Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pelan Induk Pembangunan Pendidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,095
  • Pages: 11
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) (2006-2010)

Teras 1: Membina Negara Bangsa Pembinaan Negara Bangsa penting bagi mewujud identiti nasional PEMBINAAN Negara Bangsa menerusi pendidikan dalam tempoh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 akan memfokuskan kepada empat perkara, termasuk memperkasa bahasa kebangsaan. Menurut PIPP, tiga lagi ialah memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional; memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa; serta persefahaman jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari. Strategi yang dilaksanakan bertujuan menggerakkan gelombang baru Gerakan Memperkasa Bahasa Kebangsaan; memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara; menyelaraskan peranan semua pihak yang terbabit untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan; serta mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Strategi pelaksanaan untuk memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional adalah menerusi usaha meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati Perlembagaan. Ia juga bertujuan meningkatkan patriotisme menerusi aktiviti kokurikulum seperti Kelab Rukun Negara, penyebaran maklumat dan Kempen Cintakan Warisan Bangsa dan Negara, serta menanam semangat hormat menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Selain itu kefahaman yang menyeluruh diberi mengenai pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional, manakala aktiviti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) dipergiatkan. Dalam usaha memupuk kecintaan seni, warisan dan budaya bangsa, strategi yang dilaksanakan adalah membina kurikulum kesenian, membina Sekolah Seni, meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta membudayakan tulisan Jawi. Strategi yang dilaksanakan untuk memupuk persefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari adalah dengan mempelbagaikan aktiviti

membimbing pelaksanaan Islam Hadhari menerusi seminar, ceramah, kursus dan penerbitan bacaan.

Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan tercapai memerlukan usaha gigih dan kerjasama erat daripada semua pihak. Semangat bersatu padu, cinta dan kesetiaan kepada negara, patriotisme, berorientasi glokal, keharmonian dan toleransi, berbudi bahasa dan beradab serta memahami, menyanjung budaya dan seni bangsa perlu difahami dan diamalkan sepenuhnya.

Teras 2: Membangunkan Modal Insan Membestari semua sekolah menjelang 2010 KEMENTERIAN Pelajaran menetapkan 2010 sebagai sasaran kepada usaha membestarikan

sekolah

di

seluruh

negara,

dengan

matlamat

utama

menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan mencukupi seperti perisian dan pelbagai bahan digital lengkap dalam nisbah lebih selesa bagi kegunaan guru dan pelajar. Berdasarkan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP) 2006-2010 yang disediakan kementerian, cabaran utama itu adalah menyelaras semua inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan, agar dapat dilaksanakan secara cekap dan efektif, tanpa pertindihan dan pembaziran. Selari dengan matlamat ini, kementerian menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan bertindak aktif menjadikan 88 sekolah di bawah projek rintis Sekolah Bestari sebagai penanda aras kepada program pelaksanaan projek terbabit. Selain

itu,

semua

inisiatif

ICT

di

bawah

Jawatankuasa

Maklumat

Pengkomputeran Kementerian (JMPK) akan diselaraskan, manakala setiap perisian kursus yang sudah dihasilkan, bakal dinilai semula oleh juruaudit penilai. Ia antara lain bertujuan untuk mengkaji semula setiap inisiatifnya dari aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pentadbiran serta pengurusan, sambil pada masa sama, mencadangkan pelan baru strategik ICT.

