FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBIS 2203: PENDIDIKAN ISLAM : TAHUN 3 SEMESTER: SEPTEMBER 2009 TUGASAN KURSUS (35%)
ARAHAN
1.
Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan.
2.
Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman” saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.
3.
Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum / pada Tutorial ke 4.
4.
Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.
5.
Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus.
6.
Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang diplagiat tidak akan diterima dan tiada markah akan diberikan untuk bahan tersebut.
SOALAN TUGASAN
180. dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orangorang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan (alA’raf:180).
1. Berdasarkan terjemahan ayat di atas, huraikan dengan lebih mendalam tentang kesan beriman kepada Allah S.W.T yang mempunyai nama-nama yang baik. (10 markah)
2. Berikan TIGA kesan berhubung dengan orang yang berpaling dari kebenaran. Setiap kesan mestilah disertakan kisah iktibar yang boleh dihayati bersama. (15 markah)
3. Nyatakan tanda-tanda awal dan akhir kiamat serta hubung kaitnya dengan situasi masyarakat Islam pada zaman ini.
(10 markah)
[Jumlah: 35 Markah]
PANDUAN PELAJAR
1.
Rujukan kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam Internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang
mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami
konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai. Sila jangan gunakan Wikipedia sebagai sumber rujukan.
PANDUAN TUTOR
1.
Tutor adalah diminta agar dapat membimbing para pelajar semasa penyediaan tugasan amnya, memberi satu dua tapak web sebagai rujukan pelajar.
2.
Tutor adalah diminta memeriksa dan menandakan tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan memasukkan markah ke dalam OMES selewat-lewatnya pada tarikh yang telah ditetapkan oleh OUM.