Pencemaran Air

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pencemaran Air as PDF for free.

More details

  • Words: 7,145
  • Pages: 30
1

PENDAHULUAN

TIDAK dinafikan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara kaya dengan sumber air dapat memenuhi kehendak dan permintaan rakyat bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti harian.

Bagaimanapun, proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan

negara menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar kian berleluasa. Masalah itu juga mengakibatkan berlakunya kerosakan sistem sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan. Setiap isu atau masalah yang timbul telah menyedarkan kita betapa seriusnya masalah pencemaran air di negara kita.

Masalah pencemaran air ini tidak terhad kepada

pencemaran sungai sahaja, bahkan turut melibatkan sumber air bawah tanah, kolam, tasik dan laut. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan turut tidak terkecuali memperkatakan tentang keadaan alam sekitar di negara ini. "Apa yang berlaku kepada sumber air di negara ini amat menyentuh hati saya. Ia sangat menyedihkan," keluh Abdullah. Keluhan itu sepatutnya cukup untuk memberi mesej kepada kita betapa faktor pencemaran terutamanya yang membabitkan air kini membimbangkan. Juga bahawa air bukan sahaja berfungsi sebagai penyambung nyawa manusia tetapi melangkaui peranan ke arah proses memudahkan urusan pembangunan negara. Pencemaran air mengakibatkan terjadinya krisis air bersih. Di samping kekurangan kesedaran sivik di antara masyarakat serta sektor perindustrian, kelemahan dalam pemantauan oleh pihak berkenaan serta kekurangan dalam pemantapan sistem pemantauan pelaksanaan undang-undang yang termaktub menyebabkan masalah pencemaran air menjadi masalah kronik yang makin lama makin parah. Perbincangan berkenaan dengan pencemaran air yang seterusnya ini tertumpu kepada pencemaran air yang berlaku di negara kita.

2

PENCEMARAN AIR DAN KATEGORINYA

Sifat dwikutub air membolehkannya melarutkan pelbagai jenis bahan. Maka sungai dan anak sungai mampu menjalankan kerja-kerja pemecahan, peresapan, pengoksigenan di hilir sungai pada zaman primitif di mana populasi manusia adalah kecil. Berikutan proses urbanisasi, sungai tidak mampu lagi memecahkan kuantiti pencemar yang dimasukkan ke dalamnya dan efluen daripada setiap pusat populasi bertambah ke dalam bekalan air pusat populasi yang lain.

Air mengalir di merata tempat menjadi air

kumbahan dan bolehlah kita menyatakan bahawa pencemaran air berpunca daripada manusia sendiri. Akta Kualiti Alam Sekeliling1 mendefinasikan pencemaran sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia atau biologi manamana bahagian alam sekeling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yang merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam, atau kepada binatang, burung, hidupan liar, ikan atau hidupan dalam air, atau kepada tumbuhan-tumbuhan atau menyebabkan suatu pelanggaran terhadap apa-apa syarat, atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah akta ini. Pencemaran air dapat dikategorikan seperti berikut : i. Keracunan atau toksisiti Logam berat seperti plumbum, merkuri, kuprum, arsenik dan kromium yang digunakan dalam penyalutan timah, penyaduran dan larutan penyalutan kromium boleh bertindak sebagai penghalang metabolik atau penafasan dalam banyak organisma, dan merencat atau memusnahkan enzim yang diperlu untuk prosesproses kehidupan.

Logam-logam berat ini mempengaruhi organism pengurai

bersama-sama kehidupan peringkat tinggi, maka penambahannya yang berlebihan ke dalam sistem akuatik boleh memusnahkan. Pencemar-pencemar yang beracun

1

Era Hijau, Keluaran 1/2000 JAS, Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar

ini diserap oleh lumpur di bawah dan dilepaskan apabila mendapan di bawah diganggu. ii. Kemasinan atau saliniti Ini berlaku apabila air garam dari lombong atau telaga minyak dilepaskan ke dalam air tawar. Walaupun sesetengah organisma boleh bertoleransi terhadap julat kepekatan garam tertentu, kebanyakan yang akan musnah apabila air tawar bertukar menjadi payau. iii. Keasidan atau asiditi Mata air yang keluar daripada rekahan bukit-bikit arang batu mengandungi partikel-partikel bitumen dan sulphur. Air yang berasid ini meningkat dengan meningkatnya pengeluaran arang batu, dan berterusan lama walaupun lombonglombong ditinggalkan.

Besi pirit ( hasil perlombongan batu arang ) akan

memasuki anak-anak sungai. Sesetengah bakteria boleh mendapat tenaga dengan menukarkan ferus kepada ferik untuk pernafasan dan pembiakan.

Hasil

sampingan pertukaran keadaan pengoksidaan besi ini, iaitu mendakan ferik hidroksida yang berwarna kuning kemerahan mencemar tebing sungai; dan pelepasan asid sulfurik menukarkan keasidan air sungai itu dan menurunkan pH anak-anak sungai secara mendadak. pH boleh jadi di antara 4.5 ke 2.5 pada musim-musim tertentu. Sumbangan besi dan sulfat dalam kuantiti yang banyak juga mengurangkan keterdapatan oksigen dalam anak sungai. Semua vertebrat, kebanyakan invertebrat dan banyak mikroorganisma terhapus.

Kebanyakan

tumbuhan peringkat tinggi tiada dan hanya beberapa jenis alga dan bakteria yang tinggal. iv. Kekeruhan atau turbidity Bahan-bahan lengai ( inert ) dan halus senang terampai dalam air.

Ini

mengurangkan pemancaran cahaya dan merencat proses fotosintesis tumbuhan akuatuk dan mikroskopik. Industri porselin ( tanah liat putih ) adalah sumber pencemaran ini.

Industri besi keluli menghasilkan partikel halus juga

menyebabkan sungai yang dimasuki efluen menjadi merah atau hitam. Partikelpartikel terampai ini akan mendak ke dasar sungai dan menayelubungi kehidupan di bahagian bawah sungai dengan selaput yang luas. Selain itu, minyak yang boleh dilarut dengan menstabilkan emulsinya dengan detergent, apabila dilepaskan ke dalam air menyebabkan kekeruhan seperti susu. Pembakaran atau penerangan tanah juga melepaskan partikel tanah dan tanah liat, menghasilkan kelodak yang boleh memusnahkan habitat bagi larva serangga seperti “mayfly”, “caddis fly” dan “stone fly” yang merupakan sumber makanan penting bagi ikanikan. v. Pendeoksigenan (Deoxygenation) Pencemaran yang lazim adalah organik.walaupun bahan-bahan organik tidak meracuni hidupan sungai, atau mempengaruhi pH, tetapi apabila bahan organik diserang oleh bakteria dan dipecahkan menjadi kompaun yang ringkas, oksigen diperlukan. Keperluan oksigen biologi ( BOD - Biological Oxygen Demand ) menjadi tinggi. BOD adalah indeks pencemaran air yang berguna, terutama yang berkaitan dengan bebanan organik air. BOD digunakan untuk menentukan jenis hidupan yang boleh ditampung oleh sungai yang tercemar. Ikan mempunyai keperluan oksigen yang paling tinggi dan biasanya ikan air sejuk memerlukan lebih oksigen daripada ikan air panas. Invertebrate boleh bertoleransu terhadap kepekatan oksigen yang rendah dan bakteria terhadap keperluan oksigen yang lebih rendah. Dua jenis invertebrate yang bertoleransi terhadap paras oksigen telah dikenali sebagai indeks biologi bagi kesusutan oksigen. Cacing Tubifex dan larva sejenis sreangga kecil yang berwarna merah, Chironomus hidup dalam lumpur di dasar sungai. Jumlah mereka berkadaran songsang dengan kandungan oksigen dalam air. Dalam air tang tercemar teruk, populasi Tubifex dalam 20,000 individu/kaki persegi, dan dalam air yang tidak tercemar, Tubifexi mungkin tidak didapati langsung.

