Penentangan Kepada Fahaman Wahabi-salafi

  • Uploaded by: cheko
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penentangan Kepada Fahaman Wahabi-salafi as PDF for free.

More details

  • Words: 3,698
  • Pages: 12
Penentangan terhadap Fahaman Wahhabiyyah - Salafi

Nama Wahhabi atau al-Wahhabiyyah adalah ditujukan kepada fahaman Syeikh Muhammad bin `Abd al-Wahhab al-Najdi. Ia dinamakan Wahhabiyyah dan tidak dinamakan al-Muhammadiyyah adalah bertujuan untuk menggelakkan persamaan di antara para pengikut Nabi Muhammad (s.`a.w) yang mengikut empat mahzab Ahlu Sunnah Wal Jamaah (Hanafi, Syafii, Maliki, Hambali) dengan mereka yang mengikut fahaman Muhamad bin Abd al-Wahhab, dan juga bertujuan untuk menghalang berbagai bentuk eksploitasi (istighlal). Manakala nama Salafi pula digunakan oleh golongan Wahhabiyyah untuk berselindung bahawa mereka mengikut golongan Salaf abad pertama, sedangkan hakikatnya mereka adalah penganut fahaman (mahzab) Syeikh Muhammad bin Abd al-Wahhab. Syeikh Muhammad bin `Abd al-Wahhab yang mengaku membawa pemikiran Ibn Taimiyyah telah menyebar fahaman al-Wahhabiyyah dan ia merebak ke seluruh pelusuk tempat seumpama kanser (al-saratan) dalam tubuh badan manusia. Dia mendirikan sebuah fahaman atau pun dengan kata-kata lain, mazhab atas nama Tawhid dengan menjatuhkan hukuman ke atas Ahl alTawhid, menumpahkan darah umat Islam atas alasan jihad menentang golongan musyrikin hingga menyebabkan beribu-ribu orang Islam, lelaki dan wanita, kecil dan besar menjadi mangsa bid`ah mereka yang sesat. Ia turut sama menyebabkan perselisihan (khilaf) yang sempit semakin membesar dan menjadi-jadi di kalangan umat Islam dan dengan cara yang sebegitu juga, mazhab yang baru ini kelihatan dihubungkan dengan mazhab-mazhab ASWJ yang mana menyebabkan seterusnya banyak pertelingkahan sesamanya. Kelihatan juga bahawa unsur-unsur penjajahan (al-isti`mar) Britain begitu jelas menerusi fahaman tersebut dan musuh Islam mengambilnya sebagai cara yang terbaik untuk mewujudkan perpecahan, pertelagahan, persengketaan, permusuhan, perselisihan dan pertentangan di kalangan umat Islam sendiri. Fahaman tersebut juga turut memperkuatkan dan memperkukuhkan matlamat penjajahan Britain dengan mengada-adakan fitnah di kalangan umat Islam seperti menuduh orang-orang Islam yang lain sebagai fasiq dan kafir. Sehinggalah persengketaan sesama Muslim ini menjadi salah satu faktor kelemahan serta keruntuhan kepada Kekhalifah Othmaniah Turki dan memudahkan kekuasan penjajahan Barat dirantau negara Islam diwaktu tersebut. (Kini perkara yang sama dilakukan oleh musuh Islam seperti menggunakan mereka yang beraliran keras Wahabi-salafi seperti Al-Qaedah atau Taliban untuk melemahkan serta memecah-belahkan Umat Islam dan

