Pence Mar An

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pence Mar An as PDF for free.

More details

  • Words: 1,102
  • Pages: 7
Pencemaran

Pencemaran ialah perubahan alam yang tidak diingini disebabkan oleh pembebasan berbagai-bagai jenis bahan pencemar alam. Pencemaran Air Pencemaran air berlaku apabila bahan kotoran sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sehingga sumber air itu tidak dapat diguna oleh kaum manusia dan organisma akuatik. Bahan yang boleh mencemarkan air: Bahan buangan industrian -Wujud dalam bentuk A)pepejal inorganik:sebatian fosforus & nitrogen B)Logam berat toksik:merkuri & plumbum C)Bahan sisa radioaktif D)Sebatian organik Penyakit minamata:berlaku pada 1950-an di Jepun Ikan di Teluk Minamata yang dicemari merkuri dimakan penduduk tempatan lebih daripada 40 orang mati Pencemaran Udara Pencemaran udara diakibatkan oleh panambahan bahan pencemar seperti gas,debu dan asap ke atmosfera.Keadaan ini menyebabkan gangguan dan kehidupan manusia ,haiwan,tumbuhan dan harta benda kita.Tambahan pula,iklim dunia juga terganggu. Antara bahan pencemar,gas karbon dioksida merupakan bahan pencemar utama di negara kita(Laporan Sahabat Alam Sekitar M'sia-1984) Punca utama pencemaran udara termasuklah: Kilang perindustrian Kenderaan bermotor Pambakaran Penjanaan kuasa elektrik

Kegunaan bahan agrokimia inorganik Asap yang mengandungi zarah karbon adalah bahan pencemar alam yang paling ketara.Apabila karbon banyak terdapat di atmosfera,wap air terkondensasi pada cuaca sejuk dan membentuk asbut

Polusi udara yang berlaku. Oksida nitrogen terhasil daripada pembakaran bahan api dalam kenderaan bermotor atau kilang pada suhu yang tinggi.Selain itu,ia juga terhasil secara semulajadi semasa ribut petir dan tindakan bakteria dalam tanah. Oksida sulfur pula wujud apabila pembakaran bahan api yang muengandungi sulfur berlaku. Gas yang berasid bertindakbalas dengan oksigen dan air untuk membentuk asid.

Pencemaran Terma Pencemaran terma ataupun haba tidaklah sebegitu ketara dalam era ini. Pencemaran jenis ini adalah perubahan atau peningkatan suhu sungai dan udara sekitar khasnya akibat aktiviti manusia.Puncanya yang utama merupakan:

Kilang Kilang sering kali mengalirkan air panas yang digunakan ke dalam sungai. Keadaan ini telah menyebabkan suhu air sungai meningkat dan ia tidak lagi sesuai berfungsi sebagai habitat untuk hidupan akuatik,kerana kandungan oksigen juga berkurangan dan menambahkan kadar metabolisme hidupan akuatik. Bangunan bercermin Cermin yang berfungi sebagai dinding, menyerap haba dan memantulkannya ke dalam atmosfera lalu memanaskan suhu sekitar. Bandar raya yang pesat membangun Bangunan yang tinggi dan rapat dengan satu sama lain memerangkapkan selapisan udara yang berhabuk dan berkepekatan karbon dioksida yang tinggi. Udara ini pula menjadi penebat haba dan suhu kemudiannya meningkat. Stesen penjanaan kuasa elektrik Stesen ini menghasilkan haba yang banyak dan selalunya didirikan di tebing sungai untuk dibekalkan air sungai untuk menyejukkannya.Dengan itu,suhu air sungai meningkat. Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi wujud hanya apabila bunyi yang berlebihan menganggu keselesaan hidup.Pencmearan jenis ini berhubung rapat dengan kemajuan industri dan pertambahan bilangan kenderaan in jalan raya. Keamatan bunyi di sukat dalam unit desibel(dB) yang menggambarkan kadar tenaga bunyi menembusi satu unit luas.Frekuensi yang selesa didengar oleh manusia ialah 5002000 Hz manakala keamatan bunyi yang selesa pula ialah 60dB. Bunyi yang berkeamatan tinggi sehingga 85dB dan frekuensi lebih daripada 400 Hz dapat memberi kesan kepada pendengaran seseorang.Misalannya,seseorang itu mungkin mengalami kepekakan sementara atau kekal.Selain itu,ia juga menimbulkan gangguan emosi dalam seseorang dan dapat meninggikan tekanan darah seseorang. Bunyi-bunyi yang dapat memberi kesan sedemikian ialah: Roket-140dB Kapal terbang-130dB Lori-100dB Kilat-115dB Pengorek tanah-90dB Kesan Pencemaran

