NAK JADI PELAJAR CEMERLANG..... Di Labelkan sebagai : Motivasi Di tulis oleh : Abdullah LA on Isnin, 2009 Julai 27 Tepat jam : 1:07 AM
Untuk menjadi seorang pelajar yg cemerlang, apa yang perlu anda lakukan?ikutilah petua-petua dibawah ini.. PELAJAR CEMERLANG AKAN...Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri.. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebutMerangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa: a) kita ingat 10% apayang dibaca b) kita ingat 20% apa yang didengar c) kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat d) kita ingat 70% apa yang dicakapkan e) kita ingat 90% setelah dipraktikkan 1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan 2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah) 3. Belajar dalam persekitaran kondusif a) pastikan cahaya adalah terang b) kurangkan gangguan bunyi c) tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar d) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran e) kerusi dan meja menghadap kiblat f) janagan lupa untuk senyum 4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan 5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan 6. Tahu teknik merangsang memori: a) memasukkan maklumat dalan memori ( registration ) b) menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention ) c) mengingat kembali ( recall ) d) menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application ) 7. Sentiasa awal dan mendahului a) persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru b) pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya c) belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan 8. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar. 9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru 10. Mempunyai teknik membaca yang betul a) duduk dengan tegak & bernafas dengan betul b) membrika tumpuan sepanuhnya c) menggunakan jari telunjuk untuk membaca d) menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan 11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas 12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan 13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih 14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji 15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologicl clock).
16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa 17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar ) 18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan 19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan. 20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali. 21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa 22. Tahu petua mengulang kaji a) cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita b) siapkan semua ?Bekalan? Dengan sempurna c) duduk tegak dikerusi yang selesa d) baca doa penerang hati e) baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul f) fikir dan ingat kembali isi utamag) catat / lakarh) semak semula ketepatan maklumati) ulang sebut atau ceritakan pada orang lain j) buat rumusank) jawab soalanl) tampal maklumat yang rumit di dindingm) baca doa tanda kesyukuran selepas belajar 23.Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya 24. Tahu petua-petua agar tidak lupa a) jangan makan kepala ikan b) jangan makan organ dalaman c) jangan minum semasa makan d) jangan minum atau makan makana yang tercemar oleh semut e) jangan melihat kemaluan f) jangan melihat buih g) jangan membaca nama pada batu nisan h) banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-laini) banyakkan makan kismis, kurma dan madu j) banyakkan makan kekacang k) pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan l) jangan makan sehingga terlalu kenyang m) jangan kencing berdiri 25. Tahu kemahiran mengingat a) tampal nota-nota penting di dinding b) tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah c) gunakan kaedah akronim d) reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat e) pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil 26. Cekap mengatur jadual belajar a) mempunyai jadual belajar b) patuh kepada jadual c) buat jadual yang boleh diikuti 27. Tidak menangguh belajar disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar 28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahjui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatka penyelesaian dari orang yang lebih arif 29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar 30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa 31. Membawa nota kemana-mana sahaja ( kecuali ke tandas )
32. Pelbagaikan tempat belajar 33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham 34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya 35. Ciri-ciri pelajar cemerlang: a) taat kepada Allah b) mendirikan sembahyang c) menghormati kedua ibu bapa dan setiasa mendoakan mereka d) hormati & sayangi guru e) bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untukmencapai kecemerlangan f) suka pada setiap mata pelajaran yang disukai g) membantu rakan yang memerlukan h) berdoa dan bersyukur kepada Allahi ) sentiasa bertawakal j) mahir dalam setiap mata pelajaran
Teknik Belajar Nur Amalina Di tulis oleh : Zahari Rusdi on Rabu, 2008 Julai 23 Tepat jam : 12:44 PM Teknik Belajar Nur Amalina Oleh: Halim Rahmat Mengingati Pelajaran "Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran. Saya menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan. Sebab itu saya tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulangkaji." Bagaimana Menguasai Kesemua 17 Mata Pelajaran? "Daripada sepuluh mata pelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu, hanya satu mata pelajaran, iaitu Prinsip Akaun, saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya. Yang lain saya belajar sendiri di rumah. Jika saya tidak faham saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan." Tip Mengingati Formula & Fakta
• • • • • •
Buat nota ringkas Lukis peta minda apabila mengulangkaji atau mempelajari tajuk bar Wujudkan kata kunci. Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa. Banyak latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati. Ulangkaji di rumah secara berterusan
Tip Menguat Ingatan
• • • • •
Tumpu perhatian penuh di dalam kelas.
•
Jangan minum minuman bergas.
Berfikiran positif. Fikir perkara berfaedah sahaja. Elak berfikir perkara yang memesongkan dan merosakkan minda. Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanan segera.
Menghafal atau Memahami "Ramai orang yang silap anggap. Saya tidak pernah menghafal mata pelajaran membabi buta. Waktu mengulangkaji saya fahamkan sesuatu konsep itu terlebih dahulu. Faham lebih penting. "Saya memahami konsep dan idea sesuatu topik itu. Apabila telah faham mudahlah untuk ingat. Hafal tanpa faham seolah-olah kita belum mendapat apa-apa ilmu."
Langkah Mengulangkaji
• • • •
Saya menyemak sekali lalu bab yang saya hendak ulangkaji.
