PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM OBJEKTIF 1. Ahli usrah mengetahui bagaimana membentuk akhlak menurut Islam 2. Ahli usrah mengetahui peri-pentingnya berakhlak dengan akhlak Islam KANDUNGAN 1. Pembentukan akhlak menurut Islam 2. Akhlak yang baik ialah kesempurnaan Islam 3. Kepentingan akhlak dalam peribadi Muslim 4. 10 sifat mahmudah 5. 10 sifat mazmumah 6. Muslim terhadap Tuhannya Sedar dan taat akan perintah Tuhan Sentiasa bertaubat dan mencari redha Allah 7. Muslim terhadap dirinya Memurnikan aqidah Memiliki ilmu yang mantap Memiliki bidang pengkhususan 8. Muslim terhadap ibu bapa dan keluarganya Mentaati kedua ibu bapanya Berlemah lembut 9. Muslim terhadap saudara dan sahabat-handai Mencintai kerana Allah di atas dasar iman dan aqidah Tidak membelakangi mereka Memenuhi keperluan apabila diperlukan Berpesan di atas kebenaran dan kesabaran PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM Akhlak dapat dibentuk dengan baik sekiranya kita benar-benar mengikut lunas-lunas yang telah disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Akhlak yang dibentuk berasaskan kesedaran dan hidayah dari Allah yang mampu dimiliki oleh setiap manusia yang mahu digelar hambaNya. Antara jalan terbaik untuk membentuk akhlak yang mulia ialah: Ilmu pengetahuan Setiap mukmin perlu mempelajari apakah akhlak yang terpuji (akhlak mahmudah) dan apakah akhlak yang dikeji (akhlak mazmumah). Al-Quran telah menggariskan akhlak yang utama yang mesti dihayati oleh setiap orang mukmin. Sennah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pula telah memperincikan serta telah menterjemahkannya ke dalam reality kehidupan sebenar. Menyedari kepentingan akhlak yang diamalkan Akhlak adalah cermin bagi individu Muslim itu sendiri, malah daya tarikan Islam juga bergantung kepada akhlak yang mulia. Keazaman yang tinggi Melalui keazaman yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk benar-benar menghayati sifat yang mulia. Ibadah yang kuat dan ikhlas Ketekunan dan keikhlasan melakukan ibadah mampu menangkis serangan mazmumah terutamanya bisikan hawa nafsu. Bergaul dengan orang yang baik akhlak Pergaulan boleh mempengaruhi diri untuk berubah. Ini adalah kerana manusia cepat meniru orang lain. Dalam masa yang sama menjauhi orang-orang yang melakukan maksiat dalam erti kata uzlah syuuriyah (pengasingan jiwa) yang
mana kita tetap meneruskan usaha untuk membawa mereka kembali ke jalan yang benar. Membiasakan diri dengan kebaikan Menggantikan akhlak mazmumah dengan akhlak mahmudah serta senantiasa membiasakan diri dengannya agar ia tetap kekal di dalam jiwa. Sentiasa berlapang dada untuk menerima nasihat Kadang-kala seseorang itu tidak menyedari kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri. Oleh itu ia perlu berlapang dada dan menerima nasihatnasihat yang bertujuan untuk membaiki dirinya. Umar Ibn Al-Khattab pernah berkata: Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah kepada orang-orang yang menunjukkan kekurangan-kekuranganku. AKHLAK YANG BAIK IALAH KESEMPURNAAN ISLAM Rasulullah sallallahu alaihi wasallam diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak sebagaimana yang dinyatakan dalam hadeeth Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Dengan akhlak Rasulullah memenuhi kewajipan dan menunaikan amanah, menyeru manusia kepada tauhid dan dengan akhlak jualah baginda menghadapi musuh di medan perang. Dengan akhlak baginda memimpin rakyat dalam perjuangan