Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 616
  • Pages: 2
PELAKSANAAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN: Di mana dan Ke Mana? Oleh : M.Dzul Khairi M.Noor [[email protected]] Tarikh: 28 Januari 2007 Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi ke medan perang. Mengapa sebahagian dari setiap golongan antara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya (generasinya) apabila mereka telah kembali (ke rahmatullah) agar mereka dapat menjaga dirinya. Dipetik dari Surah At-taubah ayat 122. Seperti yang telah dimaklumi kerajaan Malaysia telah pun melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 pada 16 Januari 2007 yang lalu. Pelan baru yang cuba diketengahkan oleh pihak kerajaan itu telah berjaya menarik perhatian segenap masyarakat terutama para intelektual yang rata-ratanya berprofesion sebagai seorang guru ataupun pensyarah. Tidak kurang juga respon yang baik daripada golongan belia yang diketahui sebagai generasi yang akan meneruskan misi yang dibawa oleh pihak kerajaan. Atas kesedaran itulah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya mengambil peranan untuk menganjurkan satu seminar bagi membincangkan dengan lebih terperinci berkenaan halatuju dan keberjayaan pelan tersebut. Seminar Pendidikan 2007 yang telah diadakan pada 27 Januari 2007 sedikit sebanyak berjaya mendedahkan masyarakat tentang harapan kerajaan untuk menggarap seluas mungkin kejayaan di dalam sektor pendidikan bukan sahaja di kalangan negara anggota ASEAN tetapi juga di mata dunia. Enam teras strategik yang menjadi kayu ukur kejayaan pelan ini merupakan antara yang menjadi fokus utama perbincangan. Menurut Pro Canselor Universiti Teknologi Mara dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, YBhg. Tan Sri Datuk Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, keenam-enam teras yang cuba diketengahkan merupakan antara cita-cita yang juga diteraskan di dalam pelanpelan pendidikan yang turut diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu secara tidak langsung. Persoalan membina integrasi nasional yang cuba dilaksanakan melalui kewujudan Kompleks Sekolah Wawasan, pembangunan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profession keguruan, dan melonjakkan kecemerlangan institusí pendidikan. Kesemua ini sudahpun menjadi antara agenda perbincangan sejak dahulu lagi. Buktinya Laporan Razak 1956 yang juga menghighlightkan tentang pembangunan negara bangsa, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pendidikan 1996, usaha merapatkan jurang antara masyarakat bandar dan luar bandar yang menjadi dasar utama DEB, dan pelbagai lagi. Namun apa yang menjadi perhatian saya ialah tentang persoalan pembinaan modal insan. Sejauh mana kita sebagai masyarakat mampu berfikir sebagaimana pimpinan hari ini berfikir dan sejauh mana kita memandang misi ini sebagai sesuatu yang mampu menganjakkan paradigma. Apa yang cuba saya kongsikan di dalam catatan saya ini ialah berkenaan soal aspek nilai keagamaan dan moral yang pada hemat saya kurang diterapkan di dalam pendidikan anak-anak dewasa ini. Menurut Tan Sri Anuar Ali, Presiden Universiti Terbuka Malaysia, kurangnya perhatian kepada pelajar-pelajar lepasan sekolah merupakan antara faktor utama kewujudan masalah-masalah sosial seperti gejala mat rempit dan sebagainya. Jika kita lihat dari sudut pandangan yang berbeza, penerapan nilai-nilai agama di kalangan anak-anak Islam dan penerapan nilai-nilai moral serta spiritual di kalangan anak-anak bukan Islam secara langsungnya mampu untuk melahirkan modal insan di samping penekanan terhadap aspek akademik. Sudah tentu menjadi peranan dan tanggungjawab ibubapa untuk menerapkan nilai-nilai tersebut di dalam diri anak-anak mereka. Kesedaran inilah yang akan melahirkan generasi baru sama ada yang mampu berperanan sebagai modal insan ataupun penyumbang kepada masalah sosial negara. Firman ALLAH seperti yang tertulis pada awal catatan saya juga menyuruh kepada perkara yang sama. Pertingkatkan ilmu agama dan berilah peringatan kepada kaumnya (generasinya). Justeru saya berpendapat bahawa kita mungkin boleh melahirkan lebih ramai generasi yang cerdik pandai. Namun untuk melahirkan generasi yang benar-benar berkualiti yang mempunyai keseimbangan akademik dan moral yang secara tidak langsung dapat merealisasikan modal insan masih lagi belum berjaya. Oleh itu saya akhiri catatan saya ini dengan persoalan sejauh mana keberjayaan sesuatu misi atau visi itu dapat dilaksanakan tanpa penghayatan penuh daripada masyarakat itu sendiri? Adakah berkemungkinan misi dan visi yang sama akan dibawa oleh pihak kerajaan kelak lantaran sikap kita yang sambil lewa? Fikirkanlah.

Related Documents