Mariam Naadhirah Rufihaza M2/S6/5A/C0 9
Muqaddimah • Name penuh: ‘Uthmaan Ibn ‘Affaan Ibn Abi Al-’Aas Ibn Ummayyah Ibn ‘Abd Shams Ibn ‘Abd Manaaf • ‘Uthmaan dikenali sebagai Dhun-Noorayn • ‘Uthmaan di lantik sebagai khalifah setelah wafatnya khalifah Umar. • Khalifah ‘Uthmaan dilantik sebagai khalifah selama 12 tahun, dimana 6 tahun yang pertama adalah tahap aman dan 6 tahun terakhir dianggap zaman “Fitnatul-Kubra”.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan 1. Perkara pertama yang dilakukan setelah dilantik khalifah adalah memeriksa perkara ‘Ubaydullah Ibn ‘Umar yang telah membunuh al-Hurmudhaan, Jufaynah dan anak perempuan Abu Lu’lu’ah. – ‘Ubaydullah telah berbuat demikian kerana amat marah dengan apa yang terjadi kepada ayahnya. – Akan tetepi, kelakuannya dengan membunuh anak perempuan Abu Lu’lu’ah amat terlampau kerana anak perempuan tersebut tidak bersalah langsung.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan – Ramai dikalangan kaum Muslimin berbeza pendapat akan hukuman ‘Ubaydullah. – Ada yang berpendapat ‘Ubaydullah patut dihukum mati. – Ada yang berpendapat ‘Ubaydullah tidak patut dihukum mati oleh kerana hari kelmarin ayahnya, Khalifah ‘Umar telah terbunuh, dan hari ini pula, anaknya akan dibunuh.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan – Khalifah ‘Uthmaan yang sangat bijaksana dapat mengatasi masalah tersebut. – Beliau menghukumkan bahawa pembayaran diyah diberi kepada waris dari orang-orang yang terbunuh itu, dan diyah tersebut telah dipikul oleh beliau sendiri dimana beliau membayar dengan hartanya.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan 2. Pembukuan al-Quran – Perluasan kuasa menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas. – Apabila berbagai wilayah memeluk Islam, adanya banyak perbezaan antara sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka mempelajari Islam. – Apa yang paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka mempelajari al-Quran.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan – Banyak terdapatnya perbezaan bacaan yang membawa kepada salah bacaan antara satu tempat dengan tempat yang lain. – Dengan keadaan ini banyak terjadinya salah faham dan saling tuduh menuduh sesama orang Islam dalam menyatakan siapakah yang betul pembacaannya.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan – Oleh itu Khalifah Uthman telah memerintah empat orang sahabat untuk menyalin semula al-Quran dalam bentuk sempurna dan mengadakan satu naskhah al-Quran yang baru yang mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. – Khalifah Uthman telah menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana al-Quran yang berbeza telah dibakar.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan – Al-Quran inilah yang digunakan hingga kehari ini yang mana ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani. – Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan 3. Angkatan Tentera Laut (Navy) – Khalifah ‘Uthmaan adalah diantara pertama yang menubuhkan Angkatan Tentera Laut. – Angkatan Tentera Laut tersebut telah diketuai oleh Mu’awiyah .
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan 4. Menumpas penderhakaan dan pemberontakan yang terjadi di beberapa negeri yang telah masuk Islam dibawah kekuasaan Islam di zaman ‘Umar. – Banyak daerah telah ditakluk ketika zaman khalifah ‘Umar. – Setelah wafatnya ‘Umar, penderhakaan dari daerah-daerah tersebut timbul terhadap kerajaan Islam.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan – Ini ditimbulkan oleh pendukung-pendukung pemerintahan yang lama atau pembangkang pemerintahan lama dan ada sementara pamong peraja dari pemerintahan lama yang ingin kekuasaannya dikembalikan. – Pemberontakan di Azerbaijan diadakan oleh pendukung-pendukung pemerintahan lama dan di kota Armenia pula, ada kota-kota yang diserang kembali oleh bangsa Rum.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan – Khalifah ‘Uthmaan mengarah al-Waleed Ibn ‘Uqbah, gabernor Kufah di waktu itu, untuk menumpas pemberontakan tersebut dan ini berlaku pada tahun 26H. – Di waktu yang sama, Mu’awiyah menghantar tenteranya ke Armenia untuk menentang pasukan Byzantine dan tentera ini diketuai oleh Habeeb Ibn Maslamah al-Fihri.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan – Walau mereka dapat menakluki beberapa tempat, Constans II telah menghantar tentera seramai 80, 000. – Dengan itu Mu’awiyah menulis kepada Khalifah ‘Uthmaan untuk menghantar peneguhan tentera, dimana beliau menyuruh al-Waleed Ibn ‘Uqbah.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan – Al-Waleed yang baru pulang dari Azerbaijan menerima perintah tersebut dan segera menghantar tentera seramai 8000 dibawah tangan Salmaan Ibn Rabee’ah ke Armenia. – Kedua tentera tersebut menakluki seluruh Armenia setelah memenangi pasukan Rum dan juga menakluki beberapa daerah Asia kecil termasuk Aran dan Garjastan. – Di akhir 26H, daerah sehingga ke Gununggunung Caucasus dipimpin oleh kerajaan Islam.