dengan ini memudahkan musuh Islam menawan tanah-tanah Islam atau meletakkan tanah-tanah Islam dibawah naugan mahupun kekuasaan mereka) Umat Islam yang tidak prihatin dan mempunyai pemikiran yang cetek dengan mudah diperdayakan oleh mereka sehingga akhirnya mereka sama ada secara sedar atau tidak, turut sama menyokong usaha-usaha fahaman Wahhabi dan Britain, bahkan melaksanakannya dalam kehidupan mereka menerusi perbuatan dan tindakan terhadap umat Islam lain yang disangkakan sebagai lawan-lawan mereka. Keadaan yang berlanjutan ini menyebabkan umat Islam menjadi lemah dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam yang sebenar tetapi bertopeng dengan Islam. Penduduk Najd berfahaman (mazhab) Wahhabiyyah memperolehi bantuan dan pertolongan Britain yang ingin melihat perpecahan negara Islam kepada negaranegara yang lebih kecil dari segi kedudukan geografi sehinggalah mereka dapat menguasai Tanah Arab dan menukar kepada nama individu iaitu Saudi yang mana seolah-olah seluruh Tanah Arab adalah kepunyaan keturunan Saud. Sesiapa sahaja menentang keluarga Saud dan tidak sefahaman dengan Muhammad bin Abd al-Wahab akan dibunuh, hartanya dirampas manakala anak-isterinya dijadikan hamba. Mereka juga ketika memegang kekuasaan diMekkah dengan secara sengaja berusaha menghapuskan segala kesan dan tinggalan Islam di kota-kota Makkah dan Madinah dalam operasi pemusnahan secara besar-besaran telah dilakukan. Mereka memusnahkan apa sahaja yang ada di al-Mu`alla dan meratakan tanah perkuburan al-Baqi diMadinah. Juga turut memusnahkan kubah zam-zam dan kubah-kubah lain di sekitar Ka`bah, seterusnya diikuti oleh kawasan-kawasan lain yang mempunyai kesan dan tinggalan orang-orang salih. Dan semasa mereka melakukan pemusnahan itu, mereka membuang kekotoran sambil memukul gendang (al-tubul) dan menyanyi dengan mengeluarkan kata-kata mencaci dan menghina kubur-kubur , sehingga dikatakan sebahagian daripada mereka sanggup kencing di atas kubur-kubur para salihin tersebut. Para-para ulama Sunni telah bersama-sama bangkit menentang serangan fahaman (mazhab) Wahhabiyyah. Mereka telah menulis, menerbitkan kitabkitab dan menjelaskan keburukan dan kejahatan tokoh-tokoh Wahabiyyah yang berusaha untuk merealitikan cita-cita dan harapan mereka dan juga penguasaan Britain keatas umat Islam menerusi bentuk baru. Para ulama al-Hanbali memberontak terhadap Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan mengeluarkan hukum bahawa akidahnya adalah sesat, menyeleweng dan batil awalnya. Tokoh pertama yang mengisytiharkan penentangan terhadapnya adalah bapaknya sendiri, al-Syaikh `Abd al-Wahhab, diikuti oleh saudaranya, alSyaikh Sulayman. Kedua-duanya adalah dari mazhab al-Hanabilah. Al-Syaikh

Sulayman menulis kitab yang berjudul al-Sawa`iq al-Ilahiyyah fi al-Radd `ala alWahhabiyyah untuk menentang dan menghantamnya. Di samping itu tentangan juga datang kepadanya dari sepupunya, `Abdullah bin Husayn. Mufti Makkah, Syeikh Zaini Dahlan mengatakan: “ `Abd al-Wahhab, bapak dari al-Syaikh Muhammad adalah seorang yang saleh dan seorang tokoh ahli ilmu, begitu juga dengan al-Syaikh Sulayman. Al-Syaikh `Abd al-Wahhab dan al-Syaikh Sulayman, kedua-duanya dari awalnya yaitu ketika Muhammad mengikuti pengajarannya di Madinah al-Munawwarah telah mengetahui pendapat dan pemikiran Muhammad yang meragukan. Keduanya telah mengkritik dan mencela pendapatnya dan mereka berdua turut memperingatkan orang-orang mengenai bahayanya pemikiran Muhammad…” (Syeikh Zaini Dahlan, al-Futuhat alIslamiyah, Vol. 2, h.357.)

Dalam keterangan Syeikh Zaini Dahlan yang lain dikatakan bahawa “ bapaknya `Abd al-Wahhab, saudaranya Sulayman dan guru-gurunya telah dapat mengesani tanda-tanda penyelewengan agama (ilhad) dalam dirinya yang didasarkan kepada perkataan, perbuatan dan tentangan Muhammad terhadap banyak persoalan agama.” (Syeikh Zaini Dahlan, Fitnah al-Wahhabiyyah, h.4.)