Menerusi program ini juga, pelajar dan guru bakal menikmati faedah berganda apabila kementerian turut memberi keutamaan kepada usaha memastikan setiap infrastruktur, perkakasan dan aplikasi pengurusan ditingkatkan. Menjelang 2010, Kementerian Pelajaran mensasarkan untuk menyediakan 3,000 pusat akses, mengecilkan nisbah satu komputer bagi dua guru dan 20 pelajar, selain satu kemudahan televisyen dan video cakera digital (DVD) bagi setiap sekolah seluruh negara, dengan peningkatan 100 peratus terhadap kadar penggunaan program DVD dan TV Pendidikan (TVP). Selaras matlamat itu, penyediaan perisian lengkap juga turut sama dipertingkat dengan tambahan berperingkatperingkat membabitkan pelbagai bahan digital mengikut tahap dan mata pelajaran, sehingga penghasilan dan penggunaannya mencapai tahap optimum 100 peratus berdasarkan tahun sasaran. Pada masa sama, program latihan dan bimbingan ICT kepada pentadbir sekolah, guru serta pelajar juga akan dimantapkan, menerusi pelaksanaan pelbagai program bimbingan dan latihan membabitkan asas penggunaan komputer, penggunaan komputer untuk R&D, penggunaan perisian khusus dan penggunaan TVP dalam R&D, selain menggalakkan sebarang perkongsian pintar dengan pihak luar KPM. Dalam proses membestarikan sekolah, kementerian membekalkan sejumlah 5,809 komputer, 261 unit pelayan, 1,494 judul perisian kursus, 243 judul perisian khusus berasaskan web dan 33 aplikasi sistem pengurusan menerusi projek rintis Sekolah Bestari. FAKTA: Lima strategi sekolah bebas dadah • Program Peningkatan Kesedaran seperti mesej jauhi dadah dan Program Karnival Seni Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam KBSM. • Program Pendidikan Pencegahan Awalan kepada murid berisiko melalui Program Gerak Bersepadu (Progress), Minggu Anti Dadah, Program Intelek Asuhan Rohani dan ujian air kencing.

• Program Intervensi dan Pemulihan sahsiah kepada murid yang terbabit dengan dadah di sekolah menengah melalui Program Intervensi Pelajar (PIP) dan Kaunseling PPDa. • Program Perkembangan Kemanusiaan seperti Skim Lencana Anti Dadah (SLAD), seminar PPDa, Kursus PPDa dan Program Keibubapaan. • Penerbitan dan publisiti seperti Karnival Seni PPDa.

Teras 3: Memperkasa Sekolah Kebangsaan Prasarana ditambah bagi tingkat kecemerlangan pelajar LAPAN fokus akan diberi tumpuan bagi memperkasakan sekolah kebangsaan (SK), sekali gus meningkatkan kecemerlangan sekolah berkenaan dalam tempoh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Fokus itu ialah peluasan program prasekolah, pemantapan kepemimpinan pengetua atau guru besar dan kualiti guru, pengukuhan budaya sekolah, pemantapan kurikulum. Seterusnya, pemantapan kegiatan kokurikulum dan sukan, penambahbaikan sistem sokongan dan peningkatan prestasi akademik, serta meningkatkan kualiti prasarana dan prestasi. Di bawah peluasan program prasekolah, Kementerian Pelajaran akan menambahkan bilangan kelas prasekolah sebanyak 2,626 dengan hampir 80 peratus daripadanya terletak di sekolah luar bandar dan menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kerajaan turut memastikan murid berkeperluan khas menyertai program prasekolah dengan mewujudkan 100 kelas prasekolah pendidikan khas. Malah, guru prasekolah terlatih dan pembantu pengurusan murid untuk semua prasekolah turut disediakan. Kerajaan juga akan memantapkan kepemimpinan pengetua atau guru besar dan kualiti guru dengan menyediakan latihan mencukupi, manakala kriteria pemilihan calon guru besar atau pengetua lebih mantap.

Dalam usaha meningkatkan kualiti guru, setiap calon perlu memiliki watak pendidik dan mengajar di sekolah mengikut opsyen selain memastikan mereka mendapat latihan dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya tujuh hari setahun. Fokus pengukuhan budaya sekolah juga penting bagi mewujudkan SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan budaya sekolah yang sihat. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran berusaha membangunkan iklim sekolah yang kondusif selain meminimumkan masalah disiplin dengan pewujudan Jawatankuasa Bertindak di peringkat sekolah, pejabat pelajaran daerah, jabatan pelajaran negeri dan Kementerian Pelajaran. Kerajaan turut memastikan aspek kurikulum dimantapkan dengan memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M (membaca, mengira dan menulis) selain memperluaskan program j-QAF. Bahasa Cina dan Tamil di SK akan ditawarkan di sekolah terpilih selain memperkenalkan program untuk pelajar berkeperluan khas dan meningkatkan akses serta pilihan program pada peringkat menengah. Fokus terhadap penambahbaikan kegiatan kokurikulum dan sukan dilakukan bagi menarik penyertaan pelajar dengan menambahbaik Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) dan membudayakan

sukan.

