas apabila adanya buku-buku kewangan lain menyusul selepas karya Azizi Ali. Namun begitu buku-buku tersebut membincangkan mengenai pengurusan kewangan peribadi dan perihal isu mengukuhkan kewangan melalui hartanah dan pelaburan. Namun masih tidak membincangkan isu komunikasi kewangan dalam keluarga yang menjadi teras kepada kerjasama keluarga. Bayangan buku Barat yang boleh memberi konsep yang sama bagi buku Sederhana Tetapi Menawan ini ialah buku Robert T Kiyosaki, Rich Dad Poor Dad. Buku ini mengetengah konsep keluarga sebagai isu pendidikan kewangan dan setiap bab membincangkan bagaimana konfigurasi minda individu dapat mengkonfigurasi sikapnya terhadap wang. Buku Sederhana Tetapi Menawan memasuki kategori kewangan dan pengurusan yang sudah diterima ramai, tetapi dengan konsep komunikasi kewangan, ia menjadi sesuatu yang baru dan perlu dibaca oleh masyarakat tempatan. Rujukan konsep buku. Konsep buku diambil melalui buku. The Surrendered Wife : A Practical Guide to Finding Intimacy, Passion, and Peace with Your Man by Laura Doyle The Proper Care and Feeding of Husbands by Laura Schlessinger Men Are from Mars, Women Are from Venus: The Classic Guide to Understanding the Opposite Sex by John Gray
4
Kategori Motivasi Remaja perempuan dan wanita dewasa Sasaran pembaca. • • • •
Perempuan dari umur 18-35 tahun Sedang dalam proses mendirikan rumahtangga Sudah mendirikan rumah tangga Remaja perempuan bekerja dan belajar di IPTA
Cara penulisan • • • • •
Berbentuk tip bantu diri dengan setiap tip dalam lingkungan satu hingga tiga mukasurat. Sasaran sekurang-kurangnya 50-70 tip bagi setiap buku. Mempunyai doa-doa untuk kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan Isu-isu komunikasi, kesihatan, di sebalik sejarah perkahwinan para Rasul dan tokoh-tokoh hari ini. Buku akan mengandungi kes contoh, perbandingan, tip-tip dan catatan rekod yang dikumpul dari akhbar, majalah, temubual dan pemerhatian.
Penghasilan manuskrip dan buku • • •
Penulis bersama (co-author). Manuskrip dihasilkan dalam 80 halaman, single spacing (1.0) font 12, Times New Roman Sasaran buku dicetak dengan ketebalan 150 muka surat pada harga jual sekitar RM15.90.
Promosi. Setiap buku akan mempunyai laman weblognya tersendiri menggunakan khidmat weblog wordpress. Ia akan dijadikan medium untuk menambah lebih banyak tip-tip melalui sumbangan pembaca buku-buku ini melalui perkongsian pengalaman, pemerhatian dan pengetahuan mereka. Sebagai contoh urusmasa.wordpress.com adalah weblog khusus untuk buku Tip Urus Masa Untuk Muslimah Moden Beberapa tip buku akan digunakan semula ke dalam weblog. Weblog ini akan digunakan bagi tujuan edisi semak dengan menambah atau mengubah mana-mana tip buku dalam cetakan awalnya bagi keperluan ulang cetak jika ia menjadi keputusan pihak penerbit. Sebahagian tip-tip akan dijadikan artikel bersiri dalam akhbar dan majalah atas inisiatif penulis sebagai cara mempromosikan buku ini. Selain itu promo buku 40 saat akan disebarkan ke dalam YouTube sebagaimana buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki dan 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki. Ia boleh dicari melalui kata kunci carian motivasi
5
Faedah buku kepada pembaca
• • •
Buku ini menjadi guide kepada pasangan baru mendirikan rumahtangga bagaimana menguruskan bajet mereka. Persediaan kepada keluarga membantu anak-anak mereka bagaimana mengurus bajet sebelum dan selepas berumahtangga. Sebagai senarai semak bagi mengenalpasti pendekatan-pendekatan lain bagi meningkatkan efisien perbelanjaan dan simpanan pasangan.
