Maksud dari segi bahasa pasti ramai yang mengetahuinya. Kesatuan/perpaduan pemangkin umat yang terbaik. Itu maksud lahiriahnya. Namun secara kontekstualnya, sebarang maksud yang tersirat boleh diberikan oleh sesiapa sahaja sesuai dengan situasi mereka. Sama ada mereka raja, ahli politik, ahli akademik, ahli perniagaan, ketua kampung atau sesiapa sahaja tema ini sangat sesuai untuk dimanipulasi untuk kepentingan tertentu. Sememangnya kita sedar motto ini dipilih sesuai dengan perkembangan politik semasa yang agak goyah kebelakangan ini. Persoalannya, apakah bentuk perpaduan yang harus berlaku? Apa fundemental atau asasnya? Apa pula ciri umat terbaik yang sepatutnya dicapai? Sebagai muslim, rujukan terbaik kepada masalah ini adalah al-Quran dan hadith. Lihat ayat Allah ini; “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhmusuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orangorang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orangorang yang berjaya. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceraiberai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keteranganketerangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. “ Ali Imran 103-105 Potongan ayat di atas hanya sebahagian daripada ayat-ayat Allah yang menyatakan tentang seruan supaya umat Islam bersatu. Apa asasnya? Hablullah yakni tali Allah. Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya mentafsirkan tali Allah dengan al-Quran bersandarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Sesungguhnya al-Quran ini ialah tali Allah yang kukuh, cahaya yang nyata, penyembuh bagi yang mengambil manfaat darinya, panduan bagi yang berpegang dengannya dan kejayaan bagi yang mengikutinya. Bermakna semua pihak perlu kembali semula kepada panduan al-Quran. Tinggalkan maksiat dan kemungkaran, tegakkan keadilan, perjuangkan agama Allah, seru kepada perkara kebaikan dan kehidupan beragama, berlaku baik kepada orang lain serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan iman setiap masa. Itulah ciri-ciri umat terbaik.
Apabila kita acuh tidak acuh dengan seruan al-Quran ini, maka berlakulah apa yang berlaku kini sebagai kesan dari menidakkan tali Allah sejak lama dahulu. Ini menunjukkan kita Muslim sama sahaja dengan Nasrani dan Yahudi yang tidak mengendahkan keterangan Allah yang nyata dalam kitab Taurat dan Injil asli mereka. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, persoalan yang membelenggu umat Islam kini bukanlah hal titik bengik tetapi persoalan utama mereka ialah masih belum menerima seruan Islam, lemahnya akidah, tertangguhnya pelaksanaan syariat, rosaknya akhlak, terabainya solat, banyaknya rasuah dan maksiat, lembabnya pentadbiran dan pelbagai lagi. Hal ini menurut beliau berpunca dari tidak mahu menggunakan akal fikiran, jumud berfikir, hilangnya rukun iman dan rukun islam serta hilangnya asas ihsan.
Resolusinya, dalam situasi politik di Malaysia saya berpendapat semua pihak sama adaUMNO atau PAS sebagai mewakili kelompok besar umat Islam, perlu berpatah balik merujuk kepada Al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w. Meski PAS telah meletakkan al-Quran dan hadith sebagai asas perjuangannya, kita perlu menyemak kembali letak duduk kita dalam perkara ini supaya tidak kesasar. Namun bagi UMNO, perjuangan atas landasan bangsa bukanlah perjuangan yang syar’ie. Rel perjuangan mereka perlu ditukar dengan rel yang disarankan oleh Allah iaitu ISLAM jika mereka ingin selamat di dunia dan akhirat. Wallahu A’lam.
•
Maulidur Rasul : Wahdah Pemangkin Khaira Ummah Posted on March 9th, 2009 admin No comments Sama-samalah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melaksanakan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dan kita perlu meyakini janji Allah swt bahawa ganjaran pahala dan kejayaan besar kepada orang-orang yang taat akan tetap dianugerahkan oleh-Nya. Marilah kita sama-samalah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa kebenaran serta membawa berita gembira bagi orang mukmin dan begitulah sebaliknya bagi mereka yang ingkar. Semoga selawat dan salam yang telah dilafazkan kepada nabi besar kita Muhammad SAW yang telah membawa amanah serta menyampaikan risalah kepada kita akan menyuburkan lagi kecintaan kita kepada insan teragung ini. Bagi umat Islam di negara kita Malaysia, mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul sudah menjadi tradisi. Antara lain bertujuan untuk memperingati Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW. Ia memberi suatu pengertian yang bermakna demi keagungan baginda yang telah berjuang demi nilai-nilai kemuliaan dalam kehidupan manusia seluruhnya.