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan 5. Penaklukan Khurusan dan Tabrastan – Pada tahun 30H Sa’eed Ibn al-’Aas, baru dilantik sebagai gabernor al-Kufah, menuju ke Khurusan dengan tentera yang juga dianggotai oleh al-Hasan, al-Husayn, ‘Abdullaah Ibn ‘Umar, az-Zubayr, Hudhayfah Ibn al-Yamaan dan bersamaan gabernor Basrah iaitu ‘Abdullaah Ibn ‘Aamir. – Sebelum ‘Abdullaah Ibn ‘Aamir sampai, Sa’eed Ibn al-’Aas telah menakluki beberapa tempat termasuk Tabrastan dan Jarjan.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan 6. Penaklukan Africa Utara – Untuk mengadakan pertahanan kukuh bagi Mesir, ia adalah penting untuk menghalau pasukan Byzantine dari Afrika Utara. – Apabila ‘Abdullaah Ibn Sarh dilantik sebagai gabernor Mesir, dia meminta izin daripada Khalifah ‘Uthmaan into memasuki daerah tersebut. – Permintaan ini telah ditolak sewaktu zaman Khalifah ‘Umar dahulu.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan – Khalifah ‘Uthmaan telah menghantar al-Hasan, alHusayn, ‘Abdullaah Ibn ‘Umar, ‘Abdullaah Ibn azZubayr, ‘Abdullaah Ibn ‘Amr Ibn al-’Aas dan ‘AbdurRahmaan Ibn Abi Bakar sebagai peneguhan dari Madeenah. – Oleh kerana percanggahan, penduduk Tripoli telah setuju untuk mengadakan perdamaian dan berjanji untuk membayar Jizyah setiap tahun. – Kemenangan ini telah menyenangkan jalan untuk tentera Islam memasuki Afrika Utara dan dapat juga menakluki Tunisia, Morocco dan sebahagian Algeria.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan 7. Penaklukan Cyprus – Penakluki Cyprus telah diuruskan oleh Mu’awiyah Ibn Abi Sufyaan dengan tenteranya yang dianggotai beberapa sahabat Rasulullah saw. – Antara-antara sahabat tersebut adalah Abu Dharr, ‘Ubaadah Ibn as-Saamit dan isterinya Um Haram, Abu adDard’ dan Shadaad Ibn Qays. – Sebelum ini, Mu’awiyah telah meminta izin dari Khalifah ‘Umar bagi memerangi tentera Byzantine dengan merentasi lautan berdekatan tetapi permintaan ini telah ditolak sewaktu zaman Khalifah ‘Umar dahulu.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan – Ini adalah kerana orang Arab takut kepada apa-apa yang berkenaan dengan laut kerana mereka tidak pernah mengadakan peperangan dilaut (dangers of the sea). – Khalifah ‘Uthmaan telah membenarkan permintaan tersebut tetapi tidak membuat ia wajib bagi sesiapa untuk menyertai tentera laut tersebut. – Dengan keizinan Allah, tentera Islam dapat menawan tentera Byzantine di Cyprus.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan 8. Peperangan Dhaat as-Sawaari (31H) – 3 tahun setelah tentera Islam menakluki Cyprus, tentera Byzantine membariskan armada sebanyak 500 kapal, 200 kapal dari Mesir dan juga tentera tanah untuk memerang tentera yang dibawah perintah ‘Abdullaah Ibn Sa’ad Ibn Abi Sarh. – Kedua pihak tidak mulakan peperangan sehingga mereka berdekatan dengan satu sama lain dan waktu inilah apabila ada angin kencang yang membawa dua pihak berperang ke pesisir. – Walaupun ramai yang syahid, tentera Islam akhirnya berjaya menumpas tentera Byzantine.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan 9. Penanaman – Khalifah ‘Uthmaan adalah yang pertama untuk memberi rakyatnya petak-petak tanah untuk menanam tanaman.
10. Takbir – Khalifah ‘Uthmaan adalah yang pertama untuk merendahkan suaranya apabila mengatakan takbir.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan 11. Pewangian masjid – Khalifah ‘Uthmaan adalah yang pertama untuk memastikan masjid sering diwangikan.
12. Pengumuman Adhaan – Khalifah ‘Uthmaan adalah yang pertama untuk mengumumkan adhaan pertama sebelum solat jemaah.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan 13. Gaji bagi mu’aadhin – Khalifah ‘Uthmaan adalah yang pertama untuk mula memberi gaji kepada mu’aadhin
14. Pembesaran Masjid Nabawi – Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin ramai, oleh itu Khalifah ‘Uthmaan telah membesarkan masjid tersebut dengan membeli tanah bagi memperluaskan kawasan tersebut pada tahun 29 Hijrah.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan 15. Menyebarkan Dakwah Islam – Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai banduan. – Beliau juga banyak mengajar hukumhukum Islam kepada rakyatnya. Ramai pendakwah telah dihantar keserata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan – Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas khas yang membetulkan saf-saf sembahyang. – Beliau juga banyak menggunakan alQuran dan as-Sunah dalam menjalankan hukum-hukum.
Rujukan 1. Sejarah dan Kebudayaan Islam - Prof. Dr. Ahmad Shalaby 2. Tamadun Islam - Mahayudin Hj. Yahaya 3. Biographies of the Rightly-Guided Caliphs - Ibn Kathir