`Abbas Mahmud al-`Aqqad al-Masri mengatakan: “ Orang yang paling kuat menentang al-Syaikh dalam persoalan ini adalah saudaranya, al-Syaikh Sulayman, penulis kitab al-Sawa`iq al-Ilahiyyah. Beliau tidak mengakui saudaranya itu mencapai kedudukan berijtihad dan berkemampuan memahami al-Kitab dan al-Sunnah. Al-Syaikh Sulayman berpendapat bahawa para Imam yang lalu, generasi demi generasi tidak pernah mengkafirkan ashab bid`ah, dalam hal ini tidak pernah timbul persoalan kufur sehingga timbulnya ketetapan mewajibkan mereka memisahkan diri daripadanya dan sehingga diharuskan pula memeranginya kerana alasan tersebut.” Al-Syaikh Sulayman berkata lagi bahawa: “ Sesungguhnya perkara-perkara itu berlaku sebelum zaman al-Imam Ahmad bin Hanbal iaitu pada zaman para Imam Islam, dia mengingkarinya manakala ada di antara mereka pula mengingkarinya, keadaan itu berlanjut hingga dunia Islam meluas. Semua perbuatan itu dilakukan orang-orang yang kamu kafirkan mereka kerananya, dan tiada seorang pun dari para Imam Islam yang menceritakan bahawa mereka mengkafirkan (seseorang) dengan sebab-sebab tersebut. Mereka tidak pernah mengatakan seseorang itu murtad, dan mereka juga tidak pernah menyuruh berjihad menentangnya. Mereka tidak menamakan negara-negara

orang Islam sebagai negara syirik dan perang sebagaimana yang kamu katakan, bahkan kamu sanggup mengkafirkan orang yang tidak kafir kerana alasanalasan ini meskipun kamu sendiri tidak melakukannya…” (Al-Islam fi al-Qarn al`Isyrin, h.108-109.)

Bantahan pertama berjudul ash-Shawa’iq al Ilahiyyah yang ditulis oleh al-Syaikh Sulayman, yaitu abang kepada Muhammad sendiri dan yang kedua berjudul Fashl al Khitab fi ar- Raddi ‘ala Muhammad ibn Abdil Wahhab. Begitu juga seorang ulama madzhab Hanbali ternama, seorang mufti Makkah pada masanya, Syekh Muhammad ibn Humaid,tidak menyebutkan nama Muhammad ibn Abdul Wahhab dalam jajaran ulama madzhab Hanbali, padahal dalam kitabnya berjudul as-Suhub al Wabilah ‘ala Dhara’ih al Hanabilah ia menyebutkan sekitar 800 ulama laki-laki dan perempuan dari kalangan madzhab Hanbali. Yang disebutkan dalam kitab tersebut adalah biografi ayahnya; Syekh Abdul Wahhab. Syekh Muhammad ibn Humaid memuji keilmuan ayahnya dan menyebutkan bahwa ayahnya ini semasa hidupnya sangat marah terhadap Muhammad (anaknya) tersebut dan memperingatkan orang-orang untuk menjauh darinya. Syeikh Abdul Wahab, ayah kepada Muhamad Abdul Wahab berkata: “Kalian akan melihat kejahatan yang akan dilakukan oleh anakku (Muhammad ibnu Abdul Wahab)”. Syeikh Muhammad ibn Abdul Wahhab telah membuat agama baru yang diajarkan kepada pengikutnya. Dasar ajarannya ini adalah menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya dan meyakini bahwa Allah adalah benda yang duduk di atas Arsy. Keyakinan ini adalah penyerupaan Allah dengan makhluk-Nya, karena duduk adalah salah satu sifat manusia. Dengan ajarannya ini, Syeikh Muhammad ibn Abdul Wahhab telah menyalahi firmanAllah: ( ٌ‫)ىروشلا َ آَ ْ ء‬: 11 Maknanya: “Dia (Allah) tidak menyerupai segala sesuatu dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya” (QS. asy-Syura: 11) Para ulama salaf bersepakat bahwa barang siapa yang menyifati Allah dengan salah satu sifat di antara sifat-sifat manusia maka ia telah kafir. Sebagaimana hal ini ditulis oleh Imam al Muhaddits as-Salaf ath-Thahawi (227 – 321 H) dalam kitab aqidahnya yang terkenal dengan nama al Aqidah ath-Thahawiyah, teks pernyataannya adalah: “‫ ِ و‬ َ ‫ َ" َ! ى   اِن و ا‬#ِ $%‫ & ْا‬#َ'‫” َآ‬ Maknanya: “Barang siapa mensifati Allah dengan salah satu sifat dari sifat-sifat