• • • • • •
Apabila telah mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk itu barulah saya meneliti isinya secara detail
Saya membaca tajuk besar terlebih dahulu. Kemudian saya membaca tajuk-tajuk kecil Lepas itu saya meneliti dan cuba memahami gambar, gambarajah, ilustrasi dan jadual yang tertera di dalam bab tersebut. Saya tandakan isi-isi penting dengan highlighter di buku teks atau saya buat peta minda dalam buku nota khas. Saya cari atau saya reka sendiri kata kunci. Pada masa yang sama saya mengingat. Saya mencipta kaedah saya sendiri untuk mengingati sesuatu yang sukar dan kompleks. Ulangkaji awal, jangan tunggu hingga saat terakhir sebelum peperiksaan.
Kaedah Memahami
• • • • •
Fahami sesuatu konsep itu secara menyeluruh terlebih dahulu. Setelah faham barulah mudah mengingat data dan menghafal. Menghafal membuta tuli belum tentu dapat atau faham. Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda. Minda kita hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang dipelajari.
Study Hard atau Study Smart? Study hard ialah menggunakan masa yang lama dengan susah payah untuk memahami sesuatu topik. Study smart pula ialah memahami sesuatu topik dengan pantas dan selebihnya menggunakan minda untuk memberi hujah dan penjelasan. Study hard dan study smart sama penting. Kalau boleh kita hendaklah study hard dan study smart! 'Dan' bukan 'atau'.Jangan belajar last minute. Belajar last minute akan menyebabkan anda terpaksa study hard dalam ertikata yang lain. Kalau anda belajar dan mengulangkaji awal, anda mempunyai masa yang panjang dan selesa untuk study smart. Bagaimanapun korbankan banyak masa jika anda mahu cemerlang. Minta bantuan guru apa-apa yang tidak difahami. Tetapkan Teknik Belajar "Belajarlah mengikut kaedah yang anda rasa berkesan. Anda sendiri akan merasa kesannya apabila berjaya menjawab soalan di dalam peperiksaan dengan senang dan mendapat keputusan yang cemerlang Peranan Soalan Ramalan dan Soalan Tahun-tahun Lepas " Soalan Ramalan selalunya dihasilkan setelah pembuat soalan menjalankan analisis yang teliti tentang pattern dan kekerapan sesuatu topik itu keluar. Soalan ramalan juga mendedahkan topik-topik penting. Menjawab soalan ramalan adalah suatu latihan bermanfaat. Cuma pelajar jangan mengharap 100% kepadanya.""Soalan tahun-tahun lepas adalah himpunan kertas peperiksaan sebenar. Ini mendedahkan pola sebenar peperiksaan. Dari soalan tahun-tahun lepaslah terbentuknya soalan ramalan." Pentingnya STUDY GROUP " Di sekolah, saya ada study group sendiri. Kami semuanya gigih belajar, mengulangkaji dan berbincang. Apabila guru tidak mengajar kami akan berbincang di dalam kelas. Pada masa-masa lapang yang lain kami akan berbincang di kantin, di taman atau di pusat sumber." Kumpulan belajar mencetuskan pertukaran pendapat dan perbincangan yang mantap. Perbincangan menghasilkan pemahaman yang mendalam. Kami bergilir-gilir mengepalai perbincangan sesuatu topik." Di dalam sesi study group kita hendaklah segera bertanya apa yang tidak difahami. Kita juga harus mengakui kelebihan orang lain." Suatu perkara yang kami sentiada pegang ialah: Tidak lari dari topik perbincangan dan tidak terlalu banyak bermain dan ketawa. Ini dilakukan dengan menetapkan sesuatu objektif yang hendak dicapai di dalam jangka masa yang ditetapkan." Peranan Nota
• • • •
Paling banyak membantu pembelajaran, jadi beri keutamaan. Mengelakkan membaca buku teks yang tebal.Mengukuh kefahaman. Pembelajaran yang cepat dan tangkas kerana dibuat dengan mengambil isi-isi penting sahaja. Membantu ulangkaji seimbas lalu menjelang peperiksaan.Mudah menghubungkaitkan sesuatu topik atau peristiwa dengan yang lain.
•
Ketika menyediakan nota, bina kata kunci dan hafal kata kunci tersebut supaya mudah dihubungkaitkan dengan fakta yang lain.
•
Recall kata kunci dari nota ketika membuat esei atau menjawab soalan peperiksaan.
Peranan Peta Minda " Peta minda ialah sejenis nota yang paling berkesan. Bina peta minda mengikut teknik yang diajarkan pada anda supaya berkesan. Selalunya peta minda dibina ketika anda belajar atau mengulangkaji untuk memahami urutan, proses dan peristiwa."" Membina peta minda akan mengelakkan anda dari mengantuk. Gunakan warna atau dakwat yang berlainan untuk menarik perhatian ketika belajar. Ini akan merangsang otak kanan untuk mengimbangi tugas otak kiri yang letih mengingat."" Ketika mengulangkaji pula, peta minda mempercepatkan proses mengulangkaji dengan berkesan kerana sifatnya yang ringkas, padat dan mengikut turutan atau aliran. Banyakkanlah menggunakan peta minda menjelang peperiksaan." .....Brain Box nextwork