Eutrofikasi Air Eutrofikasi merupakan pengkayaan bahan organik atau nutrient dalam tasik dan lain-lain dan menampung pertumbuhan yang banyak. Pelepasan nitrogen dan fosforus ke dalam air dalam kuantiti yang tinggi adalah salah satu masalah besar dalam

pembuangan

sisa

kerana

pertambahan

mempercepatkan proses penuaan tasik.

nitrogen

dan

fosforus

Mikroorganisma biasanya terkawal

kerana kekurangan fosforus. Apabila berlaku pertambahan kandungan fosforus dalam air, ia digunakan serta merta menyebabkan kadar pembiakan organisma yang tinggi.

Fosforus adalah faktor penyebab dan nitrogen menjadi faktor

penghad dan organisma seperti alga biru-hijau mengambil alih daripada plankton kerana alga tersebut bebas daripada penghad nitrogen. Ledakan populasi satu atau lebih spesies alga dipanggil blum alga ( blooms ). Satu kesan merbahaya kepada manusia

adalah nitrat ditukar menjadi nitrit di dalam saluran

penghadaman oleh bakteria tertentu.

Nitrit bertindak dengan hemoglobin

membentuk “methemaglobin” yang tidak akan mengambil oksigen menyebabkan seseorang itu sesak pernafasan dan kelemasan dan keadaan ini lebih teruk pada bayi dan kanak-kanak. Pelepasan buangan industri dan domestik merupakan komponen utama bahan organik manakala pembukaan tanah secara besar-besaran, pembangunan yang tidak terkawal, kegiatan pembalakan dan perlombongan di kawasan tadahan mengakibatkan masalah pemendapan dan kelodakan. Sebagai contoh, pembalakan di Hutan Ulu Muda2; meliputi 123 000 ha kawasan Hutan Tadahan Air termasuk Ulu Muda, Chebar Besar, Padang Terap, Pedu Bukit Saiong dan Bukit Keramat menimbulkan kebimbangan besar bukan sahaja kepada berpuluh NGO alam sekitar, kepenggunaan, hak asasi manusia dan sebagainya juga kumpulan masyarakat petani dan nelayan juga masyarakat awam dari pelbagai latarbelakang.

2

Laporan Kesan Alam Sekitar Terperinci Pembalakan Helikopter Kedah oleh Sahabat Alam Malaysia & Aaktiviti pembalakan helikopter di CAP, Penang.

Hutan Ulu Muda, Kedah membimbangkan para pencinta alam sekitar.

Hutan tadahan air ini antara lain membekalkan air kepada sumber air utama di negeri Kedah iaitu empangan Muda, Pedu dan Ahning dan Sungai Muda dan Sungai Kedah. Kawasan tadahan air ini menjadi pergantungan kepada sumber air kepada 96 000 ha kawasan tanaman padi yang melibatkan 63 000 keluaraga petani, sumber air kepada pengguna air di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dan kepada masyarakat Industri terutamanya di Pulau Pinang dan Kulim dan tidak kurang juga fungsi hutan tadahan air tersebut sebagai habitat hidupan semulajadi yang dilihatkan sebagai satu kawasan Mega Biodiversiti yang harus dipelihara. Pencemaran kumbahan terutamanya dari buangan domestik dan haiwan, seperti yang ditunjukkan oleh faecal coliform memberi kesan besar terhadap pencemaran organik di kawasan air daratan, dan ini telah didapati di Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak. Di samping itu, di beberapa muara sungai di negeri Johor, Kedah, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu juga tercemar. Kumbahan telah meningkat daripada yang menyamai 6.28 juta penduduk kepada yang menyamai 13 juta penduduk. Kumbahan terus merupakan punca utama pencemaran organik memandangkan ianya tiga kali ganda melebihi jumlah beban pencemaran daripada industri dan buangan haiwan. Ini adalah disebabkan oleh kepadatan penduduk yang tinggi, pelupusan najis manusia yang tidak teratur di kawasan setinggan, tahap pembandaran yang meningkat, kawasan penempatan padat yang banyak di sepanjang pantai dan kemudahan yang tidak mencukupi untuk pengolahan kumbahan. Di samping itu, tahap pencemaran oleh pepejal

terampai terus berlaku akibat daripada aktiviti-aktiviti pembangunan tanah yang berleluasa di kawasan-kawasan berhampiran dan pedalaman. Satu kajian ke atas sistem pengolahan dan pelupusan buangan berbahaya telah menunjukkan tidak kurang daripada 380,000 m3 buangan beracun dan berbahaya daripada kira-kira 1,000 punca dikeluarkan setiap tahun. Punca-punca industri yang menyebabkan pencemaran air terus tertumpu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dengan Johor, Pulau Pinang dan Selangor mencatatkan bilangan hampir 50 peratus. Industri utama yang menyebabkan pencemaran tersebut ialah tekstil, getah, kertas, makanan dan minuman. Industri minyak sawit mentah dan industri pemerosesan getah asli turut terlibat dalam pelepasan beban organik. Masalah pencemaran daripada haiwan ternakan masih lagi belum dapat diselesaikan. Beberapa negeri masih belum lagi menggubal enakmen yang diperlukan untuk mengawal dan menguatkuasakan kawalan kebersihan ke atas buangan haiwan ternakan, sementara beberapa negeri yang mempunyai undang-undang berkenaan masih belum lagi menguatkuasakannya dengan berkesan. Konsep Kawasan Ternakan Khinzir yang terkandung di dalam Dasar Pertanian Negara masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Kawalan dan kelolaan ternakan khinzir adalah perlu memandangkan industri tersebut telah menimbulkan masalah alam sekitar yang ketara terutamanya di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Di Negeri Sembilan, industri ini telah memberi kesan ke atas punca air di Sungai Linggi yang memerlukan pengolahan biologi dan kimia yang mahal sebelum airnya dapat digunakan untuk tujuan domestik. Sungai yang tercemar oleh buangan haiwan ternakan telah memberi kesan ke atas pantai dan perairannya yang mana telah menggugat Port Dickson sebagai destinasi tarikan pelancong yang terkenal. Di samping itu, pantai-pantai di beberapa kawasan di Pulau Pinang telah bertambah buruk, dan menjejaskan mutu kebersihan hasil akuakultur. Pencemaran air tasik dan air bawah tanah juga berlaku. Pencemaran yang disebabkan oleh buangan industri yang ditanam dalam tanah serta baja kimia, racun serangga dan racun rumpai dari bidang pertanian. Penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal telah

