Pelaksanaan program PDK boleh dilaksanakan dalam tiga kaedah iaitu: 1. PDK di Pusat (Centre Based) - Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4 jam sehari - OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan 2. PDK di Rumah (Home Based) - Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan - Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan. Bertugas 4 jam sehari - Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya lebih 15 OKU yang tidak hadir ke PDK kerana kecacatan atau masalah pengangkutan 3. PDK di Pusat dan di Rumah (Kombinasi) - Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4 jam sehari - Dalam seminggu, satu hari selama 4 jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah OKU untuk melihat perkembangan OKU setelah menjalani program pemulihan
Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat A. Pendaftaran dan Kad Kenal Diri Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data dan statistik bagi maksud perancangan perkhidmatan/program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihakpihak yang berkenaan. B. Bantuan Alat Tiruan/Otortik Bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan/sokongan (assistive Devices) seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan lain-lain perlatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU. Dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian. C. Geran Pelancaran Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan peralatan bagi menjalankan projek jaya diri/perniagaan kecil/pertanian. D. Elaun Pekerja Cacat Skim ini bertujuan menggalakkan OKU terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain, sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan dan sebagai perangsang.insentif bagi menggalakkan OKU untuk terus bekerja. E. Bengkel Terlindung Jabatan berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam/sektor atau menempatkan OKU di Bengkel Terlindung seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela.
F. Latihan Kemahiran Vokasional Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi - Kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK ini ditawarkan kepada OKU anggota, berumur 18 - 40 tahun, berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti komputer dan kesetiausahaan, jahitan dan rekaan fesyen, unit membuat alat tiruan, penyenggaraan komputer, pendawaian letrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu. G. Kemasukan Ke Insitusi Pemulihan (Taman Sinar Harapan) Latihan Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Dan juga memberi perlindungan dan jagaan kepada OKU yang mengalami kecacatan yang teruk. Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan harian, latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama/moral, sukan dan rekreasi dan aktiviti luar. H. Pemulihan Dalam Komuniti i(PDK) PDK satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra 3M, kreativiti, sukan dan rekreasi.
Tujuan Pelaksanaan Program PDK •
Meningkatkan kualiti hidup golongan orang kurang upaya ke tahap maksimum
•
Memberikan kesedaran kepada msyarakat setempat bahawa golongan masyarakat yang tidak berupaya perlukan bantuan
•
Memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada golongan orang kurang upaya, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan
•
Membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga, golongan profesional, sukarelawan dan komuniti tempatan dalam merencanakan program untuk golongan kurang upaya
•
Memulihkan OKU supaya boleh berfungsi sebagai orang biasa
•
Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti
•
Mengurangkan penempatan jangka panjang yang menyebabkan OKU disisih atau dijauhkan dari keluarga dan masyarakat
•
Menyediakan peluang bagi OKU untuk membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi mereka melalui sumber-sumber yang ada
•
Membolehkan integrasi sosial bagi golongan OKU yang mengurangkan sekatan fizikal, sosial, kebuadayaan dan psikologi yang wujud antara ahli masyarakat dan golongan OKU
•
Menggalakkan penggunaan kaedah teknik pemulihan yang berkesan yang diterima masyarakat, sesuai dengan keadaan tempatan dan kemampuan
HAH INI CABARAN UNTUK PEKERJA/ GURU BARU PDK...: 1. APAKAH YANG BOLEH ANDA BUAT UNTUK MEMARTABATKAN KERJA INI 2.. APAKAH SUMBANGAN ANDA UNTUK PDK? 3. APAKAH TINDAKAN ANDA UNTUK MEMPERBAHARUI YANG KURANG BAIK KEPADA YANG LAGI BAIK DAN MEJADI CEMERLANG? 4. BOLEHKAH ANDA MENGHARUMKAN NAMA PDK? 5. BOLEHKAH ANDA MENCARI SUMBANGAN UNTUK PDK? 6. DAPATKAH ANDA MEWUJUDKAN JAWATAN BARU UNTUK PDK? 7. DAPATKAH ANDA MEWUJUDKAN KERJA BARU UNTUK PELATIH PDK YANG TELAH DEWASA...
perancangan akan datang demi memantapkan PDK ini adalah cadangan yang boleh dibuat oleh JKM demi menaikkan nama pdk: 1. mewujudkan bangunan sendiri pdk 2. mewujudkan kenderaan khas buat pdk. lebih baik bagi setiap pdk ada kenderaan masingmasing 3. mewujudkan jawatan tetap buat penyelia dan petugas pdk dan bukan bertsraf sukarela ataupun kontrak 4. dari segi pengajaran pemulihan perlulah disediakan sukatan pelajaran yang perlu diikuti oleh semua petugas pdk 5. petugas yang bermasalah dan mengingkari arahan penyelia ataupun JKM perlulah diambil tindakan disiplin 5. penyelia dan petugas perlulah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pemulihan dengan ditaja 6. setiap pdk perlulah ada pakar dalam bidang fisioterapi, speech terapi , pemulihan cara kerja dan sebagainya 7. apa sahaja peralatan yang ada di sekolah pendidikan khas perlulah ada di pdk. 8. pakaian pelatih pdk perlulah ditukar daripada berwarna biru kepada berwarna putih dan seluar/kain biru tua sama seperti sekolah . 9. PDK perlulah ditempat di sekolah dan bukannya menyewa rumah orang. 10. penyelia PDK perlulah diberi pelepasan untuk tidak mengajar pelatih tetapi yang perlu
mengajar dan membuat pemulihan ialah petugas pdk 11. semasa pemilihan petugas pdk, perlulah dibuat ujian personaliti, menulis satu perenggan dengan tangan, ujian IQ, memastikan ada kenderaan sekurang-kurangnya motosikal untuk membuat lawatan ke rumah. Ini untuk memastikan pemilihan petugas yang berkualiti dan bukan tangkap muat sahaja. 12. petugas yang tidak berwibawa dan tiada komitmen perlulah diambil tindakan disiplin. 13. PDK perlulah dirombak struktur pengurusan 14. PDK juga perlulah diubah persepsi minda daripada terlalu bergantung kepada komuniti dan diserahkan semula kepada yang haknya 15. Ibu bapa yang bermasalah pihak JKM perlulah memberi amaran keras. Ini adalah kerana PDK adalah tempat pemulihan dan bukannya kantung untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan daripada elaun anak OKU mereka. 16. Ibu bapa yang tidak menghantar / pelatih yang tidak hadir ke PDK melebihi 3 hari perlulah diberi amaran darida JKM melainkan ada surat bertulis ataupun surat daripada doktor.
1 malaysia Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.