Pendidikan Agama dan Moral masih belum mampu mendidik moral masyarakat . Bismillahirahmanirahim, Terima Kasih Yang Dipertua, rakan-rakan perwakilan kerajaan, kerusi pembangkang dan ahli sidang dewan sekalian. Assalamualaikum dan selamat bersidang. Hadirin sekalian, pada pagi yang ceria ini, bertemu kita untuk membincangkan usul yang bertajuk Pendidikan Agama dan Moral masih belum mampu mendidik moral masyarakat. Berdirinya saya di sini adalah untuk menegaskan bahawa Pendidikan Agama dan Moral masih belum mampu mendidik moral masyarakat. Diulangi masih belum mampu mendidik moral masyarakat. Dewasa ini, apa yang kita lihat adalah pihak pentadbiran sekolah masih belum memberikan sokongan yang sepenuhnya dalam pendidikan Agama dan Moral di sekolah. Oleh sebab itu, perlunya ada kesungguhan dalam pentadbiran sekolah untuk membentuk akhlak dan moral pelajar. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan ialah dengan memantau sikap para pelajar secara berterusan di dalam kawasan sekolah. Barangsiapa yang didapati menunjukkan kecenderungan untuk bersikap tidak senonoh atau kurang sopan perlu dikenakan tindakan serta-merta dengan mengenakan denda yang sewajarnya. Antara denda yang boleh dikenakan ialah melakukan kerja-kerja amal di sekolah seperti mencuci tandas, mengutip sampah di sekeliling kawasan sekolah dan menyiram pokok bunga. Di samping itu, murid-murid juga boleh dilatih untuk menunaikan solat dengan lebih baik kerana solat yang diterima akan menyebabkan mereka kurang melakukan kejahatan. Selain itu, pihak sekolah juga boleh membawa murid-murid yang bermasalah ke rumah anak-anak yatim untuk menunjukkan kepada mereka masalah yang dihadapi. Justeru, akan memberikan kesedaran kepada mereka dan bersyukur dengan apa yang ada. Oleh itu, Yang Dipertua, memang benarlah Pendidikan Agama dan Moral masih belum mampu mendidik moral masyarakat. Harap diterima. Mohon terus mencadang. Sekian, terima kasih.