mengurangkan dengan banyaknya ikan air tawar di beberapa kawasan. Sebagai contoh, Tasik Chini di negeri Pahang yang dibangunkan sebagai destinasi pelancongan, dan juga oleh sebab penerokaan kawasan sekitar tasik untuk sektor pertanian, di mana baja dibawa ke tasik oleh air hujan, menyebabkan tumbuhan akuatik seperti tumbuhan terapung dan tumbuhan tenggelam bertumbuh subur di kawasan tasik itu. Pembangunan berterusan tanpa kawalan berkemungkinan akan menyebabkan pencemaran pada ekosistem tasik ini. Pencemaran laut berlaku oleh pembuangan kotoran daripada punca daratan ke laut, dan juga pembuangan dan limpahan minyak dan sisa berbahaya daripada kapal. Di samping itu, tumpahan minyak dari pelantar telah dilaporkan lebih banyak berlaku. Walaubagaimanapun, kebanyakan tumpahan minyak yang berlaku di kawasan pelabuhan telah dapat dibersihkan di mana kos pembersihannya telah dapat dipungut daripada pihak-pihak yang berkenaan. Bagi memastikan rakyat terus menikmati taraf kehidupan yang berunsur lestari, di mana tahap kesihatan kebangsaan tidak menjejaskan pembangunan dan kemajuan negara yang berterusan, kualiti air yang digunakan oleh rakyat jelata perlulah memenuhi satu piawaian yang standard. Kualiti air dinilai dengan menggunakan parameter berikut, iaitu : i. Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) ii. Keperluan Oksigen Kimia (COD) iii. Nitrogen Ammoniakal (NH3N) iv. Pepejal Terampai (SS) v. Nilai pH dan (pH) vi. Oksigen Terlarut (DO) Di samping itu, parameter lain seperti logam berat dan bakteria perlu diambilkira kerana air paip yang dibekalkan mungkin dikontaminasikan dengan kuprum, zink dan plumbum yang melebihi kepekatan maksimum yang dibenarkan mengikut Akta Pemakanan Malaysia 1985.

Perlu diingatkan air paip kegunaan domestik boleh juga

dikantaminasikan kerana tangki yang kotor dan berkarat.

3

Pencemaran Air : Bahan Pencemar dan Kesan-kesannya

Pencemaran air adalah salah satu penyebab penyakit kronik. Akibat meminum air yang tercemar, manusia akan dijangkit penyakit menular, penyakit ginjal, artritis, sakit kepala, tekanan darah tinggi, penyakit kulit, kanser, gangguan sistem saraf, penyakit hati, jangkitan sistem penghadaman, penyakit batu karang, batu dalam hempedu dan sebagainya.

Lebih dari 70% tubuh manusia terdiri dari air. Selain Oksigen, air

mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Air diperlukankan oleh semua organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan sempurna seperti : i. Proses pembuangan racun / toxin ii. Pelicin bagi sendi-sendi iii. Membantu proses pencernaan iv. Menstabilkan suhu tubuh v. Metabolisma tubuh Berikut menunjukkan jadual3 berkenaan dengan warna mendapan air yang tercemar bersama dengan bahan pencemar serta kesan-kesannya terhadap kesihatan. Warna mendapan

Pengaruh terhadap kesihatan

Hijau

Kuprum teroksida Klorin

Penyakit Ginjal Sistem Saraf Pusat Bahan Karsinogenik

Hitam

Kalsium Magnesium teroksida

Batu pada Ginjal

Putih

Biru Jingga

3

Bahan Pencemar

Aluminium Arsenik Mucilage (Getah) Asbestos Alumina sulfat, Organik fosfat, Racun Tumbuhan (Pestisida) Besi teroksida

PENAPIS AIR R.O. http://segamat.net.tripod.com/cemar.html

Hati, sistem saraf, bahan karsinogen Bahan karsinogen Bakteria, virus, algae Bahan karsinogen Sistem saraf, hati, Ginjal Gangguan pada pembuangan air seni, ketidak-seimbangan metabolisma

4

Pencemaran Sungai

Pencemaran sungai-sungai di kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia merupakan satu masalah alam sekitar yang bertambah serius dan sehingga sekarang masih tiada lagi suatu kaedah penyelesaian yang benar-benar efektif untuk menangani masalah ini. Mengikut kajian hidrologi ada tiga klasifikasi pencemaran air berlaku iaitu: •

Pencemaran fizikal (tidak larut dalam air seperti sampah sarap daripada logam, kertas, kaca dan kelodak)



Pencemaran biologi (seperti najis binatang menyebabkan kemunculan bakteria seperti Escherichia coli atau E. Coli, cacing nematod dan mikrob lain).



Pencemaran kimia (bahan kimia terlarut daripada pencemar fizikal dan biologi serta logam berat dikelaskan sebagai pencemar kimia ).

Di Malaysia, punca utama pencemaran sungai berlaku disebabkan oleh kelodak dan sisa kumbahan, di samping bahan lain seperti najis binatang, sampah sarap dan logam berat seperti arsenik, kadmium raksa dan plumbum. Komposisi bahan berkenaan didapati melebihi paras yang ditetapkan oleh Piawaian Kualiti air Kebangsaan Interim Kelas II. Najis binatang menyebabkan kemunculan bakteria seperti Escherichia coli, cacing nematod dan mikrob lain dan dikenalpasti penyebab penyakit berbahaya seperti hepatitis, demam kepialu, taun, disentri, gatal kulit, kusta dan penyakit paru. Selain itu, pembangunan di negara ini dan proses urbanisasi telah membawa kepada perubahan penggunaan tanah bagi sesuatu kawasan bagi menampung keperluan kegiatan ekonomi serta penyediaan kemudahan sosial. Akibat perubahan guna tanah yang berlaku telah mendedahkan sungai kepada pelbagai masalah yang tidak mampu ditanggung oleh sungai, yang secara langsung menyebabkan perubahan sistem sungai bukan sahaja dari segi kualiti tetapi juga kuantiti. Keadaan ini dapat dilihat berdasarkan kepada masalah yang berlaku akibat perubahan yang berlaku. Seperti yang diketahui, sumber air mentah di negara kita kebanyakannya diperoleh terus dari sungai utama dan empangan yang dibina untuk menyimpan air. Namun, kualiti air sungai di Malaysia adalah dalam keadaan yang semakin merosot akibat daripada

pencemaran alam sekitar. Kualiti air4 adalah dianggapkan bersih untuk kehidupan biologi sekiranya paras ukuran BOD adalah 3 miligram seliter (mg/liter), kandungan pepejal terampai tidak lebih daripada 50 mg/liter dan kandungan ammonia-nitrogen tidak melebihi 0.3 mg/liter. Kualiti Air Semakin Merosot Tidak ramai di antara kalangan kita yang mengambil berat tentang makna sebenar kualiti bekalan air di seluruh negara yang semakin merosot kerana pencemaran berikutan kegiatan pembuangan sisa sampah dalam sistem saliran.

