Pendidikan Palang Merah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pendidikan Palang Merah as PDF for free.

More details

  • Words: 5,157
  • Pages: 35
PENDIDIKAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH DAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA. UNIT 1: SEJARAH PALANG MERAH JEAN HENRY DUNANT (1828-1910) Jean Henry Dunant, terkenal sebagai bapa Palang Merah. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828, di Geneva, Switzerland. Beliau merupakan anak kepada seorang peniaga yang berjaya dan ibunya adalah seorang yang penyayang dan patuh pada agama. Beliau telah mendapat pendidikan yang baik sehinggalah beliau telah meningkat dewasa. Beliau juga telah menikmati segala kesenangan sehingga dewasa, hasil daripada kedudukan sosial dan ekonomi keluarganya. Pada usia yang masih muda lagi, beliau telah mula patuh kepada ajaran agama dan mempunyai akhlak yang tinggi. Sejak awal usianya lagi, beliau telah terlibat dengan aktif dalam pelbagai pergerakan dengan membabitkan diri dalam aktiviti-aktiviti amal dan agama. Beliau juga bergerak aktif dalam pergerakan yang menyatukan orang-orang Kristian dan Yahudi. Beliau juga menjadi ahli sebuah organisasi yang dikenali sebagai “League of Aims” di Geneva. Persatuan tersebut bertujuan untuk memberi keselesaan rohani dan jasmani serta membantu penduduk-penduduk yang miskin, sakit dan juga mereka yang serba kekurangan. Beliau juga sering melawat penjara-penjara untuk berusaha membantu menukarkan sikap dan perangai para banduan. Ketika usianya mencecah 30 tahun., minat Dunant adalah lebih tertumpu kepada sekumpulan organisasi di Switzerland, France dan Belgium yang terkenal dengan nama “Young Men’s Christian Association” (YMCA). Pada awal tahun 1853, satu pergerakan untuk menyekutukan beberapa kumpulan di Eropah menjadi sebuah organisasi, telah dimulakan. Dunant menentang rancangan tersebut dan mencadangkan sebuah gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak hanya terhad di Eropah

1

sahaja. Hasil daripada desakan beliau, satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855. Walaupun tumpuan beliau lebih banyak kepada aktiviti-aktiviti persatuan, namun beliau tidak hanya mengehadkan aktivitinya kepada bidang tersebut sahaja. Beliau juga menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pada tahun 1849, beliau bekerja sebagai perantis dalam sebuah bank di Geneva untuk mempelajari perniagaan bank. Hasil dari ketekunannya semasa bekerja, beliau telah diberi satu jawatan sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan bank tersebut di Algeria, yang dikenali sebagai “Colonies Suisses de Setif”. Kemudian, beliau telah berhenti bekerja dengan bank tersebut dan memulakan perniagaannya sendiri. Sekitar tahun 1863 dan 1864, kerjayanya semakin meningkat ke kemuncak kegemilangannya dan selepas itu mula menurun. Orang ramai memberi sokongan, sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dan persidangan-persidangan telah diadakan. Tetapi, dalam transformasi impiannya kepada realiti, Dunant mula menyepikan diri dan tempatnya telah diambil alih oleh orang-orang yang lebih praktik. Tahun 1865 dan 1866 merupakan penyertaan Dunant yang merosot dalam pergerakan yang beliau sendiri cetuskan melalui saranannya. Tahun 1865 dan 1866 merupakan penyertaan Dunant yang merosot dalam pergerkan yang beliau sendiri cetuskan melalui saranannya. Tahun 1867 merupakan tahun yang malang bagi Dunant kerana urusan perniagaan yang diabaikannya sebelum ini, menghadapi kemerosotan. Akhirnya, beliau terpaksa menyerahkan segala hartanya untuk melangsaikan hutnag-hutangnya. Tidak lama kemudian, beliau telah meninggalkan Geneva buat selama-lamanya ketika beliau berusia 39 tahun.

2

20 tahun berikutnya, Dunant menghadapi hidup yang lebih malang kerana beliau terpaksa bergantung hidup kepada belas kasihan sahabat-sahabatnya dan elaun yang kecil dari keluarganya.. Namun, kadang-kala beliau akan menghadirkan diri di kalangan orang ramai di Perancis, German, Itali dan England untuk diberi penghormatan atas sumbangannya terhadap penubuhan Palang Merah atau bersabit dengan projek-projek lain yang ada kaitan dengannya. Pada tahun 1887, beliau tinggal di Hidden, Switzerland. Kemudian, pada tahun 1897, kerana gangguan kesihatan dan keadaan usianya yang saemakin lanjut, beliau telah dimasukkan ke hospital tempatan dan di situlah beliau tinggal selama 18 tahun. Walau bagaimanapun, jasa beliau masih dihargai oleh orang ramai. Pada tahun 1895, seorang wartawan muda dalam ekspidisinya di pergunungan berdekatan Hidden, telah mendapat berita mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara beliau. Bermula saat itu, dunia mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun tinggal dalam keadaan daif serta serba kekurangan. Tawaran untuk membantu beliau semakin mencurah-curah. Kemudian, pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel menganugerahkan beliau dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama, yang dikongsi bersama dengan Frederic Passy, seorang warganegara Perancis. Pada hari Ahad, 30 Oktober 1910, Jean Henry Dunant telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hidden.