6
Rangka Kandungan Buku Dedikasi Prakata Berkongsi Cerita Bersama Kami Bahagian 1
Mulakan hidup dengan belajar. Belajar daripada kesilapan diri sendiri. Belajar daripada kesilapan orang lain. Berkahwin dengan buku. Banyak bertanya kurang mengkritik. Jangan jadi keluarga si Ali Baba.
Bahagian 2
Hidup yang selamat. Dilema seorang pekerja – Risiko hidup sebagai pekerja. Pekerja dan budaya rakan sepejabat. Pekerja dan tuntutan keluarga. Buat keputusan sendiri. Sediakan payung sebelum hujan. Jangan bergantung Sepenuhnya. Awas Kad Ajaib. Menjadi Mat Jenin yang was-was atau berwawasan.
Bahagian 3
Hidup dengan senang. Mengurus duit poket – Biaya daripada ibu dan ayah, biasiswa, pinjaman PTPTN dan pinjaman negeri. Mengurus wang gaji – bermula gaji pertama. Mengurus mengikut kaedah sampul surat. Menjana bonus empat bulan secara sendiri. Bedah siasat bajet peribadi.
Bahagian 4
Hidup dengan tenang. Bebas dari bebanan hutang. Bebas dari menangung kesilapan Bebas dari masalah yang tidak perlu Berkomunikasi dengan diri sebagai kawalan. Urus matlamat hidup, urus duit. Berbicara dengan minda, positifkan hidup Kuasa Law of Attraction
Bahagian 5
Teknik membincangkan isu wang sebelum berkahwin. Bernegosiasi sebelum 'Aku terima Nikahnya....” Persiapan Hari Bahagia Raja Sehari Wang untuk bertunang Wang untuk hantaran Perjanjian bertulis mesti ditandatangani Memilih rumah sewa Wang deposit rumah sewa
7
Perabot dan peralatan rumah sewa
Bahagian 6
Rumahtangga, mahligai yang teguh. Bahasa wang bahasa cinta. Rumah ganti hantaran tunai. Buku ganti hantaran barangan. Ekonomi kukuh rumahtangga teguh. Libatkan ahli keluarga dalam bajet .
Bahagian 7
Siapa dominan dalam keluarga. Mengapa perempuan lebih mudah merungut berbanding lelaki. Apabila cadangan lelaki mengecewakan perempuan. Lelaki dan obsesi terhadap kuasa dan pencapaian Apabila masalah dihadapi dengan tangisan. Gambaran besar dan gambaran kecil dalam minda. Komitmen, sudut pandang lelaki dan perempuan
Bahagian 8
Baru berkahwin sudah bergaduh Bernegosiasi cara si isteri Bernegosiasi cara si ibu Konflik itu bukan pergaduhan, tetapi jalan selesai Kenalpasti gaya mendengar pasangan. Respon gembira tanpa dilukai. Selalu ambil hati si dia, mudah bawa bicara. Mempengaruhi pasangan dengan keputusan bijaksana Anak-anak kempen pilihanraya keluarga Ceria waktu senang, tenang waktu bencana
Bahagian 9
Muda senang tua tenang. Jangan tiru perangai syaitan. Jangan tiru macam saya.