mencapai cita-cita serta membangunkan Negara yang berdaulat dan merdeka. Sesungguhnya akhlak yang mulia melengkapkan sendiiman untuk menuju kepada kesempurnaan keperibadian manusia sebagai mana keterangan hadeeth yang berbunyi: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Paling sempurna keimanan orangorang mukmin ialah yang lebih baik akhlaknya. (Hadeeth Riwayat At-Tirmizi dari Abu Hurairah). Dalam konteks pengamalan syariat iaitu yang meliputi pengabdian hamba terhadap Allah, dapat dilihat pada rukun Islam yang lima dan juga dalam bab muamalah, akhlak berperanan untuk melengkapinya. Manakala dalam bab ibadat, kita akan dapati antara hikmah ibadah-ibadah yang dianjurkan oleh Islam terdapat pertautan yang erat antara akhlak dan ibadah meskipun ibadah itu berlainan pada rupa dan bentuknya tetapi kesemuanya menuju kepada satu sasaran yang digariskan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam sabdanya: Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain amalan yang diperintahkan di dalam Islam adalah merupakan anak tangga untuk mendaki kemuncak kesempurnaan dan sebagai strategi untuk melindungi diri dai kerosakan dan kerendahan moral. Dengan sebab ciri-ciri itu maka ibadah-ibadah tersebut terletak di tempat yang tinggi dalam agama. Persiapan umat Islam untuk menjadi Ummatan Wasathon harus dilengkapi dengan tuntutan untuk dijadikan alat komunikasi dengan sesame manusia. Tuntutan itu berupa ajaran akhlak mulia, yang diharapkan untuk mewarnai segala aspek kehidupan manusia. Kerana itu, sesungguhnya ilmu komunikasi yang paling hebat adalah ilmu yang didasarkan kepada akhlak yang mulia. KEPENTINGAN AKHLAK DALAM PERIBADI MUSLIM Bidang akhlak adalah bidang yang amat penting dalam system hidup manusia. Ini adalah kerana nilai manusia itu pada hakikatnya terletak pada akhlak dirinya. Semakin tinggi nilai akhlak diri seseorang itu maka makin tinggi pula nilai kemanusian pada dirinya. Akhlak ini jugalah yang membezakan antara insan dengan haiwan dari segi perilaku, tindak-tanduk dan tanggungjawab dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang yang tidak berakhlak adalah sama tarafnya dengan haiwan malah lebih rendah dari itu lagi. Firman Allah subhaanahu wa taaala: Dan sesugguhnya kami telah sediakan untuk neraka banyak sekali golongan jin dan manusia yang mana mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti
dengannya, mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya, mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya, mereka itu seperti binatang malah lebih sesat, mereka ialah orang-orang yang lalai. (Al-Araf:179). Akhlak mempunyai kedudukan paling tinggi dalam hirarki tamadun ummat manusia. Oleh itu, masyarakat yang tidak mempunyai nilai akhlak tidak boleh dianggap sebagai masyarakat yang baik dan mulia walaupun mempunyai kemajuan yang dalam bidang ekonomi, teknologi dan sebagainya. SIFAT MAHMUDAH Sabar Syukur Khauf (takutkan kemurkaan Allah) Roja (mengharapkan keredhaan Allah) Benar Jujur Pemaaf Pemalu Tawadhu (merendahkan diri sesame muslim) Tawakkal (meletakkan pergantungan kepada Allah) SIFAT MAZMUMAH Tergesa-gesa Riya (melakukan sesuatu dengan tujuan ingin menunjukkan kepada orang lain) Dengki (hasad) Takabbur (membesarkan diri) Ujub (kagum dengan diri sendiri) Bakhil Buruk sangka Tamak Pemarah Sumah (melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan kemasyhuran ) MUSLIM TERHADAP TUHANNYA Sedar dan taat akan perintah Tuhan Menyedari dia