3

KENANGAN SOLFERINO (JUN 1859) Dalam suatu perjalanannya untuk menguruskan perniagaannya di Itali, Dunant telah sampai Castiglione delle Pieve pada Jun 1859, iaitu pada tarikh yang sama tatkala meletusnya Pertempuran Solferino. Apabila didapatinya bahawa bandar kecil tersebut dipenuhi dengan mangsa-mangsa kematian dan kecederaan serta perkhidmatan tentera yang ada tidak mencukupi, beliau cuba untuk membantu mereka yang sakit dan cedera dengan sedaya upaya. Pengalaman tersebut telah menukarkan tujuan hidupnya kerana bermula pada hari itu, beliau telah mengenepikan minatnya dalam aktiviti-altiviti perniagaan dan menumpukan pemikirannya untuk mencari jalan bagaimana untuk penderitaan boleh dielakkan atau sekurang-kurangnya diringankan dalam peperangan yang akan datang. Kejayaan kerjaya beliau bermula selepas penerbitan bukunya iaitu “Kenangan di Solferino” pada bullan November 1862. Saranan beliau supaya persatuan-persatuan yang mengandungi sukarelawan-sukarelawan yang terlatih patut ditubuhkan di semua negara untuk menolong menjaga anggota-anggota tentera yang cedera dalam peperangan, telah mendapat sambutan orang ramai yang luar biasa. Tambahan pula, konsep beliau iaitu konsep triti antarabangsa di antara negara untuk menentukan penjagaan orang-orang sakit, telah menarik minat ramai. Beliau telah mengembara ke beberapa buah ibu kota di Eropah selepas itu. Buku yang menceritakan pengalamannya di Solferino telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua-ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik, buku tersebut telah berjaya menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah. Kehadiran beliau telah disambut baik dan beliau berkesempatan berbincang dan berbicara dengan ramai orang yang berpengaruh. Raja-raja dan orang ramai menghormati beliau ketika beliau menerangkan saranan dan cadangannya walaupun masih ada segelintir daripada mreka yang masih kurang pasti akan pendapatnya itu. Dalam buku tersebut, beliau telah mencadangkan: Pertama: membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.

4

Kedua : mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu . Jawatankuasa Berlima Dunant mendapati bahawa Geneva merupakan tempat yang sesuai untuk memulakan kegiatan kemanusiaan. The Societe Genevoise d’Utilite Publigue yang dipengerusikan oleh Gustave Moynier, seorang peguam muda, telah menunjukkan minatnya terhadap saranan yang dikemukakan oleh Dunant. Bersama-sama Dunant, Guillaume-Henri Dufour, Louis Appia dan Theodore Mounier, Gustave Moynier dengan tidak berlengah lagi mula menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang tercedera. Jawatankuasa ini kemudiannya dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the fed Cross – ICRC). Delegasi tidak rasmi daripada 16 buah negara telah bermesyuarat di Geneva daripada 26 hingga 29 Oktober 1863 dan bersetuju meluluskan Resolusi jawatankuasa Geneva. Negara-negara tersebut bersetuju untuk mewujudkan pertubuhan-pertubuhan persendirian yang berkenaan di negara masing-masing bagi membantu keberkecualian bagi mereka yang tercedera dan juga yang merawat serta menjaga mereka, telah dimaktubkan dalam suratcara diplomatik. Pekerja-pekerja bantuan dan alat-alat perubatan mereka akan dilindungi oleh sebuah lambang khas, iaitu Palang Merah yang berlatarbelakangkan warna putih. Tidak lama kemudian, lambang tersebut telah muncul di medan pertempuran. Dalam bulan Februari 1864, peperangan meletus di antara Prussia dan Denmark. Jawatankuasa tersebut telah menghantar Dr. Louis Appia untuk bertugas dengan tentera Rusia. Palang Merah pada kain pergelangan lengannya telah membantu pergerakannya di medan perang. Walau bagaimanapun, pertubuhan-pertubuhan yang telah ditubuhkan di beberapa buah negara hasil daripada persidangan tahun 1863, terutama di negara Jerman, telah menghadapi masalah di medan perang kerana tugas-tugas mereka

5

memerlukan pengiktirafan secara rasmi. Ini hanya dapat dilakukan dengan mengadakan satu persidangan yang dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan negara yang diberi kuasa untuk melibatkan diri bagi pihak negara masing-masing. KONVENSYEN GENEVA PERTAMA (1864) Pada bulan Ogos 1864, kerajaan Switzerland telah mengadakan satu “Persidangan Diplomatik” di Geneva atas desakan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah. Persidangan tersebut dihadiri oleh wakil-wakil daripada 12 buah negara. Konvensyen Geneva telah ditandatangani pada 22 Ogos 1864 oleh wakil-wakil 12 buah negara dan Negara-negara lain kemudiannya, bagi memperbaiki keadaan tentera yang cedera di medan pertempuran. Kewujudan Konvensyen Geneva yang pertama itu telah membuka satu lembaran penting dalam sejarah manusia. Sebelum itu, peperangan dan Undang-undang dianggap sesuatu yang tidak dapat diselaraskan. Konvensyen tersebut juga telah menunjukkan bahawa undang-undang boleh dikuatkuasakan walaupun dalam masa perang dan mengenakan peraturan-peraturan kemanusiaan tertentu kepada anggota-anggota kombat. Melalui persidangan tersebut juga, satu rancangan yang istimewa telah disyorkan untuk mendapatkan perlindungan antarabangsa bagi mereka yang tercedera, hospital tentera dan anggota-anggota perubatan. Syor-syor ini telah diterima pakai dalam Konvensyen Geneva. Konvensyen tersebut mengandungi 10 artikel dan mengenalkan “Keberkecualian”. Doktor dan jururawat tidak lagi dianggap sebagai anggota kombatan dan tidak boleh ditawan. Selain itu, anggota-anggota awam yang memberi bantuan kepada mereka yang tercedera haruslah dihormati. Anggota-anggota tentera dan hospitalhospital pula diiktiraf sebagai berkecuali. Lambang Palang Merah dijadikan satu simbol istimewa yang memberikan kekebalan daripada serangan.