Mengenai Penulis Bibliografi
8
Cadangan bermula
•
Sederhana Tetapi Menawan. Cadangan bersama penulis bersama. Jangkaan projek November-Disember
Bab Contoh Sediakan payung sebelum hujan. Apakah simpton-simptom yang boleh memberitahu kita bahawa hutang peribadi sudah pada peringkat kritikal? Adakah kita tahu tanda-tanda hutang sudah terlalu banyak? Dari sehari ke sehari rakyat Malaysia terperangkap dengan masalah hutang yang terlalu banyak. Jika dibiarkan berterusan, akhirnya satu demi satu rebah di bumi muflis. Seperti penyakit, kita dapat mengesan sesuatu penyakit itu melalui tandatandanya. Iaitu seorang yang menghidapi penyakit kencing manis dapat dikesan atau dilihat apabila dia kerap bangun tengah malam untuk membuang air kecil, berat badan menurun dengan mendadak dan hilang selera makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu banyak menangung hutang. Tanda-tanda yang di bawah dapat membantu kita mengesan sama ada kita mempunyai hutang yang terlalu banyak dan kritikal.
Tidak tahu berapa jumlah keseluruhan hutang
Kita tidak mengetahui berapa banyak jumlah yang berhutang. Ini berlaku apabila kita membuat pinjaman hampir setiap bank dan merebut segala jenis peluang untuk membeli barangan dan perkhidmatan melalui skim bayaran mudah dan berhutang dengan sesiapa sahaja yang sanggup memberi hutang kepada kita demi mencapai tujuan peribadi. Kita menggunakan kad kredit yang dikeluarkan oleh bank A, B, C atau D tetapi tidak pasti berapakah jumlah sebenar hutang. Kita tidak tahu sebanyak mana jumlah hutang melalui pembelian perabut dan peralatan elektrik rumah menggunakan skim bayaran mudah.
Apabila mengeluarkan duit dari kad kredit
Selain daripada gaji yang kita terima dalam bentuk wang pada setiap hujung bulan, kita tidak ketinggalan untuk mengeluarkan duit menggunakan kad kredit. Ini berlaku kerana keperluan untuk menggunakan duit tunai melebihi dari apa yang kita terima pada setiap bulan daripada pekerjaan tetap. Ada ketika kita tidak mampu untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan menggunakan kad kredit seperti di gerai dan kedai runcit. Oleh itu jalan penyelesaian yang telah kita ambil ialah meminjam wang tunai menggunakan kad kredit di mesin ATM yang terpilih. Pengeluaran wang juga dibuat untuk membayar bil-bil yang tidak menerima bayaran melalui kad kredit.
Apabila tidak Mempunyai Simpanan
Sepanjang tempoh anda bekerja kita masih tiada simpanan wang kecuali dalam tabung yang nilainya hanya mampu membeli dua beg lampin pakai buang anak. Ke mana semua wang yang kita perolehi dari sumber pekerjaan dan lain-lain. Masa berjalan, gaji semakin meningkat, umur semakin tua, tetapi duit semuanya dihabiskan, tiada simpanan langsung. Ini menunjukkan kita tidak duit untuk di simpan walaupun bukan secara tetap.
Kita sudah belanja mencecah had kredit
9
Sehingga kini, setiap kad kredit kita hampir atau sudah mencecah had hutang yang dibenarkan. Ini bermakna, jika kad kredit kita mempunyai had kredit sebanyak RM 5,000, maka kita sudah berhutang sebanyak RM 5,000. Itu belum termasuk faedahnya. Tiada satu sen pun hutang ketika kita menerima kad kredit iaitu dua tahun lepas. Tetapi dari bulan ke bulan, kita tidak pernah terlepas untuk menggunakan kad kredit ini. Akhirnya kita tersedar bahawa kad itu telah mencecah had kredit dan sekarang kita menanggung hutang yang lebih besar dari dua bulan gaji kasar kita.
Membuat bayaran minimum untuk kad kredit
Setiap bulan, kita tidak pernah terlewat untuk membuat bayaran kepada bank bagi bayaran minimum yang wajib kita bayar sebelum atau pada tarikh matang. Sejak dari hari pertama kita memiliki kad kredit, kita hanya menjelaskan bayaran minimun yang dikenakan. Iaitu ketika pertama kali menggunakan kad kredit, kita telah cajkan pembelian baju bernilai RM 90. Apabila kita menerima penyata, tertera disitu transaksi yang kita buat di sebuah pasaraya bernilai RM 90. kita dibenarkan sama ada untuk menjelaskan RM 90 atau membayar RM 50 sebelum atau pada tarikh matang (seperti tertera di dalam penyata itu). Kita memilih untuk membayar RM 50.