manusia, maka ia telah kafir”. Di antara keyakinan lain golongan Wahhabiyyah ini adalah mengkafirkan orang yang berkata: “Yaa Muhammad…”. Mereka (golongan Wahhabiyyah) dalam hal ini telah menyalahi para sahabat dan orang-orang salaf yang shalih. Telah menjadi kesepakatan bahwa boleh berkata “Yaa Muhammad…” ketika dalam kesusahan. Semua umat Islam bersepakat tentang kebolehan ini dan melakukannya dalam praktek keseharian mereka, mulai dari para sahabat nabi, para tabi’in dan semua generasi Islam hingga kini. Bahkan Imam Ahmad ibn Hanbal; Imam Madzhab Hanbali yang mereka katakan bahawa mereka mengikut mahzab ini, telah menyatakan kebolehan menyentuh dan meletakkan tangan di atas makam Nabi Muhammad s.a.w, menyentuh mimbarnya dan mencium makam dan mimbar tersebut apabila diniatkan untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah dengan bertabarruk. Hal ini ia sebutkan dalam kitabnya yang sangat terkenal berjudul al Jami’ fi al ‘Ilal wa Ma’rifati ar-Rijal. Mereka telah menyimpang dari jalur umat Islam dengan mengkafirkan orang yang beristighatsah kepada Rasulullah s.a.w dan bertawassul dengannya setelah wafatnya. Mereka berkata: “Bertawassul dengan selain yang hidup dan yang hadir (ada di hadapan kita) adalah kufur”. Atas dasar kaedah inilah, mereka mengkafirkan orang yang berbeza pendapat dengan mereka dalam masalah tawassul ini dan menghalalkan pembunuhan kepada mereka yang tidak sependapat dengan mereka. Syeikh Muhammad ibn Abdul Wahhab berkata: “Barang siapa yang masuk dalam dakwah kita maka ia mendapatkan hak sebagaimana hak-hak kita dan memiliki kewajiban sebagaimana kewajiban-kewajiban kita dan barang siapa yang tidak masuk (dalam dakwah kita) maka ia kafir dan halal darahnya”. Begitu banyak lagi kitab-kitab yang banyak ditulis dalam membantah mereka seperti kitab yang berjudul ar-Raddu al Muhkam al Matin karya seorang muhaddits daratan Maroko yaitu Syekh Abdullah al Ghammari dan kitab yang berjudul al Maqalat as-Sunniyah fi Kasyfi Dhalalat Ahmad ibn Taimiyah karya muhaddits daratan Syam; Syekh Abdullah al Harari. Kitab yang terakhir disebut ini dinamakan demikian karena Muhammad ibn Abdul Wahhab mengambil fahaman dalam mengharamkan tawassul kecuali dengan orang yang hidup dan yang hadir dari kitab-kitab Ibnu Taimiyah (W. 728 H). Padahal Ibnu Taimiyah menyarankan bagi orang-orang yang terkena semacam kelumpuhan (al Khadar) pada kaki, hendaklah mengucapkan: “Yaa Muhammad…”. Pernyataan Ibnu Taimiyah ini ia tulis dalam karyanya al Kalim at-Thayyib terbitan al Maktab al Islami, Cet. Ke-5 tahun 1405 H/1985. Pernyataannya ini menyalahi apa yang ia tulis sendiri dalam karyanya atTawassul wa al Wasilah. Muhammad ibn Abdul Wahhab mengambil fahaman

dalam mengharamkan tawassul dari kitab at-Tawassul wa al Wasilah dan tidak menyetujui apa yang ditulis Ibnu Taimiyah dalam kitab al Kalim ath-Thayyib.

Latar belakang Pengasas Mazhab Wahhabi yyah Muhammad bin `Abd al-Wahhab dilahirkan di perkampungan `Uyainah, salah satu kampung di Najd di bagian selatan pada tahun 1115H/1703M. Bapaknya, `Abd al-Wahhab merupakan seorang Qadhi. Muhammad dikatakan pernah mempelajari bidang fiqh al-Hanbali dengan bapaknya, yang juga adalah salah seorang tokoh ulama al-Hanabilah. Semenjak kecil, dia mempunyai hubungan yang erat dengan pengkajian dan pembelajaran kitab-kitab tafsir, hadits dan akidah. Pada masa remajanya, Muhammad selalu merendah dan mengabaikan syiar agama yang biasanya dipegang oleh penduduk Najd, bukan saja di Najd bahkan hingga ke Madinah selepas dia kembali dari menunaikan haji. Dia sering mengadakan perubahan dalam pendapat dan pemikiran di dalam majlis-majlis agama, dan dia tidak suka kepada orang yang bertawassul kepada Nabi (s.`a.w) di tempat kelahiran (marqad) baginda yang suci itu. Kehidupannya selama beberapa tahun dihabiskan dengan mengembara dan berdagang di kota-kota Basrah, Baghdad, Iran, India dan Damaskus. Di Damaskus, dia telah menemui kitab-kitab karangan Ibn Taimiyyah al-Harrani (m.728H/1328M) yang mengandungi ajaran-ajaran yang berunsur kontroversi berbanding dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah. Dia kembali ke Najd dan kemudian pindah ke Basrah. Dalam perjalanannya ke Syam, di Basrah dia cuba memenuhi matlamatnya mencegah banyak orang dari melakukan syiar agama mereka dan menghalang mereka dari perbuatan tersebut. Justeru itu penduduk Basrah bangkit menentangnya, dan menyingkirkannya dari perkampungan mereka. Akhirnya dia melarikan diri ke kota al-Zabir. Dalam perjalanan di antara Basrah dan al-Zabir, akibat terlalu letih berjalan kerena kepanasan sehingga hampir-hampir menemui ajalnya, seorang lelaki (dari kota al-Zabir) telah menemuinya lalu membantunya ketika melihatnya berpakaian seperti seorang alim. Dia diberikan minuman dan dibawa balik ke kota tersebut. Muhammad bin `Abd al-Wahhab berniat untuk ke Syam tetapi dia tidak mempunyai harta dan bekalan yang mencukupi, lalu bermusafir ke alAhsa’ dan dari situ, terus ke Huraymilah (dalam kawasan Najd) juga. Pada tahun 1139H/1726M, bapaknya pindah dari `Uyainah ke Huraymilah dan dia ikut serta dengan bapaknya dan belajar dengannya tetapi masih meneruskan