Imej Satelit lubang ozon di atas Antartika pada 1 Oktober 1991

Imej Satelit penipisan ozon di atas Paksi Selatan pada Oktober 1979 hingga Oktober 1990

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

5. ADAB MEMELIHARA ALAM 1.

Alam sekitar 1. Salah satu tanda kekuasaan Allah S.W.T. ialah kejadian alam dan isi kandungannya. 2. Alam yang dijadikan oleh Allah S.W.T. ini adalah untuk memudahkan manusia menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna. 3. Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia. Daripadanya terhasil sumber makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan. 4. Oleh itu, manusia hendaklah memelihara alam sekitar dengan baik dan bertanggungjawab supaya tidak berlaku pencemaran.

2.

Punca Berlaku Pencemaran Alam • Kerosakan alam sekitar pada masa kini telah menjadi perkara biasa. • Antara kerosakan yang berlaku pada alam sekitar ialah tanah runtuh, tanah jerlus, pencemaran air, kepanasan yang melampau, dan sebagainya. • Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T. menyatakan bahawa kemusnahan yang berlaku di atas muka bumi ini adalah berpunca daripada tangan manusia sendiri. Firman Allah S.W.T.:(Surah Ar-Ftum: Ayat 41) Maksudnya: Telah berlaku pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia.

3.

Bentuk-Bentuk Pencemaran i. Pencemaran Udara a. Pencemaran udara bermaksud terdapat gas, cecair, atau zarah berbahaya yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan lain. b. Antara punca berlakunya pencemaran udara ialah:  asap daripada ekzos kenderaan bermotor yang mengandung karbon monoksida yang membahayakan kesihatan;  asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang  debu yang berpunca daripada kilang papan, kawasan pembinaan, dan sebagainya;  pembakaran sampah sarap secara terbuka;  asap daripada rokok. ii.

Pencemaran Air a. Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku pada Kandungan, keadaan, dan warna air sehingga tidak lagi selamat untuk hidupan air dan kegunaan manusia. b. Pencemaran air memberikan kesan negatif kepada manusia sekiranya digunakan. c. Antara punca berlakunya pencemaran air ialah:  kesan daripada bahan buangan kilang-kilang seperti bahan kimia, cat, sisa-sisa logam, minyak, dan sebagainya yang dibuang ke dalam sungai;  pembuangan sampah sarap dan sisa kumbahan harian ke dalam air seperti parit dan sungai;  penerokaan hutan yang berleluasa menyebabkan berlakunya hakisan tanah, tanah runtuh, dan sebagainya.

iii.

Pencemaran Tanah a. Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang dilakukan terhadap

sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan, dan hakisan tanah. b. Antara punca berlaku pencemaran tanah ialah:  pembuangan sisa toksik dan sisa pepejal daripada kilang dan sebagainya;  pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat;  penggunaan racun serangga secara berlebih. iv.

Pencemaran Bunyi a. Pencemaran bunyi bermaksud bunyi yang berlebih sehingga mengganggu keselesaan hidup. b. Bunyi bising yang negatif biasanya melebihi 80 desibel (dB). c. Antara punca berlakunya pencemaran bunyi ialah:  bunyi kenderaan berenjin seperti kapal terbang, kereta api, dan lori;  bunyi mesin dan jentera daripada kilang;  bunyi daripada kuari pemecah batu dan enjin gerudi;  bunyi daripada kerja-kerja pembinaan.

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Alam 1. Pencemaran dan kerosakan alam yang berlaku boleh diatasi dengan melakukan perkara berikut: a. menanam kesedaran di kalangan masyarakat tentang pentingnya alam sekitar kepada kehidupan; b. menyediakan kemudahan dan mekanisme yang dapat membantu orang ramai memelihara kebersihan dan keindahan alam seperti menyediakan tong sampah dan sebagainya; c. mendedahkan masyarakat tentang cara menjaga alam sekitar; d. mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kampung, taman perumahan, dan sebagainya; e. penguatkuasaan undangundang seperti mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang melakukan pencemaran. 2. Alam sekitar yang bersih serta

ekosistem yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat memberikan keselesaan dalam kehidupan. 3. Sekiranya alam ini tidak dipelihara dengan baik, kehidupan kita akan diselubungi dengan bencana alam dan keindahan yang selama ini kita nikmati akan musnah. 4. Pengabaian kepada alam sekitar juga menyebabkan kita mudah diserang penyakit dan wabak yang berbahaya.

Related Documents

Pence Mar An
May 2020 17
Pence Mar An
April 2020 12
Pence Mar An
June 2020 16
Pence Mar An
October 2019 24
Tugas Pence Mar An Air
June 2020 15