Jumlah baki hutang masih tidak berkurang
Jumlah baki hutang masih tidak berganjak atau berkurangan walaupun pembayaran telah dibuat pada setiap bulan. Bagaimana hutang hendak berkurangan, jika kita mempunyai hutang sebanyak RM 4,800 dan hanya membayar RM 500 dan kita membuat hutang baru sebanyak RM 600. Bukan setakat hutang kita tidak berkurangan malah semakin meningkat dari RM 4,800 menjadi RM 4,900 akibat daripada pembayaran sebanyak RM 500 tetapi perbelanjaan baru sebanyak RM 600.
Mempunyai lebih daripada satu kad kredit
Cuba buka dompet atau beg tangan kita, keluarkan semua kad kredit yang kita ada. Satu…Dua….Tiga….Lima. Kirakan bilangan kad yang sudah tidak boleh digunakan iaitu kredit sudah sampai had maksimun. Tiga keping kad kredit tidak dapat digunakan. Hanya dua keping kad kredit yang masih boleh digunakan. Di sini, kita dapat perhatikan, pertambahan kad kredit yang kita miliki dari satu kad kepada lima kad. Apa akan terjadi jika kedua-dua kad yang masih boleh digunakan itu juga mencecah had kredit ? “Pastinya Kiamat hidup aku”. Jika kita memerlukan kad kredit untuk mengelakkan dari membawa wang yang banyak dalam poket seluar kita kenapa sampai ada lebih dari satu kad ?
Bil baru sudah sampai, yang lama belum bayar.
Penyata atau bil untuk bulan ini sudah sampai, tetapi bil-bil bulan yang lepas belum dibayar. Contohnya, kita sudah menerima bil elektrik terkini, tetapi kita masih tidak menjelaskan bil yang terdahulu. kita masih belum membayar ansuran kereta untuk bulan ini, malah ansuran bulan lepas pun sudah matang dan masih tertunggak. Penyata kad kredit pun sudah sampai dan perlu dibayar tetapi hutang dalam penyata bulan lepas belum pun dibayar.
Gagal untuk mendapatkan pinjaman dari bank.
Kita terkejut dan tertekan apabila menerima surat keputusan tentang permohonan untuk membuat pinjaman peribadi bagi membayar hutang.
10
Sebelum ini setiap dari surat permohonan pinjaman termasuk surat keputusan temuduga pekerjaan berbunyi “Sukacita di maklumkan….” tetapi kini sudah beralih wajah kepada “Dukacita dimaklumkan….” Kini kita sedar bahawa selama ini kita tidak pernah menghiraukan tentang setiap pinjaman yang telah di ambil sehingga merosakkan rekod bersih kita di kaca mata bank. Jika seribu jenis pinjaman yang telah ambil, rekod kita akan tetap bersih jika kita tidak pernah melanggari mana-mana terma yang terdapat di dalam setiap perjanjian. Tetapi, jika kita hanya mengambil satu pinjaman dan melanggari terma-terma (syarat-syarat) perjanjian, maka rekod kita sudah menjadi buruk. Nama kita telah disenarai hitam dan kita tidak lagi layak untuk mendapat kelulusan mana-mana pinjaman. Menyembunyikan penyata kad kredit dari ahli keluarga. Setiap kali kita menerima penyata kita akan menyembunyikannya agar ia tidak diketahui oleh keluarga kita. Ini kerana kita tidak sanggup membuat ahli keluarga (terutama ayah) terkejut atau diserang lemah jantung selepas melihat angka-angka yang terdapat di dalam penyata itu. kita juga tidak mahu isteri kita yang merupakan seorang suri rumah tertekan kerana kitalah satu-satunya sumber pendapatan keluarga. Jika dia mengetahui lagi banyak bebanan pemikiran yang akan tanggungnya dan boleh menyebabkan perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku. Rumit
Tidak membuka penyata kad kredit.