tentangannya yang kuat terhadap amalan-amalan agama di Najd, yang menyebabkan terjadinya pertentangan dan perselisihan yang hebat di antaranya dan bapaknya di satu pihak dan, di antaranya dengan penduduk-penduduk Najd di pihak yang lain. Keadaan tersebut terus berlanjutan hingga tahun 1153H/1740M apabila bapaknya meninggal dunia.(5)(6) Sejak dari itu, Muhammad tidak lagi terikat. Dia telah mengemukakan fahaman-fahaman akidahnya serta menolak segala fahaman yang berbeza dengannya disamping menyeru insan lain menyertai kumpulannya. Muhammad kembali ke `Uyainah yang pada saat itu diperintah oleh `Utsman bin Hamad yang menerima dan memuliakannya hingga berlakulah ketetapan di antara mereka berdua bahawa setiap orang hendaklah mempertahankan yang lain dengan orang memegang kekuasaan dalam perundangan Islam (al-tasyri`) dan seorang lagi dalam pemerintahan. Pemerintah `Uyainah mendukung Muhammad dengan kekuatannya dan Muhammad bin `Abd al-Wahhab pula menyeru manusia mentaati pemerintah dan para pengikutnya. Berita telah sampai kepada pemerintah al-Ahsa’ bahawa Muhammad bin `Abd al-Wahhab mendakwahkan pendapat dan bid`ahnya, manakala pemerintah `Uyainah pula mendukungnya. Beliau telah memerintahkan supaya suatu risalah peringatan dan ancaman diantar kepada pemerintah `Uyainah. Pemerintah `Uyainah telah memanggil Muhammad dan memberitahunya bahawa dia enggan membantunya. Ibn `Abd al-Wahhab berkata kepadanya: “ Sekiranya engkau membantuku dalam dakwah ini, engkau akan menguasai seluruh Najd.” Pemerintah tersebut menyingkirkannya dan memerintahkannya meninggalkan `Uyainah dengan cara mengusirnya pada tahun 1160H/1747M. Pada tahun itu, Muhammad keluar dari `Uyainah ke Dar`iyyah di Najd yang diperintah oleh Muhammad bin Sa`ud (m.1179H/1765M) yang kemudian menziarahi, memuliakan dan menjanjikan kebaikan kepadanya. Sebagai balasannya, Ibn `Abd al-Wahhab memberikan kabar gembira kepadanya dengan jaminan penguasaan Najd keseluruhannya. Dengan cara itu, suatu ketetapan dimateraikan. Penduduk Dar`iyyah mendukungnya yang mana Muhammad ibn `Abd al-Wahhab dan Muhammad bin Sa`ud memeterai perjanjian atau memorandum kesepakatan antar keduanya (`aqd al-Ittifaqiyyah). Mereka kemudiannya melakukan penguasaan keatas Tanah Arab dan menukar namanya kepada Arab Saudi, seolah-olah keseluruhan Tanah Arab adalah milik mutlak keturunan Saud. Ibn Basyr al-Najdi yang dipetik oleh al-Alusi mengatakan: “ Penduduk Dar`iyyah pada masa itu dalam keadaan sangat menderita dan kesusahan, mereka lalu berusaha untuk memenuhi kehidupan mereka … Aku lihat kesempitan hidup mereka pada saat pertama tetapi kemudian aku lihat alDar`iyyah setelah itu - pada zaman Sa`ud, penduduknya memiliki harta yang