6

Konvensyen tahun 1864 ini merupakan asas bagi kerja-kerja kemanusiaan dalam masa perang di antara Perancis dan Prussia pada tahun 1870-1871, Perang SepanyolAmerika tahun 1898, dan perang Russia-Jepun tahun 1904. Dalam jangka masa selepas Konvensyen Geneva Pertama ditandatangani, Palang Merah sering dijemput untuk bertugas di medan perang. Pertubuhan tersebut juga mengadakan persidanganpersidangan yang mengumpulkan delegasi-delegasi daripada Pertubuhan-pertubuhan Kebangsaan, dari JAPM (ICRC), dan wakil-wakil Negara yang menjadi pihak keapada Konvensyen Geneva. Tujuan persidangan-persidangan tersebut adalah untuk mencadangkan menerima-pakai rukun-rukun antarabangsa yang baru berasaskan kepada pengalaman. Persidangan pertama diadakan di Paris pada tahun 1867, berikutnya diadakan di Berlin (1869), Geneva (1884), Karisruhe di Rome (1892), Vienna (1897), dan Saint Petersburg (1902). Pengasas-pengasas Palang Merah ini bertugas mewujudkan Persatuanpersatuan Kebangsaan yang baru. Mereka telah menubuhkan 22 Persatuan-persatuan Kebangsaan dalam masa 10 tahun yang pertama. Semua negara di Eropah, termasuk Rusia dan Turki, bersetuju menerima Konvensyen Geneva 1864. Pada tahun 1867, semasa berperang dengan Rusia, Turki telah memberitahu Kerajaan Swiss sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa ia akan menggunakan ambulansnya dengan lambang bulan sabit merah sebagai ganti palang merah. Ini kemudiannya telah diikuti oleh kebanyakan Negara-negara Islam yang lain.

7

Empat konvensyen Geneva (1949) Pada hari ini terdapat empat Konvensyen Geneva, yang mana kesemuanya bertarikh 12 Ogos 1949. Ini adalah hasil usaha berpanjangan menjangkau masa selama satu abad untuk memperbaiki perlindungan yang diberi oleh konvenyen pertama serta meluaskan perlindungan tersebut kepada banyak lagi kategori mangsa konflik bersenjata. Langkah pertama sewajarnya adalah jelas iaitu meluaskan perlindungan yang diberi kepada ambulans dan hospital dalam Konvensyen Geneva Pertama pada tahun 1864 kepada bot-bot penyelamat, kapal hospital dan anak-anak kapal tersebut. Pada tahun 1899, satu Konvensyen (sekarang dikenali sebagai Konvensyen Geneva Kedua) telah diterima pakai yang memberi perlindungan kepada anggota tentera yang luka, sakit dan yang karam di laut. Semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918), ramai yang dijadikan tawanan perang dan ditahan sekian lama dalam keadaan yang menyedihkan. Justeru itu, pada tahun 1929, satu konvensyen (kini dikenaki sebagai Konvensyen Geneva ketiga) telah diterima pakai yang memberi perlindungan kepada tawanan perang (POW). Peperangan Dunia Pertama juga telah menunjukkan betapa perlunya perlindungan kepada orang-orang awam, di mana kadangkala penderitaan mereka adalah lebih sengsara berbanding anggota tentera yang menjadi tawanan perang. Jawatankuasa Antarabangsa telah menyediakan satu kertas kerja mengenai hal ini, tetapi tidak mendapat sambutan. Namun, hanya selepas Peperangan Dunia Kedua sahaja (1949), Persidangan Diplomatik menerima pakai Konvensyen Geneva Keempat yang melindungi orang-orang awam yang berada dalam tawanan musuh. Persidangan yang sama juga telah telah menyemak semula Konvensyenkonvensyen yang ada, dan hasilnya, wujudlah Empat Konvensyen Geneva yang bertarikh 12 Ogos 1949.

8

Keempat-empat Konvensyen Geneva ini masih juga tidak lengkap untuk memberi perlindungan yang sewajarnya. Justeru itu, pada tahun 1977, dua Protokol Tambahan kepada Konvensyen Geneva tahun 1949 iaitu Protokol I, adalah berkaitan dengan konflik bersenjata antarabangsa dan antara lain menambahkan lagi perlindungan yang diberikan kepada semua orang awam daripada kesan keganasan perang. Dalam Protokol II, ia juga memperkukuhkan lagi perlindungan yang diberikan berkaitan dengan konflik bersenjata bukan antarabangsa (perang saudara)dan menambahkan lagi perlindungan yang diberikan kepada mereka.

9

Emblem Palang Merah dan Bulan Sabit Merah

☺Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada Switzerland (Palang Merah yang berlatarbelakangkan putih adalah warna-warna bendera Kebangsaan Swiss yang terkalih).

☺diwujudkan dengan satu tujuan tertentu iaitu: -untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang tercedera semasa peperangan -untuk menetukan perlindungan kepada anggota-anggota yang menjaga dan merawat mereka yang cedera.

☺apa jua penyalahgunaan lambang ini merupakan suatu perlanggaran yang serius terhadap Undang-undang Antarabangsa.

10

☺Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Rusia selama enam bulan, tiba-tiba mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa lambang palang merah menghina kepercayaan agama anggota-anggota tenteranya.

☺oleh itu,

mereka memutuskan untuk menggunakan

lambang bulan sabit merah untuk perkhidmatan ambulans mereka.