Sistem

sokongan

akan

ditambah

baik

dengan

memantapkan pemuafakatan warga sekolah, keluarga dan komuniti. Selain itu bilangan jawatan pembantu guru ditambah. Prestasi akademik SK juga akan dimantapkan melalui program intervensi dan memastikan semua pelajar mendapat peluang bersekolah. Selain itu, kementerian akan menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas mencukupi serta berkualiti termasuk melengkapkan prasarana SK, mengubah suai dan menaiktaraf sekolah lama dan kurang selamat, menambah bilangan bilik darjah.

Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan Luar bandar diberi tumpuan rapatkan jurang MEMBANGUNKAN infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar adalah antara empat fokus Kementerian Pelajaran bagi merapatkan jurang pendidikan yang menjadi teras keempat Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP) 2006-2010. Strategi pelaksanaan fokus itu membabitkan empat pelan tindakan yang merangkumi usaha menambah baik program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah dan Sarawak, menambah baik sekolah kurang murid (SKM), merapatkan jurang pencapaian akademik dan jurang digital. Melalui pelaksanaan program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah dan Sarawak, lebih banyak infrastruktur dan kemudahan asas akan disediakan termasuk bekalan elektrik dan air ke sekolah terbabit. Selain itu, pelaksanaan sekolah pusat yang bertujuan memperluas dan mewujudkan norma baru untuk guru adalah antara tiga pelan tindakan bagi menambah baik SKM. Fokus seterusnya meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran dengan empat strategi pelaksanaan iaitu penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), pengurangan kadar keciciran, pemantapan program pendidikan untuk pelajar kurang upaya, dan penyediaan pendidikan bagi pelajar mengikut keperluan. Melalui strategi penguasaan 3M, kerajaan akan memperluaskan program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun Satu, menambah baik Program Pemulihan Khas Tahap Satu dan Program Gerak Gempur. Di bawah fokus sama, kadar keciciran pelajar akan dikurangkan melalui pelan tindakan penguatkuasaan pendidikan wajib dan peluasan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah harian. Selain itu, usaha membuka kelas khas bagi murid bermasalah pembelajaran seperti autisme dan cacat adalah antara pelan tindakan bagi melaksanakan strategi pemantapan program pendidikan pelajar kurang upaya.

Seterusnya, strategi penyediaan pendidikan kepada pelajar mengikut keperluan pula akan dilaksanakan dengan mewujudkan Sekolah Seni, selain merintis program khusus untuk pelajar pintar dan berbakat. Dalam usaha merapatkan jurang pendidikan, PIPP akan meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman. Sehubungan itu, kementerian mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman, selain menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, menyediakan asurans kepada guru yang berkhidmat di luar bandar serta rumah guru dan kemudahan asas sempurna. Fokus terakhir ialah menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti. Bagi tujuan itu, kementerian akan memantapkan Sistem Maklumat Murid, memantau pelaksanaan program bantuan, menilai impak program secara berkala, mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD) dan mengukuhkan kerjasama sektor awam dan swasta.

Teras 5: Memartabatkan Profesion Keguruan KERAJAAN akan mewujudkan gred baru Guru Besar Cemerlang DG41 serta menyediakan laluan cepat untuk DG berasaskan merit dan prestasi tahun ini, sebagai komitmen memartabatkan profesion keguruan yang menjadi teras kelima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Menerusi pelaksanaan dasar baru laluan cepat, bermakna peluang peningkatan kerjaya berkenaan bukan hanya menggunakan kekananan sebagai asas utama. Langkah itu ialah antara 14 pelan tindakan fokus memantapkan kerjaya guru digariskan dalam strategi pelaksanaan penambahan perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) di Kementerian Pelajaran, jabatan pelajaran negeri (JPN) serta pejabat pelajaran daerah (PPD)/gabungan (PPG). Memantapkan kerjaya guru dikenal pasti sebagai satu daripada lima fokus utama bagi mencapai matlamat dan dasar teras memartabatkan profesion

keguruan yang membabitkan 10 strategi pelaksanaan dengan 49 pelan tindakan. Empat lagi fokus ialah menambah baik sistem pemilihan calon guru membabitkan satu strategi pelaksanaan dan tiga pelan tindakan, serta memantapkan latihan perguruan (empat strategi pelaksanaan dan 18 pelan tindakan). Seterusnya, fokus menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru

(dua

strategi

pelaksanaan

dan

sembilan

pelan

tindakan),

serta

memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia (satu strategi pelaksanaan dan empat pelan tindakan). Pelan tindakan lain dalam strategi pelaksanaan sama di bawah fokus memantapkan kerjaya guru itu ialah dasar baru mewujudkan gred kenaikan pangkat kepada PPP di kementerian dan JPN. Di samping itu, menyediakan kaedah kenaikan pangkat untuk mempercepatkan KUP (khas untuk penyandang) pegawai di kementerian dan JPN memegang jawatan hakiki (dalam tempoh dua tahun). Seterusnya, mewujudkan dasar lebih jelas bagi program pensiswazahan serta menyediakan unjuran jangka panjang bagi program sarjana dan doktor falsafah (PhD). Sebagai peningkatan pula, konsep Pengetua Cemerlang Jusa C serta Guru Cemerlang Gred Khas C institut pendidikan guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi diperluaskan, selain menetapkan sekurang-kurang seorang Guru Cemerlang bagi setiap sekolah menengah pada Gred DG44. Selain itu, mempertingkatkan kuota Guru Cemerlang PPP Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 serta menambah gred kenaikan pangkatGuru Cemerlang PPPLD sehingga ke Gred DGA34. Di samping mewujudkan pelan pembangunan staf, guru cemerlang dan staf sokongan, pelan tindakan lain ialah menambah baik norma perjawatan guru, elaun kepada guru tugas khas serta mengkaji cuti rehat dan juga waktu bekerja guru. Menerusi strategi pelaksanaan penambahbaikan perjawatan guru di bawah fokus sama pula, pelan tindakan digariskan ialah menambah kuota bagi gred kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang dari Gred DG48 hingga Gred Jusa C dan Guru Cemerlang dari Gred DG44 hingga Gred Khas C.

Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan BAGI melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan, Kementerian Pelajaran mewujudkan penanda aras dan pendekatan piawaian bersesuaian ciri dan keperluan kluster institusi sedia ada. Mengikut Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, pendekatan itu bertujuan membangunkan institusi yang mampu menjadi model untuk dicontohi oleh kelompok sama, sekali gus dijadikan ‘showcase’ pada peringkat antarabangsa. Ia sebagai bukti kepada keupayaan sistem pendidikan negara sejajar usaha ke arah menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan. Pelajar yang lahir

daripada

institusi

yang

cemerlang,

diharap

mempunyai

kecemerlangan akademik dan kokurikulum demi masa depan mereka. Ia melahirkan insan berkemahiran dan berkeperibadian mulia serta memiliki

daya

kepemimpinan

tinggi,

selain

semangat

kerja

berpasukan, berfikiran kreatif, bersemangat patriotik, berfikiran global dan

berdaya

saing.

Sepanjang

tempoh

Rancangan

Malaysia

Kesembilan (RMK-9), kementerian memberi tumpuan kepada kelompok membabitkan

sekolah

rendah,

sekolah

menengah

dan

sekolah

pendidikan khas disamping institusi di luar seliaan seperti sekolah antarabangsa,

sekolah

swasta,

kolej

Matrikulasi

dan

institusi

pendidikan guru (IPG). Dalam kelompok berbeza ini, kementerian menyedari wujud perbezaan di kalangan institusi. Wujud sekolah yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang seperti kepemimpinan

yang

tinggi,

pencapaian

akademik

cemerlang,

infrastruktur lengkap dan tradisi kukuh berbanding sekolah lain dalam kelompok yang sama. Kementerian Pelajaran juga akan mengenal pasti sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang cemerlang untuk

dipromosikan bagi meningkatkan daya saing pendidikan negara di rantau Asia.

Related Documents