banyak dan senjata dibaluti emas, perak, kuda yang baik, para bangsawan, pakaian mewah dan lain-lain apalagi sumber-sumber kekayaan sehingga lidah kelu untuk berkata-kata dan gambaran secara terperinci tidak mampu diuraikan.” “ Aku lihat tempat orang ramai pada hari itu, di tempat dikenali al-Batin - aku lihat kumpulan lelaki di satu pihak dan wanita di pihak lain, aku lihat emas, perak, senjata, unta, kuda, pakaian mewah dan semua makanan tidak mungkin dapat digambarkan dan tempat itu pula sejauh mata memandang, aku dengar hiruk-pikuk suara-suara penjual dan pembeli … “ Harta yang banyak itu tidak diketahui dari mana datangnya, dan Ibn Basyr alNajdi sendiri tidak memberikan sumber harta kekayaan yang banyak itu tetapi berdasarkan fakta-fakta sejarah, Ibn `Abd al-Wahhab memperolehinya dari serangan dan serbuan yang dilakukannya bersama-sama para pengikutnya terhadap kabilah-kabilah dan kota-kota yang kemudian meninggalkannya untuknya. Ibn `Abd al-Wahhab merampas harta kekayaan itu dan membagibagikannya kepada penduduk Dar`iyyah. Ibn `Abd al-Wahhab mengikuti kaedah khusus dalam pembahagian harta rampasan dari umat Islam yang meninggalkannya. Ada kalanya, dia membagikannya kepada 2 atau 3 orang pengikutnya. Amir Najd menerima bagiannya dari ghanimah itu dengan persetujuan Muhammad bin `Abd alWahhab sendiri. Ibn `Abd al-Wahhab melakukan mu`amalah yang buruk dengan umat Islam yang tidak tunduk kepada hawa nafsu dan pendapatnya seperti mu`amalah terhadap kafir harbi dan dia menghalalkan harta mereka. Ringkasnya, Muhammad ibn `Abd al-Wahhab kelihatan menyeru kepada agama Tawhid tetapi tawhid sesat ciptaannya sendiri, dan bukannya tawhid menurut perintah al-Qur’an dan al-Hadits. barangiapa yang tunduk (kepada tawhidnya) akan terpelihara diri dan hartanya dan barangsiapa yang enggan maka dianggap kafir harbi (yang perlu diperangi) sama darah dan hartanya. Di atas alasan inilah, golongan Wahhabi menguasai Najd dan kawasan-kawasan diluarnya seperti Yaman, Hijaz, sekitar Syria dan `Iraq dengan kekerasan. Mereka merenggut keuntungan yang berlimpah dari kota-kota yang mereka kuasai mengikut kemauan dan kehendak mereka, dan jika mereka boleh menghimpunkan kawasan-kawasan itu ke dalam kekuasaan dan kehendak mereka, mereka akan lakukan semua itu, tetapi jika sebaliknya mereka hanya memadai dengan merampas harta kekayaan saja. Muhammad memerintahkan orang-orang yang cenderung mengikuti dakwahnya supaya memberikan bai`ah dan orang-orang yang enggan wajib dibunuh dan dibagi-bagikan hartanya. Oleh kerana itu, dalam proses membuang dan mengasingkan penduduk kampung di sekitar al-Ahsa’ untuk mendapatkan

bai`ah itu, mereka telah menyerang dan membunuh 300 orang dan merampas harta -harta mereka. Akhirnya Muhammad meninggal dunia pada tahun 1206H/1791M tetapi para pengikutnya telah meneruskan mazhabnya dan menghidupkan bid`ah dan kesesatannya kembali. Pada tahun 1216H/1801M, al-Amir Sa`ud al-Wahhabi mempersiapkan tentara yang besar terdiri dari 20 000 orang dan melakukan serangan ganas ke kota suci Karbala’ di `Iraq. Karbala merupakan sebuah kota suci dihiasi dengan kemasyhuran dan ketenangan di hati umat Islam. Pelbagai bangsa berhasrat untuk ke sana diantara mereka ada berbangsa Iran, Turki, Arab dan sebagainya. Tentara Wahhabi mengepung dan memasuki kota itu dengan melakukan pembunuhan, rampasan, runtuhan dan kebinasaan. Puak Wahhabi telah melakukan keganasan dan kekejaman di kota Karbala’ dengan jinayah yang tidak mengenal batas perikemanusiaan dan tidak mungkin dapat dibayangkan. Mereka telah membunuh 5000 orang Islam atau bahkan lebih, sehingga disebutkan sebanyak 20 000 orang. Semasa kebangkitan Wahhabi dikota Thoif, mereka turut bertindak ganas terhadap ulama Islam dikota Thoif dan ulama Islam yang berada berhampiran dengannya termasuk ulama Islam diMekah dan diMadinah yang tidak defahaman dengan mereka diantaranya:

