Pemikiran Islam Semasa Dan Modenisma

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pemikiran Islam Semasa Dan Modenisma as PDF for free.

More details

  • Words: 1,319
  • Pages: 6
Pemikiran Islam Semasa dan Modenisme. Pendahuluan Persoalan permodenan, modenisasi, dan kehidupan moden merupakan fenomena global yanag berlaku apabila berkembangnya kemajuan di kalangan penduduk dunia. Beberapa terminologi muncul merujuk kepada perkataan moden seperti modeniti, medenisasi, modenis, dan modenisme. Modenisme menurut sesetengah ilmuwan lebih mudah difahami dengan membuat pertentangan maksudnya. Secara umumnya modenisme bukanlah lawan kepada fundamentalisme tetapi lebih hampir kepada berlawanan dengan klasik, antik, tradisionalisme, dan medievalisme. Yang jelasnya, terma modenisme adalah banyak pengertiannya dan ketepatan makna yang ingin dipakai bergantung kepada fokus seseorang pengkaji. (Jaffary Awang, 2007 : 70 )

Pertamanya,

modenisme

adalah

lawan

kepada

tradisionalisme.

Keduanya, modenisme adalah kontradiksi kepada terma medievalisme, di mana modenisme mempunyai kekuasaan akal ( reason ) dan menolak semua perkara yang gagal dipertahankan oleh akal. Berlainan dengan pegangan medieval yang dikatakan tunduk atau akur dengan kenyataan autoriti. Manusia moden pula sifatnya sentiasa berhujah atau inginkan alasan serta penerangan sekalipun dari autoriti terbesar seperti autoriti politik atau agama. Mereka tidak akan patuh tanpa bertanya. Ini bukanlah bermakna orang medieval tidak menggunakan akal, tetapi tahap penggunaan akalnya lebih

terbatas. Ketiganya modenisme berlawanan dengan classicism dan

ada hubungan dengan antiquity ( dengan makana seni lama atau klasik yang melibatkan pengecatan, skulptur, arkitek, kesusasteraan, muzik dan lainlain ); menekankan eksperimen dan bertujuan memperolehi dapatan kebenaran dalaman. Ini bererti modenisme mempunyai ciri-ciri yang bermacam-macam dan berlainan, justeru lebih mudah perkataan modenisme didefinisikan dengan lawannya.

(Jaffary Awang, 2007 : 70 )

Pentakrifan Modenisme Modenisme berasal daripada perkataan moden. Dari segi bahasanya bererti mutakhir, sekarang, yang terbaru, sesuatu yang berhubungan dengan masa kini dan akan datang. Sesuatu yang moden adalah yang ‘baru’ dan ‘terkini’. Merujuk kepada Kamus Inggeris-Arab, modern ialah ‫ عصصصري‬,‫ حديصصث‬,‫جديصصد‬. Modernity ‫التمدن‬,‫ العصصرية‬dan modernism ‫مجصا زة العصصري الحديصث والفكار العصصرية‬. Secara lebih lanjut lagi perkataan muhdath bermakna new, novel, recent, late, modern, upstart, nouveau riche;‫ ; المحدثون‬the moderns ‫ حدثاء‬,‫ حداث‬,‫;حديث‬ new, novel, recent, late, dan modern. Rumusannya moden itu menyentuh hal ehwal masa sekarang atau berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara ( kaedah ) baru dan mutakhir. Namun wajar ditegaskan bahawa, sarjana kotemporari telahpun menggunakan satu terma lain bagi menunjukkan dunia hari ini telah melewati masa atau zaman moden iaitu terma pascamodenisme

(

post-modernisme

atau

pasca/selepas

moden

di

mana

kemunculan dan kedatangan zaman ini menandakan berakhirnya zaman moden ). Istilah moden sendiri, sekiranya berdasarkan tarikh, muncul selepas Zaman Kebangkitan ( Reinassanace ) dan Zaman Pencahayaan ( the Age of Enlightenment ) dari abad ke-18 dan 19 Masehi. (Jaffary Awang, 2007 : 71 )

Sementara manusia, individu atau kumpulan yang menggelarkan mereka

sebagai

modenis

adalah

orang

yang

menyokong

fahaman

modenisme. Modenisme dan modenisasi mewakili setiap satunya sikap kultural dan sosial atau program yang didedikasikan untuk menyokong apa yang ditanggapi sebagai moden atau perihal proses atau perbuatan memodenkan, permodenan dengan komitmen kesedaran sendiri untuk berubah

dalam

banyak

aspek termasuklah

intelektual.