Sepatutnya, kita sebagai

pengguna merasa bimbang tentang isu ini Kita meyedari semakin hebat dan pesatnya pembangunan serta pertumbuhan penduduk, semakin buruk pula pencemaran sumber bekalan air utama khususnya sungai yang berlaku. Kualiti air sungai di negara kita secara keseluruhannya menurun. Pencemaran Sungai Kian Kritikal Berdasarkan statistik5, sehingga 2005 sebanyak 13 buah sungai di negara ini didapati mengalami pencemaran teruk manakala 75 buah lagi tercemar sederhana manakala 32 buah lagi masih bersih. Antara negeri yang mengalami pencemaran sungai paling tinggi adalah Johor, Selangor dan Pulau Pinang. Statistik ini menunjukkan bilangan sungai yang tidak tercemar mengalami kemerosotan berbanding dengan statistik6 pada Tahun 2000, di mana 12 buah sungai yang tercemar teruk, 34 buah sungai tercemar sederhana dan 74 buah sungai bersih ( Jadual 17). Sungai yang tercemar teruk ialah Sungai Dondang, Sungai Juru dan Jejawi di Pulau Pinang, Sungai Kempas, Sungai Tukang Batu, Sungai Rembah, Sungai Benut dan Sungai Pasir Gudang di Johor, Sungai Sepang, Sungai Klang dan Sungai Buloh di Selangor, Sungai Batu di Perak, Sungai Miri/Lutongdi Sarawak dan Sungai Jimah di Negeri Sembilan. Sementara sungai Sepang, Sungai Klang, Sungai Buloh, Sungai Selangor dan Sungai Golok adalah sungai-sungai yang teruk tercemar oleh kumbahan. Sungai Samit 4

Laporan Rancangan Malaysia Ke-6, Bab 15 : Alam Sekitar, para 15.06 Laporan Rancangan Malaysia Ke-8 ( 2001-2005) Bab 19 para 19.05 6 Water Quality Management in Malaysia - Dr Zulkifli Abdul Rahman, JAS, 2000 7 Water Quality Management in Malaysia - Dr Zulkifli Abdul Rahman, JAS, 2000 5

dan Sungai Tuaran di Sabah (yang tertinggi), Sungai Sedili Besar, Sungai Pahang dan Sungai Kempas didapati mengandungi kandungan logam raksa, kadmium, tembaga, plumbum serta zink yang melebihi standard yang dibenarkan.

Jadual 1 : Status Lembangan Sungai di Malaysia 1990 - 2000

Pencemaran air sungai Sungai Petani, Kedah yang teruk sehingga tebing sungai dan air sungai kelihatan hitam. Masalah pencemaran air sungai ini pernah menjadi suatu halangan bagi pemberian status sebagai Bandar bagi Bandar Sungai Petani Gambar-gambar ini diambil pada 21 Oktober 2006.

Laporan juga menyatakan bahawa 70 peratus masalah pencemaran sungai disebabkan oleh kumbahan dan pembuangan sampah. Selain itu, kelodak daripada hakisan yang juga sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti penerokaan hutan serta pelepasan sisa oleh industri juga menjadi penyumbang utama masalah pencemaran ini.

Buangan sampah mencemari sungai Sumber : Era Hijau, Keluaran 1/2000 JAS, Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar

Sebagai contoh, Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) IR. Lee Miang Koi terpaksa membuat penjelasan mengenai aduan orang ramai berhubung masalah air berbau di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur sejak pagi 26 Februari 2006. Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Kuala Lumpur, Gombak, Petaling Jaya, Klang/ Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat yang memperolehi sumber air dari Sungai Selangor. Kejadian air berbau ini disebabkan oleh peningkatan mendadak kandungan amonia dalam sumber air mentah dari Sungai Selangor untuk tempoh lebih kurang 24 jam sejak awal pagi 25 Februari 2006 oleh limpahan air daripada tebatan Sungai dan kolam-kolam yang mengandungi air kotor yang masuk ke dalam Sungai Selangor, berikutan hujan lebat yang berlaku sejak kebelakangan ini. Tahap kandungan ammonia di Sungai Selangor yang menyalurkan air ke beberapa kawasan Lembah Klang yang diambil pada 25 Februari 2006 lalu mencatatkan paras ammonia 9.2 miligram perliter manakala kejadian kedua membabitkan Sungai Semenyih pada tarikh 15 April 2006 lalu pula pada tahap 4.8mg. Kedua-dua catatan tersebut berada di paras berbahaya kerana tahap kandungan normal hanyalah sekitar 1.5mg perliter. Tindakan awal yang diambil oleh pihak operator loji pembersihan air ialah dengan menambah kandungan klorin bagi mengurangkan kadar amonia dalam air mentah tersebut di mana tindakbalas kimia telah menyebabkan bekalan air mentah mengeluarkan bau seperti yang dialami oleh para pengguna.

Najis Khinzir Antara Punca Pencemaran Kita perlu menerima hakikat sebenarnya bahawa pembangunan dan pertumbuhan kilang yang pesat adalah antara punca pencemaran utama sungai di Malaysia, di samping pembuangan sampah serta kegiatan ternakan terutama najis khinzir.

Misalnya,

perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) baru-baru lalu menunjukkan, 95 peratus ladang ternakan khinzir di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan tidak mempunyai sistem pengurusan sisa (najis khinzir) yang efektif, kebanyakannya membuang terus ke sungai.

Najis khinzir yang dialirkan ke sungai

menyebabkan pencemaran teruk ke 13 batang sungai negara ini antaranya termasuklah Sungai Sepang, Sungai Skudai, Sungai Sengget, Sungai Klang dan Sungai Damansara. Selain itu, sejumlah 3,799 buah industri telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah pencemaran sungai. Antara penyumbang terbesar ialah industri pembersihan dan kerja logam, operasi pemprosesan filem, industri elektronik dan semikonduktor, industri makanan dan tapaian serta industri penghasilan barangan getah. Dari segi hakisan, kajian menunjukkan bahawa pembangunan tanah di hadapan kawasan tadahan air Sungai Klang iaitu daerah Batu, Setapak dan Hulu Klang menyebabkan masalah hakisan tanah yang serius apabila hujan, iaitu pada kadar 80-150 juta tan setahun yang mana 1.2 juta tan (bersamaan 100,000 lori penuh pasir) mengalir ke Sungai Klang dan alirannya. Muatan yang melebihi kapisiti ini memudahkan airnya melimpah apabila hujan lebat dan mengakibatkan banjir.

Pelepasan effluent industri Sumber : Laporan Tahunan 2004 JAS Sebagai contoh, projek kuari di hulu sungai dan aktiviti menggorek pasir di hilir sungai Sungai Jimah di Kampung Jimah Lama, Port Dickson, Negeri Sembilan yang

berhampiran kawasan tadahan air sungai adalah punca yang banyak menyumbang kepada masalah pencemaran sungai dan banjir di kampung tersebut.

Projek Kuari Di Bandar Manjalara, Kuala Lumpur Sumber : Laporan Tahunan 2003 JAS Wilayah Persekutuan, KL.

Proses pembersihan dan pemuliharaan sungai memerlukan belanja yang tinggi. Sebagai contoh. Jabatan Parit dan Saliran (JPS) di laporkan memerlukan RM300 juta bagi membaik pulih 35 muara sungai dan 150 buah sungai di seluruh negara yang menghadapi masalah mendapan ialah Sungai Mersing serta Sungai Besut. Rakyat Masih Tidak Sedar Ketika kita mengakui pencemaran sebegini akan terus menjejaskan kualiti kehidupan penduduk, tetapi kesedaran rakyat mengenai alam sekitar dan mengambil langkah memeliharanya rendah iaitu hanya kira-kira 30 peratus. Masalah kurang prihatin di kalangan masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar sering menjadi punca masalah banjir berlaku. Kajian JPS mengenai keberkesanan kempen 'Cintailah Sungai Kita' yang dilancarkan pada tahun 1993 menunjukkan taraf kesedaran sivik masyarakat masih rendah terhadap kepentingan menjaga sungai. Ini terbukti apabila kajian menunjukkan 4.6 peratus penduduk bandar dan 4 peratus penduduk luar bandar (daripada 8,700 yang ditanya) memberitahu bahawa sungai adalah tempat sesuai bagi membuang sisa dan kumbahan.