☺langkah tersebut kemudiannya telah diikuti oleh banyak Negara-negara Arab atau Negara-negara yang mempunyai ramai penduduk muslim.

☺29 buah Negara sekarang menggunakan lambang bulan sabit merah untuk menandakan orang-orang dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva. ► Kedua-dua lambang ini, Palang Merah dan Bulat Sabit Merah dilindungi oleh Konvensyen Genevasejak tahun 1929. Walau bagaimanapun, negara-negara hendaklah memilih lambang mana yang digunakan dalam persidangan diplomatik. ► Penggunaan lambang-lambang tersebut hendaklah dikawal oleh setiap Negara yang menandatangani Konvensyen Geneva. ► Lambang-lambang ini hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga orang-orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera akibat perang. Lambang-lambang ini tidak boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dan publisiti. ► Pengecualian penggunaan lambang-lambang ini: Persatuan Palang Merah dibenarkan menggunakan lambing ini untuk mengenalpasti bangunan, barang-barang dan kenderaan-kenderaan kepunyaan mereka. ► Anggota mereka juga sering memakai pakaian seragam dan insignia yang 11

menggunakan lambang tersebut. Dalam hal ini, lambang tersebut mestilah kecil, supaya tidak keliru dengan lambang perlindungan semasa perang. Penggunaan Lambang Untuk menentukan bahawa lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah digunakan sebagai lambang pelindung dan pada masa yang sama boleh juga digunakan oleh Persatuan Kebangsaan sebagai lambang Perasatuan, satu sistem bagi melindungi penggunaan lambang telah ditetapkan oleh Konvensyen Geneva tahun 1949. Peraturan-peraturan ini yang telah diperluaskan lagi oleh Protokol 1 tahun 1977 adalah berdasarkan kepada perbezaan penggunaan lambang sebagai tujuan pelindung (protective) dan pengenalan (indicative). Penggunaan sebagai Pelindung (Protective Use) Sebagai alat pelindung, lambing ini digunakan dalam masa perang untuk melindungi anggota-anggota atau alat-alat seperti anggota-anggota perubatan, bangunan, kenderaan dan sebagainya. Pada umumnya, penggunaan cara ini adalah hak sesebuah negara dan perkhidmatan perubatan tentera mereka. Selain itu, Persatuan Kebangsaan yang membantu perkhidmatan perubatan ketika peperangan juga berhak menggunakan lambang tersebut sebagai lambang pelindung semasa dalam peperangan sahaja. Penggunaan lambing sebagai alat pelindung juga boleh digunakan oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan Persekutuan (IFRC), dan anggotaanggota mereka, sama ada bagi tujuan perubatan atau sebaliknya. Apabila digunakan sebagai alat pelindung, lambang tersebut hendaklah besar saiznya bersesuaian dengan bangunan atau kenderaan yang menggunakannya, supaya ianya jelas kelihatan dari jauh. Seumpamanya lambang pelindung yang dipaparkan di atas bumbung hospital, di atas dek atau di sebelah tepi kapal hospital dan di sebelah tepi kenderaan yang mengangkut orang-orang sakit.

12

Penggunaan sebagai Pengenalan (Indicative Use) Sebagai alat pengenalan, lambang tersebut hanya menunjukkan bahawa penggunaanya, sama ada orang atau alat-alat, yang ada kaitan dengan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah, tetapi tidak semestinya di bawah perlindungan Konvensyen Geneva. Justeru itu, Lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah sebagai tanda pengenalan hendaklah kecil saiznya dan haruslah digunakan supaya tidak menimbulkan kekeliruan dengan lambang yang digunakan sebagai pelindung. Oleh yang demikian, ia tidaklah seharusnya dipapar di atas bumbung atau di atas pergelangan lengan. Adalah penting ditegaskan di sini bahawa Persatuan Kebangsaan hendaklah berusaha supaya ahli-ahlinya dan juga orang ramai diberitahu tentang penggunaan lambang ini secara betul. Umumnya, dalam masa aman, Persatuan Kebangsaan boleh menggunakan lambang tersebut sebagai alat pengenalan (indicative device) sejajar dengan perundangan negara. Mereka juga boleh terus menggunakan lambang tersebut sebagai alat pengenalan dalam masa perang, selagi ianya tidak menimbulkan kekeliruan dengan penggunaannya sebagai alat perlindungan.

13

Penyalahgunaan Lambang Lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah sering digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan dan individu yang tidak berkaitan dengan pergerakan Palang Merah. Lambang ini dianggap oleh mereka sebagai simbol untuk pertolongan dan kesihatan. Hal ini merupakan salah satu kes penyalahgunaan lambang dan ianya berlaku di seluruh dunia termasuklah hospital, doktor swasta, ambulans, kedai-kedai menjual ubat serta perkhidmatan kerajaan atau swasta yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan. Pada hakikatnya, apa jua penggunaan lambang tanpa kebenaran dari Persatuan Kebangsaan adalah dianggap salah, sama ada digunakan bagi tujuan komersial ataupun tidak. Langkah-langkah tegas haruslah diambil oleh semua negara untuk mengawal penggunaan lambang ini untuk mencegah daripada penyalahgunaanya. Melindungi lambang daripada penyalahgunaannya adalah satu perkara penting jika kita ingin menentukan penghormatan berterusan diberi kepada pergerakan Palang Merah dan aktiviti-aktivitinya di seluruh dunia; sama ada dalam masa perang atau aman. Akhirnya, penyalahgunaan lambang dalam masa aman akan memusnahkan keutuhan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah sebagai alat pelindung dalam masa perang kerana ianya tidak lagi dihormati sebagai simbol pelindung yang boleh menyelamatkan nyawa kepada mereka yang harus diberi perlindungan.