Modenisme



pemikiran cara moden, fahaman dan pendekatan seni yang menekankan seni lukis moden. ( Jaffary Awang, 2007 : 72 )

Perkataan moden atau hadith menurut Mu’jam al-Fasafi adalah lawan kepada qadim atau lama dan seerti dengan baru. Ia diitlakkan di atas dua sifat sama ada mengandungi makna pujian atau celaan. Diperincikan dengan pemahaman moden yang mengandungi makna pujian ialah sifat seseorang yang terbuka pemikirannya, menguasai tahap tertinggi ilmu dari hakikat, memahami sesuatu selari dengan ruh semasa dari kaedah-kaedahnya, pemikiran dan aliran. Manakala moden yang mengandungi makna celaan ialah sifat seseorang yang cetek pengalaman, cepat terpengaruh, menerima matlamat yang remeh tanpa memahami hakikat atau jauhar sesuatu. Penjelasan di atas diukur dari sudut nilai dan sikap yang diambil oleh seseorang terhadap modenisasi. Dengan itu perkataan moden itu sendiri dari sudut nilai bukanlah baik kesemuanya sebagaimana qadim itu juga bukanlah buruk kesemuanya. Yang terbaiknya ialah menghimpunkan di antara kebaikan-kebaikan qadim dan hadith serentak untuk diterima pakai oleh seorang modenis. ( Jaffary Awang, 2007 : 72 )

Istilah masyarakat

modenisasi barat

dan

yang

biasa

sebilangan

didengar

masyarakat

dan dunia

ditanggapi hari

ini

oleh boleh

diringkaskan secara keseluruhannya dalam beberapa makna berikut : (i) proses perubahan dalam struktur sosial dan sistem sosial dan sistem sosial menerusi peningkatan ilmu dalam sains dan teknologi; (ii) pergerakan dan peralihan dari masyarakat tradisional beragama, magik dan percaya kepada karut-marut ( superstision ) kepada moden dan pasca moden, masyarakat yang bebas dari matrik agama dan nilai-nilai tradisi; (iii) proses perubahan perhubungan di antara individu dan masyarakat; (iv) proses pergerakan (mobilisasi), perbezaan, perindustrialisasi dan stabil dan ekonomi kapitalis; (vi) proses menguasi nature ( tabii ) dan bebas dari kawalannya; ( vii )

pergerakan kea rah konstruksi hidup sihat, aman, terkawal, dan masyarakat mewah

dan

akhirnya;

(viii)

pengeropahan,

pengamerikanan

dan

pembaratan. ( Jaffary Awang, 2007 : 72 )

Takrif dan makna yang berbagai-bagai di atas menunjukkan persepsi dan tafsiran berbeza di kalangan pemikir mengenai konsep pemodenan itu sendiri. Dalam konteks Islam dan masyrakatnyabebrapa takrif di atas tidak sesuai dengan norma-norma agama Islam seperti pembebasan diri dari tradisi beragama, sekularisi dan pembaratan atau ‘pengamerikanan’. Namun takrif yang berkaitan proses kemajuan ekonomi tidak ada halangan dalam agama Islam. Sarjan Muslim seperti Nurcholish Madjid mendakwa “ modernization is an imperative”- indeed, an absolute obligation”. Justeru itu pemodenan ditafsirkan oleh beliau sebagai selari dengan perintah dan ajaran Allah. ( Jaffary Awang, 2007 : 72,73 )

Pentakrifan Modenisme Islam

Berpindah dari konsep umum modenisme, tokoh-tokoh modenis Islam cuba memberikan modenisme

skop-skop yang

tertentu

meliputi

dan

pandangan

pandangan-panadangan

khusus

mengenai

intelektual,

politik,

ekonomi, sosial dan pendidikan. Faktor intirinsik kepada gerakan yang dinamakan modenisme ialah disebabkan ramai sarjana moden Islam merasakan bahawa tafsiran-tafsiran tradisional Islam ridak dapat memberi kepuasan

hati

kalangan

pelajar

yang

menerima

pendidikan

moden.