Sebagai contoh, antara 1992 hingga 1993, sejumlah 27,337 tan metrik

sampah sarap di kutip di perangkap sampah Sungai Klang dan jumlah ini bersamaan dengan beban sejumlah 5,000 buah lori sampah. Pembangunan terlalu pesat yang tidak diimbangi dengan keprihatinan pemuliharaan alam sekitar, akhirnya mengorbankan masa depan kita sendiri. Kita juga didedahkan mengenai kekerapan penguatkuasaan ratusan kilang khususnya kilang sawit dan getah yang menjadi antara penyumbang utama pencemaran sungai

dikenakan kompaun kerana membuang efluen ke sungai. Tetapi kita jarang dengar kilang ditutup terus atau pemiliknya dipenjara kerana tindakan itu. Mengikut penguatkuasaan sebenar Akta Kualiti Alam Sekitar, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan kompaun RM100,000.

Hakikatnya,

penguatkuasaan tidak seimbang dengan pembangunan. Penguatkuasaan semata-mata tidak cukup untuk melindungi sungai yang ada. Sebaliknya, semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, kelompok masyarakat dan setiap individu perlu memainkan peranan secara langsung untuk menangani masalah pencemaran ini.

Jika tiada pendekatan secara bersepadu

dilaksanakan, tidak mustahil Malaysia akan menghadapi krisis air yang serius dalam masa 30 tahun lagi sekiranya sumber air yang ada tidak dilindungi. Pemantauan Kualiti Air Sungai Oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sebagai satu langkah pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air sungai, JAS telah melaksanakan Program Pengawasan Kualiti Air8 yang merangkumi 120 lembangan sungai sejak 1978. Pemantauan kualiti air sungai secara manual ke atas 926 buah stesen dari 120 lembangan sungai, dan juga 10 buah stesen automatik untuk mengesan perubahan secara terus untuk Sg. Perai, Sg. Perak, Sg. Selangor, Sg. Kelang, Sg. Linggi, Sg. Melaka, Sg. Skudai, Sg. Keratong, Sg. Terengganu dan Sg. Sarawak. Sampel air diambil dari stesen-stesen berkenaan untuk dianalisa bagi menghasilkan Indeks Kualiti Air (WQI). JAS menjalankan kajian ke atas lembangan-lembangan sungai yang terpilih untuk mengenalpastikan semua punca pencemaran, mengira beban yang dihasilkan oleh punvapunca berkenaan dan mengesan impak ke atas sungai itu. Maka pelan tindakan yang melibatkan langkah struktur seperti pembinaan wetlands, kajian perangkap sediment, pemasangan perangkap sampah dan langkah mengawal ‘point pollution’serta langkah bukan struktur seperti peningkatan kesedaran orang awam dan ‘stakeholders’, memperkemaskan polisi alam sekitar, memperkukuhkan peranan instituisi dan rangka 8

Laporan Tahunan 2004 JAS

perundangan, mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dan meningkatkan aktiviti pemantauan dirumuskan.

Lembangan sungai di bawah Program Pencegahan Pencemaran Sungai dan Peningkatan Kualiti Air di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 Sumber : Laporan Tahunan 2004 JAS

Pengkelasan SungaiWQIKelas Sungai>92.7I76.5 - 92.7II51.9 - 76.5III31.0 - 51.9IV<31.0V

Pengujian Indeks Kualiti Air ( Water Quality Indeks - WQI ) & Pengkelasan Sungai Sumber : Laporan Tahunan 2003 JAS Kedah Pembinaan wetlands9 merupakan satu alternatif teknologi yang lebih murah bagi merawat air. Wetlands tidak memerlukan peralatan yang canggih di mana tumbuhantumbuhan dan mikroorganisma merupakan agen-agen yang aktif dalam proses rawatan. Putrajaya Wetlands adalah wetland pertama di Malaysia yang dibina untuk rawatan ‘stormwater’, kawalan banjir serta kegunaan rekreasi. 9

Wetlands ini juga berfungsi

Putrajaya Wetlands-Data, Performance and Modelling: Sin Cheng Hua, USM.

sebagai tempat perlindungan hidupan liar dan kawasan rekreasi orang awam. Wetlands ini dibina di lembah Sungai Chuau dan Sungai Bisa dengan jumlah kawasan wetland seluas 650 hektar, di mana 197 ha terdiri daripada 24 sel-sel wetlands dan Tasik Putrajaya seluas 453 ha. Air tasik perlu memenuhi standard kualiti air Kelas IIB ( Jadual 2 10 ) yang ditetapkan oleh JAS, air untuk kegunaan rekreasi dan sentuhan tubuh badan sahaja. Interim National River Water Quality Standards Class I Conservation of natural environment, Water Supply I – practically no treatment necessary, Fishery I – very sensitive aquatic species. Class IIA Water supply II – conventional treatment required, Fishery II – sensitive aquatic species. Class IIB Recreational use with body contact Class III Water supply III – extensive traetment required, Fishery III – common, of economic value, and tolerant species livestock drinking Class IV Irrigation Class V None of the above Jadual 2 : Interim Standard Kualiti Air Sungai Kebangsaan Pada Jun 2000, Indeks Kualiti Air dari 78 sampel menunjukkan tiada sebarang sel wetlands yang tercemar, di mana WQI pada Jun 2000 ialah 84.6 ( WQI > 79 menunjukkan air yang bersih). Ini menunjukkan wetlands berfungsi dengan baik sebagai sistem penapis air.

Akan tetapi wetlands ini mengalami masalah seperti kelodak,

penyakit tumbuhan dan pencerobohan rumpai. Maka wetlands perlulah pemantauan dan pemeliharaan. Sistem pembentungan perlu di naiktaraf, dan yang sedia ada perlu dibaikpulih bagi pengendalian air sisa domestik, di samping mengurangkan pelepasan air sisa yang belum dirawat, atau yang dirawat dengan tidak sempurna ke dalam sungai.

Indah Water

Konsortium telah mengambil alih pengurusan kemudahan pembentungan, loji rawatan dan tangki septik sejak tahun 1998. Sehubungan dengan ini, terdapat peningkatan dalam kualiti air mentah di beberapa negeri seperti ditunjukkan daripada pengurangan keseluruhan dalam jumlah bakteria coliform dalam air mentah daripada 28.1 peratus pada

10

Water Quality Management in Malaysia - Dr Zulkifli Abdul Rahman, JAS, 2000

tahun 1995 kepada 15.7 peratus pada tahun 199811. Di samping itu, ladang penternakan khinzir juga telah ditempatkan semula dan teknik perawatan sisa babi yang lebih berkesan telah diperkenalkan untuk menangani pelepasan sisa ternakan ke dalam aliran air. Sumber Air Tanah dan Masalah Pencemaran Sungai dan tasik yang dikenali sebagai air permukaan adalah dua sumber air utama yang digunakan bagi membekalkan air kepada pengguna. Ekoran peningkatan penduduk dan pembangunan industri yang pesat, sumber air tercemar sehingga kemungkinan besar krisis air di masa depan akan tercetus jika langkah-langkah pengurusan air mapan tidak dilaksanakan. Justeru itu, sumber alternatif kepada air permukaan harus dicari. Pilihan terbaik ialah air tanah - sumber air tawar yang kedua besar. Air tanah diperolehi daripada lapisan (strata) tanah atau struktur tanah yang mampu menyimpan air, yang dipanggil akuifer. Manusia telah memanfaatkan air daripada akuifer ini dengan penggunaan telaga. Apabila bekalan air mula disalurkan menerusi paip, air tanah tidak begitu popular lagi. Malaysia yang terletak di kawasan Khatulistiwa mempunyai simpanan air tanah yang banyak.