Kita bukan sahaja menyembunyikan penyata tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga kita juga tidak tahu isi kandungannya kerana kita tidak membukanya. kita tidak ingin menambahkan lagi bebanan di otak kita disebabkan belengu hutang yang sudah melarat. Jika dibuka penyata itu, bukan penyelesaian yang akan lahir tetapi hutang yang semakin menggunung akan timbul. Ini akan membuat fikiran kita lebih terganggu dan tidak mampu untuk menumpukan pemerhatian pada kerja-kerja lain. Satu arus tekanan yang kuat melulu ke otak sejerus mata melihat penyata kad kredit di dalam peti surat rumah. Mahu tidak mahu, surat penyata itu diambil dan dicampakkan di suatu tempat yang terperosok atau disimpan di dalam laci yang paling jarang digunakan. Jika tekanan yang melampau, kita mungkin mencampakkan penyata itu terus ke tong sampah.
Mendapat Panggilan daripada pemberi pinjaman
Ketika perjalanna ke pejabat telefon kita sudah berdering dan yang pasti ia adalah dari bank yang mahukan kita menjelaskan ansuran yang tertunggak atau menghadapi surat saman. Bukan sekali dua, tetapi hampir setiap hari telefon kita berdering. Hutang kad kredit, ansuran rumah, skim bayaran mudah dan banyak lagi. Pada sebelah petang telefon bimbit kita berbunyi lagi, kali ini dari bank ABC menanyakan tentang pembayaran minimun kad kredit yang belum dibuat dan sudah 3 bulan tertunggak. Kita juga dikejutkan dengan ketukan dari luar rumah, apabila diintai seorang posmen berdiri tegak untuk memberikan kita sepucuk surat. Berdebar-debar kita untuk membuka surat berdaftar itu. Selepas dibuka apa yang kita takutkan telah terjadi. Surat saman dari bank.
11
Waktu Malam dirasakan Terlalu Singkat
Waktu menunjukkan jam lima petang, hati kita meronta-ronta terlalu gembira disebabkan masa deringan telefon akan terhenti seketika waktu si pemungut hutang akan berakhir. Ini kerana hanya waktu malam sahaja yang masih memberikan kita kenikmatan hidup. Pada waktu siang kita sentiasa dikejutkan oleh deringan telefon menanyakan hutang yang belum dibayar, penyata hutang dan juga surat peringatan. Oleh itu kita merasakan waktu malam yang paling selamat. kita akan merasa gelisah kerana waktu malam terlalu singkat, kita tidak mampu untuk masuk tidur awal demi mengelakkan hari siang cepat menjelma. Biodata Diri. ZAMRI MOHAMAD dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media. Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama. Beliau pernah muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Kampus, Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademik, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa. Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV. Menjadi pembantu koresponden Malaysia bagi Islam Online, sebuah agensi berita antarabangsa yang beroperasi di Dubai, Emeriah Arab Bersatu. Pernah menjawat jawatan pembantu kepada Penasihat Media, Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada tahun 2002-2005, beliau pernah menjadi penyelidik bebas secara sambilan bagi sebuah konsultan perunding perniagaan kecil, Sprint Marketing Concept di Kuala Lumpur. Melalui konsultan perniagaan kecil yang telah beroperasi sejak tahun 1996 ini, tugas beliau melihat trend dan perkembangan bisnes kecil khususnya dalam bidang francais dan F&B (Food and Beverages) melalui kenyataan media. Aktif melibatkan diri sebagai peserta dalam program-program seminar-seminar, kursus, bengkel, pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar di peringkat tempatan, nasional, asia tenggara dan antarabangsa. Ini untuk membantu beliau dalam menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk dikongsi orang ramai. Nombor untuk dihubungi 019 2880451 E-mel
[email protected]
12