Sebahagian dari pemikir moden yang ekstrem mahu mengeluarkan semua urusan

keduniaan dari bidang Islam. Sekiranya ini dilakukan Islam akan

kehilangan semua kelebihan dan keunggulannya. Sebahagian lainnya pula tidak begitu ekstrem tetapi mereka tidak percaya bahawa fiqh Abad Pertengahan akan dapat memenuhi semua keperluan moden. Semua mereka dipengaruhi dalam tahap yang berbeza dengan penemuan-penemuan sains

sosial dan pembangunan moden dalam bidang politik dan ekonomi. Orang Islam pada setiap zaman mempunyai hak untuk memahami Islam menerusi kemempuan ilmu pada masa mereka dan ilmu itu berkembang pada setiap zaman.

( Jaffary Awang, 2007 : 73 )

Di sini perlunya sikap kritikal dan analitikal sama ada ke atas warisan Islam dan teori moden barat. Jadi, modenis tidaklah menolak secara keseluruhan sumbangan Barat dan tidak pila menerimanya secara membabibuta.

Diperhatikan

tokoh-tokoh

modenis

ini

tidaklah

mendefinisikan

modenisasi secara jelas atau khusus dari perpektif Islam seperti pandangan Mohammad Mumtaz Ali. Walau bagaimanapun definisi dirangka dan dibentuk dari analisis kritikal mereka terhadap asas espitemologi konsep permodenan Barat. Lantaran itu, modenisasi Islam mestilah berasaskan espitemologi Islam : Islamic modernization may be

redefined as the process of increasing

technological skills and knowledge in the physical and social sciences in order to harness the bounties and resources of the natural world on the basic of an Islamic epistemology and toward and regeneration of a new Islamic civilization and its sustainable development. Logically, advancement in science,

technology

and

the

human

sciences

based

on

a

western

epistemological foundation is necessarily denied or rejected in Islamic modernization. C.C

Adams

( Jaffary Awang, 2007 : 74 )

dalm

bukunya

Islam

and

Modernism

in

Egypt

telah

membincangkan modernisme Islam dengan mendefinisikan terma ini kepada beberapa karakteristik iaitu reformisme agama yang didominasi oleh pertimbangan-pertimbangan teologi yang bertujuan untuk membebaskan Islam dan menunjukkan Islam sebagai agama yang dapat diselaraskan dengan tuntutan kehidupan moden. ( Jaffary Awang, 2007 : 74 )

Ciri

utama

kebangkitan

ialah

pembaharuan

keagamaan

yang

menekankan pertimbangan-pertimbangan teologi. Hakikatnya, revivalisme yang bercirikan demikian telah berlaku di masa lalu, hinggakan ditambah perkataan

neo

(

baru

)

kepada

revivalis

(

kebangkitan

kembali

)

mengisyaratkan bahawa revivalisme tersebut bersifat pengulangan semula. Fazlur Rahman, misalnya memberikan dua tipologi revivalisme Islam: pramodenis dan pasca modenis. Walau bagaimanapun persoalan yang dikemukakan

oleh

Fazlur

Rahman

tidak

akan

dibincang

terperinci.

Pembentangan takrif ini hanyalah bersifat mendatar tanpa diperhalusi huraiannya kerana akan dibangkitkan semula persoalan ini nanti dan dibahaskan

secara

lebih

mendalam

karateristik,

factor

bidangnya. ( Jaffary Awang, 2007 : 74 )

Pentakrifan Modenisme Islam Berpindah dari konsep umum modenisme, tokoh-tokoh Islam

dan

bidang-

Related Documents