Malaysia memperolehi purata hujan tahunan 3,000 milimeter setahun. Ini

bermakna ia menerima 990 bilion meter padu (bmp) air, di mana 57 peratus (556 bmp) adalah larinayar permukaan, 36 peratus (300 bmp) kembali ke asmosfera melalui proses sejatan dan pemelowapan manakala 7 peratus lagi (64 bmp) terserap ke dalam tanah menjadi simpanan air tanah. Simpanan air tanah Semenanjung Malaysia dianggarkan berjumlah 62.719 bmp dengan kadar imbuhan sebanyak 17.250 bmp setahun dan luahan selamatnya 6.090 bmp setahun atau dengan kadar imbuhan 47.28 juta meter padu sehari dan luahan selamat 16.71 juta meter padu sehari, air tanah mempunyai air yang mencukupi kepada semua penduduk. Kebanyakan air tanah digunakan untuk sektor industri. Rejim air tanah yang meliputi imbuhan, simpanan, hasil spesifik, luahan selamat, sempadan dan kualiti dalam sesuatu limbangan adalah parameter dinamik dan agak sukar ditentukan. 11

Ia banyak bergantung kepada persekitaran seperti geologi, struktur,

Laporan Rancangan Malaysia Ke-8 ( 2001-2005) Bab 119 para 19.06

permineralan dan aktiviti permukaan.

Daripada 41 kawasan lembangan utama di

Semenanjung Malaysia, dianggarkan lembangan sungai Perak mempunyai kadar luahan selamat paling tinggi iaitu 762,85 juta meter padu setahun dalam mendapan aluvium dan 127.75 juta meter padu setahun dalam batuan diikuti oleh limbangan sungai Pahang (682.5 juta meter padu setahun), sungai Rompin/Endau (536.3 juta meter padu setahun). Sumber air tanah di negara ini mempunyai risiko pencemaran yang tinggi kerana kedudukannya dalam kitaran hidrologi yang mempunyai kadar imbuhan dan luahan yang tinggi, serta kemajuan teknologi penggerudian yang semakin mantap dan murah. Pembinaan telaga mendatar, telaga berjejari, empangan bawah tanah dan susupan tebing sungai adalah kaedah baru yang sedang berkembang untuk memajukan sumber air tanah. Pencemaran air tanah pula mungkin berlaku apabila tidak ada sistem sanitasi lengkap yang menyebabkan simpanan air tanah tercemar dengan nitrat yang tinggi dan mikroorganisma berbahaya, bahan kimia yang meresap memasuki akuifer dengan bantuan air hujan di tempat pembangunan dan pelupusan sampah, sisa industri yang tidak dilupuskan mengikut peraturan, aktiviti perlombongan dan lombong tinggal. Penggunaan bahan kimia yang berlebihan dalam pertanian turut mencemar akuifer air tanah melalui proses resapan atau larian ke sumber air permukaan (yang merupakan sebahagian kitaran air tanah). Pencemaran air tanah sukar dikesan dan berbahaya. Ia mungkin dikesan setelah berada beberapa tahun dalam air yang dikeluarkan. JAS juga menjalankan pemantauan kualiti air bawah tanah. Pada tahun 200412, sebanyak 274 sampel daripada 122 buah telaga pemantauan kualiti air tanah yang terletak di kawasan-kawasan mengikut kategori guna tanah seperti pertanian, perindustrian, padang golf, tapak penstoran radioaktif, pelupusan tapak J.E., kawasan bekalan air, bekas tapak perlombongan, perbandaran dan luar Bandar di seluruh negara dianalisiskan. Pengukuran parameter-parameter fizikal kualiti air dibuat secara in-situ manakala parameter kimia dan biologi dianalisis di makmal.

Parameter in-situ adalah suhu, pH, konduktiviti,

turbidity, salinity dan oksigen terlarut. Parameter seperti bahan kimia organik meruap ( 12

Laporan Tahunan 2004, JAS

Volaatile Organic Compound - VOC ), hidrokarbon, racun perosak, logam berat, anion, bakteria, sebatian berfenol, radioaktif, jumlah keliatan dan jumlah pepejal terlarut dianalisis di makmal.

Lokasi Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah di Semenanjung Malaysia. ( Sumber : Laporan Tahunan 2004 Jabatan Alam Sekitar )

Lokasi Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah di Sabah dan Sarawak. ( Sumber : Laporan Tahunan 2004 Jabatan Alam Sekitar )

Stesen Pemantauan Kualiti Tanah Air ( Sumber : Laporan Tahunan 2004, JAS)

5

PENCEMARAN LAUT

Laut mengalami pencemaran daripada banyak sumber. Kapal membuang najis dan sisa terus ke dalam laut. Sungai mengalirkan bahan kimia sektor pertanian seperti pestisid dan baja bersama dengan buangan sampah-sarap. Kelodak dari ladang, kuari atau hasil projek pembangunan dan pembalakan dialirkan ke sungai dan dibawa ke laut bersamasama dengan effluen-effluen industri. Sampah-sarap dari pantai yang menjadi tarikan pelancongan juga dialirkan ke laut. Di samping itu, laut juga dicemari oleh logam-logam berat seperti merkuri, plumbum, zink dan kadmium. Istilah “logam berat” merujuk kepada kumpulan unsur yang mempunyai ketumpatan melebihi 5 gm/cm3. contohnya adalah Pb, Cd, Hg, Ni dan Co.

Antara

Laut turut dicemari oleh bahan-bahan radioaktif, selain daripada letupan bom nuklear yang menghasilkan sejumlah besar debu radioaktif, stesen kuasa nuclear menggunakan air untuk penyejukan semasa operasinya dan membuang sisa air yang mengandungi bahan radioaktif ke lautan. Dalam masa antara 1967 - 1983, kir-kira 95,000 tan sisa radioaktif telah dibuang ke dalam laut oleh kuasa-kuasa besar barat. Kapal-kapal selam yang menggunakan tenaga nuklear juga menyebarkan sejumlah kecil bahan radioaktif ke dalam laut.

Pencemaran semulajadi juga berlaku di laut di mana minyak, yang

merupakan saki baki fosil tumbuhan yang terdiri daripada hidrokarbon, menyerap ke dalam laut di kebanyakan kawasan pantai. Limpahan minyak akan menutup permukaan lautan dan membunuh hidupanliar di laut. Sisa pejal seperti sampah sarap lautan seperti pukat dan alat pembungkus akan memerangkap hidupan liar seperti burung laut, ikan dan mamalia menyebabkan mereka lemas atau cedera.

Najis mengandungi bakteria, virus dan telur parasit.

Ia juga

mengandungi nutrient yang diperlu oleh rumpai air, jika membiak dengan cepat akan menutupi permukaan laut. Rumpai air mungkin menyumbatkan insang ikan. Logam berat seperti tembaga dan raksa serta racun kimia termasuk pestisid, akan terbina dalam rantaian makanan apabila dimakan oleh haiwan plankton dan akhirnya haiwan bahagian atas rantai makanan akan memperolehi bahan pencemar pada paras yang tinggi. Menurut Laporan Rancangan Malaysia Ke-8, pemantauan air laut ( berasaskan contoh yang dikumpulkan daripada 237 stesen ) menunjukkan bahawa pencemar utama perairan pantai di semua negeri adalah minyak dan gris, jumlah pepejal terampai dan bakteria Escherichia coli (E. coli). Hampir 94 peratus daripada contoh tersebut dicemari oleh minyak dan gris, 73 peratus oleh jumlah pepejal terampai dan 30 peratus mengandungi bakteria E. coli. Jabatan Alam Sekitar dalam Laporan Tahunan 2004 melaporkan 13 kes pencemaran marin yang berpunca daripada tumpahan minyak. Kejadian tumpahan minyak adalah disebabkan oleh insiden perlanggaran kapal, perbuatan pembuangan sisa minyak yang disengajakan atau tumpahan minyak yang dihanyut daripada perairan negara-negara jiran.