14

TARIKH

KONVENSYEN

ASAL 1864

KONVENSYEN GENEVA PERTAMA Konvensyen

Geneva

bagi

TARIKH VERSI SEMASA

memperbaiki

keadaan anggota-anggota yang cedera dan

12 Ogos 1949

sakit di medan perang. 1899

KONVENSYEN GENEVA KEDUA bagi memperbaiki keadaan anggota-anggota

12 Ogos 1949

yang cedera, skit dan karam di laut. 1906

KONVENSYEN GENEVA KETIGA Berkait dengan perihal layanan orang-otang

12 Ogos 1949

tawanan perang.

1949

KONVENSYEN GENEVA KEEMPAT Berkait dengan perlindungan orang-orang

12 Ogos 1949

awam dalam masa perang.

1977

PROTOKOL 1 Protokol

Tambahan

kepada

Konvensyen

Geneva 12 Ogos 194, berkaitan dengan

8 Jun 1977

perihal perlindungan kepada mangsa konflik bersenjata antarabangsa.

1977

PROTOKOL 2 Protokol

Tambahan

kepada

Konvensyen

Geneva 12 Ogos 1949, dan berkaitan dengan

8 Jun 1977

15

perihal konflik bersenjata bukan antarabangsa.

UNIT 2: PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH (1)

KEMANUSIAAN -Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa dilahirkan dengan hasrat memberi pertolongan tanpa membeza-bezakan mereka yang tercedera di medan perang. -Berusaha dengan keupayaannya di arena antarabangsa dan negara. -Mencegah dan meringankan penderitaan manusia di mana jua ianya wujud. -Melindungi nyawa dan menjaga kesihatan. -Memastikan hormat-menghormati sesame manusia. -Mumupuk kesefahaman, menjalin persudaraan, kerjasama dan keamanan Yang kekal di kalangan manusia.

(2)

KESAKSAMAAN -tidak mengamalkan diskriminasi berasaskan bangsa, kaum, kepercayaan agama, darjat atau fahaman politik. -berusaha meringankan penderitaan individu semata-mata kepada keperluan mereka. -memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius.

(3)

KEBERKECUALIAN -pergerakan tidak boleh menyertai mana-mana pihak yang berperang atau melibatkan diri pada bila-bila masa dalam perbalahan-perbalahan yang berunsur politik, perkauman, agama atau ideologi.

(4)

KEBEBASAN -pergerakan adalah bebas

16

-mengekalkan otonominya supaya sentiasa dapat mengikut prinsip-prinsip pergerakan.

(5)

KHIDMAT SUKARELA -pergerakan bantuan sukarela yang bukan didorong dalam apa hal jua sekalipun oleh hasrat untuk mendapatkan keuntungan.

(6)

KETUNGGALAN -hanya SATU sahaja Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah yang harus wujud dalam sesebuah negara. -terbuka kepada semua rakyat. -menjalankan tugas kemanusiaan di semua negara.

(7)

KESEJAGATAN -Dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, semua Persatuan mempunyai taraf yang sama serta memikul tanggungjawab yang sama rata -merupakan satu pergerakan sedunia.

17

UNIT 4: PERGERAKAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA SEJARAH Kelahiran Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah di Malaysia mempunyai persamaan dengan kelahiran Palang Merah itu sendiri. Peperangan Dunia Kedua dan waktu pendudukan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan. Unit Palang Merah yang pertama di Semenanjung Malaysia ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1950, yang kemudiannya menjadi satu Cawangan. Pada bulan Februari 1951, Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang Pegawai Medan Palang Merah British. Majlis Cawangan baru ini telah memutuskan bahawa Cawangan-cawangan setempat hendaklah ditubuhkan pada tiap-tiap sembilan buah negeri dan kedua-dua negeri Selat. Sehingga penghujung tahun 1951, Cawangan-cawangan telah ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor. Pada tahun 1952, Cawangan-cawangan lain ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang. Dalam masa kemuncak darurat, Cawangan telah menghantar 25 pasukan Palang Merah untuk tugas-tugas kebajikan di kampung-kampung bari di Perak, Terengganu dan Selangor. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957, Duke of Gloucester yang mewakili Ratu British di perayaan Merdeka dan juga selaku Pengerusi Majlis Persatuan Palang Merah Bitish, telah mengadakan satu mesyuarat khas dengan

18

Jawatankuasa Eksekutif Palang Merah Cawangan Persekutuan Tanah Melayu di Kuala Lumpur. Dalam bulan Oktober 1957, Lady Limerick, Naib Pengerusi Persatuan Palang Merah British menghadiri satu upacara khas di Kuala Lumpur untuk penyerahan panjipanji kepada Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pada 4 Julai 1963, Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu telah menerima pengiktirafan rasmi, sebagai Persatuan Palang Merah Kebangsaan yang bebas daripada Jawatankuasa antarabangsa Palang Merah (JAPM/ICRC). Selepas itu, persatuan ini diterima masuk sebagai ahli Persatuan-persatuan Liga Palang Merah dan Bulan Sabit Merah pada 24 Ogos 1963.