1- Mufti Mekah Al-Mukarramah diwaktu tersebut yang merupakan seorang Mufti bermahzab Syafii bernama Syeikh Abdullah Az-Zawawi yang dibunuh dengan kejamnya oleh Wahhabi didepan rumahnya dengan cara menyembelih hidup-hidup Mufti tersebut. 2- Kadi bernama Syeikh Abdullah Abu Al-Khoir juga dibunuh diwaktu itu. 3- Syeikh Jafar Asy-Syaiby serta beberapa ulama lain juga dibunuh dengan kejam oleh tentera Wahhabi dengan menyembelih mereka hidup-hidup. Kesemua peristiwa kejam ini dilakukan pada tahun 1217H/1802M dibawah Al-Amir Saudi, pendokong kuat Wahabbiyyah.( Rujuk fakta sejarah kekejaman Wahhabi tersebut dalam kitab sejarah yang mu'tadil berjudul Al-Awroq Al-Baghdadiyyah Fi Al-Hawadith An-Najdiyyah karangan ulama sejarah bernama As-Said Ibrahim Ar-Rawi Ar-Rifa'iy pada mukasurat 2-4 percetakan An-Najah di Baghdad Iraq Tahun cetakan 1345Hijriyyah )

- Wahhabi membunuh umat Islam didalam masjid-masjid dan rumahrumah serta bertindak mengejar sesiapa sahaja yang melarikan diri dan membunuh mereka. Sebahagian daripadanya dikumpulkan lalu dipancung kepala manakala sebahagian lagi dibawa kelembah bernama Wadi Aluj yang kering lagi kosong serta jauh dari perkampungan dan ditinggalkan segala tawanan tersebut oleh Wahhabi dalam berkeadaan tanpa seurat benang antara lelaki dan wanita. ( Rujuk fakta sejarah tersebut dalam kitab sejarah berjudul Sofahaat Min Tarikh Al-Jazirah Al-Arabiyah AlHadithah pada mukasurat 178 dikumpulkan oleh Dr. Muhammad 'Audh Al-Khatib )

Apabila al-Amir Sa`ud menyudahi perbuatan keji dan kejamnya di sana, dia merampas khazanah harem al-Imam al-Husayn bin `Ali (`r.a) yang banyak dengan harta, perhiasan dan hadiah yang dikurniakan oleh raja, pemerintah dan lain-lain kepada maqam suci ini. Selepas melakukan keganasan yang cukup menjijikkan ini, dia kemudian menakluki Karbala’ untuk dirinya sehingga para penyair menyusun qasidah-qasidah penuh dengan rintihan, keluhan dan dukacita mereka. Puak Wahhabi mengambil masa selama 12 tahun membuat serangan ke atas kota Karbala’ dan kawasan sekitarnya, termasuk Najaf. Mereka kembali sebagai perampas, penyamun dan pencuri dengan memulainya pada tahun 1216H/1801M. Jelaslah, bahawa tawhid yang diserukan oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan jamaahnya adalah dengan mengharuskan darah dan harta orang yang mengingkari dakwah mereka, juga menerima kata-kata atau akidah-akidah mereka bahawa Allah berjisim, mempunyai anggota tubuh badan dan sebagainya. Dapat dilihat dalam kitab al-Radd `ala al-Akhna’i oleh Ibn Taimiyyah bahawa dia menganggap hadits-hadits yang diriwayatkan tentang kelebihan ziarah Rasulullah (s.`a.w) sebagai hadits mawdu` (palsu). Dia juga turut menjelaskan “ orang yang berpegang kepada akidah bahawa Nabi masih hidup walaupun sesudah mati seperti kehidupannya semasa baginda masih hidup,” dia telah melakukan dosa yang besar. Ini juga yang diiktiqadkan oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan para pengikutnya, bahkan mereka menambahkan pemalsuan dan kebatilan Ibn Taimiyyah tersebut. Jelaslah bahawa Muhammad bin `Abd al-Wahhab bukan saja sengaja mengadaadakan bid`ah dalam pendapat dan pemikirannya, bahkan beberapa abad terdahulu sebelumnya, pendapat dan pemikiran seperti itu telah didahului oleh

Ibn Taimiyyah al-Harrani dan muridnya, Ibn al-Qayyim al-Jawzi dan tokohtokoh seperti mereka berdua.