Maka di bawah Rancangan Kontigensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (RKKKTM), peralatan kawalan tumpahan minyak telah disediakan di lokasi-lokasi strategik bagi mengawal tumpahan minyak yang mungkin berlaku.

Lokasi serta keupayaan peralatan kawalan tumpahan minyak di Malaysia. Pantai Barat Semenanjung : 122.7 KB, Pantai Timur Semenanjung : 44.3 KB, Sabah & Sarawak : 102.5 KB (Sumber: Laporan Tahunan 2004 Jabatan Alam Sekitar) KB : Kilo Barrel / PAJ : Petroleum Association of Japan / MARDEP : Marine Department / PIMMAG : Petroleum Industry of Malaysia Aid Group

Aktiviti pembersihan pantai akibat tumpahan minyak. ( Sumber : Laporan Tahunan 2004 JAS )

JAS menjalankan latihan kawalan tumpahan minyak di Kota Kinabalu, Sabah pada 24 Jun 2004 ( Sumber : Laporan Tahunan 2004 JAS)

Operasi bersama pengawasan udara telah dilaksanakan oleh JAS, Pasukan Polis Udara dan Unit Tentera Udara Kementerian Pertahanan, untuk mengenal pasti pembuangan haram minyak dan sisa di Selat Melaka dan Laut Cina Selatan. Malaysia dikurniakan dengan banyak pulau yang kaya dengan sumber akuatik. Kualiti air marin memainkan peranan yang penting dan merupakan faktor yang kritikal dalam penjagaan sumber semulajdi ini. JAS menjalankan Program Pengawasan Kualiti Air marin Pulau-pulau sejak tahun 1998. Ini melibatkan 71 buah pulau terpilih dengan 85 buah stesen pengawasan, iaitu 3 buah pulau pembangunan; 25 buah pulau peranginan; 38 buah pulau taman laut dan 5 buah pulau yang dilindungi. 6

MENANGANI MASALAH PENCEMARAN AIR

Selain dari agensi kerajaan seperti JAS yang menjalankan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan mengenai masalah pencemaran air, instituisi pengajian tinggi dan pelbagai pihak turut melibatkan diri dalam usaha penerokaan teknologi-teknologi baru atau pendekatan-pendekatan yang lebih efisien untuk menangani masalah ini. UKM Dan Sirim Berhad telah mencipta dua alat mengkesan pencemaran air13 yang boleh dibawa ke mana-mana serta menggunakan konsep pakai dan buang untuk pemantauan awal pencemaran air. Sebelum ini kerja-kerja mengesan pencemaran yang menggunakan kaedah konvensional memerlukan sampel harus dibawa balik ke makmal untuk diuji kaji terlebih dahulu.

Kedua-dua alat itu yang dikenali sebagai PhenolSens dan Skrin

Elektrode Bercetak dihasilkan melalui kajian yang dipanggil Alat Pengesan Pantas Bio Bagi Pengesanan Pencemaran Fenol Dalam Persekitaran Akuatik. Phenolsens boleh mengesan bahan cemar air seperti sebatian fenol yang boleh menyebabkan kanser dalam persekitaran akuatik berdasarkan kaedah optik. Reka bentuk pengesan bio ini terdiri 13

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=219732_14 September, 2006 16:29 PM

daripada dua lapisan filem bahan polimer komposit yang mengandungi reagen berwarna manakala enzim yang peka kepada fenol terpegun dalam lapisan biopolymer. Apabila dicelupkan ke dalam air, reagen tersebut akan bertukar kepada warna hijau bagi menunjukkan kualiti air yang normal atau merah untuk menunjukkan kehadiran fenol. Selain fenol, ia boleh mengesan kehadiran ketakol dan m-kresol dan mempunyai kestabilan rangsangan yang baik serta jangka hayat sekurang-kurangnya tiga bulan. Sementara itu, Skrin Elektrod Bercetak pula direka bentuk secara mengintegrasi komponen biologi, kimia dan fizik bagi membolehkannya mengesan pelbagai bahan kimia secara spesifik dalam makanan dan persekitaran, khususnya air.

Ia adalah

teknologi pengesan bio elektrokimia yang menggunakan skrin elektrod bercetak, di mana elektrod itu boleh dicetak. Bahan biologi seperti enzim disalutkan di atas skrin elektrod bercetak bersama satu bahan polimer untuk memerangkap bahan enzim yang mana akan mengukur tahap bahan cemar dalam makanan dan air.

Skrin elektrod bercetak itu

digunakan bersama alat meter pengesan elektron dan apabila dicelupkan ke dalam air, akan mengesan kehadiran elektron yang dihasilkan akibat pencemaran. Alat ini mampu mengesan formaldehid (bahan pengawet) dalam makanan laut seperti ikan, perisa monosodium glutamate dalam makanan, racun makhluk perosak dalam sayur-sayuran, amonia dan sebatian fenol dalam air. Akan tetapi, kaedah konvensional akan terus digunakan untuk mengesahkan pencemaran kerana ianya lebih tepat serta mematuhi kehendak perundangan. Coastal Resources Risk Index (Corri) Coastal Resources Risk Index (Corri)14 adalah suatu penilaian terhadap kesan pencemaran air terhadap produktiviti sumber asli pinggir pantai. Sumber-sumber asli pinggir pantai seperti paya, bakau, muara, tanah alluvial, flora dan fauna perlu dipulihkan bagi kepentingan keseimbangan ekosistemnya. Kebanyakan aktiviti sosio-ekonomi seperti pertanian, perikanan dan pelancongan adalah terletak di kawasan pinggir pantai dan amat bergantung kepada sumber-sumber asli tersebut. Produktiviti sektor ekonomi ini akan terjejas jika berlaku pencemaran terutamanya pencemaran air yang berpunca dari 14

Cadangan Pembangunan Coastal Resources Risk Index (Corri) Bagi Menilai Kesan Pencemaran Air Terhadap Produktiviti Sumber Asli Pinggir Pantai. http://www.nahrim.gov.my/services-research-06.html

sisa penggunaan bahan kimia pertanian, sisa buangan industri, air kumbahan domestik yang akan memberi impak kepada produktiviti sumber asli pinggir pantai. Tahap sensitif sumber asli pinggir pantai termasuk sumber pertanian dan perikanan terhadap pencemaran air perlu dikaji dengan menggunakan Environmental Sensitivity Index dan Water Quality Modelling. Dengan mengetahui tahap sensitif sumber asli berkenaan, risiko sumber asli pinggir pantai tersebut akan dapat dikenalpasti dan dinilaikan seterusnya ‘Coastal Resource Risk Index’ iaitu satu indeks yang digunakan untuk menilai impak pencemaran ke atas sumber asli pinggiran pantai akan dapat dibangunkan. Malaysia masih lagi belum mempunyai ‘Coastal Resource Risk Index’ dalam menilai impak pencemaran ke atas sumber asli pinggiran pantai. Perkara ini amat perlu diberi penekanan dan perhatian yang serius bagi memastikan pelan perancangan pembangunan dapat diatur supaya kesan pencemaran dari aktiviti pembangunan tidak akan menjejaskan hasil pendapatan negara yang diperolehi melalui aktiviti sosio-ekonomi yang bergantung kepada sumber asli pinggiran pantai. Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber-Sumber Semulajadi Sumber semulajadi, terutamanya sumber air yang bersih, terus menjadi penting kepada pembangunan negara. Dengan kesedaran dan peningkatan permintaan dan tekanan terhadap sumber air, penggunaan sumber air perlu dipantau dan diurus bagi memastikan pembangunan yang mampan. Langkah menyepadukan lagi aspek alam sekitar ke dalam perancangan dan pengurusan guna tanah juga hendak diambil.