senantiasa memerlukan pertolongan Allah serta mentaati perintah Allah sekalipun bertentangan dengan kehendak nafsunya. Sentiasa bertaubat dan mencari keredhaan Allah Segera bermohon kepada Allah apabila menyedari yang dirinya lalai atau berlaku cuai serta memastikan bahawa seluruh gerak kerja adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Firman Allah subhaanahu wa taaala: Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. (Al-Araf:201) Perlaksanaan ubudiyyah terhadap Allah Firman Allah subhaanahu wa taaala: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. (Al-Zaariyat:56) beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan dalam segala gerak-geri manusia selagi niatnya hanyalah semata-mata kerana Allah. Sebesar-besar ibadah ialah menegakkan hukum Allah dan membangunkan pemerintahan Islam. MUSLIM TERHADAP DIRINYA Memurnikan aqidah
Pembersihan keyaqinan, kefahaman dan pandangan supaya sesuai dan selaras dengan keterangan dan tuntutan Al-Quran dan Hadeeth serta memastikan aqidah bersih dari dicemari dengan segala bentuk kesyirikan, bidaah, khurafat, dan tahyul. Memiliki ilmu yang mantap Perkara pertama yang patut diketahui dengan lebih mendalam ialah ilmu pengetahuan berkenaan kitab Allah dan diikuti dengan ilmu fardhu ain yang lain. Memiliki bidang pengkhususan Menumpukan seluruh tenaga dan perhatian kepada jurusan dan perhatian yang menjadi pengkhususan sama ada di bidang agama (fardhu ain) atau bukan. Kejayaan ilmiyyah yang tinggi menyebabkan seseorang itu dipandang tinggi seterusnya dakwah dan risalah yang dibawa juga akan dipandang mulia oleh manusia selagi individu itu merealisasikannya dengan ikhlas, bersungguhsunnguh dan menjaga adab-adabnya. MUSLIM TERHADAP IBU BAPA DAN KELUARGANYA Berbuat baik kepada kedua-duanya Islam mengangkat tinggi martabat ibu bapa sehinggakan Allah meletakkan keredhaan keduanya sesudah keredhaan Allah. Firman Allah subhaanahu wa taaala: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa. (An-Nisaa:30) Mentaati kedua-duanya selagi mana tidak bertentangan dengan syariat Islam Melaksanakan tanggungjawab untuk menyelamatkan mereka daripada api neraka Firman Allah subhaanahu wa taaala: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. (At-Tahrim:6) MUSLIM TRHADAP SAUDARA-MARA DAN SAHABAT-HANDAINYA Mencintai kerana Allah atas dasar iman, dan ikatan aqidah Tidak mencintai seseorang kerana peribadinya semata-mata sebaliknya kerana kelebihan-kelebihan yang ada padanya yang membawa orang lain menuju keredhaan Allah. Tidak membelakangi mereka Meraikan mereka sama ada di dalam keadaan senag ataupun susah. Memenuhi keperluan yang diperlukan Hendaklah memenuhi keperluan apabila diperlukan dan mendahului keperluan mereka dari kepentingan diri sendiri. Berpesan atas kebenaran dan kesabaran Mengingatkan tentang suruhan agama yang perlu ditunaikan serta laranganlarangan yang mesti ditinggalkan. BAHAN RUJUKAN 1. Keperibadian Muslim Mohd. Ali Hashimi 2. Badan Kendiri PJJ-ILHAM Kertas Seminar ILH 203 (Akhlak Islam-Nota C) 3. Pekerti Muslim (Siri 1) Muhammad Al-Ghazali SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN 1. Bagaimanakah pembentukan akhlak mengikut pandangan Islam? 2. Mengapakah kita perlu berakhlak dengan akhlak Islam? 3. Pekerti Muslim (Siri 1) Muhammad Al-Ghazali SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN
1. 2.
Bagaimanakah pembentukan akhlak mengikut pandangan Islam? Mengapakah kita perlu berakhlak dengan akhlak Islam?