Akta Persatuan Palang Merah (Perbadanan)

Apabila telah diwujudkan pada September 1963, satu Akta untuk menyerapkan Persatuan Palang Merah Persekutuan tanah Melayu dan Cawangan-cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah, Sarawak dan Singapura di bawah nama “Persatuan Palang Merah Malaysia” telah diluluskan oleh Parlimen melalui Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) Akta 1965 (Akta No. 47 tahun 1965). Dalam tahun 1975, Parlimen Malaysia meluluskan Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Akta 1962) yang telah menerima Persetujuan DiRaja pada 21 Ogos 1975 dan diwartakan pada 4 September 1975. Dengan kelulusan akta ini, nama dan lambang Persatuan ini telah ditukar kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Kebenaran untuk menggunakan lambang Bulan Sabit Merah yang berlatarbelakangkan putih dan perkataan-perkataan “Bulan Sabit” diletak sebagai hak kepada persatuan tersebut.

19

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah salah sebuah daripada 175 Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan di seluruh dunia dan ianya menjadi ahli Persekutuan Antarabangsa Persatuan-peresatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, satu Persekutuan persatuan-persatuan Palang Merah Bulan Sabit Merah Kebangsaan, yang ditubuhkan pada tahun 1919 yang beribu pejabat di Geneva. Persatuan Palang Merah Malaysia mempunyai lebih daripada 230,000 ahli di seluruh negara yang diatur mengikut Cawangan, Cabang, Cabang Kecil dan Unit. Keahlian persatuan ini telah dibuka kepada semua rakyat di Malaysia tanpa diskriminasi berdasarkan kaum, jantina, darjat, agama dan fahaman politik.

20

STRUKTUR DAN ORGANISASI 1. Struktur Organisasi Persatuan (i) Satu organisasi pusat mengandungi: (a) Senat PBSMM (b) Majlis Kebangsaan (c) Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan (d) Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan (ii) Cawangan-cawangan dan Jawatankuasanya dan beberapa Jawatankuasa Kecil masing-masing dalam tiap-tiap negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia. (iii) Unit-unit kecil dan Jawatankuasa masing-masing.

● Senat PBSMM (i)

Senat PBSMM adalah badan tertinggi sekali dalam struktur organisasi PBSMM tetapi tidak mempunyai kuasa eksekutif dan mengandungi tidak lebih daripada 25 Senator pada sesuatu masa.

(ii)

Perlantikan Senator PBSMM akan ditentukan atas budi bicara Majlis Kebangsaan dan dilantik daripada kalangan ahli-ahli PBSMM yang terkenal sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan mereka yang terpuji dan cemerlang kepada Persatuan.

(iii)

Peranan utamanya adalah untuk meningkatkan imej dan matlamat Persatuan sejajar dengan Prinsip-prinsip Pergerakan.

21

● Majlis Kebangsaan Majlis Kebangsaan merupakan badan yang terpenting yang mempunyai kuasa mengendalikan pengurusan serta pengawalan semua hal ehwal Persatuan. Ia mengandungi anggota-anggota seperti berikut: (a) Pengerusi Kebangsaan (b) Timbalan Pengerusi Kebangsaan (c) 4 Naib Pengerusi Kebangsaan. (seorang daripadanya dipilih di kalangan Pengerusi Cawangan) (d) Pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan (e) Tidak lebih daripada lima ahli dipilih (f) Dua orang wakil daripada tiap-tiap Cawangan yang terdiri sama ada Pengerusi Cawangan, Naib Pengerusi Cawangan, Pengarah Cawangan, Setiausaha Kehormat Cawangan dan Bendahari Kehormat Cawangan. (g) Pengarah Perkhidmatan Perubatan angkatan Tentera Malaysia (h) Ketua Pertubuhan Perubatan Malaysia (MMA) (i) Seorang wakil daripada tiap-tiap Kementerian Kerajaan yang bertanggungjawab mengenai Pendidikan, Alam Sekitar, Hal Ehwal Luar Negara, Kesihatan, Hal Ehwal Dalam Negeri dan Belia.

Majlis Kebangsaan mengadakan sekurang-kurangnya tiga mesyuarat dalam setahun dan memerlukan 1/3 kehadiran ahli untuk membentuk korum.

22

● Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pengurusan seharian mengenai hal ehwal Persatuan adalah tanggungjawab Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan yang harus pada sebilangan masa serta bertindak sejajar dengan arahan dan keputusan pihak Majlis Kebangsaan. Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada: (a) Pemegang Jawatan Utama (Pengerusi dan Timbalan Kebangsaan, Naib-naib Pengerusi dan Bendahari Kehormat Kebangsaan) (b) Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan (c) Wakil daripada setiap kelima-lima zon. Pengerusi Kebangsaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan dan mengadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 2 bulan. Antara kuasa lain bagi Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan ialah: (a) untuk menamakan calon bagi perlantikan Setiausaha Agung oleh Majlis Kebangsaan serta melantik kakitangan yang bergaji serta menentukan syaratsyarat perkhidmatan mereka. (b) untuk memberi pertimbangan dan melulus atau menolak perlantikan ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan yang dipilih selain daripada Pengerusi Cawangan yang dicalonkan oleh Jawatankuasa Cawangan. (c) untuk mendisiplin dan dengan pertimbangan yang saksama menentukan pemberhentian, pembuangan atau memansuhkan keahlian mana-mana ali Persatuan yang tidak termasuk sebagai ahli-ahli Senat PBSMM atau ahli-ahli Majlis Kebangsaan.