Baginda SAW tidak mengenal erti kepayahan dan kesengsaraan bahkan kepayahan inilah yang menjadi intipati kepada kecemerlangan Islam yang kita nikmati pada hari ini. Oleh yang demikian, amat wajar bagi umat Islam seluruhnya memperingati hari bersejarah ini, iaitu hari kebesaran pemimpin agung yang telah membebaskan manusia daripada belenggu kejahilan serta mengeluarkan mereka dari alam kekufuran kepada nur hidayah yang mengesakan Allah SWT. Pengorbanan Rasulullah SAW melalui sifat-sifat baginda yang mulia itu telah membuatkan para bijak pandai dari kalangan umat Islam mahupun yang bukan Islam, para cendekiawan, para alim ulama’ dari seluruh dunia telah bersepakat bahawa riwayat hidup dan perjuangan Rasulullah SAW daripada kecil hingga akhir hayatnya adalah yang paling banyak diperkatakan, ditulis, diteliti dan dikaji daripada segenap segi dan sesuai untuk dijadikan ikutan, panduan dan sebagai ‘rolemodel’ (contoh ikutan) dalam usaha manusia membentuk muslim yang bertaqwa. Kita meyakini bahawa jika kita menerima pakai atau mengikut sifat-sifat mulia yang pernah dibuat oleh Rasulullah SAW nescaya tidak akan wujud masalah dalam masyarakat, tidak pincang dalam pengurusan, tidak timbul perbalahan dan pelbagai unsur negatif dalam ummah. Antara yang kita perlu hayati dalam kehidupan Rasulullah SAW ialah kepimpinan baginda yang menjadi suatu rahmat bagi kita sepertimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiyaa’, ayat 107. Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” Antara rahmat yang dibawa oleh Rasulullah SAW ialah baginda dapat mendamai dan menyatupadukan masyarakat Arab Jahiliah daripada satu masyarakat yang biadap, bengis, kasar dan kejam kepada suatu masyarakat yang bersopan santun, berbudi bahasa dan berkasih sayang. Baginda Rasulullah SAW dapat membawa masyarakat Arab Jahiliah ketika itu dari alam kekufuran dengan menyembah pelbagai berhala, kepada keimanan dan mentauhidkan Allah. Jelasnya rahmat yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu iaitu agama Islam. Selama 23 tahun Rasulullah SAW menyeru masyarakat Arab di kota Mekah dan Madinah kepada ajaran Islam dengan tidak berhenti-henti, seruan demi seruan sehingga tertegaklah Islam ke seluruh dunia sampai ke zaman kita sekarang ini. Alhamdulillah, telah pun sama-sama kita rasai nikmat ‘Iman dan Islam’. Selama 23 tahun Rasulullah SAW memupuk semangat perpaduan dan berkasih sayang sesama manusia, tetapi amat mendukacitakan kita kerana masih ada dari kalangan masyarakat kita kurang memahami prinsip perpaduan yang dikehendaki dalam Islam, menyebabkan perpaduan menjadi perpecahan, kasih sayang menjadi benci membenci dan sebagainya. Semua ini dapat dielakkan oleh umat manusia melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ((Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang mana sekiranya kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW)).
Bersesuaian dengan tema “WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH” pada sambutan tahun ini, marilah kita berusaha memartabatkan kembali kemuliaan kita sebagai umat Muhammad s.a.w. Persiapkanlah diri kita dengan segala ilmu dan kemahiran bagi menghadapi cabaran pembangunan di hadapan kita. Memperingati Nabi Muhammad SAW bukanlah dengan hanya mengadakan majlis-majlis sambutan, ceramahceramah atau perarakan sahaja, malah apa yang paling dituntut ialah sejauh mana kita menghayati dan mengikut segala ajaran serta amanah-amanah yang telah disampaikan oleh Rasul junjungan kepada kita. Kita kesal kerana terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab sanggup menghina nabi junjungan kita dan kita umat Islam seluruhnya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang melampau ini. Telah jelas kepada kita bahawa Rasulullah SAW adalah pemimpin agung dunia dan menjadi kewajipan kepada kita supaya mengambil pengajaran dengan menghayati kepimpinan yang ada pada diri Rasulullah SAW melalui contoh-contoh dan tauladan yang telah disampaikan. Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21: Yang bermaksud: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik Hari Akhirat serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyakbanyak dalam masa susah dan senang dan ingatlah kepada Allah banyak-banyak”.
Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW) Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah: "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas
kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh. "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti keduaduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaku ‘Wahdah Pemangkin Khaira Ummah’ merupakan slogan Sambutan Maulid Rasul peringkat kebangsaan bagi tahun 1430/2009. Ini memberi gambaran penekanan terhadap kesatuan dalam ummah mesti dititik beratkan. Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang memberi maksud supaya adanya kesatuan dan kesepakatan sesama manusia. Al-Quran menjelaskan “sesungguhnya setiap mukmin adalah bersaudara”. Selain itu turut dinyatakan “sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia lelaki mahupun wanita, turut diciptakan berbangsa-bangsa dan berpuak-puak tidak lain dan tidak bukan hanya untuk berkenalan, sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah yang paling bertaqwa”. Merujuk kepada dua petikan ayat di atas jelas kepada kita bahawa kesatuan yang dikehendaki di
dalam Islam
adalah
berlandaskan
tauhid. Apabila
semua
manusia
mentauhidkan Allah SWT mereka adalah mukmin dan semestinya akan bersatu. Di sisi Allah SWT yang paling mulia seseorang hamba adalah yang paling bertaqwa kepadaNya. Untuk itu perlu diperjelaskan perkara yang dimaksudkan dengan bertaqwa.
Taqwa yang merupakan perkataan yang mudah disebut adalah bermaksud secara ringkasnya adalah membuat apa yang diperintahkan Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang Allah SWT. Sebagaimana ayat al-Quran yang bermaksud “bertolong-tolonglah kamu ke atas jalan kebaikan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong-tolongan ke atas perkara dosa dan tegahan”. Manakala khaira ummah bukanlah mempunyai maksud ummah yang termaju dan termoden, tetapi ianya merujuk kepada ummah yang berprinsip. Prinsip-prinsip tersebut mestilah berpaksi kepada atas dasar Islam dan aqidah iaitu menyuruh perkara baik dan mencegah perkara mungkar. Ibn Kathir menjelaskan perinsip utama bagi umat Islam adalah mesti berteraskan kepada tiga perkara; menyeru membuat kebaikan, mencegah melakukan kemungkaran dan beriman kepada Allah SWT. Perkara ini amat penting kerana Rasulullah SAW bersabda “kita kaum yang ditinggikan Allah SWT apabila menegakkan Islam”.