Ibn Taimiyyah dan penentangan terhadapnya

Dia ialah Abu al-`Abbas bin `Abd al-Halim atau lebih dikenali Ibn Taimiyyah (m.728H/1328M) termasuk dalam kalangan ulama al-Hanabilah. Pendapat dan pemikirannya bercanggah dan berlawanan dengan akidah ulama dan umat Islam pada zamannya sehingga tokoh-tokoh ulama telah mengeluarkan perisytiharan perang dan menghukumkannya fasiq dan sesat, terutama setelah akidahnya yang penuh kebatilan dituliskan dan disebarkan kepada banyak orang. Penentangan terhadap Ibn Taimiyyah dilakukan menerusi dua cara: (1) Penulisan kitab-kitab dan tulisan-tulisan yang menjawab dan menyangkal pendapat dan pemikirannya yang batil berdasarkan pandangan al-Qur’an dan alHadits. Contohnya: a) Taqi al-Din al-Subki dengan kitabnya, Syifa’ al-Siqam fi Ziyarah Qabr alImam. b) Al-Subki dengan kitabnya, al-Durrah al-Mudi’ah fi al-Radd `ala Ibn Taimiyyah. c) Taqi al-Din Abi `Abd-Allah al-Akhna’i, Qadi al-Qudat al-Malikiyyah. d) Fakhr bin Muhammad al-Qarsyi, Najm al-Muhtadi wa Rajm al-Mutadi. e) Taqi al-Din al-Hasani, Daf` al-Syubhah. f) Taj al-Din, al-Tuhfah al-Mukhtarah fi al-Radd `ala Munkir al-Ziyarah. Semua tokoh yang disebutkan di atas menolak pendapat dan pemikiran Ibn Taimiyyah dan memperlihatkan kedangkalan serta kecetekan pendapatnya. (2) Celaan dan kritikan para ulama dan fuqaha’ terhadapnya dengan mengeluarkan hukum dan fatwa tentang kefasikan dan kekufurannya, dan mereka turut memberikan peringatan tentang bid`ah dalam agama yang boleh merusakkan, yang dihasilkan dari pemikirannya. Tokoh ulama tersebut ialah al-Badr bin Jama`ah, Qadi al-Qudat di Mesir. Umat Islam telah menulis kepadanya tentang pendapat Ibn Taimiyyah mengenai ziarah kubur Nabi (s.`a.w). Qadi al-Qudat tersebut menjawab: “ Ziarah Nabi adalah sunat yang dituntut. Ulama sepakat dalam hal ini dan barang siapa yang berpendapat bahawa ziarah itu adalah haram, maka para

ulama wajib mengutuknya dan mencegahnya dari mengeluarkan pendapat tersebut. Sekiranya dia enggan, maka hendaklah dipenjarakan dan direndahkan kedudukannya sehingga umat manusia tidak mengikutinya lagi. Bukan Qadi al-Syafi`iyyah di Mesir sahaja yang mengeluarkan fatwa ini, bahkan Qadi al-Malikiyyah dan al-Hanbaliyyah turut serta mendakwa kefasikan Ibn Taimiyyah dan menghukumkannya sebagai sesat dan menyeleweng. (Taqi alDin al-Hasani, Daf` al-Syubhah.)

Al-Dzahabi, salah seorang ulama abad ke-8H/14M, tokoh sezaman dengan Ibn Taimiyyah telah menulis sebuah risalah kepadanya, dengan mencegahnya dari mengeluarkan pendapat tersebut … dan beliau menyamakannya dengan alHajjaj bin Yusuf al-Thaqafi dari segi kesesatan dan kejahatan.( Al-Amini, alGhadir, Vol. V, h.87-89; Ja`far al-Subhani, al-Wahhabiyyah fi al-Mizan, h.48. Risalah ini dikatakan terdapat dalam Kitab Takmilah al-Sayf al-Sayqal, h.190.)

Related Documents

Kepada
June 2020 22
Kepada
June 2020 37
Kepada
October 2019 40
Kepada Yt1
November 2019 23

More Documents from ""