23

● Jawatankuasa Kebangsaan Semua aktiviti PBSMM adalah dibawah tanggungjawab pelbagai Jawatankuasa Kebangsaan. Pada masa ini, terdapat 12 Jawatankuasa Kebangsaan dan tiap-tiap satu diketuai ole Pengerusiya masing-masing. Berikut adalah Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan: (a) Reaksi Kecemasan (b) Perkhidmatan Ambulans (c) Program Darah (d) Perkhidmatan Kesihatan dan Masyarakat (e) Hal Ehwal Undang-undang dan Undang-undang Kemanusiaan (f) Latihan (g) Tenaga Manusia (h) Hal Ehwal Antarabangsa (i) Perhubungan Raya (j) Kutipan Derma (k) Bangunan (l) Pengurusan Pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa ini adalah ahli Jawatankuasan Eksekutif Kebangsaan dan juga ahli-ahli Majlis Kebangsaan dan mereka dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

24

2. Aktiviti-aktiviti Sebagai sebuah pertubuhan sukarela yang membantu kerajaan, Persatuan ini telah memberikan banyak sumbangan. Antaranya, meberikan perkhidmatan perundingan dalam kegiatan persediaan bencana, operasi bencana dan bantua, memantu Kementerian Masyarakat menubuh dan mentadbir Pusat-pusat Bantuan Bencana, menyedia dan mengagihkan makanan, pakaian dan bekalan ubat kepada pihak polis, tentera dan Jaatan Pertahanan Awam berkaitan dengan operasi-operasi menyelamat, memindah dan memberi bantuan pertolongan cemas dan kesiatan kepada mangsa-mangsa mala petaka. Antara aktiviti-aktiviti PBSMM: ● Persediaan dan bantuan bencana ● 999 24 jam Perkhidmatan Ambulans bagi Kuala Lumpur dan Petaling Jaya ● Perkhidmatan Masyarakat dan Kesihatan - Program Darah - Penyalahgunaan Dadah - Telekaunseling - Teledra ● Penyebaran Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa ● Latihan ● Penubuhan unit baru dan menambah keahlian ● Program Bantuan kepada Orang-orang Bot Vietnam ● Kutipan Derma ● Perhubungan awam ● Hal Ehwal Antarabangsa ● Aktiviti-aktiiti dan latihan untuk kanak-kanak, belia dan pasukan bantuan sukarela.

25

(a) Persediaan dan Bantuan Bencana Ahli-ahli Sukarela yang terlatih di semua 15 cawangan dan 108 Daerah boleh dikerahkan serta-merta: (i)

Membantu Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat mentadbir Pusat-pusat Pemindahan

(ii)

Membantu Angkatan Tentera, Polis dan Pertahanan Awam dalam kerjakerja memindah dan menyelamat mangsa-mangsa bencana.

(iii)

Membantu Kementerian Kesihatan dalam memberi perkhidmatanperkhidmatan perubatan dan kesihatan di pusat-pusat pemindahan.

(b)

24 Jam Perkhidmatan Ambulans 24 jam, kenderaan Ambulans siap sedia untuk kecemasan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

(c)

Perkhidmatan Masyarakat ● Program Derma Darah

- Persatuan memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan penderma-penderma darah melalui penganjuran kempen-kempen dan syarahan-syarahan, menerangkan dan menggalakkan orang awam untuk menjadi penderma. ● Penyalahgunaan Dadah

- Perkhidmatan Salahgunaan Dadah ini memberi khidmat 2 kali seminggu melalui Kaunseling Telefon Talian Penting.

- Melatih pelatih di pusat rawatan pemulihan sementara dalam bidang Pertolongan Cemas dan Persediaan Bantuan Bencana. ● Telekaunseling

- Memberi khidmat 24 jam melalui telefon dan juga perjumpaan semuka yang bertujuan untuk memberi khidmat kaunseling kepada masyarakat

26

seluruh negara. ● Teledra

- Perkhidmatan Teledra yangdikendalikan 24 jam melalui telefon untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak secara percuma. (d) Penyebaran Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) UUKA menumpukan perhatian kepada kehidupan dan kebajikan individu dalam masa aman dan juga perang. Mesej Persatuan, 7 Prinsip dan UUKA telah diperluaskan di sekolah-sekolah, anggota-anggota Angkatan Tentera dan Polis serta kepada orang awam umumnya melalui risalah-risalah, syarahan-syarahan dan seminar-seminar. (e) Latihan dan aktiviti-aktiviti Proram Latihan telah disesuaikan untuk menghasilkan ahli yang mahir, berdisiplin dan mampu mengendalikan pelbagai fungsi yang boleh menyahut kepada keperluan masyarakat, Persatuan dan negara. PBSMM telah mengendalikan pelbagai kursus latihan untuk ahli-ahlinya. Sukatan pelajaran yang baru diwujudkan dan PBSMM tidak lagi hanya menumpukan kepada latihan Pertolongan Cemas sahaja. Mata pelajaran lain diperkenalkan termasuklah: Pendidikan Kesihatan, Rawatan Rumah, Reaksi Kecemasan, Pendidikan Palang Merah/Bulan Sabit Merah dan Undang-undangKemanusiaan Antarabangsa. Di samping mengendalikan Latihan Pertolongan Cemas untuk keperluan sijil peperiksaan PBSMM, kursus-kursus pertolongan cemas yang lain juga diadakan seperti Kursus Pertolongan Cemas untuk Industri (8 jam) dan Pertolongan Cemas untuk Rumah (6 jam). Sijil Pepeiksaan PBSMM terbahagi kepada tiga peringkat: 1. Sijil Peperiksaan PBSMM untuk sekolah (a)

Pendidikan Palang Merah / Bualan Sabit Merah

27

(b)

Pertolongan Cemas Kemasyarakatan

2. Sijil Peperiksaan PBSMM Peringkat Asas (a)

Pendidkan Palang Merah / Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa

(b) Pertolongan Cemas Asa (c)

Reaksi Kecemasan

(d) Pendidikan Kesihatan atau Rawatan Rumah 3. Sijil Peperiksaan PBSMM Peringkat Lanjutan (a)