Impak alam sekitar

terhadap cadangan guna tanah hendak dinilai pada peringkat perancangan dan penilaian strategik alam sekitar. Pihak berkenaan hendak merangkakan garis panduan perancangan fisikal untuk memastikan pembangunan yang mampan meliputi pembangunan kawasan pantai, pulau, kawasan terbuka, kawasan perumahan, kolam tadahan, pelupusan sisa pepejal, pemuliharaan pokok-pokok dan kawasan sensitif alam sekitar agar penjagaan sumber air terus diutamakan.

Pembangunan yang menjejaskan kawasan hutan simpan semulajadi perlu diawasi. Aktiviti pembalakan yang berlebihan serta pembangunan tanah secara besar-besaran boleh mengakibatkan pupusnya hutan, hakisan yang serius dan pengurangan kawasan tadahan, yang boleh mendatangkan kesan ke atas cuaca, suhu, sumber air dan kualiti tanah serta pencemaran pantai. Usaha mengurus sumber hutan secara mampan telah dipertingkatkan oleh kerajaan dan hutan pelbagai guna digalakkan. Pada tahun 2000 15, hutan simpanan kekal adalah berjumlah kira-kira 14.33 juta hektar berbanding dengan 14.29 juta hektar pada tahun 1995. Pencemaran sumber air dan pencerobohan pembangunan ke dalam kawasan hutan simpanan dan kawasan tadahan air adalah di antara beberapa factor yang menyebabkan kekurangan bekalan air di beberapa negeri di Malaysia.

Maka kerajaan telah

menubuhkan Majlis Sumber Air Negara pada tahun 1998 untuk menyediakan forum bagi menentukan pendekatan yang menyeluruh terhadap perancangan dan pengurusan sumber air. Kesedaran Alam Sekitar Sebagai satu alat untuk mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat, pendidikan mengenai alam sekitar telahpun diperkenalkan di dalam kurikulum sekolah untuk peringkat atas sekolah rendah sejak 1986 menerusi mata pelajaran 'Manusia dan Alam Sekitar'. Mata pelajaran tersebut adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan, tanggapan dan mewujudkan sikap positif terhadap alam sekitar menerusi pendekatan yang bersepadu. Manakala di peringkat ijazah, terdapat kursus yang meliputi perkara-perkara mengenai alam sekitar seperti kawalan pencemaran, pengurusan alam sekitar dan teknologi kawalan alam sekitar . Program pendidikan dan kesedaran mengenai alam sekitar juga dijalankan secara tidak formal oleh berbagai agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukarela dan sektor swasta.

Di samping itu, berbagai kempen diadakan oleh kerajaan dengan

kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan untuk menggalakkan penggunaan 15

Rancangan Malaysia Ke Lapan (2001-2005) :Bab 19 : Alam Sekitar Dan Pengurusan Mampan Sumber Asli II : Kemajuan, 1996-2000 para 19.07

air secara bijak dan pemuliharaan sungai, terutamanya melalui kempen tahunan Cintailah Sungai Kita. Namun pencemaran alam sekitar kekal menjadi agenda utama masyarakat hari ini.

Adalah masanya untuk kementerian pelajaran memperkasakan kurikulum

sekolah agar nilai murni mencintai alam sekitar terus diterap melalui mata pelajaran teras, dan bukannya melalui mata pelajaran sampingan seperti masa sekarang. 7

PENUTUP

Sering kali jika timbul satu-satu isu, yang menjadi sasarannya ialah pihak yang berada paling hampir dengan punca masalah itu. Jika diperhatikan senario ini, hakikatnya, inilah masalah utama yang dihadapi iaitu soal mengambil tanggungjawab masih jarang dipraktikkan. Tiada pihak yang berani atau sanggup mengakui kesilapan. Malah masing-masing tuding-menuding mencari kesalahan orang lain. Akhirnya masalah yang wujud bukan sahaja berlanjutan malah semakin serius. Yang menjadi mangsa ialah rakyat - kita semua. Hakikatnya, kerjasama secara bersepadu memainkan peranan penting kerana alam sekitar adalah

tanggungjawab

semua.

Bukan

pihak

berkuasa

atau

pihak

tertentu sahaja yang terlibat. Dalam hal ini semua memerlukan air. Masalah sekarang ialah kita tiada pengurusan bersepadu di peringkat makro. Sebenarnya undang-undang sedia

ada

sudah

cukup

untuk

menghalang

bencana

buruk

berlaku. Malangnya kelemahan penguatkuasaan sering menggagalkan usaha murni itu. Ketika ini, tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa bagi mengatasi masalah sumber air berbau ialah dengan menutup pusat pelupusan sampah yang dikatakan punca pencemaran atau leachate.

Pusat pelupusan sampah Hulu Kembong yang

dikatakan punca pencemaran atau leachate diarah tutup Disember 2006 ini. Namun jika setiap kali masalah air berbau dihadapi, setiap kali itu juga tindakan sama diambil, maka masalah ini dilihat tidak akan selesai sampai bila-bila. Malah ia akan timbul dari semasa ke semasa dalam wajah baru dengan pokok persoalan serupa iaitu pencemaran sungai.

Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA), Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Dr. Zaini Ujang berkata16, punca pencemaran air yang paling ketara adalah akibat perubahan guna tanah dari hutan simpan kepada aktiviti seperti pertanian, perumahan dan industri. Menurutnya lagi, krisis air bukan sahaja melibatkan masalah bau tetapi juga banjir selain kemarau panjang seperti yang berlaku pada tahun 1997. Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Air Antarabangsa mencadangkan agar Pelan Induk Nasional Pengurusan Kawasan Tadahan Air digubal untuk menjadi satu garis panduan lebih efisien dalam menguruskan kawasan tadahan air. Dalam hubungan ini, masalah pencemaran air sungai bukanlah satu isu baru bahkan telah bertapak selari dengan kemajuan pesat pembangunan negara. Yang pasti, krisis kualiti bekalan air yang tidak mencapai tahap kepuasan pengguna telah mula mengisi dimensi pengurusan air di Malaysia. Dan ini mungkin merupakan satu lembaran baru ke arah masa depan dalam menangani masalah pencemaran air. Paling penting, selepas ini rakyat tidak lagi tertanya-tanya siapa sebenarnya bertanggungjawab menyebabkan sungai tercemar - kerajaan pusat, kerajaan negeri, JAS, industri atau pihakpihak lain!

16

Menangani krisis air. Utusan Melayu, 23rd April 2006. http://www.monitoringglobalisation.org/index.php?option=com_content&task=view&id=337&Itemid=4 6

Related Documents

Pencemaran Air
May 2020 17
Pencemaran Air
April 2020 25
Pencemaran Air
June 2020 18
Pencemaran Air Makalah.docx
November 2019 20