Pertolongan Cemas Lajutan

(b)

Pentadbiran dan Pengurusan

(f) Program Bantuan kepada Orang-orang Bot Vietnam Satu daripada usaha-usaha dan sumbangan Persatuan yang cemerlang sebagai pertubuhan kemanusiaan adalah komitmen dan penglibatannya dengan kebajikan dan kepentingan Orang-orang Pelarian Vietnam (OPV) di Malaysia. Selaras dngan objektif penubuhannya, PBSMM menyahut panggilan pertolongan pada tahun 1975 apabila kumpulan seramai 47 orang OPV mendarat di Pulau Perhentian berhampiran Pantai Negeri Terengganu. (g) Perkhidmatan mengesan dan mengepos Mengesan dan mencari orang yang hilang adalah satu daripada perkhidmatan tradisi Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah. Perkhidmatan ini adalah selaras dengan keperluan dan kehendak Prinsip Kemanusiaan yang mengambil berat tentang meringankan kerisauan fikiran akibat kehilangan keluarga. Tujuan perkhidmatan Mengesan dan Mengepos (Tracing and Mailing Services) Adalah seperti berikut: (i) mengesan / mencari dan mewujudkan perhubungan semula di antara ahli-ahli keluarga yang terpisah dan membantu membolehkan mereka

28

mendapat sokongan untuk menetap di Negara Ketiga. (ii) untuk memberi perkhidmatan mengepos surat dan sebagainya kepada Orang-orang Bot Vietnam yang ditempatkan di kem-kem di Malaysia. (h) Perhubungan Awam Persatuan hendaklah sentiasa memberi imej yang baik supaya mendapat pengiktirafan dan kepercayaan awam. Pertolongan Profesional yang diterima secara sukarela dari agensi-agensi pengiklanan dan perhubungan mesra dan rapat dengan akhbar-akhbar dan media elektronik dapat memastikan aktiviti-aktiviti Perhubungan Awam Persatuan dan kejayaannya diterima dan difaham oleh orang awam. Aktiviti Perhubungan Awam ditonjolkan melalui: ● Berita Bulan Sabit Merah tiga bulan sekali ● Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia ● Perbarisan ● Pameran ● Syarahan dan Pertunjukan Filem ● Ceramah atas tajuk derma darah oleh para pegawai dan ahli PBSMM ● Temubual dengan ahli-ahli Belia Bulan Sabit Merah Malaysia yang akan pergi ke luar negeri di bawah program pertukaran belia. (i) Keahlian - dibuka kepada semua tanpa mengira bangsa, jantina, agam dan politik. - Komposisi keahlian: ► Kanak-kanak (Sekolah Rendah) ► Belia (Sekolah Menengah) ► Pasukan Bantuan Sukarela (Orang Dewasa guru-guru pelatih, Mahasiswa, Para Ikhtisas, Anggota Perubatan dll.) ► Ahli Seumur Hidup (atas bayaran sekurang-kurangnya RM1000) ► Ahli Kehormat Seumur Hidup (satu anugerah eksklusif bagi individu yang memberi sumbangan

29

perkhidmatan dan jasa yang cemerlang)

Nama

: Siti Aishah Binti abdul Latiff

No. Matik Kod Kursus

: D20081032348 : UKK 1061 (PBSM 1)

Semester 1 sesi 08/09 Penilai Kumpulan

: Mejor Mohamad Fais bin Jamil : A

Tarikh Hantar : 1 Ogos 2008

MEMORI….

30

Dalam bulan Oktober 1957, Lady Limerick, Naib Pengerusi Persatuan Palang Merah British menghadiri satu upacara khas di Kuala Lumpur untuk penyerahan panji-panji kepada Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

September 1963, satu Akta untuk menyerapkan Persatuan Palang Merah Persekutuan tanah Melayu dan Cawangancawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah, Sarawak dan Singapura di bawah nama “Persatuan Palang Merah Malaysia” telah diluluskan oleh Parlimen

RUJUKAN… 31

● Modul Pendidikan mengenai Palang Merah / Bulan Sabit Merah dan Asas Undangundang Kemanusiaan Antarabangsa ● http://www.redcrescent.org.my/drupal/ ● http://redcrescent.org.my/drupal/node/4 ● http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Palang_Merah_Antarabangsa ● http://ms.wikipedia.org/wiki/Jean_Henry_Dunant ● http://www.pbsmtmsr.blogspot.com/ ● http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Bulan_Sabit_Merah_Malaysia

JEAN HENRY DUNANT….

32

Jean Henry Dunant

Henry Dunant, sekitar 1860.

Lukisan tentang lima ahli jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa

Memorial Henry Dunant di Heiden, Switzerland.

33

Bil .

ISI KANDUNGAN

1

UNIT 1: SEJARAH PALANG MERAH ► Jean Henry Dunant ► Kenangan Solferino ► Jawatankuasa Berlima ► Konvensyen Geneva Pertama (1864) ► Empat Konvensyen Geneva (1949) ► Emblem Palang Merah dan Bulan Sabit Merah

2

UNIT 2: PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH ► Kemanusiaan ► Kesaksaman ► Keberkecualian ► Kebebasan ► Khidmat Sukarela ► Ketunggalan ► Kesejagatan

3

4 5

UNIT 4: PERGERAKAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA ► Sejarah ► Struktur dan Organisasi ► Aktiviti yang dijalankan

Muka surat 1-3 4-5 5-6 6-7 8-9 10-15

16 16 16 16 17 17 17

18-20 21-24 25-29

Lampiran Rujukan

34

35

Related Documents